PENGENALAN TARBIAH SENTAP
PENGENALAN
TARBIAH SENTAP di
asaskan pada Ogos 2014 oleh Ustaz Adnin Roslan.
TARBIAH bermaksud
pendidikan, mengajak kepada perubahan, membimbing dan memimpin.
SENTAP pula di
aspirasikan dari surah al-anfal ayat 2:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH
hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka
(karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..”
Bermakna,
SENTAP ni bukanlah dakwah dan tarbiah dengan cara kasar, mengherdik, menghukum,
memaki hamun dan sebagainya. Sentap itu bukan CARA, tetapi RESPON. Bermakna,
hati orang yang beriman, pabila menerima teguran dan nasihat, apabila di baca
ayat-ayat Allah, hati mereka akan gementar, sentap, tersentuh, dan yang sama
waktu dengannya. Kadang, dengan ayat-ayat belaian dan lembut pun boleh sentap.
TUJUAN DI
ASASKAN
Tujuan TARBIAH
SENTAP di asaskan adalah untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang
sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, menyampaikan cara fikir
islam yang sebenar, syumul meliputi seluruh aspek kehidupan.
Kerana, setelah
menghayati dan merenungi masalah-masalah yang di timpa masyarakat, dari masalah akidah, sosial, pemikiran, politik, ibadah dan lain-lain, kebanyakannya berpunca dari
kejahilan. Ramai yang melakukan sesuatu dosa itu kerana mereka tidak tahu itu
adalah dosa.
Pada mulanya, sebelum
Tarbiah Sentap di asaskan, Ustaz Adnin bermula dengan blog peribadi beliau
bernama “adninroslan.blogspot.com” yang bertemakan “Santai Tarbawi”. Setelah
hampir setahun beliau menulis, beliau telah menjawab lebih dari 5000 soalan.
Soalan dan luahan tersebut telah membuatkan beliau tekad untuk membimbing
masyarakat dengan apa yang terdaya, kerana beliau sedar, masyarakat hari ini
masih ada harapan untuk bangkit, andai bersama-sama kita membimbing dengan
penuh kesungguhan.
Selain itu,
Tarbiah Sentap juga bersungguh-sungguh untuk menyediakan pelbagai alternatif
buat anak muda, dari segenap aspek. Dengan harapan, anak muda ada pilihan untuk
mengambil hiburan-hiburan yang bermanfaat, berbanding yang melalaikan.
GERAK KERJA
Tarbiah Sentap sedar,
dalam membawa arus dakwah, pelbagai usaha perlu di lakukan bagi menjayakan
agenda ini. Maka, kami telah mengatur beberapa angkah untuk mewarnai dunia
dakwah di Malaysia, dengan menyediakan pelbagai alternatif buat masyarakat samada dalam bentuk buku,
ceramah, music, film dan sebagainya.
Tarbiah Sentap
kini meliputi 5 komponen utama:
1) SENTAP PRESS
SDN BHD
Sebuah syarikat
penerbitan buku Tarbiah pelbagai genre. Menerbitkan buku-buku Tarbiah, novel,
cerpen dan sebagainya. Hingga kini, sebanyak 16 buku telah di terbitkan
sepanjang setahun.
2) TARBIAH
SENTAP RECORDS
Sebuah syarikat
rakaman yang bertujuan untuk menghasilkan lagu-lagu kontemporari, dengan
mesej-mesej islam yang jelas, terus-terang dan “fresh”. Setakat ini, terdapat 4
artis yang berada di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. 1 solo dan 3
kumpulan iaitu AREEF, FETYA, THE FAITH dan RABITHAH.
3) TARBIAH
SENTAP PRODUCTION
Sebuah syarikat
perfileman yang bertujuan untuk menghasilkan video-video samada VLOG, Music
Video, Short Film dan lain-lain, bertujuan untuk mewarnai industri perfileman
Malaysia dengan islam yang sebenar. Bakal menerbitkan Movie sendiri 2 tahun
dari sekarang.
4) TARBIAH
SENTAP CONSULTANCY
Menjelajah
dalam dan luar Negara bagi menyampaikan fikrah islam kepada anak muda. Setakat
ini, kami telah pergi lebih dari 200 tempat samada sekolah, universiti, kilang,
pejabat dan masjid. Juga telah menerima jemputan dari luar negara seperti
Indonesia, Brunei, Mesir, New Zealand dan Australia. Juga telah menerima jemputan TV seperti TV9 dalam rancangan Halaqah, TV Alhijrah dalam Assalamualaikum, Astro Oasis dalam Tabayyun, dan stesen radio IKIM.fm dan My Suara FM.
5) MEDIA SOSIAL
Mewarnai dunia
media sosial dengan tazkirah, penulisan, komik dan pelbagai lagi. Kini, kami
mempunyai laman sosial FACEBOOK, Twitter, Instagram, Blog, Emel, Telegram, dan
Youtube.
6) TARBIAH
SENTAP EVENT
Mengendalikan
event-event berskala besar atau kecil. Seperti, Talaqi mingguan di pejabat Tarbiah
Sentap, membantu asnaf dan gelendangan, Street Dakwah dan lain-lain.
TULANG BELAKANG
TARBIAH SENTAP
Tarbiah Sentap
di gerakkan oleh 9 orang anak muda.
1) AHMAD ADNIN
BIN ROSLAN
Lahir pada 23
Mei 1992. Mendapat 9A dalam SPM pada tahun 2010, serta menghafal 30 juzuk Alquran.
Menyambung STAM sejurus selepas SPM dan mendapat pangkat MUMTAZ pada tahun 2011.
Melanjutkan pelajaran di universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang “Ulum Islamiah”
pada tahun 2012 hingga 2013. Pulang ke Malaysia ketika pergolakan. Kini,
melanjutkan pelajaran di MEDIU dalam bidang Fiqh Wa Usul.
Beliau sudahpun
berkahwin. Merupakan CEO Sentap Press Sdn Bhd dan beliau merupakan pengasas
Tarbiah Sentap. Sudah menulis 5 buah buku antaranya buku Tarbiah Sentap.
2) AHMAD
SHUKERY BIN AZIZAN
Lahir pada 7
september 1991. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian DEGREE beliau dalam
bidang “Pure Chemistry” di UKM. Beliau sedang dalam perjalanan bagi menyambung
second degree dalam bidang Syariah di MEDIU.
Beliau
merupakan Ketua Editor Sentap Press, sertatelah menulis 7 buah buku antaranya buku
Aku Bukan Malaikat, Cerpen Sentap dan Momento. Sudah berkahwin.
3) AIZAT FARHAN
BIN ROHIZAT
Lahir pada 27 February 1993. Berjaya mendapatkan 10A dalam SPM. Beliau juga telahpun menghabiskan MASTER dalam bidang Chem Engineering dengan CGPA 3.6 pada tahun 2016. Beliau merupakan penulis buku Tarbiah Sentap 3. Dan beliau merupakan “Designer” Tarbiah Sentap.
4) AFIQ BIN
ABDUL JAMIL
Lahir pada 7
April 1991. Beliau telahpun berjaya menghabiskan DEGREE di dalam Biotechnology
di UIAM pada tahun 2015. Beliau merupakan ketua bagi Tarbiah Sentap Production,
Videographer bagi Tarbiah Sentap, serta penulis buku Tarbiah Sentap 3.
Antara shortfilm arahan beliau ialah GERHANA dan SUCI, yang masing-masing telah mencecah lebih 50,000 views dalam masa yang cukup singkat. Bakal menerbitkan filem tidak lama lagi insyaAllah.
5) MOHD HAKIM
BIN MOHD SUFIAN
Lahir pada 28
April 1991. Berjaya menghafaz 30 juzuk Alquran. Beliau merupakan mantan MPP
Uitm Pulau Pinang. Kini, beliau sedang mengambil degree dalam bidang Electrical
Engineering. Merupakan vokalis dalam kumpulan Rabithah, juga penulis buku
Tarbiah Sentap 3 dan Momento.
Beliau juga pengarah bagi Tarbiah Sentap Consultancy. Sudah berkahwin.
6) MUAZ BIN
AHMAD FARIS
Beliau juga merupakan pakar bisnes online, dan empunya page MuazFaris.com dan Page FB Muaz Faris yang kini telah mencecah lebih 150,000 like.
7) SYED
SALAHUDDIN BIN SYED AYOB
Telah menerbitkan album FETYA pada tahun 2014 yang mengandungi 11 track, antaranya Syahadah Rabaah yang pernah menjadi top 10 terbaik IKIM.FM. Sudah berkahwin.
8) QAMARUL
NAZRIN BIN HARUN
Lahir pada 28
Januari 1992. Beliau sedang mengambil MASTER dalam bidang Information System
Management. Beliau juga adalah seorang programmer. Penulis buku bertseller “Aku Ingin
Berubah”, Momento dan Tarbiah Sentap 3.
Beliau juga merupakan JKP bagi Persatuan Belia Islam Nasional yang giat aktif mentarbiah serta meneraju arus Mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Sudah berkahwin.
9) IZZAT BIN
ROSLAN
HARAPAN
Kami berharap
agar usaha kami ini menjadi asbab hidayah untuk diri kami dan seluruh umat,
seluruh alam sehingga hari kiamat. Andai apa yang kami bawa ini tersasar dan
menyeleweng dari syarak, maka, tegurlah kami. Andai apa yang kami bawa ini
selari dengan syarak, maka kami mengharap agar arus Tarbiah ini di terima baik
dan menghasilkan impak yang besar pada masyarakat insyaAllah.
ARTIS DI BAWAH NAUNGAN TARBIAH SENTAP RECORDS
1) AREEF
Merupakan artis solo kami. Seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik muda, yang kini telah menerbitkan album #AREEF365 yang mengandungi 5 track yang boleh di dengari secara PERCUMA di SPOTIFY. Bakal menerbitkan album kedua beliau iaitu #AREEF365(Deluxe Edition) yang bakal mengandungi 11 track termasuk 2 acoustic version.
Beliau telahpun menjelajah lebih kurang 100 tempat samada sekolah atau universiti.
Jika kalian ingin menjemput AREEF untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi 012-756-0162.
2) FETYA
Fetya di anggotai oleh 7 anak muda. Membawakan nasyid bergenre "Haraki" & perjuangan. Telahpun menerbitkan album pertama yang mengandungi 11 track. Lagu mereka, Syahadah Rabaah berjaya menduduki tempat kedua di carta IKIM dan telahpun menembusi masyarakat Malaysia dan luar malaysia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan lain-lain. Lagu "Kesetiaan Al-Qassam" pernah menduduki carta pertama itunes Malaysia pada 2014. Bakal menerbitkan album kedua pada december 2016.
Jika kalian ingin menjemput FETYA untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi 011-2831-9086.
3) RABITHAH
Di anggotai oleh 5 anak muda. Membawa lagu-lagu kontemporari. Telahpun menerbitkan album pertama berjudul SEPERTI DULU yang memuatkan 11 track, antaranya lagu hitz "KU INGIN BERUBAH". Bakal menerbitkan album kedua yang mengandungi 15 track pada awal januari 2017 insyaAllah.
4) THE FAITH
Artis baru di bawah naungan kami, di anggotai oleh 4 anak muda berusia 19 tahun. Bermula dengan lagu Hitz "Luahanku" dan "Kembalilah", mereka bakal menerbitkan album berbahasa inggeris & Melayu yang akan di terbitkan tidak lama lagi.
Jika kalian ingin menjemput THE FAITH untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi 019-396-1824.
HUBUNGI KAMI
Sebarang pembelian buku secara ONLINE : Whats App 014-324-2859
FACEBOOK: https://www.facebook.com/tarbiahsentapp/
TWITTER: https://twitter.com/tarbiahsentap
TELEGRAM: https://telegram.me/tarbiahsentap
PENGENALAN TARBIAH SENTAP
Reviewed by Unknown
on
08:39
Rating:

2 comments:
assalamualaikum..sye nk mtk pndgn dripd ustaz dan sye hrap prtanyaan sye ni terjwb dan dilihat mana2 pihak..sbb hny tau utk komen disini shaja..sye ingin btnya..sye sudah bertunang dgn ssorg yg sye xkenal dan tunangn hny org yg bdktan shaja dan smpai skrg ni msih blom ada apa2 perasaan trhdap dia malah kdg2 hati sye x rasa gelisah dan x tenang lagi2 apabila dia sebut ttg trikh perkhwinn..dan dlm hati sye mmg blom bsedia utk bkhwin..kdg2 sye tfikir mcmmne sye boleh btung dgn dia sdgkn sye xkenal hbis lg dgn dia atau mgkin dsbbkan dia bsgguh2 utk jdikan sye isteri dia..dan dia maklum dgn keadaan sye skrg..kdg2 dia x boleh nak terima..istikharah sye dah bt tp hati tu ttp gelisah..tp x bmaksud tungn sye x baik..msg2 ada perngai msg2 kan ustaz..tp situasi sye skrg ni..kdg2 sye tpkir adakah aku ptut truskan prtungn ini atau x..sblom apa2 yg x dingini berlaku di masa depan..yelah bila dah kawin kita dah xleh patah balik kan ustaz dan kita xtau kedepan2 tu mcm mne ..jd bblik kpd keadaan sye dan mohon pndngn ustaz dan sye ada bbncg perkara ni dgn ibu dan mtk pndngn dri org bpnglamn lah..jadi sye mohon sgt2 agar soalan sye terjwb..dan bt pgthuan kami dh btung selma 3 bulan..
ko kawen je dulu. nnt kang elok laa gelisah du hati tu. kahkah
Post a comment