Wahab bin Munabbih melaporkan, Nabi Musa pernah
mendengar Allah berkata-kata. Baginda pun berazam untuk melihat Allah pula.
Disebabkan itu, Nabi Musa pun berdoa, “Wahai Tuhanku, tunjukkan aku rupa-Mu
supaya aku dapat melihat bentuk-Mu.” Peristiwa ini dirakam dalam surah al-A’raf pada
ayat ke 143,
“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan
Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung)
kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau)
kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman:
"Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu,
maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sedia kala) nescaya kamu dapat
melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,
dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah
Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada
Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.”
Allah
berkata, “Wahai Musa, tidak ada orang yang sanggup melihat-Ku melainkan selepas
itu dia mati.”
Nabi
Musa menjawab, “Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang sama dengan-Mu.
Sesungguhnya, melihat-Mu dan sesudah itu mati lebih aku sukai daripada aku
terus hidup tetapi tidak berpeluang melihat-Mu. Tuhanku, kurniakan aku
kebahagiaan, jadikan aku orang yang bijaksana dan terima segala permintaanku.
Aku rela mati kerana semua permintaan itu.”
Ibnu
Abbas r.anhu melaporkan, Allah Maha mengetahui bahawa Nabi Musa
bersungguh-sungguh meminta supaya permintaannya itu diterima. Lalu Allah
berkata, “Musa, pergi kamu mendaki sebuah bukit. Perhatikan batu-batu yang ada
di puncak bukit itu. Kamu mesti duduk di atas batu-batu itu, Nanti aku kirimkan
bala tentera-Ku kepadamu.” Bala tentera Allah yang dimaksudkan adalah para
malaikat.
Nabi
Musa pun melaksanakan apa yang Allah perintahkan. Dia mendaki gunung dan duduk
di atas batu di puncak gunung itu. Di atas gunung itu, Allah menunjukkan kepada
Nabi Musa bala tentera-Nya dari langit pertama. Allah memerintahkan seluruh
malaikat itu menampakkan diri di hadapan Nabi Musa. Malaikat-malaikat itu pun
menujukan diri mereka di hadapan Nabi Musa sambil memuji Allah dengan suara
yang kuat seperti petir yang sedang sabung-menyabung. Ada di antara mereka yang
bersayap, ada berwajah manusia, ada berbadan singa. Mereka bersama-sama memuji
Allah dengan suara yang jelas dan kuat.
Lalu
Nabi Musa terus bertanya, “Wahai Tuhanku, bolehkah aku lari daripada melihat
semua ini? Aku sangat menyesal kerana permintaan seperti tadi.”
Kemudian,
satu daripada malaikat mencelah, “Wahai Nabi Musa, bertenanglah. Apa yang
engkau lihat ini hanyalah sebahagian kecil daripada kehebatan-Nya yang lebih
besar.”
Tidak
lama kemudian, Allah memerintahkan semua malaikat yang ada di langit ketiga
turun ke bumi dan menampakkan diri dalam bentuk api yang menjulang-julang, dan pelbagai
rupa bentuk lagi. Jumlah mereka tidak terbilang banyaknya seperti butiran pasir
di tepi pantai. Mereka sama-sama memuji dan memuja Allah dengan suara yang
kuat. Nabi Musa terkejut apabila mendengar suara kuat yang memuji Allah.
Baginda menjadi pesimistik dan beranggapan baginda akan mati.
Satu
daripada para malaikat menghampiri Nabi Musa lalu berkata, “Bertenanglah, wahai
Nabi Musa. Nanti kamu pasti akan melihat sesuatu yang kamu tidak pernah
bayangkan dan lebih hebat daripada ini.”
Selepas
itu, Allah memberikan perintah-Nya semua malaikat yang berada di langit keempat
pula dan seterusnya. Semua malaikat dari setiap langit bermula dari petala
pertama hingga ketujuh turun ke bumi menemui Nabi Musa secara bergilir-gilir.
Mereka berhadapan dengan Nabi Musa dengan rupa yang pelbagai. Ada yang selaju
kilat, ada yang lengkap dengan senjata tombak yang mana tombaknya itu berkilat
dan bersilau terang benderang melebihi sinaran mentari, dan sebagainya.
Apabila
Nabi Musa menyaksikan kesemua kehebatan malaikat yang diciptakan Allah, baginda
pun menangis. Nabi Musa berkata, “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu. Ingatlah
akan daku dan jangan Engkau abaikan aku. Aku berasa aku tidak akan dapat keluar
dari tempat ini. Aku berasa tidak selamat selepas menyaksikan semua itu.
Sekiranya aku keluar, mungkin aku dibakar. Tetapi sekiranya aku terus beradan
di sini, mungkin aku mati.”
Mendengarkan
itu, malaikat daripada langit ketujuh menemui Nabi Musa seraya berkata, “Tempat
ini adalah tempat yang pernah kamu minta daripada Tuhanmu. Inilah tempat bagi melihat
Tuhanmu. Tetapi hatimu penuh dengan perasaan takut dan menyesal.”
Nabi
Musa mula menangis tidak henti-henti. Nabi Musa ketakutan sehingga bergetar
seluruh urat-urat dan sendinya. Kedua-dua lututnya berlaga kerana menggigil
ketakutan. Allah melihat perubahan pada diri Nabi Musa lalu Dia memberikan Nabi
Musa melihat tiang-tiang yang menampung langit Arasy. Hati Nabi Musa menjadi
tenang lalu baginda bersandar pada tiang-tiang yang ada di situ.
Tidak
lama kemudian, Malaikat Israfil pun menemui Nabi Musa dan berkata, “Wahai Nabi
Musa. Aku bersumpah sejak aku diciptakan, aku tidak pernah berani mengangkat
muka memandang langit Arasy buat memandang Tuhan walaupun aku ketua seluruh
malaikat. Aku sangat takut berbuat begitu. Tetapi, mengapa kamu sungguh berani
meminta supaya melihat Tuhanmu sedangkan aku tahu kamu seorang yang lemah?”
Nabi
Musa dengan tenang menjawab, “Wahai malaikat Israfil, aku meminta begitu kerana
aku mahu tahu kehebatan Tuhanku yang aku tidak pernah tahu.” Sejurus selepas
itu, Allah berfirman kepada seluruh penduduk langit, “Aku mahu menggegarkan
gunung itu.”
Seluruh
lapisan langit, gunung ganang di bumi, matahari, semua malaikat dan lautan
serta segala ciptaan Allah pun bergoncang dan bergegar. Kesemua merendahkan
diri bersujud membesarkan Tuhan mereka. Tetapi Nabi Musa masih kaku berdiri
memandang gunung itu. Hal ini dinyatakan di dalam surah al-A’raf ayat 143,
“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan
Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung)
kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau)
kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman:
"Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu,
maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sedia kala) nescaya kamu dapat
melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,
dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah
Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada
Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.”
Selepas
itu, Nabi Musa pun rebah tidak sedarkan diri. Baginda seperti sudah mati
apabila melihat cahaya yang dahsyat. Al
Hassan melaporkan, Tuhan memerintahkan malaikat Jibrail menahan batu itu
daripada menimpa Nabi Musa dan masa yang sama membantu Nabi Musa berdiri
semula. Kemudian Nabi Musa pun berkata, “Wahai Tuhan yang Maha Suci, aku
memohon ampun daripada-Mu atas segala apa yang aku minta. Ampunkan kesalahan
diriku kerana inilah kali pertama aku mempercayai kehebatan-Mu. Sesungguhnya
tidak ada seorang pun layak melihat-Mu kecuali yang telah mati.”
Pengajaran : Antara pengajaran besar daripada kisah ini
adalah, tidak semua apa yang kita minta sesuai dan bagus untuk kita. Sebab itu,
apa yang kita dapat dalam dunia ini adalah apa yang kita perlu, bukan
semestinya apa yang kita mahu. Ramai orang yang selalu mengeluh dan menyalahkan
takdir bila tak dapat sesuatu yang mereka mahukan walaupun dah berdoa. Mereka
tuduh Allah tak mahu kabulkan permintaan mereka. Lalu mereka pun mengeluh dan merungut.
Kalau
kita juga pernah terbuat sebegini, istighfar secepat mungkin, dan bertaubat
serta berusahalah untuk tinggalkan keluhan ini. Moga Allah menerima taubat
kita. Ameen.
Rujukan : Mukhtashar Kitab at-Tawwabeen
karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi.
![]() |
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan di semua rangkaian kedai buku di seluruh Malaysia. |
p/s : Dapatkan E-Book tulisan Shukery Azizan yang bertajuk "Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran" hari ini juga. Klik di sini untuk dapatkan segera : >> KLIK DI SINI <<
Kisah Taubat 2 : Taubat Nabi Musa Alayhissalam
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
13:04
Rating:

No comments:
Post a Comment