Sebelum saya
mulakan perkongsian hari ini, suka untuk saya maklumkan sesuatu. Mulai hari
ini, insyaAllah Tarbiah Sentap akan melancarkan Koleksi Kisah Taubat yang akan
memuatkan kisah-kisah taubat setiap hamba Allah, bermula daripada para Nabi,
hinggalah kisah taubat manusia di akhir zaman macam kita ini.
Kebanyakkan
kisah ini dipetik daripada kitab Mukhtashar Kitab at-Tawwabeen karya
Ibnu Qudamah al-Maqdisi, seorang ulama Palestin yang hidup pada sekitar tahun
541 Hijrah.
Kisah
Nabi Nuh adalah antara kisah yang paling mahsyur di kalangan orang Melayu di
Malaysia. Kita mungkin pernah dengar kisah Nabi Nuh sama ada ketika baginda
berdakwah, membuat kapal, banjir besar sehinggalah selamat daripada banjir.
Tetapi kali ini, untuk Koleksi Kisah Taubat daripada kami di Tarbiah Sentap yang
pertama ini, insyaAllah kami akan persembahkan kisah taubat yang ringkas
berkenaan Nabi Nuh. Moga kita sama-sama dapat pengajaran.
Allah
murka kepada seluruh umat Nabi Nuh kerana tidak mahu mengikut apa yang Allah
perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Lalu, Allah mahu menenggelamkan
mereka yang ingkar dalam banjir yang besar. Ini adalah kisah yang terkenal
dalam kalangan kita. Bahkan, terkenal juga dikalangan orang Kristian dan Yahudi.
Sebab
itu, Allah memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membuat satu kapal besar di atas
bukit. Semasa buat kapal ini, ramai umat Nabi Nuh menggelakkan dan menghina
baginda. Semua pengikut Nabi Nuh yang taat kepada Allah mesti menaiki kapal itu
termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Mereka yang ingkar dan tak percaya
kepada Allah, termasuk anak-anak dan isteri Nabi Nuh mengejek perbuatan Nabi Nuh dan orang beriman masa
itu.
Nabi Nuh dah puas memujuk anak-anak
dan isterinya untuk mengikut perintah Allah dan menaiki kapal itu. Tetapi,
mereka tak nak. Kemudian, Nabi Nuh berdoa sungguh-sungguh kepada Allah agar
anak-anak dan isterinya diselamatkan daripada bencana banjir itu. Nabi Nuh
berdoa seperti mana yang dirakamkan dalam surah Hud ayat yang ke-45,
Dan Nuh berseru
kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk
keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah
Hakim yang seadil-adilnya."
Tetapi,
Allah menempelak perbuatan Nabi Nuh ini dengan berfirman di dalam surah Hud
ayat ke-46,
Allah berfirman:
"Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan
akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik.
Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak
mengetahui (hakikat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya
kamu jangan termasuk orang-orang yang jahil".
Kritikan
Allah ini disedari Nabi Nuh. Tanpa bertangguh, Nabi Nuh segera memohon ampun
dan bertaubat atas kesalahannya kerana seakan “memaksa” Allah memberikan hidayah
dan menyelamatkan isteri dan anak-anaknya. Doa Nabi Nuh ini dirakamkan oleh
Allah dalam surah Hud ayat yang ke-47,
“Nuh berkata: Ya
Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau
sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak
memberi ampun kepadaku, dan (tidak) memberikan belas kasihan kepadaku, nescaya
aku akan termasuk orang-orang yang merugi.”
Maha Pemurah dan penerima
taubatnya Allah, Allah pun menjawab doa Nabi Nuh dalam surah Hud pada ayat yang
ke-48,
Allah berfirman:
"Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami
atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan
ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan
dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami".
Wuhaib bin al-Ward,
seorang ulama’ hadith, melaporkan,
“Apabila Allah tidak
bersetuju dengan perbuatan Nabi Nuh meminta anak-anak dan isterinya selamat
daripada bencana sedangkan mereka adalah daripada golongan yang ingkar kepada
Allah, lalu Allah memberikan peringatan kepada Nabi Nuh dengan kata-kataNya.”
Wuhaib menambah
lagi,
“Selepas Allah
berkata seperti itu, Nabi Nuh menangis dengan penuh penyesalan selama 300
tahun. Air Matanya dikatakan mengalir deras seperti sungai."
Antara pengajaran penting yang boleh dapat di sini adalah, jangan bertangguh taubat apabila kita sedar kesalahan dan maksiat yang kita buat. Jangan bertangguh. Kerana, apabila sesuatu azab dan bala bencana datang, ia tak akan datang secara bertangguh
Antara pengajaran penting yang boleh dapat di sini adalah, jangan bertangguh taubat apabila kita sedar kesalahan dan maksiat yang kita buat. Jangan bertangguh. Kerana, apabila sesuatu azab dan bala bencana datang, ia tak akan datang secara bertangguh
Rujukan : Mukhtashar
Kitab at-Tawwabeen karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi.
![]() |
Dapatkan buku Ajari Aku Tinggalkan Maksiat karya Shukery Azizan di semua rangkaian kedai buku di seluruh Malaysia |
Kisah Taubat 1 : Taubat Nabi Nuh Alayhissalam
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
16:54
Rating:

No comments:
Post a comment