Hari itu,
ada pelajar tanyakan kepada kami, macam mana nak tinggalkan maksiat? Kami diam
seketika, lalu kami beritahu padanya, sebenarnya senang saja nak tinggalkan
maksiat dan dosa ni. Serius senang saja. Contohnya?
1. Kalau
dah bercouple crush bercinta bagai, senang saja nak minta clash. Cakap sajalah
minta clash.
2. Kalau
nak berhenti rokok, buang sajalah rokok yang ada di kocek ke tong sampah.
3. Kalau
selalu upload gambar, delete sajalah yang ada di FB, instagram, twitter, dan
lain-lain.
4. Kalau
selalu tengok video lucah, delete sajalah video yang ada pada laptop atau
handphone, atau pasang software block daripada akses ke website lucah.
5. Nak
tinggalkan lagu, drama atau movie yang ada unsur haram, delete sajalah movie,
drama seperti runningman, goblin, descending of sun, exo next door, 2NE1, 7-11,
7 hari mencintaimu, 7 hari lagi nak mati dan lain-lain dalam hard disc atau
laptop.
Dan
banyakk lagi maksiat dan dosa yang senang je nak tinggal. Tetapi....🤔
Tetapi
isu sekarang, yang susahnya bukan nak tinggalkan maksiat atau dosa itu, tetapi
yang susahnya adalah KESAN maksiat dan dosa itu !
1. Memang
senang nak clash. Tetapi kesannya SUSAH nak hilang. Selalu terbayang-bayang, rasa
serba salah, rindu, teringat-ingat, sampai masuk dalam mimpi dan akhirnya itu
yang couple semula.
2. Memang
senang nak buang rokok. Tetapi sehari lepas itu badan mula menggigil, demam,
tengok orang rokok rasa tak tahan, dan akhirnya merokok semula.
3. Memang
senang nak delete. Lepas tu kawan-kawan akan 'hasut', kutuk, perli atau sindir
kita ni kolot, tak up to date, ketinggalan zaman, atau mungkin rasa janggal
sebab kawan-kawan upload tapi kita tak upload. Dan akhirnya upload semula.
4. Memang
senang nak delete video lucah dalam smartphone atau laptop, tetapi 2,3 hari
selepas tu bila seorang diri, internet pula laju, akhirnya tangan pun menggatal
untuk search semula website lucah dan akhirnya tengok semula.
5. Memang
senang nak delete lagu, drama atau movie yang ada unsur haram ni, tetapi nanti
2,3 hari lepas tu bila berjalan kat mall, terngiang-ngiang lagu yang dihafal
tu. Atau roommate / housemate pasang pula video-video dan drama tu. Atau
kawan-kawan ajak tengok wayang. Akhirnya kita pun melayan semula.
![]() |
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 019 6803782 |
Nampak,
senang saja nak tinggalkan dosa maksiat, tetapi SUSAH nak tinggalkan KESAN daripada
dosa maksiat ini. Ibarat macam kena PENJARA. Jadi apa kena buat? Serius nak
tahu apa kena buat?
1. Ingat,
Rasulullah pernah sebut,
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ
التَّوَّابُوْنَ.
"Setiap anak Adam pasti berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik
orang yang berbuat kesalahan (dosa) adalah mereka yang bertaubat.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Maksudnya
di sini, kita semua akan buat dosa. Pasti termasuklah kami! Tetapi sebaik-baik
pendosa dalam kalangan kita adalah mereka yang BERTAUBAT. Kalau anda bertaubat
dan kami tak bertaubat, maksudnya anda lebih baik dan mulia dari kami!
2. Kalau
dah taubat, lepas tu buat lagi. Macam mana? Dalam hadis atas, Rasulullah sebut,
" خَطَّاءٌ
"
Dalam
kaedah bahasa Arab, "khotoo'un" atau "melakukan dosa" ni
adalah menggunakan kaedah Sighah Al Mubalaghah, atau bahasa mudahnya HYPERACTIVE
REPETITION iaitu pengulangan atau kekerapan yang melampau-lampau. Dalam kata
lain, hadis ini nak beritahu pada kita yang,
Kita
semua akan ada kecenderungan untuk ulang lagi dan lagi dosa yang telah kita
buat. Ya, kita memang ada kecenderungan untuk ulang lagi dosa yang sama. Jadi
apa kena buat? Sebab itu Nabi kata, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat.
Dan bukan hanya bertaubat saja.
Bahkan
MENGULANG-ULANG taubat. Ulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila?
Sampai
moga-moga kita mati dalam keadaan bertaubat, bukan mati sedang buat maksiat dan
dosa.
![]() |
Dapatkan novel Sujud Yang Terakhir karya Aizuddin Hamid di rangkaian kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga! |
3. Lagi
satu, JANGAN BERTANGGUH untuk taubat. Sebab taubat ni hukumnya wajib. Bila dah
buat dosa, terus taubat secepat mungkin. Mulakan dengan istighfar, kemudian
sambung dengan tinggalkan dosa tu selama mana yang boleh. Kalau buat lagi,
ulang jalan yang sama.
Ibnu
Qudamah al Maqdisi sebut,
"Para
ulama telah ijma’ tentang wajibnya taubat, karena sesungguhnya dosa-dosa
membinasakan manusia dan menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera
bertaubat."
Imam
Ibnul Qayyim pula sebut, ”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah dari
perbuatan dosa hukumnya adalah wajib dilakukan dengan segera dan TIDAK BOLEH
ditangguh.”
Imam An
Nawawi pun kata,
"Para
ulama telah sepakat, bahawa bertaubat dari seluruh perbuatan maksiat adalah
wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda, sama ada itu dosa
kecil atau dosa besar.”
Kesimpulannya,
Kita ini
bukan malaikat pun. Kita manusia biasa, yang selalu buat dosa. Jadi,
bertaubatlah sungguh-sungguh walaupun susah. Dan walaupun KESAN DOSA tu susah sangat
nak tinggal. Mungkin makan masa bertahun, bahkan seumur hidup.
Ibarat
macam kuali. Nak cuci belakang kuali, senang je. Tapi nak hilangkan kesan kotor
belakang kuali, itu yang sangat susah dan mencabar. Terpaksa sental dengan
berus dawai sampai tangan luka, penat, dan berkali-kali. Penat dan stress, tetapi
kalau berterusan insyaAllah bersih. Macam itu juga dosa maksiat kita.
Moga
Allah ampunkan kelemahan dan dosa kita. Ameen.
Moga tulisan
kali ini bermanfaat kepada sesiapa yang nak kembali pulang pada Allah.
Senang Je Tinggalkan Dosa?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
16:01
Rating:

No comments:
Post a comment