Setiap tahun,
Malaysia tidak akan terlepas dalam meraikan perayaan sempena Tahun Baru Cina.
Dan sudah pasti, persoalan yang akan timbul, terutama dalam jiwa remaja adalah,
boleh ke orang Islam meraikan juga Tahun Baru Cina? Tak berdosa ke? Mungkin ada
yang pandang remeh dengan soalan ini. Pada kami, ini satu soalan yang sangat
bagus. Sebab apa?
Sebab soalan
ini membuktikan ramai remaja yang nak beramal dengan cara hidup Islam dan nak
hidupnya nak terikat dengan syariat Islam. Alhamdulillah, terbaik! Apa pun,
sebelum kita jawab boleh atau tak, lebih baik kita lihat satu persatu dulu
inforia berkaitan dengan Tahun Baru Cina ini, daripada sejarah, hinggalah
keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Sejarah Tahun
Baru Cina
Kalau merujuk
tulisan Dr Zulkifli al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, sejarah terperinci
tentang Tahun Baru Cina ini ada banyak versi. Antara versi yang selalu
diceritakan tentang sejarah Tahun Baru Cina ni adalah, apabila kisah sebuah
penduduk kampung yang hidup dalam ketakutan sebab diburu oleh seekor makhluk mistik
yang akan memakan mereka yang bernama “Year” (tak tahu la terjemahannya Tahun
ataupun apa. Kita panggilah beliau sebagai Year). Year ni binatang yang badan
macam seladang tetapi kepala singa, dan dipercayai hidup di lautan. Fuh. Dan
setiap kali malam tertentu sekali dalam setahun, Year akan keluar untuk makan
haiwan, manusia dan harta mereka.
Dipendekkan
cerita, ada seorang tua yang cadangkan untuk membuat bising seperti bunyi
pukulan gendang, membakar mercun dan gantung kertas berwarna merah yang disebut
sebagai Dui Lian atau menampalnya pada tingkap rumah supaya dapat halau
binatang tu. Sebab mereka percaya, haiwan itu takut warna merah dan bunyi
bising. Cadangan itu berjaya, dan demi meraikan kemenangan itu, mereka pun
sambut hari kemenangan itu sebagai Tahun Baru pada masa itu.
Secara
hakikatnya pula, sambutan Tahun Baru Cina lebih kepada menyambut tahun baru
bagi masyarakat cina mengikut kalendar lunar Cina. Yang mana setiap tahun akan
diwakili dengan satu zodiak haiwan, dan pada tahun 2018 ini, jatuh kepada tahun
babi atau khinzir. Sambutan tahun baru Cina akan berterusan selama 15 hari dan
pada hari ke 15 akan ada perayaan pesta tanglung.
![]() |
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 019 6803782 |
Islam dan
Toleransi Dalam Beragama
Islam tidak
menafikan pun hak agama lain untuk diamalkan, bahkan Rasulullah SAW sendiri
hidup bersama orang Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin. Tetapi asasnya mestilah
berwala’ (taat setia) kepada Islam dan barra’ (menolak) kekufuran serta merasa ‘izzah
(bangga) dengan pegangan Islam sekaligus menampilkan akhlak Muslim hingga
keperibadian dan gaya hidup kita boleh dibezakan dengan golongan kafir. Allah
menyebut,
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا
وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
“Dan tidak ada yang
lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan
mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil
berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah
bulat-bulat kepada Allah)!”.
(Fussilat: 33)
Hakikat sambutan Tahun Baru Cina
hanyalah satu perayaan adat yang tidak ada kaitannya dengan permasalahn aqidah.
Ianya sekadar menyambut tahun baru mengikut calendar lunar Cina. Ini kerana
perbuatan yang dianjurkan mestilah dilakukan atas dasar kemasyarakatan dan hubungan
sosial.
Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang
pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan
Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah
memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan
orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya
melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap
semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya
amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan
sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia
dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan
selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi
seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang
bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan
itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak
menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan
tersebut.
![]() |
Dapatkan buku Agar Kau Bahagian karya Najmi Fetih di rangkaian kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga! |
Yee Sang (Mengajukan Ucap
Selamat Demi Kemakmuran/Prosperity Toss)
Masyarakat Cina di Malaysia dan
Singapura sangat biasa dengan istilah Yee Sang yang maksudnya satu upacara
makan bersama yang diadakan bagi mengucapkan kemakmuran. Dan uniknya, Yee Sang
ni hanya popular di Malaysia dan Singapura, tetapi bukan di tanah besar China,
Hong Kong dan Taiwan. Yee Sang atau disebut sebagai Yusheng ialah hidangan
dalam perayaan Tahun Baru Cina yang dihidangkan tujuh jenis warna makanan berlainan
seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka
sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.
Menurut Dr Dzulkifli al Bakri,
melalui sudut kaca mata Islam, makanan halal lagi baik tidak ada halangannya
untuk dimakan. Allah berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي ٱلۡأَرۡضِ حَلَٰلٗا طَيِّبٗا وَلَا
تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٌ
Maksudnya: Wahai
sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah: 168)
Jadi menurut Tuan Mufti, amalan
Yee Sang ini lebih kepada adat dan tak ada sangkut paut dengan masalah aqidah,
ia harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk turut serta dalam upacara
Yee Sang ni. Dengan syarat, makanan yang dihidangkan mestilah halal dan tidak
dikaitkan dengan permasalahan aqidah sama ada daripada segi ucapan ataupun
iktikad (keyakinan) terhadap upacara itu. Begitu juga selama mana tidak ada
unsur-unsur maksiat dalam upacara tersebut.
Maksud ‘Gong Xi Fa Cai’
“Gong xi fa cai” (Tulisan Cina
Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi
faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat
choi), diterjemah sebagai “Tahniah dan semoga mendapat rezeki”.
Ungkapan ini banyak kali disalah
anggap sebagai sinonim dengan “Selamat tahun baru” sejak berabad-abad lalu. Dua
aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama
(menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian
dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan
mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk). Melihat kepada maksudnya ini,
menurut Dr Dzulkifli Al-Bakri, ianya jelas tidak bermasalah dan tidak
bercanggah dengan akidah Islam malah ianya satu ucapan yang amat baik dan
melambangkan perpaduan yang erat sesama kita.
![]() |
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 6803782 sekarang juga! |
Kenyataan Mufti Wilayah
Persekutuan
Dalam sebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian agama, bangsa yang majmuk, adat dan budaya yang
berlainan seperti Malaysia, sudah tentu ia menjadikan kita lebih terbuka dan
bertolak ansur (tasamuh dan toleransi) tanpa menggadaikan prinsip-prinsip utama
Islam.
Ini adalah beberapa garis
panduan yang Dr Dzulkifli al-Bakri cadangkan kepada kita semua sebagai umat
Islam yang ingin terlibat dalam sambutan perayaan bangsa lain untuk sama-sama
diteliti dan diaplikasikan:
1. Majlis tersebut tidak
disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan
akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang
jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
2. Majlis tersebut tidak
disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan
syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika
dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat
Islam.
3. Majlis tersebut tidak
disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya
masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan
pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan
norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam
berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4. Majlis tersebut tidak
disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat
Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti
masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang
jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan
amalan mereka.
5. Pihak penganjur dan orang
ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur
atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.
Menurut Dr Dzulkifli al-Bakri,
beliau dapati sambutan Tahun Baru Cina yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin
masyarakat Cina dan juga disertai oleh pemimpin negara atau negeri yang
beragama Islam, masih di ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana,
ia bertujuan untuk menjaga dan memelihara hubungan masyarakat dan lebih kepada
hidup dalam kontrak sosial yang diraikan tanpa menggadaikan prinsip agama.
Wallahua’alam. Moga Allah
memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua dan semua yang bukan Islam
supaya masuk Islam dan amalkan Islam dengan Islam yang sempurna. Dan moga Allah
kurniakan keharmonian dan keamanan kepada kita semua. Ameen.
Rujukan :
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan.
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/589-bayan-linnas-siri-48-hukum-menyambut-tahun-baru-cina
p/s : Dapatkan E-Book tulisan Shukery Azizan yang bertajuk "Kisah Wanita Di Dalam Al-Quran" hari ini juga. Klik di sini untuk dapatkan segera : >> KLIK DI SINI <<
Apa Hukum Sambut Tahun Baru Cina?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
17:39
Rating:

No comments:
Post a Comment