Assalamualaikum.
Aku tuju surat ini buat kau dan diriku
sendiri, wahai semua pendosa. Kita semua sama dan tiada siapa yang maksum. Aku
dan kalian, masing-masing ada aib tersendiri yang amat malu jika orang lain
tahu. Aku tulis surat ini bukan bermakna aku ini mulia, dan kalian yang baca
surat ini bukanlah bermakna kalian itu hina.
Tidak.
Bukan tugas aku untuk menghukum dan menghina
kalian atas dosa yang kalian laku. Bahkan, Nabi juga tidak izinkan untuk kita
menghina diri sendiri. Jika diri sendiri pun aku tidak berhak untuk menghina,
apakah lesen untuk aku terus menghina kalian? Kerana hakikatnya, dosa aku lebih
banyak dari kalian, dan aku lebih berhak di hina.
Tetapi, penghinaan yang di beri tidak akan
mampu merubah manusia.
Kerana itu, niat aku cuma ingin sampaikan,
ingin memberi pesanan, ingin memberi peringatan, ingin memberi harapan, ingin
memberi semangat, ingin memberi motivasi, dan ingin memberi teguran.
Aku hanya menegur. Bukan menghukum. Jauh
sekali menghina.
Ah, lupakan itu semua. Aku tulis ini supaya
kalian tidak menuduh aku yang bukan-bukan, mengatakan aku menghukum kalian dan
sebagainya. Tidak. Menegur itu bukan menghukum. Aku harap, kalian faham yang
itu.
TAUBAT ITU
TIDAK SIA-SIA
Wahai seluruh pendosa termasuk diriku sendiri…
Dalam surat ringkas ini, aku hanya mahu
menyeru diri kalian agar bertaubat pada Allah. Tinggalkan dosa dan maksiat,
mulakan hidup baru, dan jangan putus-asa dalam taubat. Lazimilah taubat dalam
hidup.
Ya, mungkin terkadang, kalian rasa taubat yang
kalian lakukan itu tiada nilainya, dan tidak berguna. Kerana kalian sering
mengulangi dosa yang sama berkali-kali. Tetapi, tidakkah kalian sedar, bahawa
apa yang kalian rasa itu salah?
Taubat itu tidak pernah sia-sia!
Jika kalian makan nasi dengan lauk di dalam
pinggan, kemudian selepas makan, apa yang kalian akan lakukan? Semestinya,
kalian akan basuh pinggan tersebut. Betul tak? Kemudian, kalian makan sekali
lagi menggunakan pinggan yang sama, kemudian basuh kembali, dan seterusnya.
Bayangkan, kalau ada orang berkata pada kalian,
“Buat apa nak basuh pinggan tu? Biarkan je
kotor. Sebab, nanti korang akan kotorkan balik pinggan tu. Sia-sia je basuh
pinggan…”
Apa pandangan kalian tentang kata-kata ini?
Sudah semestinya salah! Jika pinggan tidak di
basuh, pinggan tersebut akan berkulat, kotor, berulat, busuk, dan kita sendiri
dah tidak selera untuk menggunakan pinggan tersebut untuk makan. Bahkan, ianya
boleh membawa kepada penyakit, keracunan makanan dan boleh mati. Kenapa? Kerana
pinggan tersebut tidak di basuh, di biar kotor, terus menjijik.
Begitu juga hatimu.
Jangan anggap taubat itu satu perkara yang
sia-sia. Hati ibarat pinggan. Dosa itu ibarat sisa makanan. Ianya sentiasa kita
ulang dan ulang kerana lemahnya kita sebagai manusia. Taubat itu pula ibarat
membasuh pinggan.
Ya, kita memang akan sentiasa melakukan dosa,
samada sengaja atau tidak sengaja, dosa kecil atau besar. Tetapi, apa alasan
untuk kita tidak bertaubat? Walaupun setelah kita taubat, boleh jadi kita
mengulangi semula dosa yang sama, namun adakah itu boleh jadi alasan untuk kita
tidak bertaubat? Jika kita membiarkan pinggan itu di saluti dengan sisa-sisa
makanan yang tidak di basuh, apa akan jadi?
Kawan…
Jika kita membiarkan hati kita di saluti
dengan sisa-sisa dosa yang tidak di taubatkan, apa akan jadi? Hati kita akan
kotor, busuk, jijik, penuh dengan karat, bahkan, hati kita boleh mati!! Kerana
itu, hati ini perlu sentiasa di basuh dengan taubat wahai teman yang ku amat
cintai!
Tiada alasan untuk kita tidak bertaubat.
Taubat itu nikmat.
Taubat itu ketenangan.
Taubat itu kebahagiaan.
Taubat itu keamanan.
Taubat itu kedamaian.
Taubat itu solusi kepada segala masalah.
Taubat itu kunci kepada kejayaan.
Taubat itu tangga kepada syurga yang di damba.
![]() |
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 0196803782 |
KESAN
TAUBAT
Wahai seluruh pendosa termasuk diriku sendiri…
Aku masih nak jelaskan lagi,
apakah yang kalian akan dapat pabila kalian menyambut tawaran taubat yang Allah
hulurkan. Aku akan jelaskan pada kalian sehingga kalian benar-benar yakin!
Yakin yang tiada sedikit pun keraguan dalam hati kalian! Yakin yang membuahkan
amal dan tindakan! Aku akan buktikan, aku akan buktikan, aku akan buktikan,
sehingga kalian tiada lagi alasan untuk tidak bertaubat, bahkan kalian akan
merasa ketagih untuk bertaubat!!
1) Allah akan ampunkan seluruh
dosa kalian.
Apakah lagi yang di harapkan
dalam hidup ini selain di ampuni? Nikmat di ampunkan Allah adalah satu nikmat
yang cukup agung! Dan, jalannya adalah taubat wahai kawan! Dalam satu hadith
qudsi Allah ada berfirman:
“Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa
kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku
ampuni. Dan barang siapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk
mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli
(beberapa banyak dosanya).”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Allah tak peduli berapa banyak
dosa kita. Sebesar mana pun dosa kita, tidak mampu menandingi kebesaran Allah!
Seluas mana dosa kita, tidak mampu menandingi keluasan rahmat dan pengampunan
Allah. Namun, ianya akan tercapai hanya dengan taubat!
Indah bukan?
2) Allah beri nikmat dan
keberkatan rezeki untuk kalian.
Nak bebas dari masalah duit? Nak rasai
keberkatan dan kecukupan rezeki? Dah tak
tahan hidup dalam kesempitan kewangan? Taubat adalah jawapannya!
Ketika kaum nabi Nuh melakukan dosa,
mensyirikkan tuhan yang maha Esa, menentang risalah islam yang di bawa baginda,
Nabi Nuh hadir menawarkan satu tawaran daripada Allah, yang mana, jika seluruh
pendosa menerima tawaran agung ini, nescaya Allah akan beri segala-galanya!
Allah kurniakan hujan, Allah kurniakan harta, anak-anak, di suburkan tanaman
dan juga Allah akan alirkan sungai-sungai.
Tahukah kalian, apakah tawaran itu?
Kalian hayati tawaran yang di beri oleh Allah
melalui kekasihNya, Nuh alaihissalam.
(10). فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا
رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
“Maka aku katakan kepada
mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun..”
(11). يُرْسِلِ السَّمَاءَ
عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
“(Dengan taubat), nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat..”
(12). وَيُمْدِدْكُمْ
بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
“Dan menggandakan harta dan
anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya)
untukmu sungai-sungai…”
(13). مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ
لِلَّهِ وَقَارًا
“Mengapa kamu tidak percaya
akan kebesaran Allah?”
(Surah Nuh ayat 10 hingga 13)
Hujan itu rezeki. Anak dan
zuriat itu rezeki. Tanaman subur itu adalah signifikan kepada perniagaan kita
Allah suburkan, walau apa bentuk perniagaan pun selagi ia tidak melanggar
syarak. Juga di Allah kurniakan sungai yang mengalir. Semua itu rezeki! Dan ia
akan hadir pabila kita bertaubat!
Bukan itu sahaja wahai kawan.
3) Semua masalah kalian di
selesaikan dan di beri jalan keluar.
Pernah tak kalian di himpit beban dan masalah
hidup? Masalah demi masalah, musibah demi musibah, keserabutan demi
keserabutan, dan kau mencari-cari jalan keluar dari segala kekusutan dan
keserabutan yang kalian alami.
Kalian mencari-cari jalan keluar namun buntu,
hampir putus-asa, mengeluh dan mengeluh. Adakah kalian sedar, Allah yang maha
Pengampun, maha Pemurah, maha Penyayang dan yang maha Pengasih telah memberikan
solusi kepada seluruh permasalahan tersebut? Nabi pernah bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ
مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ
لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang melazimi istighfar, nescaya
Allah jadikan baginya dari setiap kesempitan ada jalan keluar, dari setiap
kesusahan ada jalan penyelesaian, serta memberinya rezeki dari penjuru yang
tidak ia sangka-sangka.."
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Adakah
kalian nampak apakah kesan taubat? Jika belum nampak, aku hadiahkan satu lagi kata-kata
agung kekasih Allah, Muhammad saw:
مَنْ أَكْثَرَ مِنْ الِاسْتِغْفَارِ؛ جَعَلَ اللَّهُ
لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ
حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ”
“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah akan memberikannya jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadith Riwayat Ahmad)
Kalian masih lagi tidak mahu mengakui dan
mempercayai kalam Allah dan rasul ini? Kalian masih ragu-ragu bahawa TAUBAT
adalah solusi dan jalan keluar kepada semua masalah, musibah, keserabutan,
kegelisahan, kekusutan, keresahan, kesedihan, kesempitan dan segala-gala bala
di dunia ini yang menimpa kalian?
Kalian masih tidak percaya kuasa taubat?
Nah! Aku hadiahkan kalian bukti-bukti yang
nyata dari tuhan yang tidak pernah memungkiri janji!
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا
إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ
ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ
”
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika
kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik
(terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan
memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan)
keutamaannya.”
(Surah Hud ayat 3)
Tak cukup dengan itu wahai kawan!
![]() |
Dapatkan buku Agar Kau Bahagia karya Najmi Fetih di rangkain kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga! |
4) Andai kalian merasa lemah, taubat itu akan
menghasilkan kekuatan!
وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا
إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ
قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
“Dan (Hud berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”
(Surah Hud ayat 52)
Lihat
wahai kawan, Lihat!! Baca dengan mata hati perenggan ayat tadi!
“Dia
akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu…”
Sungguh
dengan taubat, kekuatan akan hadir! Apa lagi alasanmu untuk tidak menyambut
tawaran yang Allah hulurkan padamu?
5) Allah akan makbulkan
doa-doa kalian.
Kadang, ramai orang yang marah
Allah bila mereka tak dapat apa yang dia minta dalam doa. Tetapi, ramai yang
tak sedar, punca Allah tak makbulkan doa adalah kerana dosa-dosa mereka
sendiri! Dosa itu yang menjadi penghalang, dan, ianya dapat di atasi dengan
taubat!
Dengan taubat, Allah akan
makbulkan doa kita! Bahkan, Allah akan bagi yang lebih baik buat kita, walaupun
kita mintak lain dapat lain, Allah maha tahu! Seorang penyair ada menyebut dalam kitab Al-Azhiyah Ahkamil Ad’iyah:
“Kita berdoa dan menyangka doa tak dimakbulkan dan terangkat, padahal dosa mereka yang menghalangnya, lalu doa tersebut kembali. Bagaimana doa kita boleh sampai sementara dosa kita menghalang di jalannya”.
Aku bagi perumpamaan.
Ada seorang raja, dia nak bagi
seluruh rakyat dia harta dan segunung emas tiap seorang, tetapi bersyarat.
Syaratnya ialah, tidak boleh melanggar undang-undang negara. Siapa yang
langgar, dia tidak berhak untuk mendapat harta dan segunung emas tersebut.
Dan, ada seorang lelaki ni,
dia memang suka melanggar undang-undang dan arahan raja. Segala macam jenayah
dia lakukan. Pada masa yang sama, dia selalu datang pada raja dan mintak harta
dan segunung emas. Lalu raja tu berkata:
“Aku boleh bagi, dengan syarat
kau ikut arahan dan undang-undang yang dah termaktub dalam negara kita yang
tercinta ni…”
Tapi, lelaki tersebut
berkeras, dia tak nak ikut syarat tersebut. Dia terus menerus melakukan
jenayah. Tetapi, seperti mana dia tidak jemu melakukan jenayah, dia jugak tidak
jemu untuk meminta harta dan segunung emas yang raja tersebut telah tawarkan.
Tetapi, seperti biasa, permintaannya tidak di tunaikan.
Lalu, lelaki tersebut marah
dan memaki hamun raja tersebut, serta menyalahkan raja, menuduhnya kedekut,
bakhil, sombong, dan sebagainya. Soalan aku buat kalian.
Siapa yang bodoh? Raja atau
lelaki itu? Siapa yang sombong? Raja atau lelaki itu?
Begitu juga kita. Kita sering
salahkan Allah bila doa kita tak makbul. Tetapi, pernah tak kita muhasabah
diri, sejauh mana kita patuhi segala perintah dan larangan Allah? Kerana itu,
kita kena bertaubat!
Ah!
Nak senaraikan kelebihan
taubat ni, terlalu banyak! Secara ringkas boleh aku cakap, dengan taubat:
Allah akan mencintai kalian.
Allah akan meninggikan darjat
kalian.
Malaikat akan berdoa untuk
kalian.
Menggantikan dosa yang kita
laku selama ini dengan pahala.
Menyucikan hati.
Mendapat ketenangan.
Terlepas dari neraka.
Di masukkan dalam syurga.
Dan banyak lagi! Apa lagi
alasan untuk kalian tidak bertaubat? Tidakkah kalian jatuh cinta dengan rahmat
yang Allah hulurkan ini?
![]() | |
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 680 3782 sekarang juga! |
KESAN
DOSA
Setelah aku sampaikan berita
baik tentang indahnya taubat, apa kata kalian dengar juga, apakah kesan dosa
dalam hidup kalian. Supaya akhirnya, kalian boleh pilih, nak terus berdosa atau
bertaubat terus. Nilai kesan dosa, nilai kesan taubat, mana yang kalian rasa
lebih baik untuk diri, lakukanlah ia tanpa ragu-ragu! Kesan dosa ni sangat
banyak!
Antaranya:
1
)Terhalang dapat ilmu.
2)
Terhalang dari rezeki.
3)
Jauh dari Allah.
4)
Rasa terpinggir dari manusia.
5)
Urusan jadi sulit.
6)
Hati jadi gelap gila.
7)
Rasa susah nak taat Allah.
8)
Umur jadi pendek(umur tak berkat).
9)
Akan mengheret kita untuk buat dosa lain.
10)
Melemahkan rangsangan ketaatan. Means, takde rasa nak buat baik langsung!
11)
Sampai satu tahap, kita akan rasa bangga dengan maksiat.
12)
Allah hina.
13)
Rasa maksiat tu kecil.
14)
Melemahkan akal.
15)
Hati tertutup.
16)
Mengundak laknat.
17)
Terhalang dari doa nabi dan malaikat.
18)
Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
19)
Menghilangkan nikmat!
20)
Mengabaikan diri sendiri.
21)
Kehidupan seolah-olah menjadi sempit!
22)
Mengundang azab Allah
Ah!
Kalian tulis dan isilah sendiri! Terlalu banyak kesannya! Aku juga pernah rasa
kesan-kesan tersebut, dan aku sangat terseksa! Benarlah, Ibn Qayyim pernah
berkata:
"Ramai orang mampu bersabar dengan
syahwat. Tapi, tak ramai yang mampu bersabar dengan kesan syahwat!!"
Kesan dosa itu hakikatnya lebih pedih dari dosa. Mungkin
ketika buat dosa, kalian tak rasa apa. Tetapi, dosa ini meninggalkan bekas.
Bekas itulah yang akan menghantui hidup kita! Adakah kalian sanggup meneruskan
dosa, sedangkan kalian tahu, hakikat dosa itu amat menakutkan dan amat
mengerikan?
Sekarang, pilihlah.
Taubat.
Atau.
Maksiat ?
Aku tahu, kalian tahu, apa yang terbaik. Aku sayang kalian
kerana Allah. Moga syurga buatmu!
p/s: Tulisan ini diambil daripada buku Surat Untuk Orang Putus Cinta karya Ustaz Adnin Roslan
Surat Cinta Buat Pendosa
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
17:27
Rating:

No comments:
Post a Comment