Kalau dah lama follow Tarbiah
Sentap, mesti anda akan perasan yang kami selalu sebut perihal tarbiah tarbiah
tarbiah. Tetapi persoalannya, tarbiah itu APA sebenarnya? Ok, baca
perlahan-perlahan. Tajuk ini pada asalnya isinya sedikit berat. Sikit je.
Tetapi kami dah usaha sebaik mungkin tahap kritikal untuk ringankan. Bismillah.
Hari
ini bila sebut tentang tarbiah, ramai yang mengaku sudah ikut tarbiah.
Persoalannya, betul ke ikut tarbiah? Secara ringkas dan overview-nya, tarbiah
adalah satu proses, sistem, suasana yang mana hasilnya kita akan BERUBAH.
Berubah menjadi lebih baik. Maknanya, kalau kita mengaku ikut tarbiah, tetapi
masih tak tinggalkan jahiliah diri, hakikatnya kita belum ikut tarbiah
sepenuhnya. Sebab tarbiah ini adalah tunjang segala perkara. Hancur tarbiah,
hancur juga banyak perkara.
Perkataan ‘Tarbiah’ berasal dari
kata rabba-yurobbi-tarbiyyatan, yang maksudnya memperbaiki, mendidik,
menjaga, menumbuh, mengurus dan mengembang. Ia adalah proses penjagaan dan
pemeliharaan fitrah manusia untuk mencapai tujuan hidup.
Apa tujuan hidup kita? Tujuan
hidup kita untuk menjadi ‘ibadullah’ (hamba Allah) dan ‘khalifatullah’
(khalifah) yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan
mencegah kemungkaran atau Bahasa mudah ‘dakwah’).
Syeikh
Khalid Ahmad as-Syantuh sebut,
“Tarbiyah adalah metod perubahan
yang bersifat fundamental (asas), ia merubah manusia dari akar-akarnya”.
So
kami ulang sekali lagi, secara nak mudah faham, essence (intipati) daripada tarbiah
ini adalah BERUBAH. Maksudnya, tarbiah ni adalah proses nak ubah kita
daripada jahiliah ke Jannah. Dalam proses perubahan tu, mesti ada
cara-caranya. Contoh yang paling mudah faham, nak tanam biji benih.
Anggaplah anda nak ‘tarbiah’ biji benih untuk jadi sebuah pokok yang besar,
berbuah sedap manis, berbunga cantik, boleh ikat tali untuk main buai, boleh
buat panjat, boleh guna untuk ikat adik di pokok kemudian letak kerengga di
pusatnya sebagai denda sebab tak solat subuh berjemaah dan sebagainya.
Adakah
dengan tanam biji benih dalam tanah, lalu esoknya tiba-tiba secara ajaibnya ia
akan tumbuh menjadi pokok dengan mudah dan segera seperti mee megi lalu anda
pun silang kaki makan popcorn caramel di bawah rimbunan pohon itu? Amboi.
Secara semula jadinya, mula-mula kita kena pilih tanah yang sesuai sebelum nak tanam biji benih. Kita nak pokok durian, tapi tanam biji benih atau bibit pohon durian dalam tanah liat. Memang sampai ke cicit yang kahwin dua pun belum tentu tumbuh. Mula-mula kena pilih tanah yang lembab, gembur, subur dengan kedalaman air tanah tak lebih 1 meter.
Kemudian
baru tanam bibit tu dalam pasu yang disediakan. Lepas tu, letak baja dalam
nisbah yang betul, siram air sekerap boleh, dedahkan dengan cahaya matahari,
dan sebagainya. Kemudian kena ada pemantauan yang rapi supaya takda ulat,
serangga lain yang menyerang pokok tu.
Proses
ni bukan sehari dua, tetapi ia berterusan sampailah pokok durian tu membesar
dengan cemerlang serta berbuah Durian Musang King dengan lebat lalu boleh
dimakan begitu sahaja secara berjemaah bersama anak usrah dan jiran tetangga.
Macam
tu jugalah tarbiah, bahkan lebih lagi. Ia akan ubah kita daripada biji benih
yang tak ada apa-apa, sampailah berubah menjadi pokok tinggi yang boleh berbuah
ranum, serta bagi manfaat pada makhluk lain termasuk haiwan dan alam sekitar
seperti lapisan ozon.
“Dan Dia lah yang menurunkan hujan
dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis
tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau,
Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan
dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan)
tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik;
dan (Kami jadikan) kebun-kebun
dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan
rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia
berbuah, dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang
beriman”.
(Surah al An’am 6:99)
And now you know. Begitu juga
tarbiah, ada prosesnya, dan ia ambil masa yang sangat lama. Kalaulah nak
‘tarbiah’ pokok durian yang tak ada akal dan nafsu pun kena ada tukang tanam,
anak benih, proses, teknik atau kaedah yang mesti lakukan serta tanah yang
sesuai, inikan pula nak tarbiah manusia yang selalu degil, tak dengar cakap,
acah-acah pandai, hipster, sombong, kedekut dan sebagainya tu.
Syaratnya mesti kena ada orang
yang tarbiah kita (tukang kebun) yang biasanya disebut sebagai murobbi, Naqib
dan Naqibah, diri kita yang nak ditarbiah tu (biji benih) yang dikenali
sebagai mutarobbi, kaedah nak tarbiah (kaedah tanaman) atau sebut
sebagai manhaj, dan suasana yang betul (tanah yang sesuai) atau disebut
sebagai biah. Dan proses tarbiah ni bukan ambil masa sehari dua, hari ni ikut
tarbiah, esok dah jadi malaikat. Wah wah wah, mudahnya masuk Syurga.
Ia adalah proses yang sangat
panjang, bahkan sampai kita mereput menjadi mayat. Sebab tu, selagi kita belum
jadi mayat, jangan sekali-kali keluar dari proses dan sistem tarbiah. Sebab ada
orang salah faham tentang tarbiah, mereka ingat baru je ikut tarbiah, dah boleh
jadi malaikat ataupun ulamak mufti sebagainya. Itu yang akhirnya lahirlah
pendakwah yang ‘masuk Syurga sebelum waktunya’.
Dan yang menjadi lebih masalah apabila
ada yang mengaku dah ikut tarbiah bertahun-tahun, tetapi perangai masih tak
berubah, jahiliah berkepuk-kepuk tak tinggal, maksiat masih membenak dalam
diri, disiplin tak ada langsung, amal harian pun malas buat, dan lain-lain. Maknanya
dia langsung tak faham dan mungkin tak ikut tarbiah pun. Walaupun datang usrah
setiap minggu. Sebab hakikat tarbiah itu adalah kita berubah menjadi hamba dan
khalifah Allah yang lebih baik.
Kalau ikut usrah banyak kali,
ataupun ikut macam-macam jenis ‘usrah’ seperti usrah whatapps ke, usrah piknik
ke, usrah fitness ke, usrah hipster ke, usrah tepi laut, usrah tepi kubur ke
hatta hingga usrah dalam sistem jamaah sekalipun, tetapi masih malas dan tak
nak berubah, serta tak ada usaha nak berubah, ia TETAP dikira tak ikut dan
langsung tak faham tarbiah.
Aduh..
![]() |
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 0196803782 |
Apa Sistem Tarbiah?
Macam kami cerita tadi, tarbiah ni
ada prosesnya. Bila ada proses, mestilah ada sistem. Bila dah ada sistem
atau dalam Bahasa Arab kita sebut sebagai nizom, mesti ada kaedah untuk
melaksanakan nizom itu. Atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai Manhaj (kaedah/metodologi).
Manhaj tarbiah yang tepat adalah manhaj taghyir (perubahan).
Tapi untuk kali ni, kami tak nak tulis tentang macam mana manhaj taghyir yang sebenar,
sebab memang tak layak pun. Huhu. Kalau nak baca detail tentang apa tu manhaj
taghyir, boleh baca tulisan Wasailut Tarbiyah ‘inda Ikhwanil Muslimin
(Peringkat-peringkat tarbiah dalam Ikhwanul Muslimin) tulisan Dr. Ali Abdul Halim
Mahmud.
Tetapi
secara mudah fahamnya, nak tarbiah seseorang ni ada macam-macam jalan. Kita
pergi kuliah maghrib pun, adalah tarbiah. Pergi dengar ceramah di youtube atau
radio pun adalah tarbiah. Dan banyak lagi di sekeliling anda pun, adalah
tarbiah. Tetapi masalahnya, tak ada sistem. Ibarat macam nak belajar
sains, tetapi sekadar google, tengok youtube, baca facebook, dan blog-blog
tempatan saja. Tak payah pergi sekolah. So, kita akan dapat maklumat tentang
sains, tetapi tempang, berterabur, tak ada disiplin ilmu dan boleh jadi sesat.
Jadi
macam mana nak ada tarbiah yang secara bersistem? Ada banyak cara, tetapi kami
lebih cenderung untuk ikut jalan dilalui oleh Ikhwanul Muslimin yang
diasaskan oleh al-Imam Hassan al Banna. Antara jalan-jalan tarbiah yang
dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna seperti usrah, dauroh (macam seminar),
mukhayyam (perkhemahan), nadwah (himpunan), katibah (macam qiamullail), rehlah
(macam piknik la), jauhlah (ala-ala travel) dan muktamar (mesyuarat).
Pening?
Blur? Tak faham? Jangan risau, anda tak perlu hafal pun. Sebab tak masuk
exam. Kami tak pernah nak menghafal, tapi disebabkan selalu dengar dan banyak
kali melaluinya, akhirnya terhafal sendiri. Kami kongsi sekadar pengetahuan am,
dan at least anda tahu secara asas tentang salah satu sistem tarbiah yang wujud
di atas planet bumi ni.
Satu
lagi adalah, apakah “KAYU UKUR” untuk orang yang dah ikut tarbiah? Kayu ukurnya
ada dua, yang pertama komited, dan yang kedua tekad. Komited
untuk menghadiri kesemua program-program tarbiah yang telah disusun dengan
tidak meninggalkannya tanpa sebab yang relevan, fahami tasawur tarbiah dengan
mendalam, cinta rindu akan tarbiah, dan cuba amalkan kesemua yang dipelajari.
Dan
ikut tarbiah bukanlah hanya sekadar usrah semata saja. Tekad pula adalah tekad
meninggalkan maksiat, jahiliah dan dosa lalu dengan azam yang sungguh-sungguh.
Kalau dah usaha tinggalkan tetapi terjatuh semula, jangan putus asa. Usaha
bangkit semula, dan bertaubat lagi serta komited dengan tarbiah. Hinggalah
moga-moga kita mati dalam keadaan taubat dan di atas jalan tarbiah, bukannya
mati dalam keadaan sedang melakukan dosa maksiat.
![]() | |
|
Tarbiah Itu Ubat?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kita selalu
dustakan lagi dan lagi?
Nota kaki : Sebahagian besar tulisan ini diambil daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan
Ada orang anggap bahawa kalau nak
tarbiah beberapa orang (contohnya 5 orang), maka dia kena PUKUL RATA saja semua
sekali. Maksudnya, kalau nak tarbiah 5 individu, kelima-limanya guna kaedah
yang sama, cara yang sama, teknik yang sama, dan sebagainya.
Ini TAK TEPAT.
Kalau setiap pokok yang berbeza
pun kita kena ‘tarbiah’ pokok tu dengan cara yang berlainan, apatah lagi
manusia. Tarbiah ini ibarat macam ubat yang diberikan kepada pesakit. Setiap
ubat ada TUJUAN tertentu, dan DOS yang tertentu. Tak boleh pukul rata bagi kepada
semua pesakit.
Kalau orang demam, bagi panadol
activefast atau soluble 2 biji.
Kalau orang kena cancer, bagi
rawatan kimoterapi, dan sebagainya.
Mana boleh kalau orang demam, anda
bagi kimoterapi atau pembedahan, dan orang yang kena cancer, kita bagi panadol
extend atau soluble. Lepas tu siap cakap, “insyaAllah tak lama lagi sihat la
tu. Rajin-rajin makan panadol ye.”
Sama juga macam tarbiah. Mula-mula
kita kena tahu dulu, tarbiah itu apa. Bila dah tahu tarbiah itu maksudnya BERUBAH,
maka kena ANALISA pula apa yang kita nak ubah pada individu tersebut
(atau kita panggil sebagai MAD'U = sasaran dakwah). Analisa atau kenalpasti
masalah dia.
Adakah dia seorang perokok atau
hisap vape?
Adakah dia seorang yang tinggal
solat?
Adakah dia seorang yang kaki
berhibur?
Adakah dia sedang bercouple?
Adakah dia selalu layan video
lucah?
Adakah dia selalu melayan hiburan
haram?
Adakah dia seorang yang tak
disiplin?
Adakah dia tak reti baca al Quran?
dan sebagainya. Bila dah kenal
pasti masalah individu tersebut, barulah kita RANGKA STRATEGI, macam
mana nak merawat "penyakit" dia. Eh, macam main doktor-doktor pula.
Ya, memang ala-ala macam doktor pun. Kalau doktor, merawat penyakit fizikal
manusia, tetapi kita akan merawat ‘penyakit hati’ manusia. Walaupun bukan
doktor bedah, kita adalah doktor ummah.
Ha, macam mana nak rangka strategi?
Boleh ke fikir sorang diri?
Boleh, TETAPI selalunya akan
kurang tepat strategi kita, dan cepat penat. Jadi nak buat macam mana? Sebab
itu pentingnya ada TEAM ataupun jamaah. Barulah kita dapat bincang
sama-sama, brainstorming dan rangka strategi. Duduk sekali, bermesyuarat. Bukan
niat nak buka aib sesiapa, tetapi kita nak bantu individu tu berubah.
Kemudian barulah boleh ‘rawat’ dia
berdasarkan strategi yang dah dirancang bersama. Cuba tengok prosedur macam
mana nak buat ubat (sebagai contoh panadol). Mana ada pharmacist tu fikir
sorang diri. Mesti dia ada TEAM sendiri, team pharmacist sendiri. Mereka
bincang, analisa, tengok case study, dan lain-lain. Ini juga terpakai untuk
tarbiah adik beradik, keluarga, kawan sekelas, kawan sekuliah, dan sebagainya. Cuma
persoalannya di sini ;
"Siapakah team kita?"
Kalau dalam situasi keluarga, mesti
malu nak cerita aib keluarga kepada orang luar. Jadi apa kena buat adalah, bincang
dengan adik beradik yang soleh solehah. Ataupun yang yakin boleh sama-sama
tolong "projek" kita.
Kalau takda?
Barulah minta tolong ustaz ustazah
atau kawan-kawan yang DIPERCAYAI, bukannya kawan yang jenis tikam belakang
orang. So, bincang, analisa, tukar pendapat, fikir strategi dan bertindak. Paling
penting adalah BERTINDAK. Jangan bincang sampai 3,4 hari, tapi tindakan
masih takda. Such a waste.
![]() |
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 680 3782 sekarang juga! |
Langkah Akhir
Bila dah buat semua tu tadi,
jangan lupa satu perkara yang ramai orang tertinggal atau ambil remeh. Doalah
sungguh-sungguh pada Allah moga diberi hidayah kepada ibu ayah, adik beradik,
anak usrah, kawan-kawan dan sesiapa saja. DOA SUNGGUH-SUNGGUH. Doa
sungguh-sungguh ni maksudnya adalah ;
Kita berdoa sampai menangis
teresak-esak,
Kita berdoa hari-hari,
Kita berdoa sehingga MENYEBUT NAMA
PENUH mereka satu persatu dalam doa.
Seorang sahabat namanya Abu Darda'
r.anha, apabila berdoa dia akan sebut sampai lebih kurang 70 orang nama sahabat
yang lain. 70 nama tuh. Persoalannya, bila KALI TERAKHIR kita berdoa sambil
MENYEBUT nama orang yang nak Allah beri taufiq dan hidayah?
Ketahuilah, hidayah itu adalah
milik Allah. Milik Allah mutlak sampai kiamat. Bukan milik anda, kami, Tarbiah
Sentap dan sebagainya. Kita usaha paling maksimum, dalam masa yang sama berdoa
sungguh-sungguh. Kami tahu ramai dari kita dah tahu pun hidayah ni milik Allah.
Tetapi kami ingatkan semula sebab, ramai orang KECEWA bila mana orang yang dia
nak tarbiah tu langsung tak berubah.
Ketahuilah, ramai BAPA SAUDARA
Rasulullah sallahu alayhi wasallam yang mati dalam keadaan kafir, bahkan sampai
tahap MEMERANGI baginda sendiri. Nak kata memang hidayah tu memang milik Allah
mutlak. Bukan milik kita. Berserahlah kepada Allah, kerana Allahlah sebaik-baik
tempat pergantungan kita.
Nota kaki : Sebahagian besar tulisan ini diambil daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan
Apa Itu Tarbiah Sebenarnya?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
15:02
Rating:

No comments:
Post a comment