Setiap dari kita mesti pernah
buat dosa dan maksiat. Buat setakat pernah, bahkan mengulangi lagi dosa-dosa
itu. Sebab apa ulang? Sebab rasa seronok. Tetapi, dalam dunia ini juga, setiap
perbuatan dan tindakan kita, PASTI akan ada kesan. Kesan sama ada baik, atau
buruk. Jadi hari ini, insyaAllah kami akan kongsikan KESAN daripada berbuat
maksiat.
Untuk apa?
Supaya kita sama-sama muhasabah,
dan berusaha sebaik mungkin untuk tinggalkan maksiat. Moga Allah pelihara dan
bantu kita untuk tinggalkan maksiat sebelum kita jadi mayat.
1. Membantutkan potensi diri
Baca surat panjang Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqash semasa pembukaan kota Parsi.
2. Nafsu tidur akan bertambah
Kata
Hassan al Basri,
"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".
(Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail)
3. Nafsu makan akan semakin liar.
Kata Ar Robi’ (semasa menambah kata-kata Imam Syafie),
"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
4. Banyak kerja tak menjadi.
Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124,
"Dan sesiapa
yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah
baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta".
5. Allah tarik keberkatan rezeki.
“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
6. Hubungan dengan manusia makin rosak
Kata seorang salaf,
"Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku
lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan
Kata
Ibnu Abbas r.anhu,
“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan
pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya,
perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di
dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian
makhluk.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.
Kata Imam Malik,
“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya
di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
9. Otak malas berfikir.
Kata seorang ulama salaf,
"Perbuatan dosa dan maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal
fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila
cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.."
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
10. Allah tarik keberkatan masa
Kata Ibnu Qayyim,
"Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya
keberkatan rezeki dan waktu."
11. Allah tarik nikmat beribadah
Lihat penerangan nombor 3.
12. Melengah-lengahkan solat terasa normal
Kata
Ibnu Qayyim,
"Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat
maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali"
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
13. Susah menerima teguran dan nasihat.
Allah
berfirman dalam surah al-Muthaffifiin ayat 14,
“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada
cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan
sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
14. Rasa diri hebat dan paling betul.
Allah berfirman dalam surah as soff ayat 5,
Dan (ingatlah peristiwa)
ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu
menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh
Allah kepada kamu?" Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang
mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat
hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada
kaum yang fasik - derhaka.
15. Semua orang dia nak komplen
Allah berfirman dalam surah al maarij ayat 19 -21,
Sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
Apabila ia ditimpa kesusahan,
dia sangat resah gelisah,
Dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
16. Tak suka tengok kelemahan diri
Lihat pada poin 13 dan 14.
17. Suka cari kesalahan orang
Allah berfirman dalam surah yaasin ayat ke 18 dan 19,
Penduduk bandar itu berkata
pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi
sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu
katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai
dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
Rasul-rasul itu menjawab:
"Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada
kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu
mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang
yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
18. Sebulan tak baca Quran rasa normal
Lihat pada poin nombor 3.
19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian
Kematian itu sepatutnya menghidupkan hati. Tetapi apabila hati tak terasa apa-apa dengan kematian, itu tanda hati dan mula "nazak".
20. Sukar bergaul dengan masyarakat
Lihat
pada poin nombor 6
21. Jiwa cepat resah
Rasulullah
sallahu alayhi wasallam bersabda,
“Mintalah fatwa pada jiwamu. Mintalah fatwa pada hatimu
(baginda menyatakannya sampai tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang
menenangkan jiwa dan menenteramkan hati. Sedangkan keburukan (dosa) selalu
menggelisahkan jiwa dan menggoncangkan hati.”
(Riwayat Ahmad dan Ad Darimi)
22. Cepat putus asa
Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 36 dan 37,
“Dan apabila Kami beri
manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa
daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan
oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.”
“(Mengapa mereka bersikap
demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang
itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian
sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi
orang-orang yang beriman.”
23. Suka lari dari masalah
Lihat pada poin nombor 22
24. Suka mencarut
Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,
“Tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga
hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
25. Cepat marah dan melenting
Rasulullah sallahu alayhi wasallam bersabda,
"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu
diciptakan daripada api.."
(Riwayat Abu Daud)
Syaitan itu sifatnya sukakan maksiat. Mana ada syaitan sukakan pahala dan amal soleh.
26. Subuh gajah terasa normal
Lihat pada poin nombor 12
27. Mengelak dari majlis ilmu
Lihat pada poin nombor 8 dan 9
28. Mengelak dari bersama orang yang soleh
Maksiat biasanya membuatkan kita SENGAJA menjauhkan diri daripada orang-orang soleh sebab takut daripada ditegur atas maksiat.
29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup
Kata Ibnu Qayyim,
"Ketahuilah bahwa maksiat dapat mengurangi umur dan
pasti dapat pula mengurangi keberkatannya, sebagaimana pula amalan kebaikan
dapat menambah umur. Itulah perbuatan dosa dapat mengurangi umur."
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
Bahagian ini, ulama' ada selisih pandangan. Ada yang kata kurangnya umur ni maksudnya kurangnya/tiada keberkatan hidup. Tiada keberkatan hidup ni maksudnya hidup jauh dari Allah. Ada juga kata ia memang hakiki kurang umur. Walaupun Allah dah tetapkan ajal, tetapi Allah juga ada hak untuk panjangkan umur, dan pendekkan umur. berdasarkan apa yang Dia mahu. Sebab memang ada hadis tentang panjangkan umur.
Wallahua’lam.
30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain
Kata seorang ulama salaf,
"Jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal
tersebut akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya.
Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk
melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi
pelakunya."
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
Moga
Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan segala maksiat dan ketagihan
maksiat, lalu dengan pantas berlari kepada Allah untuk bertaubat lagi dan lagi sampailah mati. Huhu.
Wallahua'lam
- Shukery
Azizan -
4 comments:
This article is very nice and Helpful .. Update continued and success is always yes Gan
Prediksi Togel
Agen Togel
Agen Togel Terpercaya
Mau Nonton Movie Hot Terkini?? Tapi Tidak Tau Mau Nonton dimana??
Tidak Perlu Binggung Bos,,,
Kini Telah Hadir.. Situs NONTON FILM ONLINE Yang Menyediakan Film-Film Box Office
Yang Bisa Anda Tonton Secara GRATISSSS...!!
Bioskop168
Nonton Film Online
Bioskop Online
Nonton Online
share please. tq
Assalamualaikum
Trimas kpd team tarbiah sentap sbb byk bagy kesedaran dsbg kpd ummah buku2 tarbiah sentap semuanya menarik minat sbb tu saya cadangkan blh x bagi blog ni diupgradekan spya jdi lebih menarik Lebih ceria n colourful gituuu....
Post a Comment