Saya masih
ingat lagi perbualan dengan Ustaz Adnin tahun lepas dalam keretanya berhadapan
dengan ofis kami. Masa tu dia nak hantar saya balik. Kemudian dia tanya saya,
"Shuk,
anta buat korban tahun ni?"
Saya
menggarukan kepala yang tak gatal sambil tersengih. Lalu saya gelengkan kepala.
"Tak
buat kot. Mana ada duit.."
Adnin
sengih.
"Anta
nak tahu tak. Dulu ayah ana pernah tanya, ana buat korban ke tak tahun tu. Ana
pun cakap la, tak buat. Lepas tu ayah ana tanya, Kenapa tak buat? Ana pun jawab
la, sebab takde duit."
Saya
memberikan fokus 106% termasuk gst pada kata-katanya. Lepas tu dia menyambung,
"Anta
nak tau tak apa ayah ana cakap?”
Saya
mengangguk sambil berkelip memerhatikan matanya.
“Ayah
ana kata, 'Sebab kau takde duitlah, kau kena cari duit untuk buat korban. Baru
betul. Itulah makna korban. Kita kena berkorban, bersusah payah untuk korbankan
sesuatu. Kalau dah ada duit banyak baru nak korban, takde la rasa perasaan
korban tu.'”
Reaksi
saya masa tu,
"Gulp."
Kemudian
Adnin sambung,
"Jom
shuk, kita usaha untuk buat korban tahun ni. Korek-korek je apa yang
ada.."
Saya
senyum.
"InsyaAllah.."
Saya
naik je tingkat atas, terus buka laptop, dan cari tentang ibadah korban.
Terjumpa pula iklan korban di Facebook. Tajdid niat, dan terus bismillah.
Korban
Yang Agung
Mesti kau biasa dengar kisah Nabi Ibrahim alayhi salam kan? Kalau tak
biasa dengar pun, sekurangnya mesti pernah tahu. Saya kongsi sikit kisah
ringkas Nabi Ibrahim. Kalau nak tahu kisah detail, kena beli buku kisah para
Nabi la. Buku yang kau tengah baca ni bukan bukunya.
Masa zaman remaja, ayah baginda jual patung berhala dan selalu menyuruhnya
untuk menjual sekali. Tapi disebabkan Allah nak lindungi baginda, Allah beri
dia tak bersemangat langsung untuk jual patung tu. Malah baginda siap ejek lagi
patung-patung tu pada pembeli.
Kesungguhan baginda untuk cari kebenaran boleh kita nampak yang mana setiap
kali waktu malam je, apabila ternampak bintang bersinar-sinar, baginda akan
kata,
“Inikah Tuhanku?”
(Surah Al An’am 6:76)
Tetapi bila bintang tu hilang, baginda kata,
“Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”.
(Surah Al An’am 6:76)
Macam tu juga masa waktu siang. Apabila nampak matahari, baginda akan
kata,
“Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”.
(Surah Al An’am 6:78)
Tetapi bila matahari tu hilang, baginda kata,
“Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu
sekutukan”.
(Surah Al An’am 6:78)
Nampak tak, taksub dan bersungguh baginda mencari tuhan. Kita ni walau
dah tahu siapa tuhan, tapi masih lagi malas cari Allah. Dah nak exam baru
terkial-kial cari Allah. Atau masa takda duit, baru pandai nak doa. Ataupun
masa susah baru nak cari Allah. Waktu senang, yang kita tahu cari crush, pakwe
makwe, bakal imam, bakal tulang rusuk, bakal menantu mak, dan macam-macam lagi.
Lepas tu bajet macam hidup ni takkan mati.
Ouch..
Ok tamat iklan. Nabi Ibrahim berterusan mencari kebenaran sampailah
Allah mewahyukan kepada baginda tentang Zat yang sebenar. Antaranya Allah
beritahu,
“Tunduk patuhlah!”
(Surah Al Baqarah 2:131)
Kerana sangat suka dan gembira sebab dah jumpa Allah, maka baginda
bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya serta tunduk patuh kepadaNya.
“Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”.
(Surah Al Baqarah 2:131)
Kita pendekkan cerita, kalau panjang sangat takut kau skip muka surat.
Nampak tak permainan dia? Haha.
Nabi Ibrahim alayhi salam ditakdirkan takda anak sampai umur sekitar 80
tahun, kemudian barulah Allah kurniakan anak. Sebagai ayah, logiknya mestilah
baginda gembira sangat sebab dia memang tak sangka akan dapat anak dalam usia
yang sangat tua. Maklumlah, ibarat kau berhajat nak dapat sebiji motor, tetapi
sampai semester akhir universiti masih lagi tak dapat. Tetapi tiba-tiba masa
majlis konvo, ada orang bagi hadiah motor. Lagi best, yang bagi hadiah tu orang
yang kau sayang. Mana tak melting weh.
Tetapi kegembiraan tu tak lama. Allah uji baginda dengan memerintahkan
supaya meninggalkan anak dan isterinya, Hajar di padang pasir yang kering
kontang selama 7 tahun. Semasa baginda bersedia untuk melangkah pergi
meninggalkan mereka berdua bersama kantung berisi kurma dan air, tiba-tiba
Hajar ikut belakang baginda dan berkata,
“Wahai Ibrahim, ke mana engkau akan pergi? Apakah engkau akan
meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak ada sesuatu pun?”
Allah.. Cuba letak diri kita dalam situasi Nabi Ibrahim. Kau pejam mata,
dan bayangkan. Hati suami mana yang tak retak dan hancur berderai bila mendengar
rayuan seorang isteri yang terpaksa ditinggalkan. Bukan saja isteri, malah anak
yang baginda tunggu sampai umur 80 tahun pun terpaksa kena tinggal.
Urghh..
Tetapi Nabi Ibrahim kuatkan hati juga untuk LANGSUNG TAK menjawab soalan
Hajar bahkan tak menoleh pun. Perghh, ini baru betul-betul hati sado. Kita ada?
Sama juga macam situasi Hajar. Hati isteri mana yang tak takut dan risau
apabila suami tersayang nak tinggalkannya bersama anak di tempat yang takda
jaminan keselamatan langsung. Kalau kau perempuan yang dah kahwin, apa perasaan
bila terpaksa ditinggalkan suami dalam tempoh waktu yang kau sendiri tak tahu?
Sakit dan terseksa weh.
Apatah lagi Hajar. Dah la padang pasir kering kontang, dengan anak yang
kecil lagi. Bukannya ada rumah atau aircond, ada kedai mamak untuk kerja part
time, ada 7 eleven, ada laptop untuk skype dan sebagainya. Sayu dan pilu hati
weh. Ini bukan drama Akasia pukul 7, ini kisah real. Huhu.
Dalam masa yang sama, Hajar masih lagi bertanya soalan yang sama lagi
dan lagi. Sampailah tiba-tiba Hajar tanya,
“Adakah Allah yang memerintahkan untuk lakukan semua ini?”
Bila ditanya soalan ini, baru Nabi Ibrahim berhentikan langkah sekejap.
Hatinya bertambah sayu. Kita kena faham bahawa Nabi Ibrahim tetap seorang
manusia, yang ada segala fitrah kemanusiaan termasuklah perasaan sedih, rindu,
sayang dan sebagainya. Bukannya malaikat. Tetapi kepatuhan dan keimanan yang
mendalam, terpaksa DIKORBANKAN semua perasaan ni. Bila ditanya soalan ni,
barulah baginda jawab,
“Ya”.
Hanya sepatah “Ya” itu, Hajar terus rasa lega dan tenang sambil berkata,
“Kalau begitu, Dia (Allah) tidak akan mengabaikan kami”.
Padu weh. Sumpah padu jawapan Hajar.
Tawakal dia memang tahap lejen. Dah la kena tinggal berdua dengan anak yang
kecil, lepas tu Nabi Ibrahim hanya jawab “ya” saja, tetapi dia boleh redha dan
tawakal tinggi tahap kritikal. Arghh. Taksub saya dengan Hajar. Padahal Nabi
Ibrahim takda pun pujuk Hajar macam cakap,
“Alaa cayang. Jangan
cedih-cedih. Abam tinggalkan kejap je. Nanti abam datang lagi ea? Sabar sikit
je. Ala mucuk-mucuk comel cikebum cak!”
Takda pun. Nabi Ibrahim jawab gentle
je walaupun dalam hati hanya Allah je yang tahu. Selepas Nabi Ibrahim dah jalan
jauh meninggalkan mereka berdua sampai ke kawasan yang mereka tak nampak, Nabi
Ibrahim berhenti sekejap. Kenapa?
Macam saya sebut, Nabi Ibrahim tetap seorang manusia yang masih risaukan
anak dan isteri baginda. Hati ayah dan suami mana yang tak risau terpaksa
tinggalkan anak isteri di tengah padang pasir. Kan?
Apa Nabi Ibrahim buat? Telefon polis? Telefon Jabatan Kebajikan
Masyarakat? Mestilah tak. Nabi Ibrahim berdoa, dan doa ni dirakamkan dalam al
Quran surah Ibrahim ayah 35 hingga 41. Dahsyat tu, siap dirakam dalam Al Quran,
dan ia kekal sampai hari kiamat. Antara doa Nabi Ibrahim,
"Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di
sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi
rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.
Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah
rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur.”
(Surah Ibrahim 14:37)
Ini
antara doa baginda sungguh-sungguh. Cuba kau baca ke semua doa baginda. Mesti
rasa syahdu. Baru kita rasa syok dan ‘feel’ baca al Quran kalau tahu sebab
musabab ayat tu turun. Atau sekurangnya kita taddabur ayat Quran tu. Apa pun,
kita tengok betapa tingginya tawakal antara Nabi Ibrahim dan Hajar. Hajar
sanggup ditinggalkan, manakala Nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan. Kalau situasi
kita pula macam mana? Meninggal terus.
7 tahun kemudian..
Selepas lebih kurang 7 tahun, baginda pulang dengan hati yang penuh
dengan taman bunga. Ye lah, dah nak dekat 7 tahun tak jumpa, mestilah anak dah
besar. Siap boleh main kejar-kejar. Kalau zaman sekarang, anak dah masuk darjah
1.
Tetapi Allah masih nak uji baginda untuk membuktikan keimanan, cinta dan
pengorbanannya pada Allah. Allah perintahkan lagi baginda untuk keluar lebih
kurang 3 tahun.
3 tahun kemudian..
Baginda pulang lagi selepas 3 tahun dengan hati yang rindu sangat pada
anaknya. Ayah mana yang tak rindu pada anak yang hampir 10 tahun tak jumpa.
Kan? Ayah mana la tak gembira dapat jumpa anak sendiri. Tetapi Allah nak uji
lagi nabi Ibrahim alayhi salam untuk membuktikan cintanya kepada Allah melebihi
segala-galanya. Macam mana? Dengan cara mengorbankan anaknya iaitu sembelih Nabi
Ismail hidup-hidup!
Allah..
Nabi Ibrahim alayhi salam diperintah bukan untuk sembelih seekor haiwan, tetapi diperintah untuk sembelih SEORANG MANUSIA.
Lebih sadis lagi, manusia itu bukanlah individu yang tiada
kaitan dengan baginda. Tetapi manusia itu adalah ANAK BAGINDA yang dia rindu
dan teringin sangat nak jumpa.
Dan lagi dahsyat dari tu, baginda menyahut perintah tu dengan melakukannya.
Perghh! Ini lebih dahsyat dan cool dari
mission impossible.
Hati
ayah mana yang tak rasa berat. Tetapi demi cinta pada Allah yang lebih tinggi
dari segalanya, dia buat sungguh-sungguh. Lebih terharu dan
kagum, Nabi Ismail alayhi salam BERSETUJU pula tu. Bayangkanlah, dah la lama
tak jumpa. Sekali jumpa, nak kena sembelih pula tu. Ini betul-betul thriller.
Dan lagi hebat, Nabi Ismail alayhi salam siap beritahu ayahnya,
“Wahai
ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadamu;
insya Allah engkau akan mendapati diriku termasuk orang-orang yang sabar”.
Bukan itu je, malah Nabi Ismail
sebut lagi,
“Wahai
ayahku…”
sayu
namun tenang nada Nabi Ismail terhadap ayahnya,
“Kuatkanlah ikatanku supaya aku tidak banyak
bergerak”.
Aduh..
Mana tak sayu bila kita baca kata-kata ini seperti direkodkan oleh Imam Qurtubi
yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dalam tafsir al Qurtubi juzuk 18. Dah la nak
kena sembelih oleh ayah sendiri, tetapi Nabi Ismail siap minta kuatkan ikatan
lagi. Huhu. Kemudian Nabi Ismail sebut lagi,
“Wahai
ayahku, bukakanlah pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan
berkurang pahalaku dan (jika nanti) ibu nampak mesti akan sedih”.
Urgh..
Dah nak kena korban pun, Nabi Ismail masih lagi ingat pada orang lain dan fikir
tentang berkurang pahala. Kita hari ni, dosa pahala pun dah tak sempat nak
fikir, asal seronok je.
“Wahai
ayahku..”
Tenang
sungguh Nabi Ismail, sungguh tenang walaupun kematiannya di berada di depan
mata.
“Tajamkanlah
pisau ayah serta percepatkan gerakan pisau itu dileherku supaya terasa lebih
ringan bagiku kerana sungguh kematian itu amat dahsyat.”
Kemudian
Nabi Ismail menambah pesanan yang terakhir kepada ayahnya tercinta, dan pesanan
inilah yang paling sayu sangat, membuatkan suasana menjadi semakin haru dan
sedih,
“Wahai
ayah, apabila engkau pulang nanti maka sampaikanlah salam (kasih)ku kepada ibu,
dan apabila pakaianku ini ayah pandang baik untuk dibawa pulang, maka
lakukanlah..”
Saya
tak tahu sama ada Nabi Ibrahim alayhi salam menangis atau tak masa tu. Tetapi
kalau saya yang berada di situ, pasti saya akan menangis sampai merah mata.
Sebab bila saya yang terjemah dan tulis semula ni pun menangis! Allahu Rabbi..
Dan
saat suasana yang sangat haru pilu serta sayu ini, Nabi Ibrahim pun kata,
“Wahai
anakku, sungguh engkau adalah anak yang SANGAT MEMBANTU dalam menjalankan
perintah Allah Taala..”
Allahu
Akhbar. Sungguh, kata-kata Nabi Ibrahim ni membuatkan saya termenung jauh.
Adakah saya ni membantu ibu dan keluarga saya dalam menjalankan perintah Allah?
Atau saya yang menghalang mereka?
Saya
timbulkan juga persoalan ini untuk kau. Adakah kau menjadi sebaik-baik pembantu
suami, atau isteri, atau mak ayah, atau adik beradik hatta kawan kau dalam
menjalankan perintah Allah? Atau kau cuma menghalang mereka saja? Contohnya,
saat mereka nak pergi program tarbiah, kau ‘halang’ mereka dengan kata,
“Tak
payah la pergi. Pergi lain kali la…”
“Alaa..
program tu nanti kan boleh ikut..”
“Eleh,
tak payah jadi baik sangat la. Kau pun sama je..”
Aduh,
pedih.
Sambung
balik kisah tadi. Masa Nabi Ibrahim nak sembelih anaknya, tiba-tiba Allah
menarik ‘sifat’ pemotong pada pisau yang membuatkan pisau tu jadi tumpul.
Dicuba beberapa kali, tetapi masih tak berjaya untuk sembelih anaknya. Baginda
mula risau. Kemudian baginda asah pisau tu semula, dan cuba sembelih lagi.
Namun Nabi Ismail langsung tak cedera. Baginda buat ulang-ulang kali sampailah
turun wahyu Allah,
‘Serta Kami menyerunya:
"Wahai Ibrahim!”
"Engkau telah menyempurnakan
maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang
yang berusaha mengerjakan kebaikan’.
(Surah As
Saffat 37:104-105)
Maka
sebagai hadiah, Allah menghadiahkan mereka seekor kibas dari langit dengan menggantikan
posisi Nabi Ismail alayhi salam.
Dan Kita?
Lagi
satu, walaupun Nabi Ibrahim dah berkorban banyak perkara seperti yang kita tahu,
daripada korban perasaan sampailah tahap nak korban anak sendiri, itupun
baginda masih lagi sebut dalam doanya,
“Wahai Tuhan kami! Terimalah
daripada kami (amal kami)”
(Surah al Baqarah 2:127)
Baginda
pun masih berdoa pada Allah minta supaya Allah terima semua pengorbanan
baginda. Perghh.
Saya
nak ajak kita semua berfikir sejenak. Pertamanya, apa yang telah kita korbankan
sebagai tanda cinta kita kepada Allah? Korbankan masa? Korbankan harta? Korbankan
perasaan? Tetapi kenapa kita ‘korbankan’ semua itu waktu kita senang je? Agaknya
Allah terima ke korban kita?
Kenapa
kita korbankan harta saat dah banyak duit, bukannya saat tengah takda duit dan kesusahan?
Kenapa kita korbankan masa saat tengah banyak masa lapang, bukannya saat sedang
sibuk? Kenapa kita baru korbankan perasaan saat sedang bersemangat, bukannya
saat hati sedang berat?
Kalau
kita 'berkorban' waktu senang, itu bukan korban namanya. Pengorbanan adalah
waktu tengah betul-betul desperate, tertekan, terpaksa dan rasa berat, lalu
kita lapangkan dada untuk korbankan apa yang betul-betul diperlukan. Itulah
korban.
Yang
keduanya, pernah tak kita ‘sembelih’ perasaan cinta
kita pada dunia demi untuk Allah? Ramai orang datang solat sunat
aidiladha, sampai melimpah ruah ke jalan raya. Tetapi bila waktu solat fardhu,
masjid atau surau lengang je. Siap boleh main polis and thief lagi.
Pesanan khusus untuk diri saya yang selalu ‘terkoban’ dengan dunia,
Korbankanlah masa ber ‘facebook’ sekejap dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah masa bercouple dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah masa cerita Korea Melayu Jepun dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah masa rehat kerja atau gap antara kuliah dan datanglah pada
Allah.
Korbankanlah masa cuti dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah masa makan, tidur, tandas, movie, couple dan datanglah pada
Allah.
Korbankanlah masa lapang dan datanglah pada Allah..
Datanglah pada Allah dalam keadaan mengesot, merangkak mahupun berlari.
Dan datanglah pada Allah dalam keadaan menangis sungguh-sungguh waktu doa,
solat tahajud, solat dhuha, baca al Quran, dan sebagainya.
Kalau malas juga, tanya pada diri sendiri,
‘Apa pengorbanan yang aku dah buat?’
p/s : Ini adalah matan penuh ucapan Nabi
Ismail kepada Nabi Ibrahim masa nak sembelih. Kalau kau reti baca Bahasa Arab,
bacalah. Kata-kata ni mungkin lebih feel. Kalau nak lagi feel, buka tafsir al
Qurtubi juzuk 18.
يَا أَبَتِ اشْدُدْ رِبَاطِيْ حَتَّى لاَ أَضْطَرِبَ….
وَاكْفُفْ عَنِّي ثِيَابَكَ حَتَّى لاَ يَنْتَضِحَ عَلَيْهَا مِنْ دَمِّيْ شَيْءٌ فَيَنْقُصَ أَجْرِيْ وَتَرَاهُ أُمِّيْ فَتَحْزَنُ….
وَيَا أَبَتِ اسْتَحِدَّ شَفْرَتَكَ وَأَسْرِعْ مَرَّ السِّكِّيْنِ عَلَى حَلْقِيْ لِيَكُوْنَ أَهْوَنُ عَلَيَّ فَإِنَّ الْمَوْتَ شَدِيْدٌ….
وَإِذَا أَتَيْتَ أُمِّيْ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلاَمَ مِنِّيْ. وَإِنْ رَأَيْتَ أَنْ تَرُدَّ قَمِيْصِيْ عَلَى أُمِّيْ فَافْعَلْ….
فَقَالَ لَهُ إِبْرَاهِيْمُ : نِعْمَ الْعَوْنُ أَنْتَ يَا بُنَيَّ عَلَى أَمْرِ اللهِ تَعَالَى….
Sumber
: Dipetik dari Bab 1 buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom. Moga manfaat !! :)
Siapa nak beli online buku ni, boleh hubungi atau whatapps nombor 014 - 3242859
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#AkuBukanMalaikat2
#TarbiahSentap#AkuBukanMalaikat2
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang seperti MPH, Popular, SMO, Hasani, dan lain-lain.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 014 - 3242859
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak,
tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least
orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak
tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at
least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
Apa Pengorbanan Kita?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
18:52
Rating:

2 comments:
saya nie ade masalah dengan zina hati kalau dah bertaubat sungguh tapi buat lagi tak lame pagi buat malam batat balik saya solat taubat betul betul saya nak sangat tinggal tapi memang memang tak boleh tolonglah saya ya
http://www.tarbiahsentap.com/2017/08/apa-pengorbanan-kau.html
Post a comment