Sebelum saya
tulis bab takdir ni, pertamanya saya nak bagi kredit utama kepada penulis yang
agak terkenal di Malaysia, iaitu Hamka Kereta Mayat yang dah menulis buku
Semusim Di Syurga dan Semusim di Neraka. Sebelum saya tulis mengenai takdir ni,
saya merujuk beberapa kitab yang tulis tentang takdir, antaranya Hadis 40
himpunan Imam An Nawawi, Aqidah Islam tulisan Almarhum Sayyid Sabiq, Mengapa
Aku Menganut Islam tulisan Al Marhum Fathi Yakan, dan lain-lain.
Setelah
tu, bila saya baca tulisan Hamka Kereta Mayat dalam artikelnya yang bertajuk
“Apa itu TAKDIR?”, saya sangat teruja kerana dia berjaya menyimpulkan kesemua
yang diulas ulama’ muktabar tentang takdir dalam bentuk yang sangat mudah faham
oleh manusia tak berapa pandai macam saya.
Kami di Tarbiah Sentap sebenarnya
banyak kali dapat soalan berkaitan takdir sama ada di emel atau inbox FB. Ramai
yang bertanya sebab keliru, bahkan ada juga yang minta penjelasan sebab takut
sesat. So far Alhamdulillah belum ada lagi yang mengaku nak murtad sebab pening
bab takdir ni. Kalau dia kata pening, saya suruh makan panadol je. Ok punchline
tak sampai, hambar.
Sebenarnya bab takdir ni mudah je,
iaitu kita beriman dengan qada’ dan qadar. Kita beriman bahawa semua ketentuan
dan ketetapan Allah dah uruskan, dalam masa yang sama kita berusaha semampu
yang boleh atas kapasiti hamba dalam urusan dan pilihan yang kita boleh buat.
Contohnya, seseorang ni berusaha belajar sungguh-sungguh nak jadi ahli farmasi,
tetapi Allah nak sebaliknya, maka ditakdirkan jadilah dia seorang penulis dan
admin Tarbiah Sentap. Haha.
Contoh atas tu terlalu umum untuk
faham bab takdir. Bersabar, dan jangan panik. Tetiba je. Tetapi kalau kau boleh
faham, memang “win” lah. Takdir ni
mudah saja nak hadam sebab ia banyak melibatkan yakin dengan sebenar yakin
kepada perkara yang kita tak nampak, dan adakalanya yakin sungguh-sungguh
terhadap perkara yang di luar logik otak kita.
Tetapi
disebabkan ada golongan yang nak sangat penjelasan logik dan ikut kepala akal
mereka, maka penjelasan bab takdir ini ada sedikit falsafah walau sebenarnya
senang saja nak faham. Tetapi akhirnya mereka tetap keliru dan pening kerana
ada perkara yang tak tercapai dek akalnya. Lalu tu yang berlaku penyelewengan
sampai ke laut, bukan zaman sekarang je, bahkan sejak dulu lagi. Arghh.
Islam ini bukan semata-mata agama
logik akal, tetapi yang utama adalah Islam ini adalah agama Tauhid, iaitu kau
beriman atau yakin dan percaya sama ada ia logik atau tak, selagi mana ia benar
dari al Quran dan As Sunnah yang sahih. Contoh, kalau ikut logik akal, mana
wujud malaikat, sebab malaikat pun kita tak pernah nampak.
Tetapi
sebab apa kita percaya? Sebab Allah dan Rasulullah beritahu pada kita. Ini
bukan percaya membabi buta, ini percaya ada sumber yang tepat, iaitu al Quran
dan As Sunnah yang sahih. Sumber yang asli dan original, bukan cetak rompak.
Salah faham ini menjadi antara
faktor wujudnya dua golongan besar yang salah faham tentang takdir, iaitu
golongan Ja’bariah dan Qadariah. Pernah dengar tak? Alaa, golongan ini kita ada
belajar masa sekolah menengah lagi. Itu la, study sebab nak exam je
semata-mata, kan dah apa pun tak ingat.
Kalau
kita belajar di sekolah, ada satu golongan ini yakin yang semuanya datang dari
Allah. Jadi tak payah nak susah-susah untuk buat apa-apa perkara sebab semuanya
dah ditakdirkan. Syurga, Neraka, pahala, dosa, minum arak, dengar lagu Kpop
atau Bangla Pop (Bpop), peluk artis Korea, Bangla, Melayu dan lain-lain, baca
novel dan layan drama cinta, baca buku Aku Bukan Malaikat (eh?) atau semua
bagai tu dah ditakdirkan. Nak buat macam mana kan? Kata mereka lah.
Yang
lagi satu pula golongan yang percaya bahawa semua perkara datang dari diri
sendiri. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Siapa tak usaha, dia tak dapat,
padan muka. Dia tak yakin dengan hidayah Allah, tak percaya dengan rezeki yang
Allah tetapkan, jodoh yang Allah dah sediakan, dan kematian yang Allah
takdirkan. Jadi kesimpulannya, kedua-duanya salah.
Oleh itu, sebelum saya teruskan
tulisan ini, saya ada 2 permintaan dan RAYUAN. Yang pertama, sila baca SAMPAI habis TERMASUKLAH 3
bab lain iaitu bab Persediaan Mati, Persediaan Jodoh dan Persediaan Rezeki.
Kalau kau baca dan faham secara TERPISAH
dan ambil SEPARUH saja, nescaya kau boleh sesat. Ilmu jangan ambil
sekerat-sekerat. Ambil kesemuanya, dan nilai guna hujah syarak.
Dan
yang kedua, saya minta maaf sungguh-sungguh kalau sepanjang tulisan saya ini
ada salah silap atau salah taip. Serius, saya tulis bab ini sebab nak
masyarakat faham berdasarkan rujukan yang saya yakini tepat dan betul.
Tetapi
kalau apa yang saya faham ni salah dan bertentangan dengan Islam, maka
tolonglah tegur saya sama ada jumpa saya di pejabat Tarbiah Sentap, call, emel saya
atau apa pun lah. Please, jangan biarkan daku sesat.…
Takdir Yang Berlegar.
Apa yang kita
dah pernah belajar, dalam dunia ini ada dua perkara yang berlegar di sekeliling
kita, iaitu
1. Sunnatullah
2. Qudratullah
1.
Sunnatullah maksudnya qada’ dan qadar atau ketentuan Allah dengan
sebab musabab. Contohnya buat baik dapat baik dan pahala, buat jahat dapat
jahat dan dosa, atau coklat Cadbury Black Forest rasanya manis, ikan masin
rasanya masin, sambal belacan rasa pedas tetapi sedap, api rasa panas, pisau
tajam lalu memotong dan lain-lain.
Maka itu semua
kita panggil sebagai sebab musabab ataupun asbab. Ini adalah sunnatullah, iaitu
ketentuan dan tetapan Allah terhadap kitaran alam semesta.
2.
Qudratullah pula adalah kuasa mutlak dari Allah TANPA asbab
atau bertentangan dengan sunnatullah seperti Allah jadikan matahari, Allah
jadikan malaikat, Allah jadikan kita manusia, Allah jadikan api yang tidak
membakar Nabi Ibrahim, Allah jadikan pisau yang tak memotong leher Nabi Ismail,
Allah jadikan ikan Nun yang tak bunuh Nabi Yunus dan sebagainya. Ini adalah
takdir Allah tanpa asbab.
Alhamdulilah
kau jadi manusia. Allah boleh saja jadikan kau batu api Neraka, atau Allah
jadikan kau tahi lalu kena flush masuk dalam lubang jamban dan masuk ke loji
penapisan untuk proses reverse osmosis atau buang jadi baja. Tetapi Allah tetap
jadikan kita manusia, dan ini adalah kudrat Allah.
Namun
orang yang tak faham dengan takdir Allah, bila berlaku sesuatu perkara
khususnya bencana atau “teguran” dalam hidup dia, maka iman dia cepat
melenting, goyah dan rosak. Bila gaji kena potong atau harga barang naik terus
mengamuk tak tentu hala tuding jari cari kesalahan orang lain.
Bila
exam gagal atau tak dapat seperti yang dirancang terus tertekan macam dah tiada
harapan untuk hidup, bila nak haramkan vape terus mengamuk pertikai kenapa tak
haramkan rokok juga, bila mak ayah marah sikit terus rasa mak ayah benci dia,
bila naqib usrah tegur terus muka monyok mencuka dan mogok tak nak datang usrah
lagi.
Sebenarnya
bila malaikat di perintahkan oleh Allah untuk tiupkan roh ke dalam jasad masa
dalam perut mak kau, maka pada masa itu juga telah dituliskan rezeki kau banyak
mana, kau sempat kahwin tak, kau kahwin dengan siapa, bila tarikh kau mati,
berapa banyak amalan kau yang baik atau jahat.
Maknanya,
kalau kau ada ijazah tapi masih menganggur, atau kau badan sado sampai tiada
perempuan nak hingga yang nak kau hanya budak gay, atau muka macam kaki sampai
ramai kawan benci, atau kau suka tahap kritikal pada Lee Min Ho tetapi dia
akhirnya kahwin dengan Mi Hon Sop, atau kau tengah main skipping tiba-tiba
tersadung dan kepala terhentak atas cengkerang siput kemudian masuk wad ICU
lalu tunggu masa jadi mayat, kau tak payahlah pening kepala sampai hentak
dinding sebab semuanya dah ditakdirkan oleh Allah. Dalam aturan Allah.
Woo
wooo wooo, sebelum kau buat apa-apa kenyataan berdasarkan nafsu serakah dan
kepala lutut, baik kau baca sampai habis. Sebab takut kau salah faham kemudian
tanya dan fikir seorang diri lepas habis baca bahagian ini,
“Kalau macam tu, kenapa kita mesti
dipersalahkan atas dosa kita? Sedangkan Allah dah tetapkan segala-galanya?
Allah kan dah tentukan apa yang akan jadi.”
“Kenapa mesti ada Syurga dan Neraka?”
Rilek,
jangan berdebar. Tenang. Ambil nafas melalui hidung 5 saat, dan hembus melalui
mulut 30 saat. Isi perut dengan oksigen, dan gunakan otak elok-elok berpandukan
iman yang betul, saya akan terangkan sampai habis. Jangan ambil separuh, dan
tinggalkan separuh. Boleh salah faham lalu sesat nanti. Naudzubillahi min
zalik.
Untuk
memudahkan kau faham, saya pecahkan kepada 4 bahagian,
1.
Ketetapan.
2. Pilihan.
3. Soal Hati.
4.
Niat.
Ok,
kita pergi satu persatu dulu, bermula dengan ketetapan. Biar kau faham pasal
maut, rezeki dan jodoh sudah di tetapkan Allah.
1. Ketetapan.
Ketetapan
adalah apa-apa yang Allah dah tetapkan
sejak azali lagi, dan TAK PERLU di cari, sebab memang dah disediakan pun.
Kalau kau usaha juga untuk cari, kau akan PENAT malah sampai tahap PUTUS ASA,
sebab kau hanya dapat apa yang dah ditetapkan sahaja. Tak lebih, dan tak
kurang.
Ibarat
macam dalam dewan peperiksaan, dah disediakan pun kertas jawapan. Tak payah
susah-susah kau pergi kedai runcit cari kertas A4 untuk guna sebagai kertas
jawapan. Apa yang kau kena buat adalah isi jawapan dalam kertas jawapan yang
disediakan. Untuk bahagian ketetapan, saya pecah kepada 3 bahagian iaitu :
•
Maut
•
Rezeki
•
Jodoh
(1) Maut
Atau Mati.
Bab mati semua
tahu yang Islam tak suruh cari mati
sebab mati dah ditakdirkan, tetapi apa pilihan yang kita adalah adalah buat PERSEDIAAN DIRI sebelum jadi mayat
untuk mendapatkan kematian yang baik, dan tidak dapat kematian yang buruk.
Kalau
kau usaha nak mati sekalipun, tetapi belum tiba lagi ajal kau, maka kau takkan
mati walaupun kau terjun bangunan tingkat 78. Paling tidak pun kau akan koma,
atau paling baik sikit pun mungkin patah tulang sulbi, tali pusat terkeluar,
pecah tulang rusuk sebab asyik bergetar, dan sebagainya. Tetapi masih hidup
lagi. Cuma padan muka la, siapa suruh cari penyakit.
Jadi tenang, saya akan terangkan secara detail
sampai kau jelas insyaAllah tentang maut di bab lain dalam buku ini seperti apa
itu mati, apa itu persediaan mati dan sebagainya. Tetapi untuk bahagian ini,
apa saya nak cakap adalah kematian memang dah ditetapkan, walaupun kau rasa
macam tak adil untuk kau. Yang wajib adalah kita buat persediaan untuk
menghadapi kematian.
Contoh kalau kau kena kanser, lalu kau pun rasa bahawa kau dah tiada
harapan lagi untuk sembuh dan hidup. Tetapi akhirnya ramai saja yang saya jumpa
orang kena kanser atau penyakit yang katanya takkan sembuh tu sihat dan hidup
lebih dari jangkaan doktor.
Atau ada orang yang tubuh badan sihat, selalu bersenam, jaga pemakanan
selalu, diet seimbang, hari-hari pergi gym sampai badan berketul-ketul sado,
orang pun ingat dia akan sihat dan kekal hidup lama. Tak juga, sebab ada saja
orang yang tubuh badan sihat, akhirnya mati sebab kena langgar kereta. Ada juga
yang badan sado, akhirnya mati sebab kena bunuh.
Apa saya nak cakap, mati ini Allah dah tetapkan. Kalau kau nak bunuh
diri, tetapi kau tak mati juga, itu bukan ajal kau walaupun kau paksa juga nak
mati. Kalau kau lari sejauh mana pun untuk elak kematian, buat teknologi
canggih mana pun untuk “immortal”, kalau dah ajal kau, kau akan kena bungkus
jadi mayat juga. Kematian Allah dah tetapkan, dan persediaan menghadapi
kematian WAJIB kita buat.
Contoh macam kisah pemuda Kahfi yang bersembunyi dalam gua selama 309
tahun. Tak perlu saya cerita detail sebab kau boleh cari sendiri nanti. Tetapi
apa saya nak sampaikan, kalau ikut logik akal, pemuda kahfi tu dah sepatutnya
mati. Tetapi Allah takdirkan dia hidup sebab ajal dia bukan masa pemerintah
zalim tu. Kalau kematian dia belum sampai lagi, dia boleh hidup bertahun-tahun
walaupun kita rasa dia sepatutnya dah jadi mayat.
Ingat,
kita TIDAK disuruh cari mati, tetapi
kita disuruh untuk buat PERSEDIAAN untuk
mati. Dan MAUT akan DATANG kepada kita walaupun masa itu
kita tak bersedia dan tak nak.
(2) Rezeki.
Bab rezeki
pula, masih ramai yang ragu-ragu bahawa rezeki dah ditetapkan oleh Allah. Kita
semua tak disuruh mencari rezeki sana sini, cari bawah lantai, belakang rumah,
bawah longkang, tetapi kita di suruh buat
PERSEDIAAN diri untuk mendapatkan
rezeki yang baik. Sebab itu kita selalu doa lepas habis solat untuk
dapatkan rezeki yang berkat. Itupun kalau rajin berdoa la.
Kalau kau cuba “paksa” rezeki datang
pada kau sekalipun, tetapi kalau belum tiba lagi rezeki kau atau memang bukan
rezeki kau, maka kau takkan dapat rezeki walaupun kau pergi sampai ke Amerika
sana. Kau akan rasa sempitnya dunia kalau kau “paksa” rezeki tu datang pada
kau.
Saya akan terangkan secara detail
sampai kau jelas insyaAllah tentang rezeki di bab lain dalam buku ini seperti
apa itu rezeki, persediaan rezeki dan sebagainya. Tetapi untuk bahagian ini,
apa saya nak cakap adalah, rezeki bukan
hanya duit. Rezeki juga memang dah ditetapkan, walaupun kau rasa macam tak
adil untuk kau.
Contoh
kalau kau gagal masuk IPT, kau pun rasa kau tiada rezeki lagi, lalu gelaplah
masa depan kau. Saya jumpa ramai je budak yang dah jadi lepasan universiti,
tetapi menganggur sampai 3,4 tahun menghabiskan beras mak ayah di rumah.
Ada juga yang belajar tak habis,
atau tak dapat masuk universiti, atau gagal dalam peperiksaan, tetapi akhirnya
jadi jutawan, hartawan dan segala bagai. Tetapi kau jangan salah faham pula,
saya bukan nak suruh kau berhenti belajar atau gagal belajar. Pergi terjun
bangunan kalau kau faham macam tu.
Apa
saya nak cakap, rezeki ni Allah dah tetapkan. Kalau kau nak sesuatu, tetapi kau
tak dapat, tu bukan rezeki kau walaupun kau paksa juga nak dapat. Kalau kau
kejar hebat mana pun, kalau bukan rezeki kau, kau akan dapat apa yang
ditetapkan saja.
Contoh macam cerita dua orang pemilik
kebun dalam surah al Kahfi. Saya tak nak cerita secara detail, kau boleh cari
sendiri nanti. Tetapi antara perkara yang disampaikan dalam cerita tu, orang
yang ada kebun besar atau dalam konteks hari ni, ada harta banyak, duit
berlambak, rumah besar, kereta besar, bini besar (eh?) atau apa-apa sekalipun,
belum tentu semuanya tu milik dia. Kalau bukan rezeki dia, akhirnya boleh
musnah sekelip mata saja, walaupun dia dah berusaha hampir berpuluh-puluh
tahun!
Ingat,
REZEKI AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!
(3) Jodoh.
Bab jodoh juga,
masih ramai yang ragu-ragu bahawa jodoh dah ditetapkan oleh Allah. Kita semua
tak disuruh mencari jodoh sana sini, cari bawah pejabat, belakang rumah, bawah
katil (Juon?), tetapi kita disuruh buat
PERSEDIAAN diri untuk mendapatkan jodoh yang baik.
Kalau kau cuba “paksa” jodoh datang
pada kau sekalipun, tetapi kalau bukan jodoh kau, maka kau takkan dapat jodoh
tu walaupun kau pergi sampai ke Turki sana. Kau akan rasa sempitnya dunia kalau
kau “paksa” jodoh tu datang pada kau. Atau dalam konteks kahwin, kau akan rasa
“sempit” dunia ini kalau kau paksa pasangan tu datang dan kahwin dengan kau.
Jadi bertenang, saya akan terangkan
secara detail sampai kau jelas insyaAllah tentang jodoh di bab lain dalam buku
ini seperti apa itu jodoh, persediaan dapat jodoh dan sebagainya. Tetapi untuk
bahagian ini, apa saya nak cakap adalah, jodoh memang dah ditetapkan, walaupun
kau rasa macam tak adil untuk kau. Yang wajib kita buat adalah persediaan untuk
dapat jodoh,
Contoh
kalau kau suka dengan Lady Gaga sampai tahap kau nak kahwin dengan dia dan doa
sungguh-sungguh agar dijodohkan dengan dia. Lalu kau bercinta dengan Lady Gaga
bagai nak rak, couple sampai 7 tahun 9 bulan, dating call mesej hari-hari, bagi
hadiah mamee megi, tengok wayang dan segala bagai.
Tetapi akhirnya dia kahwin dengan
orang lain, namanya En Sotong atas pilihan keluarga atau dia dah tawar hati
dengan kau. Kau pun tertekan tahap kritikal lalu menyalahkan takdir dan
salahkan Allah sebab tak adil dengan kau. Tetapi lepas beberapa bulan, akhirnya
kau pun berkahwin juga dengan perempuan bernama Lady Gaga. Cuma bukan Lady Gaga
yang kau harapkan tu, tetapi ini Lady Gaga yang baru tambah “P”, Lady Gagap.
Apa
saya nak cakap, jodoh ini Allah dah
tetapkan. Kalau kau nak sesuatu, tetapi kau tak dapat, tu bukan jodoh kau
walaupun kau paksa juga nak dapat. Kalau kau berlari selaju mana pun, kalau itu
jodoh kau, kau akan dapat walau masa tu kau tengah nak terbang ke Pluto. Jodoh
Allah dah tetapkan dan persediaan WAJIB kita buat.
Jangan
tertekan sampai nak bunuh diri kalau masih tak bertemu jodoh. Ramai saja yang tak sempat bertemu jodoh
tetapi dah bertemu maut dulu. Tak sempat jadi pengantin baru, tetapi dah
jadi mayat. Chill.
Ingat,
JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA!
*********
Kesimpulan
untuk bahagian ini, apa saya nak beritahu adalah, semua yang berlaku dalam
dunia ini walau sekecil-kecil perkara adalah kehendak dan takdir Allah. Tidak ada yang kebetulan berlaku dalam
dunia ni. Sebab tu saya tak suka bila ada orang kata,
“Haa, kebetulan aku jumpa duit 50 pound
kat dalam stokin.”
“Alaa, kau dapat kahwin dengan Lady
Gagap tu kebetulan je..”
Dalam
dunia ni, tiada yang kebetulan,
melainkan semuanya dah dirancang oleh Allah. Kalau kebetulan, maksudnya ada
perkara yang Allah tak tahu. MUSTAHIL ada perkara yang Allah tak tahu. Sebab
Allah Maha mengetahui, Maha ‘Alim. Hati-hati dengan perkataan “kebetulan itu,
kebetulan ini.”
Dan
lagi satu, selama-lamanya kita takkan boleh ubah takdir Allah. Sebab kita tiada
kuasa pun nak ubah takdir Allah. Tetapi Allah boleh ubah takdirNya sendiri,
sebab dia yang cipta. Allah berhak dan ada kuasa untuk ubah. Tetapi macam mana
nak kita nak minta Allah ubah takdir yang Dia tetapkan?
Doa!
Doa
sungguh-sungguh. Sebab itu ada banyak hadis sahih Rasulullah tentang doa. Nanti
bab akhir saya ada cerita tentang tips kesalahan dalam berdoa dan tips doa kita
ditolak. Ouch.
2. Pilihan.
Saya rasa
sekarang kau dah faham dan dapat gambaran tentang ketetapan Allah. Kita masuk
bahagian kedua, yang ramai sangat orang merungut dalam hidup ni, iaitu bab pilihan. Seperti yang kau tahu, hidup
kita terbahagi kepada 3 fasa kehidupan, iaitu ;
· Sebelum
-
Kehidupan
sebelum hidup iaitu alam roh, alam rahim dan sebagainya.
·
Semasa
- Kehidupan semasa hidup iaitu bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa, dah tua tapi tak sedar diri.
· Selepas
- Kehidupan selepas hidup iaitu alam kubur, alam
barzakh, padang mahsyar, Neraka atau Syurga.
Kalau
kau perasan, kehidupan sebelum hidup
ada persamaan dengan kehidupan selepas hidup. Atau kehidupan pertama
sama dengan kehidupan ketiga. Apakah persamaan tu?
Persamaan
antara kehidupan pertama dan ketiga adalah, kita TIDAK BOLEH membuat sebarang pilihan. Kenapa pula? Okay contohnya
begini, masa kita dalam alam roh atau alam rahim, kita langsung tak boleh nak
buat pilihan seperti,
Nak jadi orang
Islam,
Nak jadi orang
Melayu macam saya,
Nak jadi macam
Korea, Jepun (tetapi mereka buat pembedahan plastik),
Nak jadi anak
orang kaya macam dalam drama Melayu pukul 7.00 petang,
Nak lahir di
hospital first class macam…. Entah, fikirlah sendiri.
Nak lahir hari
Jumaat supaya nampak macam tanda kiamat,
Nak jadi anak
Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
Nak jadi lelaki
supaya boleh pumping dan bajet sado,
Nak jadi
perempuan supaya tak kena ejek pondan,
Nak lahir zaman
Nabi atau Sahabat atau zaman Khilafah sebab tak tahan hidup zaman sekarang,
Dan
banyak lagi. Kita tak boleh nak buat pilihan, langsung TAK BOLEH! Sebab apa? Sebab Allah dah buat keputusan tentang siapakah kita akan jadi, bagaimana, di
mana dan sebagainya. In fact, kau pun tak boleh nak masuk dalam rahim mak kau
semula. Dan kalau kau nak tahu, inilah TAKDIR.
Kalau
kehidupan akhirat pun macam tu juga. Peristiwa di alam kubur, alam barzakh dan
Akhirat. Kita langsung tak boleh nak buat pilihan seperti,
Nak kembali dunia
walau sesaat,
Nak bangkit
dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
Nak jalan-jalan
kubur orang lain,
Nak bangun dari
kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Mydin,
Nak jadi hantu
kacau jiran sebelah,
Nak balik
kampung untuk sambut raya,
Nak kiamat
cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
Nak beribadat
sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
Nak jadi orang
baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
Nak jadi tanah
sebab menyesal banyak sangat dosa,
Nak jadi mayat
dalam mayat,
Tak nak jawab
soalan malaikat sebab susah,
Dan
banyak lagi. Kita tak boleh nak buat pilihan, langsung TAK BOLEH! Sebab apa? Sebab Allah dah buat keputusan tentang apakah nasib kita nanti, di mana
akhirnya dan sebagainya. Dan kalau kau nak tahu, inilah TAKDIR.
Dan
kalau kau nak tahu, takdir di kehidupan ketiga adalah berdasarkan pilihan yang
kita buat masa di kehidupan kedua, serta berbekalkan apa yang ditakdirkan masa
kehidupan pertama? Faham? Ke nampak complicated je ayat saya?
Nak
mudah faham, di dunia ini saja tempat Allah benarkan untuk kita membuat sebarang PILIHAN, berbekalkan dengan apa yang telah ditakdirkan kepada kita
semasa kehidupan di alam rahim. Lalu segala pilihan kita di dunia ini akan
menentukan masa depan kita di Akhirat sana. Faham kan?
Oleh
yang demikian, semasa diberikan pilihan untuk buat pilihan walau tak banyak
pilihan yang boleh dibuat, kenapa kau
tak nak buat pilihan? Takkanlah kau nak buat pilihan di tempat yang tak
boleh nak buat pilihan? Tak faham, sila baca ulang-ulang kali.
Betul,
memang kita tak ada banyak pilihan sangat semasa hidup. Sementara kita boleh
pilih, pilih sajalah apa yang ada berdasarkan syarak. Kau tak boleh nak pilih
untuk jadi isteri Tae Yang, tetapi kau boleh pilih untuk jadi isteri solehah atau
isteri tak boleh diharap. Kau tak boleh pilih untuk jadi suami Juon, tetapi kau
boleh pilih untuk jadi suami mithali, atau suami yang nak kena kaki.
Kawan-kawan,
kau jangan sombong kalau lahir sebagai orang Islam, anak orang kaya, lahir je
kena sumbat iPad iPhone 7S di mulut, ada rupa paras, keluarga sakinah mawaddah
wa rahmah wa barokah wa maghfirah dan sebagainya. Sesiapa yang sombong dengan
takdir Allah yang ini memang celakalah
padahnya, sebab apa yang kita dapat tu hanyalah
ehsan dan ujian dari Allah supaya kau bersyukur dan boleh buat pilihan
dengan baik semasa hidup.
Kepada
kawan-kawan yang cacat, tak cantik dan tak hensem, miskin hina dina dan kafir
sekalipun, janganlah kau rasa hina dan ‘gagal’ selamanya, dan tak perlu susah
payah terjun bangunan untuk bunuh diri sebab takdir. Allah Maha Adil dan Allah TIDAK letakkan kejayaan kau di Akhirat
sana bergantung pada apa yang kau dapat masa lahir, tetapi ia bergantung kepada
APA PILIHAN kau masa hidup. Kejayaan
sebenar dalam hidup adalah apabila kita berjaya membuat ‘pilihan’ yang betul
dan tepat.
Aku
ulangi semula,
KEJAYAAN
SEBENAR DALAM HIDUP ADALAH APABILA KITA BERJAYA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL DAN
TEPAT DALAM HIDUP.
Kau
diberi 2 perkara untuk memilih di antara 2 perkara. Kau diberi akal dan hati
dengan bersandarkan wahyu untuk memilih jalan kebaikan atau jalan kebinasaan.
Binasalah kau kalau mengikut nafsu dan syaitonirrojim dalam memilih jalan
kebaikan atau jalan kebinasaan.
“Dan
demi jiwa (diri manusia) serta penyempurnaannya (ciptaannya),
maka
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
(jalan) kefasikan (kejahatan) dan ketakwaannya,
Sesungguhnya
beruntunglah orang yang mensucikan
jiwa itu,
Dan
sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya.”
(Surah As Syams 91:7-10)
Ini
adalah contoh pilihan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka, tetapi langsung tidak dilayan oleh Allah. Nak
tahu apa dia? Ini dia,
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf
7:50)
·
Meminta kepada
penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja
sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf
43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan
dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin
dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Sementara masih hidup di dunia ini,
menangislah wahai mata sampai teresak-esak, kalau sampai bengkak pun takpe
menangis kerana takutkan Neraka, takutkan Allah, menangis fikir pasal umat, menangis
minta hidayah untuk keluarga dan kawan-kawan, menangis masa baca al Quran dan
solat, menangis masa berdoa, menangis masa baca buku ini dan sebagainya.
Sebab
kalau di Akhirat sana, menangis sampai keluar air mata susu pun dah tak ada
gunanya. Air mata darah apatah lagi. Nak minum susu pun dah tak boleh.
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk
selama-lamanya : mata yang menangis
kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi)
Jadi
berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang kita boleh
buat pilihan, buatlah pilihan dan jalan yang betul berpandukan wahyu atau
manual al Quran yang Allah dah beri pada kita.
Eh
sekejap, kalau kau fokus baca, mesti kau akan perasan yang bab pilihan ini
seolah bercanggah dengan bab ketetapan tadi. Kalau semuanya telah di tetapkan, kenapa perlu buat pilihan?
Kau
buat pilihan nak dapatkan sesuatu perkara tetapi ditakdirkan Allah, kau tak
dapat pun perkara ni, tetapi kau dapat perkara lain. Sebab boleh jadi perkara
lain tu adalah lebih baik untuk kau.
Ok
contoh, kau nak kahwin dengan Markonah Masjon, lalu kau pun buat pilihan untuk
pergi ke rumahnya untuk masuk meminang. Tetapi ditakdirkan, Markonah Masjon tak
nak kahwin dengan kau, dia nak kahwin dengan kawan baik kau sejak dari taska,
Misron Maskunarjo. Dan kawan baik Misron yang lain rupanya dah lama suka kat
kau, dan nak kahwin dengan kau, namanya Siti Musta’mal Mukhafafah. Ah, macam
complicated pula.
Atau
contoh lain, kau pelajar sekolah biasa. Entah satu hari bila kau baca buku
Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan saya yang pertama dulu, kau rasa nak
memahami ayat al Quran dan mula berazam untuk menghafal al Quran. Lalu kau pun
tekad dan bersungguh untuk jadi al Hafiz.
Tetapi
tak sempat kau nak jadi hafiz al Quran, kau pun jadi mayat sebab kena langgar
dengan lori wak Masjon. Maka di Akhirat nanti, insyaAllah moga kau akan
dibangkitkan bersama para hafiz al Quran. Rasulullah sebut,
“Seseorang itu akan (dibangkitkan) bersama orang
yang ia cintai.”
(Muttafaqun ‘alayh)
Apa
saya nak cakap di sini adalah, semua orang akan berusaha untuk berjaya, tetapi bukan semua orang yang berusaha
itu berjaya. Hanya orang buat usaha yang TEPAT
sahaja berjaya, walaupun nampak macam tidak berjaya. Sebab kejayaan sebenar
adalah kita masuk Syurga dan dapat redha
Allah.
Apakah
usaha yang tepat itu? Usaha yang tepat itu adalah segala usaha yang selari dengan syariat Islam. Apa-apa usaha yang
melanggar syariat Islam, walaupun nampak berjaya, tetapi akhirnya di Akhirat
nanti dia tetap akan gagal. GAGAL !
Hebatnya
Allah, yang mana Dia boleh menciptakan dunia ini dalam keadaan dua perkara yang
seolah bertentangan dengan logik akal kita berjalan serentak, iaitu pertama pilihan kita dan kedua segalanya sudah ditetapkan. Dan hanya
Allah saja yang mampu mewujudkan dua perkara ni serentak, iaitu pilihan dan takdir.
Sebab
tu isu yang orang tanya tentang ketetapan umur dan hadis yang kata kalau
sambungkan silaturrahim boleh panjang umur seolah bercanggah, sebenarnya tiada bercanggah pun. Kita boleh buat
pilihan untuk sambungkan silaturrahim, tetapi dalam masa yang sama Allah dah
tetapkan umur dan boleh panjangkan umur ikut kemahuan Allah.
Ia
adalah di bawah kuasa Allah, dan kita sebagai makhluk beriman saja dengan
sungguh-sungguh. Logik akal akan datang selepas beriman. Agama ini bukan
logik akal semata-mata, tetapi ia adalah agama TAUHID, iaitu kita beriman
sungguh-sungguh dengan apa yang diturunkan dalam al Quran dan hadis yang sahih.
Ada
perkara dalam Islam yang boleh dijelaskan dengan logik akal, ada juga perkara
yang menuntut kita beriman tanpa ragu, walau bercanggah dengan logik akal.
Contoh tentang kewujudan Allah, Malaikat, Hari Kiamat, Dajjal, macam mana
kewujudan Nabi Adam tanpa ada gabungan sperm dan ovum, dan sebagainya.
Sebab
tu Saidina Ali radiyallahu anhu (r.anhu) pernah sebut,
“Seandainya agama dengan logik (akal), maka tentu
bahagian bawah khuf (sepatu) lebih elok untuk diusap daripada atasnya. Sungguh
aku pernah melihat Rasulullah mengusap bagian atas khufnya (sepatunya).”
Apa
yang penting di sini adalah usaha kita
dalam membuat pilihan. Jika tak dapat nak beramal sedangkan kau sudah buat
pilihan yang betul, itu adalah satu kejayaan. Contoh popular macam kisah
Sumayyah radiyallahu anha (r.anha). Sumayyah adalah perempuan pertama dalam
sejarah Islam yang syahid masa zaman Makkah.
Adakah
masa tu Sumayyah sempat solat 5 waktu, tunaikan zakat, berjihad di jalan Allah,
dan sebagainya? Tak. Dia syahid sebelum sempat buat amal soleh yang lain,
tetapi akhirnya dia ditakdirkan jadi ahli Syurga sebab berada pada jalan yang
betul. Dia telah membuat pilihan yang
betul dan tepat semasa hidup lalu ditakdirkan syahid.
Kau
rasa pening kepala ke? Tenangkan diri, ambil hot chochlate, dan sambung baca
tajuk seterusnya:
3. Soal Hati.
Baiklah, saya
pergi perlahan-lahan, takut kau makan panadol extend overdose. Sebenarnya
bolehlah dibuat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan/takdirkan
kepada semua orang.
Dan
kita semua akan dapat 4 perkara ini, tetapi kena faham bahawa bukan 4 perkara
ini yang akan menentukan Syurga dan Neraka kelak. Yang bakal menentukan di
Akhirat kelak adalah “soal hati”! Ini bukan tajuk drama Melayu yang jiwang
karat tu.
(i) Kesenangan
(ii) Kesusahan
(iii) Pahala
(iv) Dosa
Kau
tentu tak paham yang kalau semuanya telah ditetapkan, kenapa perlu kita ajak
orang buat baik atau amar makruf? Kenapa perlu kita mencegah mungkar? Atau
dengan kata mudah, kenapa kita kena buat dakwah tarbiah?
Macam
ni, kita semua tahu kisah Rasulullah pernah ditegur oleh Allah sebab cuba
“paksa” hidayah untuk bapa saudaranya, Abu Talib setelah dia banyak kali pujuk
dan ajak masuk Islam. Tetapi Abu Talib menolak. Lalu dia mati dalam keadaan
kufur, dan Nabi pun menangis sedih. Abu Talib tak nak masuk Islam sebab Allah
dah tengok hati dia yang dia memang tak nak! Ini memang soal hati.
Kalau
kau baca sirah Rasulullah, kau akan tahu yang orang Arab jahiliah sebelum
kedatangan Rasulullah berada dalam jahiliah tahap kritikal sampai bunuh anak
perempuan atau tanam hidup-hidup, sembah hampir 360 tuhan, tawaf Kaabah dalam
keadaan berbogel, dan sebagainya. Persoalan di sini, apakah perkara pertama
yang Allah buat pada Rasulullah sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul?
Kita
tahu yang Allah hantar malaikat untuk “cuci” hati baginda.
Dalam
satu hadis sahih Rasulullah beritahu yang dalam jasad ada seketul daging, kalau
baik daging tu, baiklah jasad tu. Kalau buruk (rosak) daging tu, rosaklah jasad
tu, dan ketahuilah itu adalah HATI! Kalau
baik hati ni, selamatlah manusia tu[1].
Sebab
itu, perkara pertama yang Rasulullah tarbiah dan ajar pada Sahabat setelah
masuk Islam antaranya adalah SYUKUR. Syukur dengan nikmat iman. Tanpa iman, kau
akan kekal kena bakar, minum air nanah, makan buah berduri tajam sampai tembus
leher, dan sebagainya dalam Neraka selama-lamanya.
Tetapi
kalau kau ada iman, walaupun sebesar zarah sekalipun dan kau banyak buat dosa
sampai penuh langit dan bumi, kau kaki korupsi, minum arak, makan rasuah, akan
tetapi masuk Syurga akhirnya. Itupun selepas kena bakar dalam Neraka sampai
cukup tempoh masa tertentu setimpal dengan dosa. Sehari di dunia beribu tahun
di Akhirat. Aduh..
Iman
ialah percaya sungguh-sungguh bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain
Allah dan Rasulullah itu hamba dan pesuruh Allah serta tidak menyekutukan Allah
walau dengan sesiapa pun. Kalau masuk Syurga yang paling kecil sekalipun,
luasnya adalah 10 kali ganda dunia. Kau akan jadi raja yang lebih hebat dari
kerajaan Nabi Sulaiman alayhisalam. Dan kekallah di dalam Syurga selama-lamanya.
Dan
Rasulullah pernah solat sampai bengkak kaki. Apabila Aisyah r.anha tanya kenapa baginda solat
sampai bengkak kaki sedangkan Rasulullah itu dah maksum atau memang dah tiada
dosa, apa Rasulullah jawab? Rasulullah beritahu yang baginda nak jadi hamba
Allah yang bersyukur[2].
Ya
bersyukur, tetapi APA itu syukur? Syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat
atau sesuatu perkara best dengan orang
lain.
Sebab
itu semua sahabat Rasulullah bila dapat kalimah Tauhid, mereka rasa terus nak
kongsi dengan orang lain. Dengan kata mudah, mereka terus berebut nak buat dakwah tarbiah. Itulah makna syukur sebenar. Macam
kau pergi melancong tempat best atau luar negara, tempat yang cantik kau akan
ambil gambar dan upload di Facebook atau Twitter untuk kongsi dengan orang
lain.
Atau
kalau kau dapat makan meatball iKEA yang mahal tu atau dapat makan nasi Arab
yang paling mahal, kau terus ambil gambar dan upload dalam Facebook atau
Twitter untuk kongsi rasa gembira dengan orang lain. Paling tidak pun share
dalam group whatapps atau telegram. Lainlah kalau tamak, tak nak cerita pada
orang lain takut kena belanja orang.
Hari
ini ramai ummat Islam tamak dengan nikmat Islam. Dah la suruh dakwah orang
kafir masuk Islam pun susah dan tak pandai serta tak nak, padahal sama-sama
kelas, ini nak dakwah sesama Muslim
supaya kembali ke jalan yang benar pun tak nak juga. Kenapa kau tamak dengan
nikmat Islam yang kau ada? Nak masuk Syurga sorang-sorang ke apa?
********
i) Kesenangan.
Perkara pertama
kita pergi ialah bab kesenangan yang telah di takdirkan. Bila kau di takdirkan hidup
SENANG, lahir je kena suap iPad atau iPhone 10S Plus Minus, IQ tinggi macam bil
elektrik, dapat anak asyik kembar, muka hensem macam buat pembedahan plastik,
bisnes asyik berjaya, exam dapat dekan atau 4 flat berturut dan lain-lain,
jangan nak sombong berlagak macam orang gila.
Semua
tu memang dari Allah. Exactly dari Allah. Bukannya Kerajaan Pusat atau Kerajaan
Negeri, syarikat, ladang atau kebun yang bagi kau senang, semuanya dari Allah!
Betulkan keyakinan ini dulu. Dan kau ADA
PILIHAN sama ada nak bersyukur
atau sombong dengan nikmat
kesenangan tu.
Kalau kau pilih untuk bersyukur
dengan nikmat senang, itulah yang membawa kau ke Syurga. Tetapi kalau kau pilih
untuk jadi sombong berlagak takbur dengan nikmat yang dah diberi percuma tu,
pasti masuk Neraka kalau tak taubat! Kalau jadi orang kaya jangan nak berlagak
sombong !
Jerebu
datang melanda, kekayaan kau takkan dapat selamatkan kau dari jerebu. Kalau
hujan lebat sampai banjir besar melanda tu pun, harta kau takkan dapat
selamatkan kau. Lalu hancur musnahlah seluruh harta kau.
Kita
tengok kisah Nabi Sulaiman alayhisalam, Allah bagi nikmat kerajaan yang hebat
dan kaya raya sampai menguasai bumi, tetapi apa yang dia buat? Dia pilih untuk
bersyukur sungguh-sungguh yang mana akhirnya Allah bagi dia Syurga.
Kalau
tengok kisah Qarun pula, Allah bagi nikmat sampai penuh harta untuk 70
keturunan, tetapi apa yang dia buat? Dia pilih untuk sombong belagak takbur,
yang mana akhirnya Allah tenggelamkan dia dalam muka bumi dengan hartanya
sekali, bahkan masuk Neraka terus.
Kesimpulanya,
masuk Syurga bukan sebab kau miskan atau kaya, kau penjawat awam atau menteri,
kau rakyat atau sultan, sebab itu memang sudah di takdirkan Allah. Masuk Syurga
atau Neraka di tentukan oleh soal hati
kau sendiri, sama ada kau pilih untuk SYUKUR atau SOMBONG !
Ingat, syukur dan sombong adalah SOAL HATI !
ii) Kesusahan.
Macam tu juga kalau
kau ditakdirkan hidup SUSAH, lahir saja dari keluarga miskin, nak makan nasi
pun fikir 10 kali, IQ lebih lambat dari wifi, anak kecil mati, muka hodoh macam
kuku kaki, bisnes asyik gagal, exam asyik repeat, dan lain-lain, jangan nak
menangis atau frust tonggeng macam orang gila!
Semua
tu memang dari Allah. Bukannya Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, syarikat,
ladang atau kebun yang bagi kau susah. Dan kau ADA PILIHAN sama ada nak bersabar
atau berburuk sangka dengan
kesusahan tu.
Kalau
pilih untuk bersabar dengan kesusahan, itulah yang membawa kau ke Syurga.
Tetapi kalau kau pilih untuk bersangka buruk dengan Allah atas kesusahan yang
diuji tu lalu menentangNya, pasti masuk Neraka kalau tak taubat!
Kita tengok kisah seorang Sahabat
namanya Julaibib r.anhu dari golongan Ansor. Dia seorang yang kulit hitam,
miskin, tak hensem sampai takde siapa yang nak kahwin dengan dia. Kemudian satu
hari, semasa Rasulullah bantu nak kahwinkan dia, tiba-tiba ada seorang sahabiah
sudi berkahwin dengan dia. Julaibib punya gembira tak terkata. Tetapi semasa
dia sedang buat persiapan nak kahwin, tiba-tiba datang seruan jihad.
Apa
yang dia buat? Mula-mula dia keliru. Ye lah, dah la tiada siapa nak kahwin dengan
dia, ini peluang ada orang nak kahwin dengan dia, dia pula terpaksa pergi
jihad. Tetapi akhirnya dia buat pilihan yang paling tepat. Dia pilih untuk bersabar dan menyahut seruan jihad, dan
akhirnya dia mati syahid dan Rasulullah memuliakan dia!
Kesimpulanya,
masuk Syurga bukan sebab kau miskan atau kaya, kau penjawat awam atau menteri,
kau rakyat atau sultan, sebab itu memang sudah di takdirkan Allah. Masuk Syurga
atau Neraka di tentukan oleh soal hati kau sendiri, sama ada kau pilih untuk
SABAR atau SANGKA BURUK !
Ingat, sabar dan sangka buruk adalah SOAL HATI !
iii) Pahala
Berkenaan
pahala pula, Rasulullah dah beritahu yang pahala ni adalah apa-apa kebaikan dan kebajikan yang kita rasa tenang bila buat[3]. Tetapi apa yang kau perlu
tahu, kalau kau buat amal sebanyak manapun, janganlah berlagak dan merasa puas
dengan pahala kau.
Sebab itu semua berada dalam takdir
Allah. Nak masuk Syurga bukan sebab banyaknya amal kau, tetapi semata-mata
rahmat Allah. Iblis dulu sebelum Allah ciptakan Nabi Adam, lagi banyak amalan
dia. Sebab itu kalau kita beramal, jangan pernah rasa puas hati dan rasa cukup
dengan amal soleh yang dibuat. Ini semua tipu daya iblis.
Jangan rasa puas dan cukup bila dah
ramai follower ikut, atau banyak buat tahajjud dan dhuha, bagi ceramah ramai
datang dan dengar, buat program ramai datang, ada jawatan tinggi dalam
persatuan Islam dan sebagainya.
Sebab
bila kita merasa CUKUP dan PUAS HATI dengan amal soleh, akan datang penyakit
hati yang bernama RIYA’. Sebab itu saya ulas bab penyakit hati masa awal bab.
Lalu celakalah padahnya, sebab hanya amalan yang ikhlas sahaja yang Allah
terima.
Kesimpulannya,
masuk Syurga bukan sebab kau banyak amal soleh atau pahala, sebab itu sudah di
takdirkan Allah. Tetapi takdir masuk Syurga atau Neraka itu ditentukan oleh pilihan
hati kau sendiri, iaitu IKHLAS atau RIYA’!
Ingat, ikhlas
atau riya’ adalah SOAL HATI !
iv) Dosa
Berbalik pada
dosa pun sama. Rasulullah beritahu yang dosa ini adalah apa-apa perkara yang
buat hati kita rasa resah gelisah dan kita
benci kalau orang lain tahu apa yang kita[4]. Tetapi apa saya nak
beritahu, jangan hina orang yang buat dosa, sebab dia telah di takdirkan oleh
Allah. Sebab itu kita benci dosa yang dibuat, bukan orang yang buat dosa tu
atau pendosa.
Allah
boleh buat kau pula terlibat dengan dosa yang mereka buat. Ini yang paling
gerun. Tetapi Allah juga beritahu kalau dosa kau buat tu banyak manapun Allah
akan sudi ampunkan, dengan syarat kau taubat sungguh-sungguh minta ampun.
Apa
itu taubat? Kau NIAT sungguh-sungguh tak nak buat lagi dosa tu. Tetapi kalau
kau terulang semula dosa yang sama satu hari nanti, ulang taubat lagi. Sampai
bila nak ulang? Sampai jadi mayat.
Kau
pula jangan bangga dengan dosa kau, malah mempertahankan pula dosa tu. Kalau
dah tahu salah, mengaku salah dan bertaubat. Janganlah pula kau pertahankan
dosa kau dengan macam-macam alasan, bahkan siap guna alasan agama untuk
mempertahankan dosa.
Kau
nak tahu, Iblis masuk Neraka bukan sebab dia jahil atau tak faham Islam, tetapi
dia masuk Neraka antaranya sebab dia MEMPERTAHANKAN dosa dan kesalahan dia
buat, malah guna macam-macam alasan untuk membenarkan dosa dia. Antara alasan
dia guna, dia kata dia lebih mulia dari Nabi Adam, dia dicipta dari api Adam
dari tanah, dan sebagainya.
Kesimpulannya,
masuk Neraka bukan sebab kau banyak buat jahat atau dosa, sebab itu sudah di
takdirkan Allah. Tetapi takdir masuk Neraka atau Syurga ditentukan oleh pilihan
hati kau sendiri masa di dunia, iaitu kau nak MENGAKU SALAH dan TAUBAT sungguh-sungguh
pada Allah, atau kau BANGGA dengan dosa kau buat, lalu kau MEMPERTAHANKAN dosa
dan mencari alasan untuk pertahankan dosa yang kau buat.
Ingat,
mengaku salah dan bertaubat sungguh-sungguh atau bangga dengan dosa lalu
mempertahankan dosa dan mencari alasan untuk membenarkan dosa yang dibuat
adalah SOAL HATI!
************
Masa
Allah ciptakan roh dulu, dengan kebijaksanaan yang maha hebat, Allah telah telah
tahu apa soal hati kita semua. Lalu bila cukup masa dalam perut, maka Allah
yang maha Hebat dan Maha Tahu telah perintahkan malaikat menulis segala
perjalanan hidup kita termasuk, rezeki, amalan kebaikan, keburukan, kesenangan,
kesusahan, dosa dan pahala.
Cuma
satu saja malaikat tak tulis dan malaikat pun tak tahu sebenarnya, iaitu SOAL
HATI.
Bila
kita start baligh, maka dua malaikat kiri kanan pun ditugaskan menulis apa yang
kita buat samada baik ataupun buruk. Dan sudah pasti perkara itu adalah sama je
dengan apa yang tertulis di kitab takdir. Jangan tanya lagi kenapa Allah suruh
malaikat kiri dan kanan tu tulis juga. Kau tanyalah Allah masa di Syurga nanti.
Oh
ya, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikat kiri kanan pun tak tahu iaitu
SOAL HATI.
Oleh
yang demikian, ada hadis yang menceritakan kisah seorang perempuan pelacur yang
hidupnya penuh dengan dosa dan keburukan. Tetapi Allah buat keputusan untuk dia
tetap juga masuk Syurga, sebab dia bagi minum air pada anjing yang haus.
Ini
semua SOAL HATI. Pilihan dia untuk
nak ikhlas.
Ada hadis lain yang menceritakan
pula tentang seorang mujahidin yang mati syahid sebab berjihad perang di jalan
Allah. Tetapi Allah buat keputusan untuk dia tetap juga masuk Neraka, sebab dia
berjihad tak ikhlas dan nak orang puji dan angkat dia.
Ini
semua SOAL HATI. Pilihan dia untuk
tak nak ikhlas.
Ini
bermakana, malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah pada kita, namun
keputusan di Akhirat adalah berdasarkan pilihan hati kita. Ini adalah soal
hati. Oleh sebab malaikat pun tak tahu soal hati kau, Rasulullah dah ajar kita
tentang soal hati.
Maka
buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat-sifat hati yang membawa ke Syurga
seperti syukur, sabar, sangka baik, ikhlas, redha, sabar dan sebagainya. Kemudian
elakkan serta berdoalah sungguh-sungguh agar kita di selamatkan dari penyakit
hati yang boleh membawa ke Neraka seperti Kufur, buruk sangka, sombong, riya’,
ujub, takkabur, dan lain-lain lagi soal penyakit hati.
4. Niat
Yang terakhir
sekali tentang niat. Kita semua tahu yang segala AMAL bermula dengan NIAT. Ini
semua ada dalam hadis pertama dalam himpunan hadis 40 Imam Nawawi.
Ada
satu hadis yang menceritakan tentang lelaki yang buat jahat dan berjaya bunuh
99 orang, tetapi dia nak bertaubat. Kemudian bila dia berjumpa dengan seorang
alim ni, orang alim ni kata dia ni ahli Neraka. Lalu lelaki tu pun bunuh orang
alim tersebut, dan genaplah angka 100. Kemudian dia berjalan lagi, dan jumpa
dengan seorang alim yang lain, dan dia beritahu yang dia nak taubat.
Orang
alim tu pun kata kalau dia nak bertaubat, dia kena pergi ke sebuah kampung yang
mana di situ ramai orang baik. Dengan harapan dia akan terikut jadi baik. Lalu
lelaki tu buat PILIHAN untuk menjadi
baik, dan terus buat PERSEDIAAN untuk ke kampung tu untuk bertaubat dan
menjadi baik. Masa dalam perjalanan menuju kampung tu lelaki tersebut mati di
tengah jalan.
Lalu
datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab. Masa malaikat azab nak ambil
lelaki ini bawa ke Neraka, Allah perintahkan bahawa dia adalah ahli SYURGA.
Persoalannya, kenapa?
Antara
sebabnya adalah, lelaki itu mati dalam keadaan dia MENZAHIRKAN niatnya. Atau dia membuktikan yang dia betul-betul nak
bertaubat. Apa yang kita boleh belajar, sesiapa yang berniat nak bertaubat dan
berubah menjadi baik, Allah maha pengampun dan sudi ampunkan kau.
Tetapi
apa yang kau kena buat adalah, kau kena zahirkan niat kau. Oleh sebab niat ni
belum ditakdirkan oleh Allah hatta malaikat pun tak tahu apa niat kau, tetapi
kalau kau nak buat baik atau pahala, maka malaikat pun “tercium” bau wangi,
lalu dia pun tulis satu pahala. Tetapi kalau kau niat nak buat jahat, walau
malaikat “tercium” bau busuk sekalipun, dia tak tulis pun dosa tu sehinggalah
kau MENZAHIRKAN niat kau tu.
Oleh
itu, kalau kau nak bertaubat dan berubah jadi baik, ZAHIRKAN NIAT ITU. Jangan peduli kalau orang tuduh kau riak’,
belagak dan sebagainya, sebab hakikatnya yang tahu niat kau cuma kau seorang
je. Malaikat pun tak tahu, apatah lagi orang lain yang bukan malaikat. Marilah
menangis, kerana itu adalah mengzahirkan taubat!
Tengok
contoh seorang sahabat Rasulullah ni zahirkan niat. Ada seorang sahabat,
namanya Abdullah Bin Huzaifah As Sahmy, bila ditangkap menjadi tawanan perang,
maka dia dibawa berjumpa dengan maharaja Rom. Lalu maharaja ni suruh dia murtad
dan masuk Kristian, Abdullah mestilah tak nak.
Maharaja
pun tawarkan dia jawatan dalam kerajaan dengan syarat dia murtad, pun Abdullah
tak nak. Lepas tu ditawarkan pula sebahagian harta dengan syarat dia murtad,
pun dia tak nak.
Lalu
maharaja ni geram, dia suruh tentera dia buat kawah minyak panas, lalu
dicampakkan tawanan Islam yang lain dalam kawah minyak yang menggelegak panas
depan dia. Dia campak seorang demi seorang. Tak lama kemudian, Abdullah menangis.
Maharaja ni pun gembira, ingat taktik menjadi. Bila maharaja ni tanya kenapa
dia menangis, lalu dia pun jawab,
“Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak
terkabul. Aku ingin mati di medan perang fisabilillah. Tetapi kini, aku akan
mati dalam kuali panas.”
Sumpah hebat superb! Kalau kau
berniat nak taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah, pilihlah untuk kau zahirkan niat kau tu. Jangan pula kau
nak solat fardhu, tetapi sekadar niat je, kemudian kau pun tak solat. Kononnya
atas alasan niat. Jangan jadi mangkuk macam Ayah Pin. Sebab itu saya cakap, ZAHIRKAN niat. Kalau kau berniat nak
tutup aurat sempurna, niat saja tak cukup. Zahirkan dia, tutuplah aurat dengan
sempurna.
Sebab itu dalam kaedah syarak, kita
menghukum seseorang berdasarkan apa yang kita
NAMPAK atau apa yang orang itu ZAHIRKAN.
Kalau nak jalankan hukuman potong tangan sebab mencuri, mesti ada BUKTI
yang kuat. Kalau sekadar agak-agak, tak boleh. Dan kita tegur dan cegah orang
buat dosa dan maksiat sebab dia buat dosa
dan maksiat secara TERANG-TERANGAN.
Tetapi
kau jangan salah faham pula yang niat
TAK MENGHALALKAN cara. Kau nak bertaubat, tapi kau guna maksiat untuk
berubah. Memang tak bolehlah. Niat tak pernah menghalalkan cara.
Zahirkan niat kau dengan cara yang
ikut syarak, bukan main tangkap muat je. Akhir sekali, selepas zahirkan niat
tu, kenalah jaga hati dan menyerah dirilah pada Allah.
Sumber
: Dipetik dari Bab 1 buku Aku Bukan Malaikat 1 karya Shukery Azizan.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom. Moga manfaat !! :)
Siapa nak beli online buku ni, boleh hubungi atau whatapps nombor 014 - 3242859
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#AkuBukanMalaikat2
#TarbiahSentap#AkuBukanMalaikat2
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang seperti MPH, Popular, SMO, Hasani, dan lain-lain.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 014 - 3242859
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak,
tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least
orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak
tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at
least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
Apa Itu Takdir?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
19:01
Rating:

1 comment:
terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami di http://idblackwalet.com/cara-membersihkan-komedo/
Post a comment