![]() |
Tulisan ini adalah BAB 2 dalam buku SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS CINTA tulisan Ustaz Adnin Roslan yang bakal terbit Ogos 2017 ini. |
Assamualaikum semua!
Artikel
ni saya tulis sebab ramai sangat orang tanya saya:
“Ustaz,
nak tanya.. Kalau tak couple, macamana nak kahwin?Macamana saya nak kenal
pasangan saya?Kalau macam tu, macamana nak cari jodoh?”
Saya pun
tak beberapa minat untuk ulas pasal isu cinta dan kahwin ni. Saya sebelum ni
pun dah pernah tegur pasal ni. TAPI, soalan di atas ni memang saya rasa saya
perlu bantu untuk jawab.
Sebab
apa?
Seolah-olah,
satu-satunya jalan nak menuju alam perkahwinan adalah dengan couple, ikhtilat
tak jaga, couple acah islamik, dan sebagainya. Kenapa ramai orang fikir macam
tu?
Kerana majority
media massa, hiburan dan sebagainya memprogandakan perkara ini.
Drama
sekarang kebanyakannya drama cinta. Lagu banyak lagu cinta. Movie pun banyak
movie cinta. Novel yang bestseller, banyaknya novel cinta.
Akhirnya,
lahirlah pemuda yang tak habis-habis fikir pasal cinta cinta cinta.
Dan,
lagi parah, segala hiburan tersebut mewarnai pemikiran masyarakat bahawa nak
bercinta ni, jalan yang WAJIB di lakukan ialah couple, berikhtilat, tak jaga
pergaulan bebas, dan sebagainya.
So,
artikel ni, saya tulis untuk menjelaskan perkara ini.
Jom,
kita tengok apa cara yang ISLAM ajar bila kita terjatuh cinta.
Apapun,
saya akan guna perkataan “aku” dan “kau”, supaya korang dapat feel bahawa saya
tengah bagi nasihat secara berdepan dengan korang.
Moga
bermanfaat!
DUA JALAN DALAM BERCINTA?
Soalan
pertama, macamana kau boleh suka dia?
Cuba kau
ingat balik.
Pada
awal-awal kau tengok dia, hati kau berdebar. Kau tak mintak pun untuk berdebar,
tapi perasaan tu datang sendiri. Ye, memang perasaan cinta itu fitrah. Tapi, boleh
jadi kau buat satu kesilapan. Kau melayan perasaan tu dengan cara yang salah.
“Eh,
selamba je kau tuduh aku layan perasaan dengan cara yang salah! Agak-agakla!
Aku dah elok-elok dengar apa kau cakap, pastu kau tuduh aku macam tu. Bapak
ah…”
Aduh.
Sorry
sorry. Hehe.
Aku
cakap ni bukan aku nak tuduh kau ke apa. Tapi, kebanyakan orang yang bercinta,
akan melalui jalan yang salah. Sebab tu aku guna perkataan “boleh jadi”. Aku
tak tuduh kau. Aku just kata boleh jadi kau layan perasaan cinta tu dengan cara
yang salah.
“Ok
ok. Sorry menyampuk. Teruskan. Aku nak dengar penjelasan kau…”
Huhu.
Aku sambung eh.
Bila
perasaan cinta tu hadir dalam hati, kita kena pilih dua jalan. Samada nak pilih
jalan yang baik atau buruk.
Aku
explain tentang jalan yang baik dahulu. Aku cuba bagi kau faham, aku bagi dalam
bentuk point, supaya tak serabut, Boleh?
“Bolleh….”
Hehe.
Ok, aku terangkan satu-satu. Kau memang terbaaaaik!
Aku
mulakan dengan jalan yang baik dulu ye.
JALAN YANG BAIK DALAM BERCINTA?
1) Jalan
yang baik, pabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, pertama sekali kita
kena tahu, ianya bermula dengan PANDANGAN PERTAMA. Lalu, bila ia melibatkan
pandangan, kau kena tahu beberapa pesanan Allah dan rasul tentang pandangan.
Aku nak
bagi kau rasa best sikit, kita dengar apa Allah dan nabi pesan. Bayangkan, nabi
tengah duduk sebelah kau, dan bagi kau nasihat dengan penuh kasih-sayang dan
kelembutan. Hayati apa yang nabi pernah sampaikan pada sahabat-sahabat dahulu.
Mungkin
kau dah jemu, tapi, kalau betul kau cinta Allah dan rasul, kau takkan pernah
jemu mendengar kalamNya, serta hadith baginda.
Allah
yang kau cintai ada berfirman dalam Surah An-Nur ayat 30:
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا
فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
”Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman:”Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Mungkin kau tak faham, apa
yang Allah nak sampaikan dalam ayat ni.
Seorang ulama tafsir
bernama Ibn Kathir ada hurai ayat ni. Dia kata:
هذا أمر من الله تعالى لعباده المؤمنين أن يغضوا من أبصارهم عما حرم عليهم،
فلا ينظروا إلا إلى ما أباح لهم النظر إليه ، وأن يغضوا أبصارهم عن المحارم
“Ini adalah perintah dari
Allah Ta’ala kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk menjaga pandangan mereka
dari perkara yang diharamkan atas
mereka. Maka janganlah memandang kecuali kepada hal-hal yang diperbolehkan
untuk dipandang. Dan tahanlah pandanganmu dari hal-hal yang diharamkan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/41)
Kenapa Allah suruh kita
tunduk pandangan?
Kerana, apa yang kita
pandang, ia akan mengundang syahwat. Ye, pada awal, mungkin kita tak rasa apa-apa.
Tapi, syahwat akan hadir pabila kita abaikan suruhan Allah dalam bab menjaga
pandangan ni. Mana ada orang berzina sebelum pandang. Ianya mesti bermula
dengan pandang. Betul tak?
Sebab tu nabi ada pesan
pada kita dengan beberapa pesanan dalam bab pandangan ni.
فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ،
وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ، وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ،
وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ، وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا، وَالْقَلْبُ
يَهْوَى وَيَتَمَنَّى، وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
"Mata boleh berzina, dan zina mata adalah
pandangan (yang diharamkan). Zina kedua telinga adalah mendengar (yang
diharamkan). Lidah(atau kata-kata) boleh berzina, dan zinanya adalah perkataan
(yang diharamkan). Tangan boleh berzina, dan zinanya adalah memegang (yang
diharamkan). Kaki boleh berzina, dan zinanya adalah ayunan langkah (ke tempat
yang haram). Hati itu boleh berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan
membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Hadith ni actually sangat
penting untuk kau faham wahai kawanku. Serius aku cakap. Aku harap, kau take
note hadith ni, kalau kau nak highlight pun takpe. Atau kau baca
berulang-ulang. Aku akan hurai hadith ni nanti. Cuma sebelum tu, aku nak
hadiahkan kau satu lagi hadith nabi dalam bab pandangan ni. Hehe.
Best kot dengar hadith
nabi. Hati jadi tenang beb! Seperti mana kau rasa best dapat mesej dari orang
yang kau cintai, sampai kau sanggup baca berkali-kali, sepatutnya begitulah kau
perlu rasa bila baca hadith nabi. Tapi kalau tak rasa apa, maybe sebab kau dah
tak cinta nabi. Huhu..
“Eh eh kau, sedap-sedap je
cakap aku tak cinta nabi..”
Sorry… Aku tak maksudkan
kau. Kan aku cakap, “kalau kau tak rasa apa-apa bila dengar or baca hadith
nabi”. Tapi kalau kau rasa best dengar hadith nabi, maknanya kau cinta nabi.
Hehe..
“Okla. Fine. Apa
hadithnya?”
Kau memang terbaaaik. Padu
beb. Aku suka sembang dengan orang macam kau. Hati lembut beb.
“Dah, takyah nak
puji-puji..”
Hehe. Aku suka tengok kau
makin happy.
Ok, tak nak buang masa, kau
pun tak banyak masa.
Tapi, sebelum tu, aku nak
tanya kau something.
“Aduh, tanya apa pulak….?”
Rileks, jangan
stress-stress. Macam ni, aku nak tanya, pernah tak kau rasa berat nak buat
ibadah? Contohnya, kau nak solat rasa malas, nak baca quran rasa susah gila.
Atau nak baca buku-buku agama or pergi majlis ilmu kau rasa beban. Kau seolah
hilang rasa manis bila beribadah.
Pernah tak?
Jangan jawab lagi. Hehe.
Kan Allah kata, dan janji
Allah, hanya dengan ingat Allah la hati kita akan jadi tenang. Kan? Tapi,
pernah tak kau rasa lagi serabut bila nak solat, serabut nak buat dakwah,
serabut nak belajar, serabut nak baca quran. Seolah, HILANG NIKMAT DAN
KETENANGAN dalam buat ibadah.
“Huh… Banyak kali jugak aku
rasa macam tu. Aku malu nak cakap, aku dah lama gila tak baca quran… Huhu..
Solatpun selalu lambat. Serius aku tak tahu kenapa. Seolah ada benda yang
menghalang aku…”
Huhu.
Aku tanya ni bukan apa,
sebab aku pun pernah rasa macam tu. Aku tak tahu apa punca. Nak bangun tahajud
punyalah susah, nak pergi masjid solat jemaah susah gila, padahal pergi tempat
lain boleh pulak.
Pastu aku cari dan cari dan
cari kenapa, akhirnya aku jumpa jawapannya. Sebab aku terbaca satu benda yang
membuatkan aku sangat sentap. Kau nak tahu?
“Mestila nak…”
Terbaik.
Huh. Aku terbaca satu
hadith nabi ni. Rupa-rupanya, inilah punca kenapa aku dah tak rasa manis bila
buat ibadah.
Nabi ada pesan:
النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ
مَسْمُومَةٌ فَمَنْ تَرَكَهَا مِنْ خَوْفِ اللَّهِ أَثَابَهُ جَلَّ وَعَزَّ
إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ
”Pandangan adalah panahan beracun dari pelbagai
panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka
Allah akan memberikan kemanisan iman dalam hatinya..”
(HR. Al-Hakim)
Baru aku sedar, kenapa aku
rasa hilang kemanisan dalam beribadah. Rupa-rupanya sebab aku tak jaga
pandangan aku. Aku banyak tengok benda yang Allah larang. Serius, kalau kita
jaga pandangan betul-betul, sungguh, ibadah akan jadi sangat nikmat,
membahagiakan, terasa tenang, hati aman damai, bulu roma meremang, dan terasa
cukup manis!!
So, aku ulang balik ayat
awal dalam point pertama ni, pabila kita mula jatuh cinta pada seseorang, pertama sekali kita kena
tahu, ianya bermula dengan PANDANGAN PERTAMA.
Maka,
JALAN YANG BAIK bila kita dah ternampak lalu jatuh cinta pada seseorang ialah
kita kena tundukkan pandangan kita!
Jangan
duk usha-usha dia, jangan duk follow dia kat media sosial. Memang rosak la
hati. Tu yang tak boleh move on tu.
Kalau
ada urusan yang di benarkan, baru pandang. Itu pun pandang tak pandang je. Be
professional. Aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan.
Ok,
kita terus step yang kedua.
2)
Bila kau dah tunduk pandangan, dan kau tak layan perasaan kau, percayalah,
perasaan cinta tu akan hilang. Lagi-lagi kalau kau tak layan, lepas tu kau
sibukkan diri kau dengan dakwah, tarbiah, ilmu dan sebagainya. Memang sungguh
aku kata, perasaan cinta tu akan hilang.
Aku
nasihat benda ni khusus untuk budak-budak sekolah atau universiti yang masih
tak berkemampuan lagi nak kahwin. Kalau kau ada adik ke yang belajar sekolah,
kau pesan kat dia benda ni.
Ye
la, takkan nak kahwin time sekolah. Memang tak la. Aku tak cakap benda tu
salah. Cuma, fikirlah mak bapak sikit. Kalau kahwin guna duit kau takpe gak. Ni
guna duit mak ayah gak, duduk dengan mak ayah gak. Ingat kahwin ni main-main
ke? Ingat kahwin ni nak puaskan nafsu semata?
Kahwin
ni besar beb.
Banyak
gila tanggungjawab.
Ramai
orang masuk neraka sebab tak urus rumah tangga dengan baik.
So, untuk
budak-budak sekolah, tak payah sibuk fikir pasal cinta. Serius talk. Nanti
masuk universiti, jumpa orang lain, suka orang lain pulak. Aduh..
Tunduk
pandangan! Dan sibukkan diri dengan benda yang besar. Ada banyak lagi benda
yang patut di kejar. Kau boleh guna masa kat sekolah tu untuk skor exam, ajar
kawan-kawan, aktif sukan, atau cungkil bakat. Kau boleh sibukkan diri dengan
dakwah, tarbiah, bimbing kawan-kawan. Kalau kau bukan sekolah agama, kau boleh
amik kelas tambahan belajar baca quran, hafal quran, pergi majlis ilmu dan
sebagainya.
Potensi
korang serius besar.
Tapi,
bila dah hanyut dengan cinta, serius time terus jadi buta.
Takpe,
bab ni aku akan explain nanti dekat bahagian JALAN YANG SALAH dalam bercinta.
Sekarang tengah cerita pasa jalan yang baik. Hehe.
3)
Kalau umur korang dah matang sikit, dah habis sekolah, dan kau dah tunduk
pandangan, tapi perasaan cinta kat si dia tu masih ada, kau letakla AZAM untuk
KAHWIN DENGAN DIA.
Ye
la, dah suka, nak buat apa lagi?
Takkan
nak couple?
Takkan
nak berzina?
Mestila
nak kahwin. Kan? Hehe.
So,
letak niat nak kahwin. Besar pahala tu.
4)
Nak kahwin ni, mesti ada caranya jugak. Takkan sebelum kahwin nak couple?
Takkan nak couple bajet islamik. Kan sekarang orang guna alasan:
“Ala,
aku couple sebab nak kahwin dengan dia..”
Tak.
Matlamat tak halalkan cara.
Nak
kahwin, guna cara yang islam ajar. Couple ni islam tak ajar beb. Ni budaya yang
di pelopori oleh orang kafir, dan depa mempropagandakan budaya tu dalam movie,
drama, lagu, novel dan sebagainya supaya budaya tu jadi normal di kalangan
masyarakat.
So,
step first bila nak kahwin ialah RISIK.
RISIK
tu apa? Dan kenapa kena merisik?
Risik
ni adalah proses mengenali orang yang kita nak kahwin tu.
Dan,
merisik dalam islam, nabi ajar guna orang tengah.
Kita
bukan kena ikut nabi dalam bab solat je. Bab kahwin kena kena ikut nabi. Hehe.
Khadijah
ra nak kahwin dengan nabi, takde pulak dia cakap kat nabi direct. Takde pun
Khadijah ra kata kat nabi:
“Wahai
Muhammad, aku cinta padamu. Sudikah dikau berkahwin dengan ku?”
Takde
maknanya. Haha.
Apa
yang Khadijah ra buat?
Aku
nak petik sikit kisah macamana Nabi kahwin dengan Khadijah dari kitab Raheeq
Makhtum tulisan Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri.
Simple
je. Takde nak couple bagai. Cuba kau baca, best kot. Hehe..
Jom
tengok macamana.
“Apabila baginda nabi saw pulang ke Mekah,
Khadijah mendapati perniagaannya semakin untung berlipat gandanya dari sebelum
ini, hasil dari sifat amanah dan keberkatan nabi(Nabi saw ketika tu bekerja
dengan Khadijah ra).
Hamba Khadijah bernama Maisarah(seorang
lelaki), memberitahu Khadijah tentang sifat-sifat dan peribadi mulia nabi saw
sepanjang dia bersama nabi. Maisarah memberitahu bahawa nabi saw mempunyai
akhlak yang mulia, peribadi yang menarik, fikiran yang tajam, tutur kata yang
benar serta perilaku yang amanah!
Khadijah merasakan apa yang dia cari selama ini
sudah di temui. Sebelum ini ramai orang kenamaan dan para pemimpin mekah telah
berusaha melamarnya, tetapi Khadijah menolak mereka.
Lalu Khadijah ceritakan hasratnya kepada
temannya yang bernama Nafisah binti Muniyyah.
Nafisah pun pergi kepada nabi saw dan
memberitahu hasrat Khadijah hendak mempersuamikannya.
Nabi saw bersetuju dengan cadangan itu, dan
nabi pun memberitahu bapa-bapa saudara baginda.
Kemudian, bapa-bapa saudara baginda pergi
kepada bapa saudara Khadijah untuk melamar khadijah. Ekoran daripada itu,
berlangsunglah perkahwinan mereka…”
Dah
habis.
Simple
kan?
Hehe.
Kisah
ni sahih tau. Aku rujuk kitab Raheeq Makhtum, atau lebih tepat rujukannya ialah
dari kitab sirah Ibn Hisyam, 1/189, Fiqh Alsirah halaman 59, Talqih Fuhum Ahl
Athar halaman 7. Mana tau kau nak rujuk ke apa. Best kot baca sirah ni, banyak
gila benda kita boleh apply dalam hidup.
Antara
bukti kita cinta nabi ialah kita baca dan hadam sirah nabi dan kuasai
perjalanan hidup baginda. Bukan asyik tengok movie drama cinta. Hehe.
“Oi..
sentap nampak…”
Huhu.
Sorry sorry. Aku takde niat. Ok kita teruskan.
Aku nak
kau baca balik kisah macamana nabi saw dan Khadijah kahwin, dan cuba kau tengok
secara teliti, apa pengajaran yang boleh kau nampak.
Aku
cuba bagi kau nampak dengan lebih jelas. Ok?
“Ok,
teruskan. Aku pun teringin nak tahu. Hehe..”
Kau
memang terbaik!
Ok,
macam ni.
Ada
banyak ibrah yang kita boleh ambik dari kisah ni actually.
First,
kalau perasan, hamba kepada Khadijah yang risik tentang Nabi, dan bagitahu
Khadijah tentang peribadi nabi. Nama hamba Khadijah ni ialah Maisarah. Maisarah
ni adalah lelaki, dan hamba kepada Khadijah. Apa pengajarannya? Pengajarannya
ialah, bila nak risik, sebaiknya suruh sesama jantina yang risik. Khadijah tak
suruh perempuan yang risik nabi. Tapi, Maisarah yang risik, berkenalan, rapat
dengan nabi, sehingga Maisarah kenal dengan nabi secara dekat, lalu Maisarah
cerita from A to Z pada Khadijah tentang peribadi nabi sehingga Khadijah
tertarik.
Samalah
macam kita. Kalau nak apply benda ni, kalau kita suka pada seseorang, kita
suruhlah cikgu ke, abang kita ke, kakak kita ke, pensyarah ke, atau sesiapa
yang kita boleh percayai untuk risikkan. Sebaiknya sesama jantina.
Tu
pengajaran first.
Secondly,
Khadijah takde pun nak couple dengan nabi, konon-konon supaya nak kenal nabi
saw secara dekat. Takde maknanya. Kenapa khadijah tak nak couple? Sebab, kalau
kau nak tahu, couple ni actually satu benda yang PALSU! Kau ingat, dengan kau
couple dengan dia, jalan-jalan dengan dia, bermesej bagai dengan dia, tengok
wayang dengan dia, acah-acah kejut dia tahajud, kau akan semakin kenal dia.
Percayalah, bila kau couple, kau hanya akan kenal peribadi dia yang PALSU!
Sebab
tu, islam suruh risik. Biar orang lain yang cerita pada kau peribadi si dia.
Nescaya orang tu takkan mampu menipu. Sebab, kawan-kawan dia, atau orang yang
kenal dia secara rapat lebih mengenali dia macamana.
So,
alasan orang yang couple untuk rapat dan saling mengenali ni tak boleh pakai.
Percayalah.
Ketiga,
Khadijah bila dah suka pada nabi, dia tak lewat-lewatkan. Dia terus hantar orang
iaitu Nafisah untuk bagitau hasrat Khadijah untuk kahwin dengan nabi. Apa
pengajarannya? Means, bila kita dah suka pada seseorang, lepas dah risik dan
kita berminat, terus je hantar orang untuk lamar dan nyatakan hasrat kau.
Kenapa
kena buat benda ni?
Yela,
mana tahu, orang yang kita tu dah bertunang ke apa, atau dia tak nak kahwin ke
apa ke.
Kalau
orang tu bagi greenlight, yang mana dia pun setuju, maka, baru proceed pada
next step yang aku akan explain lepas ni. Tapi, kalau dia tolak, so aku cadang,
tak payahlah kau duk bercrush-crush atau duk mengharap lebih-lebih. Move on dan
teruskan kehidupan. Kadang-kadang, dah couple bertahun, pastu rupaya-rupanya
orang tu bukannya nak kahwin dengan kau pun, dia nak amik kesempatan dengan
merobek maruah kau. Banyak dah kes macam ni. Aku cakap bukan nak tuduh ke apa,
tapi ini satu hakikat yang amat sulit untuk di nafikan. Huhu.
Ok,
dah habis aku ulas tentang kisah perkahwinan Nabi saw dan Khadijah.
Point
besar, risik dulu sebelum kahwin, dan nyatakan hasrat dengan menghantar orang
untuk lamar orang yang kau suka. Dia ok, proceed tu next level, dan kalau dia
tak ok, move on, tak payah fikir pasal dia lagi.
Jom
kita teruskan dengan next step.
5)
Bila dah risik, dan nyatakan hasrat nak kahwin, dan orang tu pun bersedia nak
kahwin dengan kau, maka, step ke 5 ialah sesi TAARUF, ataupun BERKENALAN.
Ketika
ini, aku nasihat kat kau, nak berkenalan ni, guna orang tengah.
Macamana
nak taaruf?
Mudah
dan simple je.
Cari
orang tengah yang kau yakini. Sebaiknya orang tengah ni orang yang dah kahwin.
Suruh orang tu temukan korang berdua di satu tempat. Sebaiknya tempat yang
selesa dan tertutup. Contohnya kat rumah ke apa. Jangan kat kedai mamak pulak.
Bapak ah. Janganla public sangat. Haha.
Lepas
tu, pastikan sesi taaruf tu di kawal oleh orang tengah tu, supaya tak berlaku
fitnah.
So,
time korang dah di temukan secara face to face, ketika tu, kau nak tanya si dia
apa yang kau nak tanya, kau tanyalah sepuas-puasnya! Kau nak sembang dua tiga
jam, sembanglah. Ia di haruskan.
Dalam
sesi taaruf ni, di sunatkan pandang muka orang yang kau nak kahwin tu. Dan di
sunatkan untuk bertaaruf dan bersembang.
Banyak
je hadis yang sarankan benda ni.
Ni
antaranya.
”Jika seseorang daripada kamu mahu meminang seseorang
perempuan, kalau boleh lihat lebih dahulu apa yang menjadi daya tarik untuk
mengawininya, maka hendaklah dilakukan..”
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Means, sebelum
kahwin, kena tengok dulu si dia. Macamana nak kahwin kalau tak tengok muka.
Sekali kahwin menyesal. Haha. Ada lagi hadith yang cerita benda ni.
“Dari Mughirah bin Syu’bah: Beliau pernah meminang seorang
perempuan, lalu kata Rasulullah saw kepadanya:” Sudahkah engkau melihat dia ?
Jawabnya : Belum. Nabi bersabda : Lihatlah dia terlebih dahulu agar nantinya
kamu mampu hidup bersama lebih bahagia..”
(HR Nasaei dan Ibn
Majah)
Faham? Betapa
indahnya islam.
Tapi, jap!!
Sebelum kau
tersalah faham ke apa, aku nak bagi pencerahan sikit.
Kalau kita nak
kahwin dengan seseorang dengan serius dan telah lakukan step-step yang aku dah
explain dari tadi, baru di sunatkan untuk kau pandang dia. Di sunatkan untuk
memandang orang yang kau nak kahwini. Tapi, kalau kau tak serius, tak buat apa
pun step lagi, kau saje nak usha awek or pakwe kau, maka haramlah hukumnya.
Faham?
Aku risau kau
guna dalil ni untuk kau usha-usha perempuan sini sana pastu kau bagi alasan “eh
apa salahnya aku usha sebab aku nak kahwin dengan dia..”. Dalam masa yang sama,
kau usha banyak gila ajnabi lain. Tak ke pelik tu.
Hadith ini
terapply bila kau dah mulakan step yang aku ulas tadi. Means, kau dah jatuh
cinta, dan kau serius nak kahwin lalu kau risik, kau lamar, dan kau taaruf.
Baru di sunatkan untuk kau lihat. Faham? Harap-harap clear. Hehe.
Sambung tadi.
Proses taaruf
ni penting, time ni la kau kena discuss terus dengan dia tentang peribadi dia,
apa dia suka, apa dia tak suka, latar belakang family, dan sebagainya. Dan,
time ni jugak korang boleh discuss sikit-sikit tentang bila target nak kahwin, hantaran
dan sebagainya. Cuba la pujuk supaya hantaran murah-murah sikit. Biasanya mak
ayah yang mintak mahal-mahal. So, sebelum jumpa mak ayah, korang discuss la
sesame sendiri dulu.
Proses taaruf
ni la penentu korang nak proceed kahwin dengan dia ataupun tidak.
Kalau lepas dah
berkenalan dan dah tanya macam-macam, kau rasa selesa dan kau rasa dia sesuai
untuk kau, kau boleh proceed next stage. Kalau lepas taaruf, tiba-tiba kau rasa
tak sedap hati, dan kau tengok orang tu macam pelik semacam je, kau boleh je
tolak dan maklumkan orang tengah tu supaya nyatakan hasrat bahawa kau tak jadi
nak kahwin dengan dia.
Simple kan?
Takde
complicated bagai.
Takde nak putus
cinta sedih sedih bagai.
Apapun, jom
pergi next step.
6) Sepanjang
step satu hingga lima ni, kau kena la istikharah dan banyak bincang dengan
orang yang kau percaya. Ingat istikharah ni sekali je ke? Kena banyak kali beb.
Dan kena banyak berbincang. Baru petunjuk tu datang. Hehe.
7) Selepas dah
proceed taaruf, dan kau pun rasa selesa dengan dia, maka ketika ini, aku
sarankan supaya korang berdua buat whats app group. Tapi, dalam group tu,
pastikan ada orang tengah tersebut. Sebab, sangat bahaya kalau korang duk
bermesej bedua-duan je. Itu namanya KHALWAT SIBER beb. Kalau korang mesej
berdua-duaan, ingat, setan adalah yang ketiga.
Tu yang banyak
gila bapak kes phone sex bagai. Awal-awal mesej biasa-biasa, lama-lama, secara
halus setan goda, goda dan goda, akhirnya korang terjatuh tanpa sedar.
Kadang-kadang korang sedar, tapi bila nafsu syahwat dah menguasai, nak buat
macamana. Haha.
“Eh, tapi aku
mesej dengan dia, takdepun mesej lucah-lucah. Aku selalu mesej biasa-biasa,
tanya khabar, mintak nasihat, bergurau senda sikit. Takdela sampai nak phone
sex…Takkan tu pun salah?”
Hmm. Sebab tu
aku cerita tadi. Zina ni tak datang macam tu je. Setan tak terlalu noob untuk
terus goda korang berzina. Step by step setan goda. Awal-awal mesej berkhalwat
siber, minta nasihat, dakwah bagai, bergurau senda tanya homework tanya
assignment dan sebagainya, pastu mula la luah masalah itu ini, pastu dah mesra
sikit, mula la cucuk-cucuk benda yang tak sepatutnya. Sebab tu Allah kata
jangan dekati zina. Ah, aku rasa kau pun faham benda ni.
Syahwat ni dia
tak datang tiba-tiba. Sikit demi sikit setan akan masukkan.
Satu je nak
pesan, jangan sampai dah berzina atau dah phone sex baru nak rasa menyesal dan
bersalah. Faham?
Ok, back to the
point.
Sebab tu aku
saran, buat group yang dalam tu ada orang ketiga yang handle. Macam aku sebut, better
orang ketiga tu adalah orang yang dah kahwin. Better biar depa suami isteri ada
dalam group tu.
So, apa nak
buat dalam group tu?
Group tu lah
wasilah atau jalan untuk korang discuss secara serius pasal kahwin. Discuss
tentang macamana nak jumpa family dia, bila boleh berkenalan dengan family dia,
dan sebagainya. Kan mudah?
8) So, step
yang seterusnya ialah, sesi bincang dengan family. Sebelum kau jumpa family
dia, kau kena berhadapan dengan family kau dulu.
Nyatakan hasrat
yang kau nak kahwin, dan kau dah ada calon. Maybe fasa-fasa awal mak ayah kau
akan marah dan tolak hasrat kau mentah-mentah. Tapi, sebelum kau marah mak ayah
kau, kau kena tahu, bila mak ayah kata tak boleh tu bukan bermakna dia tak kasi
kau kahwin, cuma, dia nak check kau ni serius ataupun tak.
So, kau
discussla lagi. Jangan putus asa. Kalau depa tak bagi, mintak lagi, doa, mintak
tolong kat Allah agar bukak hati depa. Yakinlah, mak ayah korang akan bagi
jugak.
9) Bila mak
ayah dah izinkan kau kahwin(kahwin bila tu nanti aku cerita), asalkan, kau
dapat keizinan, maka, kau bagitau dalam group tu yang mak ayah kau dah bersedia
nak jumpa. Dan, aku harap, mak ayah dia pun sedia nak jumpa kau.
So, set kan la
pertemuan. Samada kau jumpa keluarga dia dulu, atau dia jumpa keluarga kau
dulu, bergantung pada apa yang korang bincangkan.
10) Bila dah
jumpa keluarga, time ni la korang nak berkenalan dengan keluarga dia, tunjukkan
akhlak kau, bagi hadiah, senyum, tunjukkan yang kau ni matang dan berani
melaksanakan tanggungjawab. Waktu ni, kau kena la bersedia untuk di tanya
macam-macam soalan. Be prepare, jawab dengan matang. Ok?
11) Bila kau
dah jumpa parent dia, dan dia pun dah jumpa parent kau, kau kena aturkan
pertemuan antara keluarga kau dan keluarga dia.
Supaya mak ayah
kau selesa dengan mak ayah dia. Bina hubungan sillaturrahim antara dua
keluarga.
12) Bila
dua-dua dah jumpa, dua-dua dah selesa antara satu sama lain, so, set tarikh
tunang. Ikut kebiasaan, laki yang pinang perempuan. Tapi sebenarnya, tak salah
pun kalau perempuan yang pinang laki.
Khadijah ra
yang pinang nabi saw.
Khaulah ra juga
pinang nabi saw.
Takde isu pun
“perigi cari timba”. Tak perlu malu tak bertempat. Benda Allah dan rasul izin,
buat je la. Hehe.
Tunang ni actually
macam satu JANJI antara satu sama lain. Yang mana, kau dengan orang tu terikat
dengan satu perjanjian. Benda ni penting supaya hati kau tenang.
Takdelah kau
terkejar-kejar dan risau nak dapatkan dia sangat, sebab dah tunang. Haram orang
lain kacau tunang orang, samada gurau atau tak. Dan, kau ada hak orang memarahi
orang yang kacau tunang kau.
Bila dah tunang
ni, insyaAllah banyak fitnah akan hilang. Dan, ketika tunang ni la kau boleh
tengok dan uji macamana diri dia, adakah layak dia kahwin dengan kau.
Aku bagi
contoh, kalau time tunang pun dia main dengan orang lain, memang aku cadang,
tinggalkan je la orang macam tu. Tapi, once dia jaga diri dia, dan kau pun jaga
diri kau, peliharalah pertunangan tu.
Jangan kau
putuskan pertunangan dengan sebab yang mengarut. Kau dah janji, tapi kau
mungkiri, dosa beb. Allah ada firman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا
بِالْعُقُودِ
”Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan
perjanjian-perjanjian kamu..”
(al-Maidah: ayat 1)
13) Satu benda
yang aku nak tekankan kat sini, tunang ni belum kahwin tau. Aku ulang, tunang
ni belum kahwin. Baru tunang!
So, batas-batas
kena jaga. Kau tak boleh keluar berduaan dengan dia, tak boleh berkhalwat siber
macam aku ulas tadi, kau tak boleh nak gi wayang bagai.
Kalau kau tak
jaga batas time tunang, percayalah, hilang berkat.
Kau nak buat
benda baik, tapi kau guna jalan yang penuh dengan najis. Rasa-rasanya, ia akan
berakhir dengan suci atau kotor? Fikir sendiri beb.
Aku nasihat ni bukan
nak marah ke apa, tak.
Aku nasihat ni
sebab aku dah dapat banyak gila soalan. Tengah tunang, alih-alih berzina, lepas
tu clash. Banyak dah kes. Malas nak cerita je.
Aku harap kau
tak macam tu. Tapi, kalau kau pernah lalui saat tu, aku doa agar kau di beri
kekuatan untuk tak ulangi lagi detik hitam tu. Kisah silam biar kisah silam.
Mulakan hidup dan langkah yang baru!
14) Bila dah
tunang, dan kau pun dah lega, so, benda yang sangat penting ialah, korang kena
la set tarikh bila nak kahwin.
Takkan la nak
tunang bertahun-tahun. Gila. Mana tak terganggu hati. Makruh bhai kalau tunang
lama-lama.
Kalau boleh,
push family untuk awalkan pernikahan. Setahun tu kira cantik dah. Lagi awal
lagi ok. Tapi, awal tak awal ni bergantung pada PERSEDIAAN yang kau rasa kau
mampu buat.
Kenapa aku
suruh set tarikh kahwin?
Sebab, bila dah
ada tarikh, baru kau akan jelas matlamat. Bila dah jelas, automatic kau akan
rasa lebih bertanggungjawab dan kau akan gunakan segala kudrat kau untuk capai
matlamat tu.
Aku bagi contoh,
kalau lah hantaran RM10,000. Contoh. Dan kau letak tarikh kahwin ialah setahun
lepas tarikh tunang. So, kau automatic akan push diri kau untuk dapat RM10,000.
Serius. Kau akan dapat rasakan aura luar biasa. Tapi, kalau kau
tangguh-tangguh, tak letak tarikh, kau pun buat sambil lewa.
Jap!!!!!
Bila cerita bab
kumpul duit hantaran ni, aku cadang, kumpul la sama-sama. Kesian beb kalau dia
je kena kumpul. Lainla kalau hantaran murah. Tapi kalau dah sampai RM10k, mau
merana dia. Ingat senang ke nak kumpul duit? Dahla sekarang kos sara hidup
tinggi.
Sebab tu aku
nasihat, kumpul la duit sama-sama. Bukan dia je nak kahwin, kau pun nak kahwin
jugak.
Kalau kau
student university, macamana nak dapat duit? Banyak je jalan ada. Jadi dropship
ke, jadi agen mana-mana produk ke, jual kerepek dari dorm ke dorm ke, time cuti
jadi part time kat mana-mana perniagaan ke. Benda boleh settle. Pastu,
jimat-jimatla sikit. Korban sikit.
Nak buat benda baik
ni memang kena berkorban. Ye la, sebab tu Allah janjikan syurga buat orang yang
buat baik ni. Sebab bukan mudah.
Kawan aku, nak
kahwin punya pasal, time dia study, apa dia buat? Dia makan tiap hari nasi
telur kicap je, pagi separuh, pastu dia simpan dan makan lagi separuh time
malam. Pastu, hujung minggu jadi driver, kerja mesin potong rumput dan
sebagainya.
Itu kalau
study.
Let say kalau
kau dah kerja, tapi gaji kau tak cukup. Apa nak buat?
Buatla banyak
kerja sikit.
Aku ada sorang
kawan, dia kerja, gaji dalam RM1800. Memang tak cukupla, duit minyak lagi, duit
makan, sewa rumah, nak jaga kereta lagi, bayar internet bagai dan sebagainya.
Memang ada la simpanan dalam dua tiga ratus. Hantaran RM10k. Gila gakla. Tarikh
nak kahwin dah singkat. Apa nak buat?
Sebab tu aku
cakap, bila dah letak tarikh ni, automatic kau akan push diri kau, sebab kau
tengah risau. Orang yang tengah risau ni, dia sanggup buat apa sahaja untuk
hilangkan kerisauan dia.
Sambung cerita
pasal kawan aku tadi.
Pagi sampai
petang dia kerja jadi cikgu. Dapat RM1800. Dahla kerja cikgu penat tahap
kritikal. Habis je kerja, lepas asar tu, dia kerja jadi driver hantar
budak-budak balik rumah. Ada la 4 orang budak, sorang budak RM50 sebulan,
dapatla tambahan RM200. Dah jadi RM2000 sebulan. Tak cukup dengan tu, tiap
petang dia ajar budak mengaji Alquran. Ada dalam 4 orang. Seminggu 2 kali. So
dapatla RM50 lagi tiap sorang. Jadi RM200. So, total RM2200,
Tak cukup
dengan tu!!!
Pukul 10 malam
sampai subuh, dia kerja kat petronas, jadi cashier tukang isi minyak. Bapak ah.
Dapatla RM700. So total dah RM2900. Bayangkan, lepas subuh tu dia dah kena pergi sekolah. Rutin harian
dia berbulan-bulan macam tu, sampai badan dia kurus, mata dia nampak bengkak tak
cukup tidur.
Tak cukup
dengan tu!! Ada lagi beb…
Kat sekolah,
waktu rehat, dia jual lollipop dekat budak-budak. Dapatla untung bersih sebulan
RM500 hingga RM700. So, total sebulan ada la dalam RM3500 macam tu plus minus.
Nampak tak
pengorbanan yang dia lakukan?
Wallahi, saya kagum
dengan dia. Sekarang, dia dah kahwin, bila dia kahwin tu, dia nangis gila-gila
sebab syukur sangat. Sekarang dah dua orang anak, bahgia.
Aku cerita
panjang-panjang ni , satu je point actually. Haha.
Aku nak cakap,
pentingnya set tarikh kahwin. Sebab bila dah set tarikh, kerisauan akan hadir.
Bila dah mula risau, kita akan mula push diri kita untuk selesaikan perkara
yang kita risaukan.
Fahamkan apa
yang aku nak cakap?
“Faham-faham…
terbaaaaik. Hehe..”
Haha.
Alhamdulillah.
So, bolehlah
proceed next step. Sorry la panjang aku explain. Kalau kau nak rehat dulu ke
apa ke, rehatla dulu. Kadang-kadang, waktu yang sesuai nak dengar ilmu ni bila
hati kau tenang dan lapang. Kalau penat, take time la untuk rehat. Hehe.
15) Sepanjang
tempoh menunggu masa sehingga tarikh perkahwinan, kau jagala diri kau. Selain
cari duit, kau cari la juga Allah.
Ramai orang
bila nak kahwin, sibuk cari duit, kerja pagi petang siang malam, seolah duit tu
la segalanya. Lepas tu tinggal solat, quran jarang baca, zikir pagi petang
tinggal, dan sebagainya.
Sepatutnya,
yang lagi penting dari duit ialah, macamana kau usaha guna segala kudrat kau
untuk dekatkan diri kau dengan Allah. Sebab apa? Sebab, bukan duit yang bagi
kau bahagia lepas kahwin nanti. Ramai je orang kaya raya tapi keluarga cerai
berai dan porak peranda jugak.
Nasihat aku,
kau sungguh-sungguhlah jaga hubungan kau dengan Allah. Aku merayu, solat kau
jangan tinggal, quran cub abaca tiap hari at least semuka. Lagi banyak lagi
bagus. Zikir pagi petang jaga sekurang-kurangnya istighfar 100 kali sehari.
Tahajud cuba lazimi. Seminggu sekali pun jadi la paling kurang. Step by step.
Dan, penting
jugak sebelum kahwin ni, kau cari masa untuk timba ilmu agama. Belajar fiqh
sikit-sikit, kalau kau masih tak lancar baca quran, pergi suruh kawan kau ajar
kau quran sampai kau lancar. Ni penting. Kalau nak kahwin tapi baca quran
tersekat-sekat, malu beb. Bukan malu kat orang yang kau nak kahwin, tapi rasa
la malu kat Allah. Sebab kita boleh buat benda lain, tapi kita tak boleh luang masa
belajar quran.
Banyakkan solat
hajat, doa kat Allah supaya perkahwinan ni Allah redha, dan betul-betul untuk
Dia. Bukan kahwin semata-mata kerana nafsu dan sebagainya.
16) Satu benda
yang penting jugak sebelum kahwin ni, kau ziarah beberapa orang yang dah kahwin
untuk kau minta nasihat dan pengalaman. Mintak depa cerita asam garam
perkahwinan, apa persediaan mental dan fizikan sebelum dan selepas kahwin.
Suruh depa cerita apa cabaran dan ujian yang biasa berlaku sebelum dan selepas
kahwin.
Dari kau buat
dosa tengok drama cinta or baca novel cinta atau dengar lagu cinta yang jelas
fake dan palsu, baik kau dengar pengalaman real life orang yang dah kahwin.
Sebab apa aku
cakap macam tu?
Sebab, antara
faktor ramai orang cerai ialah sebelum dia kahwin dia banyak berfantasi dengan
drama dan movie cinta ni, dan dia terawang-awangan dengan segala kepalsuan,
keromantikan dan percintaan palsu dalam drama dan movie tu.
Lepas tu, bila
kahwin, dia culture shock!
Kenapa pasangan
aku tak secantik or sehensem artis dalam movie tu? Kenapa pasangan aku tak
seromantik pelakon sekian-sekian dalam movie tu? Kenapa ini? Kenapa itu?
Habis hilang
neraca pertimbangan. Serius aku cakap, takyah buang masa dan sisa hidup kita
dengan tengok benda macam tu.
17) Sepanjang
pertunangan ni, aku nak bagitahu kau satu benda penting, iaitu, dah tunang tak
semestinya confirm kahwin. Kadang-kadang, berlaku masalah yang memang tak dapat
di elakkan, yang mana akhirnya terpaksa putus tunang.
So, benda ni
actually sangat normal. Sebab tu islam tak galakkan hebohkan pertunangan, sebab
nak jaga perasaan kedua-dua pasangan, takut-takut tak jadi kahwin. Kalau tunang
pun nabi tak kasi hebohkan, apatah lagi couple. Haha. Fikir-fikirkan dan
selamat beramal.
By the way,
sepanjang tempoh tunang ni, kau kena belajar tawakkal dan redha. Serahkan pada
Allah segala-galanya. Kalau tiba-tiba putus tunang, yakinlah dengan takdir
Allah. Kau dah lalu jalan yang baik, insyaAllah Allah akan berikan kau yang
terbaik.
Aku ada ramai
gila kawan yang putus tunang dua tiga kali. Sedih tu sedihlah, tapi tak lama
dia sedih, sebab dia bukannya couple pun. Dia kahwin atas dasar agama. So, bila
putus tunang, dia redha dan yakin ada yang lagi baik. Alhamdulillah, sekarang
dia dah kahwin dengan yang lebih baik dari tunang dia dahulu.
Kadang, kita
rancang, tapi kita lupa, perancangan Allah yang terbaik!
Allah ada pesan
dalam surah Al-Baqarah ayat 216.
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ
خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
(Albaqarah
ayat 216)
Kalau kau yakin
dengan Allah, apa pun takdir yang berlaku, kau redha, kau syukur, kau tenang,
kau bahgia!
18) Di
pendekkan cerita, sampailah tarikh perkahwinan kau, dan kau pun kahwin.
Alhamdulillah. Dah kahwin ni, besar beb tanggungjawab. Aku akan ulas nanti
kalau ada masa. Hehe.
Fuh,
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah settle 18 step aku bagi kat kau. 18
step ni semua adalah JALAN YANG BAIK dalam bercinta. Islam tu indah wahai
kawan. Dia tak sekat kau untuk bercinta. Tapi, dia sediakan jalan yang baik.
Kita je yang selalu pilih jalan yang salah dalam bercinta, sebab tu hidup kita
rosak.
Kau tengok
kesemua 18 jalan tu, serabut ke tak? Kau rasa, kalau kau lalui jalan tu, hati
kau gelisah ke tenang? Cuba kau tanya mata hati kau. Huhu.
Apapun, tak sedap
kalau aku just cakap pasal jalan yang baik je, aku kena ulas jalan yang buruk
jugak. Supaya kau dapat bezakan mana jalan yang betul dan mana jalan yang
salah. Supaya kau boleh nilai, dan kau boleh buat keputusan nak pilih jalan
yang bagaimana.
Ok?
JALAN YANG BURUK
DALAM BERCINTA?
Aku tak nak
ulas panjang-panjang tentang jalan yang buruk ni. Tapi, macam sebelum ni jugak,
aku akan bagi beberapa point. Hehe.
1) Awal-awal,
macam biasa, kau ternampak si dia. Dan kau berdebar lalu jatuh cinta. Pergh, ayat
geli gila. Takpe, kita teruskan. Berbeza dengan sebelum ni, kau kena tunduk
pandangan. Tapi, dalam kes jalan yang buruk, kau tak tunduk pandangan!
Bila kau dah
suka, kau mula usha-usha dia, pastu pergi follow dia kat media sosial, lagi teruk
kau save gambar dia kat phone, lagi pelik, kau letak gambar dia sebagai
wallpaper henset. Rosak bhai hati. Seriusly.
2) Lepas tu,
kau mula luahkan perasaan kat dia, dia tolak tak tolak tu nombor dua. Sekarang
ni, macam-macam teknik nak pikat. Sebab tu kau tengok, kadang-kadang couple tu
bukannya hensem pun, bukannya cantik pun. Tak tau macamana depa boleh couple.
Ada kawan aku muka serius tak hensem langsung, tapi boleh “main” dengan banyak
gila perempuan dalam satu masa.
Siap ada
perempuan yang sanggup bagi dia duit dan motor. Semuanya berpunca dari “ayat”
dan teknik yang di gunakan.
Serius aku
nasihat, jauhila benda ni. Rosak beb. Rosak.
3) Pastu,
korangpun mula la couple. Couple ni ada dua versi. Satu couple biasa, satu
couple islamik.
Couple biasa
ni, kau suka dia, dia suka kau, pastu kau pegang-pegang tangan dia, kau dating,
kau tengok wayang sesama, tiap hari call mesej I love you you love me, naik
motor or kereta sama-sama, dan sebagainya. Hukumnya? Obviously haram.
Couple islamik
pulak, kau suka dia, dia suka kau, tapi kau berimejkan agama. Yang laki
bajet-bajet islamik, nasihat perempuan, tu, ajak perempuan tu tahajud,
konon-konon guna niat nak kahwin, padahal dalam masa yang sama, buat benda tu
dengan perempuan lain jugak. Yang perempuan pulak, pun berimejkan agama, tudung
labuh, purdah pun kadang-kadang ada, layan mesej laki tu,konon laki tu dah
banyak ubah hidup kau, dan sebagainya.
Dah banyak kes
aku dapat, orang belajar agama pun berzina. Bukan satu dua, ribuan kes beb.
Sebab tu aku
nak kau tahu satu benda.
Setan ni, bila
dia nak goda orang, dia tidak mengira kos. Kau kos agama ke, kos medic ke, kos
engineering ke, semua dia goda. Jangan ingat kau amik kos agama, kau selamat.
4) Ada jugak
yang dah sampai tahap berzina. Kau pun tahun, sepanjang 10 tahun ni, kes anak
luar nikah kat Malaysia dah cecah 500,000. Bermakna, setiap 2 jam, lebih kurang
16 anak luar nikah di lahirkan! Itu baru yang di daftarkan, belum yang tak di
daftarkan!
Itu baru yang
berzina dapat anak. Tak masuk yang berzina tak dapat anak!
Sebab tu aku
pesan kat kau, jangan, jangan, jangan lalu jalan yang salah ni.
5) Sepanjang
pengalaman aku mengurus orang couple ni, mesti dalam hidup dia, dia dah banyak
kali clash. Awek time form 3 lain, pakwe time form 5 lain, dah masuk
university, jumpa orang baru, couple lagi. Pastu, ada konflik and salah faham,
clash balik.
Aku ada kawan,
13 kali clash beb. Tak insaf insaf lagi.
6) Ada gak kes
dah tunang, tapi bajet macam dah kahwin. Ni pun satu hal gak.
7) Ending dia, ada
yang berjaya kahwin, ada yang clash memanjang. Ada yang berkekalan sampai hati,
ada yang cerai.
Aku tak nak
hukum orang yang lalui jalan salah ni gelap masa depan.
Tak.
Hidayah Allah
tu maha luas.
Aku tak berani
nak predict bila dah kahwin, seseorang tu akan kekal ataupun akan cerai.
Sebab benda ni
soal jodoh Allah.
Sebab tu, aku
berani ulas benda-benda sebelum kahwin je. Aku mampu tegur yang tu je.
Lagi satu,
macam aku cakap tadi, aku tak nak ulas panjang jalan yang buruk ni. Nak mudah,
kau terbalikkan je semua step jalan baik tu. Jalan buruk ni adalah segala yang
berlawanan dengannya. Dan, nak lagi mudah, segala apa yang kau pernah tengok
kat movie or drama, itu semua jalan yang cinta yang batil, yang mengundang
murka Allah, dan wajib taubat.
Apapun…
Kawanku, cuba
kau nilai, sepanjang kau bercinta, kau lalui jalan yang mana?
Cuba jawab
dengan jujur…
Dan,
menangislah.
Wallahua’lam.
Moga jawapan panjang lebar yang aku
tulis ni, bermanfaat buat kau wahai kawanku. Moga syurga buatmu!
- Ustaz Adnin Roslan -
Macamana nak kahwin tanpa couple?
Reviewed by Unknown
on
03:35
Rating:

3 comments:
جَزَاكَ اللَّهُ خيرًا
Sgt bermanfaat utk sy ustaz..��
Terima kadih ustaz utk pencerahan berkaitan ini..
Assalammualaikum...
Tq ustaz...sgt brnilai bg dri sy,
Wslm.
Post a comment