Sebelum ini,
saya dan Ustaz Adnin pernah pergi ke sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka
untuk memberi forum di sana. Semasa sesi soal jawab, antara soalan yang
membuatkan kami terkedu adalah,
"Macam mana nak BERHENTI tengok
VIDEO LUCAH?"
Gulp.
******
Sebenarnya
bukan sekolah itu saja yang kami pernah jumpa soalan mengerikan seperti ini,
bahkan kami pernah juga mendapat soalan sebegini dari pelajar sekolah aliran agama,
maahad, sekolah asrama penuh intergrasi dan sebagainya. Sekolah teknik, sekolah
menengah biasa pun lagi banyak.
Bahkan
bukan sekadar pelajar sekolah saja yang tersangkut dengan masalah ketagihan
video lucah, pelajar universiti pun sama. Tidak kira dari aliran sains, akaun
bahkan agama. Dan lebih kritikal, yang dah BERKAHWIN pun masih ramai ketagih
menonton video lucah. Dan yang ikut tarbiah pun tidak terlepas dengan penyakit
menonton video lucah. Ini antara yang mengaku sendiri di ruangan inbox FB page
dan emel.
Ini
bukan kami punya andaian, tetapi ia adalah sebuah realiti yang menakutkan.
Malah di sesebuah sekolah harian biasa, ia dianggap
normal oleh sebahagian pelajar. Yang mana kalau tak tengok video lucah
dianggap sebagai “skema”, “nerd”, “bajet suci dari hadas besar” dan sebagainya.
Serius
banyak dan sangat kritikal.
Ketagihan
video lucah merebak daripada orang awam sampailah kepada golongan yang mengikut
gerakan Islam. Daripada yang pentingkan diri sendiri sehinggalah kepada
golongan yang buat dakwah tarbiah. Daripada pelajar sekolah biasa, sehinggalah
kepada pelajar sekolah agama. Daripada pelajar sekolah rendah, sehinggalah
kepada yang sudah bekerja. Daripada yang bujang, sehinggalah yang dah berkahwin
dan ada anak. Daripada yang lelaki, sehinggalah yang perempuan.
Semuanya TIDAK terlepas daripada virus
video lucah ni. Malah kami pernah buat bancian di sebuah sekolah menengah.
Hasil daripada bancian ringkas kami ini, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton
video lucah, dah 60% daripada dalam skala ketagih. Manakala pelajar perempuan
pula sekitar 50-60% menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala
ketagih.
Nak
kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun
tidaklah sebanyak lelaki. Tetapi tetap ada juga.
Argh!
Solusi?
Jadi macam mana
nak menghadapi masalah ketagihan ini? Ini adalah antara solusi yang saya boleh
kongsikan kepada kau. Mungkin kau boleh ikut beberapa tips di bawah. Ini adalah sekadar tips, nak ikut, ikut.
Tak nak, tiada masalah. Moga kalau kau ketagih video lucah, kau mampu
berhentinya secepat mungkin.
Amin
!!
1)
PUASA. Puasa bukanlah
puasa yang hanya menahan perut dari lapar sebab tak makan. Tetapi puasa
sungguh-sungguh seperti tundukkan pandangan, jaga pergaulan, tidak mengumpat,
dan sebagainya.
Puasa orang beriman supaya menjadi orang
bertaqwa. Puasa segalanya. Setiap kali rasa nak tengok video lucah, cakap pada
diri sendiri, "Aku berpuasa!"
2) JANGAN
BERSENDIRIAN! Syaitonirrojim memang suka manusia yang suka bersendirian. Sebab dia
mudah goda. Lagi-lagi yang sudah ketagih video lucah. Memang parah. Apa kau
kena buat adalah, cari kawan-kawan.
Kalau duduk di dalam kampus, jangan
pilih bilik yang single. Cari bilik yang ada roommate. Kalau duduk di rumah sewa, jangan tidur di bilik seorang
diri. Tidur di ruang tamu atau tempat yang ada orang.
3)
Kalau rasa nak menonton video
lucah, cepat-cepat KELUAR RUMAH. Start
motor atau kereta, jalanlah pergi ke mana-mana saja. Pergi masjid ke, makan di
kedai mamak ke, jumpa kawan ked an sebagainya. Keluar dalam 1 jam atau 2 jam.
InsyaAllah nanti akan stabil balik balik nafsu kalau kau tak layan. Kalau waktu
tengah malam pun sama juga. Keluar saja.
4)
Kalau tidak boleh keluar malam? Cari
kawan, adik beradik atau teman di sebelah kau by hook or by crook ! Yang penting jangan sendirian. Cari
kawan berbual. Kalau kawan atau adik beradik semua dah tidur, pergi cuba tidur!
Telefon atau laptop letak jauh-jauh. Dan kau baring sebelah mereka.
5)
Sibukkan
diri dan masa lapang kau dengan banyak kerja dan program seperti program
dakwah tarbiah, ceramah agama, belajar al Quran atau kelas pengajian agama,
program sekolah atau universiti, program gotong royong, khidmat masyarakat, bagi
makan pada gelandangan, studi di perpustakaan, dan sebagainya.
Yang penting, sibukkan diri, jangan duduk bilik makan coki-coki saja. Kalau kau
tak sibukkan diri dengan perkara pahala, kau secara tidak sengaja akan
menyibukkan diri dengan perkara dosa. Buang masa dengan sengaja pun satu dosa
juga tahu.
Ada dua nikmat yang ramai orang
tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.”
(Riwayat Bukhari)
6) Kalau terlanjur tengok video
lucah, wajib sentiasa hadirkan rasa
bersalah teramat sangat dalam diri dan taubat selalu. Jangan
bertangguh-tangguh! Kemudian jangan lupa berdoa selalu. Doa minta moga Allah
beri kekuatan pada kau untuk berhenti.
7)
Jangan
pernah layankan perasaan untuk tengok video lucah. Kalau datang perasaan nak
tengok video lucah, itu dimaafkan. Yang diharamkan adalah melayan perasaan kau
tu dan terus menonton video lucah. Jangan kawan, kuatkan semangat !
8)
Puji
dan reward (hadiahkan) diri sendiri jika BERJAYA tidak tengok video lucah
selama seminggu, atau sebulan, ataupun setahun. Kemudian, kuatkan azam dan
semangat untuk menahan lebih lama agar tidak tengok video lucah sampailah kau
berhenti sepenuhnya.
9)
Denda
diri sendiri kalau setiap kali menonton video lucah. Denda jangan
kasi denda yang ringan, denda yang berat. Contoh, setiap kali kau menonton
video lucah, kau sedekah RM50.00. Atau setiap kali kau menonton video lucah,
kau baca al Quran 1 juzuk untuk 1 minit. Denda diri kau dengan amal soleh yang
agak berat.
Jangan denda diri kau dengan perkara
pelik dan mengarut, contohnya kalau tengok video lucah, kau akan panjat KLCC
guna gigi. Ataupun kalau tengok video lucah, kau akan masuk pejabat Perdana
Menteri guna singlet saja.
Dan jangan juga denda diri yang ringan,
sebab nanti kau akan ambil mudah. Contoh, kalau tengok video lucah, kau denda
diri kau dengan sedekah senyuman pada orang lain. Atau setiap kali kau tengok
video lucah, kau denda diri kau dengan pakai jubah tutup aurat.
Denda dengan hukuman yang berat tetapi
munasabah. Dan hukuman yang kau boleh dapat pahala daripadanya.
10)Dan ini paling
penting. KETAHUILAH kawan-kawan,
Islam
ini bukan agama MAGIS. Bukan, serius bukan. Hari ini kau taubat, esok lusa kau
terus jadi alim ulama'. Hari ini kau taubat, esok jadi malaikat. Atau bila kau
amalkan sesuatu tips, lepas itu terus kau takkan menonton video lucah lagi.
TIDAK !
Islam ini adalah agama yang fitrah,
realistik dan penuh sebab musabab. Ini realistik. Apa yang penting adalah istiqomah dan kuatkan dalaman diri. Atau dengan kata mudah, kuatkan keazaman,
tekad dan kemahuan kau sendiri!
Macam orang merokok, kalau dia tak mahu
berhenti merokok, kau bagi 1000.60 tips sekalipun, dia takkan berhenti merokok.
Sebab dia tidak mahu dan tiada tekad untuk berhenti. Sama juga macam video
lucah, kalau kau tiada tekad dan kemahuan nak berhenti, memang sampai mereput
jadi mayat kau akan tetap tengok video lucah. Tetapi dalam kubur tak boleh
tengok.
Kalau kau TIDAK bersungguh dan kemahuan untuk berhenti tengok video lucah itu
LEMBIK dan LEMAH, percayalah, saya bagi 100000000 juta bilion lemon tips
sekalipun, sampai mereput kau takkan berhenti.
MELAINKAN jika kau mahu. Moga Allah
berikan kau kekuatan untuk berhenti tengok video lucah.
Amin.
Wallahu’alam.
- Shukery Azizan -
Sumber : Dipetik dari Bab 13 buku Aku Bukan Malaikat 1 karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom. Moga manfaat !! :)
Siapa nak beli online buku ni, boleh hubungi atau whatapps nombor 013 7297785
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#TarbiahSentap
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 019 680 3782
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Kau Ketagih Video Lucah?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
12:33
Rating:

9 comments:
Thanks. Very useful! May God bless us all amiin 🙏
Thanks,moga jadi pedoman utk kita semua.
Terima kasih, sangat bagus tulisan artikelnya
Moga Tuhan Azza Wa Jalla merahmatinya ...
Semoga Tuhan Azza Wanita Jalla merahmatimu ...
Semoga Tuhan Azza Wa Jalla merahmatimu ...
Amiin..
Semoga Tuhan Azza Wa Jalla merahmatimu ...
Amiin ..
✔️✔️✔️
Ramai yg pandang remeh tetapi sebenarnya isu yg besar
Sy nk minta pendapat dr korang harap pendapat n nasihat yg positif.
suami sy ada masalah ketagih tngok vedio lucah.
Dia boleh dikatakan warak pegi blajar masjid kekadang dia sendiri yg bg ceramah ,masuk kelas ngaji,tafsir quran n sbgainya tu yg sy xsangka.
Mcm2 sy cuba nasihat.
Yg betol2 sy trkilan waktu nak tidur dia rela guna ear fon untuk tngok takut sy trjaga dr tdur.
Sy pelik nk ckp sy xlayan suami sy layan dan sy jauh muda dr suami dan seorg isteri yg menjaga badan.
Suami asyik ketagih tengok vedio lucah dan jarang untuk bersama walaupun isteri ada depan mata.
Post a comment