![]() |
Takkan kita nak kena azab seperti umat-umat terdahulu baru kita nak kembali pada Allah? Muhasabah. |
Ada
sekali, saya kenal seorang pakcik yang agak tua, umur sekitar 60-an.
Pakcik
ni sakit, dan bukan takat sakit, tapi anak-anaknya langsung tak menjenguk dan tak menziarahinya.
Dan,
ketika itu, kami ajak pakcik tu pergi surau untuk solat, tapi pakcik tu jawab
“Ah!
Kau apa tahu? Buang masa nak solat solat semua ni! Allah ni menyusahkan aku je!
Aku dah doa dia bukannya dengar pun. Lagi aku doa, lagi dia bagi aku kesusahan.
Dahla aku sakit, anak-anak aku pulak biadap, langsung tak ziarah aku,
menyusahkan aku, langsung tak kenang jasa aku!!!”
Terkejut
mendengar jawapan pakcik tu.
Kadang-kadang,
saya terfikir, manusia yang normal, lagi dia di timpa kesusahan dan masalah,
dia akan lagi cari tuhan, akan lagi cari Allah. Tapi, hari ni, wujud juga orang
yang bila di timpa musibah dan kesusahan, dia lagi jauh dari Allah, lagi benci
Allah. Terkejut, dan kadang-kadang saya takut kalau ianya berlaku pada diri
kita juga.
Wahai
kawan….
Orang
yang cinta Allah, akan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kadang, Allah bagi
kita kesusahan dan kesulitan ada sebab, ada hikmah yang Allah nak berikan pada
kita, ataupun, Allah nakkan sesuatu dari kita, atau, Allah nak berikan sesuatu
yang amat berharga pada kita. Tapi, kita tak nampak. Apa yang kita tahu
hanyalah bersangka buruk dengan Allah, memaki hamun dan menyalahkan Allah, kita
sonbong dan makin jauh dengan Allah.
“Apalah
dosa aku sampai aku di timpa musibah macam ni…”
“Kenapalah
aku yang kena musibah? Kenapa bukan orang lain?!!”
“Kenapa,
kenapa, kenapa??!!!!”
Kita
hanya tahu mempersoalkan dan menyalahkan Allah. Tapi, kita ni langsung tak
pernah muhasabah diri, merenung diri kita sendiri, melihat diri sendiri.
Kawan,
cubalah ambil masa. Sekejap pun jadilah. Cubalah renung diri sendiri sekejap.
ALLAH SANGAT BAIK PADA KITA
Sebelum
kita merungut dengan kesusahan dan musibah yang Allah timpakan pada kita, cuba
kita renung, betapa baiknya Allah pada kita!
Allah baik sangat pada kita, kan?
Allah bagi kita mata, mulut, tangan,
telinga. Allah baik sangat kan?
Walaupun kita banyak guna MATA untuk
tengok benda yang Allah tak suka, kita tengok ajnabi, kita tengok benda haram,
kita tengok dan cari keburukan orang lain, tapi Allah masih bagi kita mata,
allah tak butakan kita.
Walaupun kita banyak guna MULUT untuk
mencarut, mengumpat, mengadu domba, megutuk mencaci maki, dan fitnah, tapi
Allah masih tak bisukan kita.
Walaupun kita banyak guna TANGAN untuk
melukakan orang, menulis benda yang tak elok, search benda haram di internet,
membuat lambang mencarut, mencuri dan sebagainya, tapi Allah masih tak
kudungkan tangan kita.
Walaupun kita banyak guna TELINGA untuk
dengar keburukan orang, dengar orang mengumpat, dengar lagu-lagu yang liriknya
berbaur lucah, lirik yang mengajak kita buat dosa seperti lirik tentang couple,
pergaulan bebas, seks dan sebagainya, tapi Allah masih tak pekakkan telingan
kita.
Allah sangat baik pada kita, kan?
Kadang, kita lupa diri. Kita lupa nikmat
yang Allah beri pada kita tidak tertandingi, kita lupa, kita lupa, kita lupa...
Tapi, apakah Allah lupakan kita?
Tidak.
Allah masih beri kita nikmat demi
nikmat. Bahkan, Allah RINDU nak dengar suara tangisan dan rintihan kita. Sebab
tu Allah timpakan kita kesusahan. Sebab Allah nak dengar suara kita.
Tapi, malangnya, bila kita di timpa
kesusahan, kita tak cari Allah. Bahkan, kita salahkan Allah..
"Apa dosa aku ya Allah? Apa dosa
aku??"
"Kenapa aku yang kena tanggung
semua ni..Kenapa aku??"
Tapi, walaupun kita tak cari Allah tika
susah, Allah tetap sayangkan kita, Allah tarik kesusahan tersebut, dan terus
bagi kita nikmat, dengan harapan, kita akan kembali pada Allah.
Allah masih bagi kita tempat tinggal,
harta, keluarga, kawan-kawan, oksigen, lengkap pancaindera, dan lain-lain. Ye,
agar kita kembali pada Allah.
Allah baik sangat pada kita, kan?
Allah sayang kita. Allah tahu kita ni
manusia, mudah lupa, mudah terjebak dengan dosa. Sebab tu Allah tawarkan
pelbagai ganjaran yang besar-besar agar kita buru ganjaran dan pahala. Tapi,
kita masih tak nampak, kita memandang remeh kebaikan, dan memandang remeh orang
yang menyeru kepada kebaikan. Tapi, Allah masih sayang kita. Allah tawarkan
PENGAMPUNAN yang amat luas pada kita! Kita boleh minta ampun bila-bila, di mana
sahaja, Allah sentiasa dekat, Allah sentiasa faham, Allah sentiasa terbuka
untuk mengampunkan segala dosa noda kita, kecil atau besar, banyak atau sikit,
sengaja atau tak sengaja, semuanya Allah ampunkan. Tapi, berapa ramai yang
ingin bertaubat?
Allah baik sangat pada kita, kan?
Takkanlah kerana sedikit kesusahan yang
Allah bagi, terus kita lupakan segala yang Allah bagi pada kita?
MUSIBAH ITU
TANDA CINTA
Korang dah renung dan fikir bukan?
Betapa banyak gila bapak nikmat yang
Allah bagi pada kita dari kita bangun tidur sampai kita tidur balik, Allah bagi
kita peluang demi peluang demi peluang, tapi, kita seakan-akan langsung tak
menghargai nikmat yang Allah bagi.
Kita guna untuk maksiat, kita lupa
Allah. Kita abai banyak suruhanNya.
Sedangkan, tujuan Allah bagi kita segala
nikmat tu semua supaya kita gunakan semua tu untuk kembali pada Allah.
So, bila nikmat tak membuatkan kita
kembali pada Allah, maka Allah bagi kita kesusahan!!
Kenapa Allah bagi kita kesusahan? Sebab,
Allah dah terlalu rindukan kita!
Ya, Allah dah terlalu rindukan kita
wahai kawan!!
Sebab, selama Allah bagi kita nikmat,
kita terlalu jauh dariNya. Sebab tu Allah bagi kita kesusahan agar kita kembali
padaNya. Allah nak kita kembali, Allah nak kita kembali, Allah nak kita
kembali!!!!
Sebab tulah Allah bagi kita musibah
wahai kawan.
Cuba korang renung hadith-hadith kat
bawah. Cuba korang renung dalam-dalam, ya, sedalam-dalamnya, fikir, fikir,
fikir….
1) Allah berfirman dalam hadith qudsi:
إن الله عز و جل يقول للملائكة
: انطلقوا إلى عبدي فصبوا عليه البلاء صبا فيحمد الله فيرجعون فيقولون صببنا عليه البلاء
صبا كما أمرتنا فيقول ارجعوا فإني أحب أن أسمع صوته
“Allah
berfirman kepada Malaikat-Nya, “Pergilah kamu kepada hamba-Ku, lalu kamu
timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar
rintihannya….”
(HR
Baihaqi & Tabrani)
Lihatlah
wahai kawan!
Allah
bagi kita musibah dan kesusahan adalah kerana Allah “rindu” nak dengar
rintihan, rayuan dan tangisan kita!
Mungkin
kerana kita dah terlalu lama lalai, terlalu lama tak menangis, terlalu lama
jauh, terlalu lama bermaksiat dan leka dengan nikmat, maka Allah bagi kita
kesusahan supaya kita kembali sedar yang kita ni kerdil, tak berdaya, penuh
dosa, kita ni hamba, dan agar kita kembali tunduk patuh bersujud pada Allah!
Allah
timpakan musibah bukan kerana Allah benci dan lupakan kita. Tidak, tidak!
Tetapi, kerana Allah amat cinta dan sayangkan kita….
Tapi,
apakah yang kita balas? Bagaimanakah kita membalas cinta Allah ini?
2)
Hayati dan fahami juga hadith nabi ini:
مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا
رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَة
“Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang yang
beriman berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan
mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya!!”
(HR Muslim)
Lihatlah! Lihatlah dengan mata hati! Lihatlah dengan
jiwa yang tenang!!
Allah bagi kita ujian dan musibah adalah kerana Allah
nak ampunkan kita wahai kawan!
Kita banyak dosa, banyak sangat buat dosa, dan lebih
parah dari tu, kita lupa nak bertaubat, tapi, Allah nak jugak ampunkan kita,
dengan cara bagaimana? Dengan cara, Allah timpakan musibah buat kita, yang
mana, kalau kita REDHA dan sabar, Allah akan ampunkan semua dosa kita!!
Betapa baiknya Allah pada kita! Betapa cintanya Allah
pada kita semua!!
Tapi, apakah yang kita balas setiap kali kita di timpa
kesusahan dan kesakitan?
Adakah kata-kata nista dan cercaan, atau redha serta
kembalikan segala pujian padaNya serta meminta ampun dari Allah?
ANTARA UJIAN DAN BALA
Kadang, kita tak tahu nak beza, adakah musibah yang
berlaku pada seseorang atau sesuatu tempat itu merupakan satu ujian ataupun
bala?
Apakah yang berlaku pada rasul dan sahabat yang di
seksa di cerca dan di bunuh itu ujian ataupun bala?
“Adakah taufan dan rebut yang sering berlaku di
Amerika itu ujian ataupun bala?
Adakah kematian rakyat palestin, syiria, rohingya dan
lain itu ujian atau bala?
Adakah kes kematian ratusan orang di mekah dan di mina
tika musim haji itu ujian atau bala?
Adakah apa yang berlaku kepada kaum nabi Nuh yang di
tenggelamkan air itu ujian ataupun bala?”
Kadang-kadang, kita tak dapat bezakan mana satu ujian
dan mana satu bala. Akibatnya apa? Akhirnya, apa yang berlaku pada kita kita
anggap ujian, apa yang berlaku pada kelompok yang kita tak suka, kita anggap
itu bala.
Contohnya, banjir yang berlaku kat Kelantan, ada
suara-suara yang mengatakan bahawa itu bala. Ada juga yang mengatakan bahawa
itu adalah ujian. Ada jugak orang yang melekeh-lekehkan azab Allah.
"Aku buat maksiat, rileks je bahagia. Kau tu, solat bagai, aku tengok hidup kau susah je. Haha..."
Boleh-boleh dia seolah melekehkan perintah Allah.
Semua ni terjadi sebab mereka tak faham, bila sesuatu musibah itu datang, ianya adalah BALA ataupun UJIAN.
Bagi saya, UJIAN dan BALA itu bukan di ukur
dengan neraca macam tu.
Bagi saya, kalau sesuatu musibah tu membuatkan kita
lebih dekat dengan Allah, maka itu adalah ujian. Tapi, andai satu musibah tu
membuatkan kita makin jauh dari Allah, maka, itulah bala!
Saya ulang:
“Kalau sesuatu musibah tu membuatkan kita lebih dekat
dengan Allah, maka itu adalah ujian. Tapi, andai satu musibah tu membuatkan
kita makin jauh dari Allah, maka, itulah bala!!!”
Yep.
Sebab tu wahai kawan, setiap kali kita di timpa
kesusahan, pergaduhan, keretakan rumah tangga, di fitnah, krisis kewangan,
kematian orang yang tersayang, kehilangan harta benda, kesakitan, kemalangan
dan sebagainya, cepat-cepatlah kembali pada Allah. Janganah di sebabkan benda
tu membuatkan kita bertambah jauh dengan Allah.
Kita nak Allah buat apa pada kita baru kita nak
kembali bertaubat?
Bila Allah bagi kita kesenangan, kita tak nak taubat,,
Kita lalai dan leka, hanyut menggunakan nikmat untuk maksiat.
Bila Allah bagi kita kesusahan, kita marah Allah, kita
benci Allah, kita salahkan Allah.
“Kita nak Allah buat apa pada kita baru kita nak
kembali pada Allah wahai kawanku?????!!!!”
Fikir dan renunglah wahai kawan!! Adakah Allah yang
benci kita atau kita yang benci Allah? Cukuplah kita menjauh. Kembalilah pada
Dia. Allah amat menanti kepulangan kita…
Ingatlah wahai kawan, musibah dan bala yang terbesar
adalah maksiat. Setiap kali kita bermaksiat, itulah bala dan azab, walaupun
tika itu kita berada dalam kesenangan. Sungguh!
Cuba korang hayati kata-kata Ibn Athoillah ini. Hayati
sungguh-sungguh, bava berkali-kali!
“Musibah yang sebenar bukanlah orang yang mati anaknya
atau kehilangan harta, keluarga atau kekasih. Tetapi, musibah yang sebenar
adalah orang yang di hentam dengan dosa, di serang oleh syahwat, dan di hempap
oleh pelbagai kesalahan! Inilah musibah yang sebenar!
Mereka menghabiskan waktu mudanya untuk meraih segala
kenikmatan, mereka menghabiskan umur mereka untuk melakukan segala maksiat dan
perkara terlarang!!
Jangan kau menganggap orang yang berduka dan mendapat
musibah adalah mereka yang terkena penyakit, di landa kemiskinan, atau sedang
di penjara. Boleh jadi, semua itu membuatkan mereka lebih dekat dengan Allah
dan memperoleh redhaNya. Adakalanya kesembuhan itu datang setelah meminum ubat
yang pahit.
Tetapi, hakikatnya, yang sebenarnya di timpa musibah
adalah mereka yang bermaksiat pada Allah dan tidak bertaubat dari dosa!! Mereka
memasukkan kotoran maksiat ke dalam hati mereka yang bersih! Mereka penuhkan
neraka dosa dalam kalbu mereka sehingga mereka mati…
Apabila engaku di tanya tentang ‘Apakah yang patut di
ratapi?’ , maka, kau jawablah, ‘yang sepatutnya di ratapi adalah seorang hamba
yang Allah kurniakan kesihatan dan kekayaan, namun dia menghabiskan
kedua-duanya untuk bermaksiat pada Allah….”
(Ibn Athoillah, kitab Bahjah Annufus)
Apa maknanya?
Hakikatnya., bila kita buat maksiat, dan kita tak di timpa azab dan kesusahan, dan di sebabkan itu kita rasa bebas dan tak takut Allah sebab Allah tak berikan "azab" direct, ketahuilah sebenarnya kita telah tertipu dengan diri sendiri. Kita tak tahu, hakikatnya, berterusan dalam dosa itu adalah satu azab yang lebih perit dari di timpa bala bencana!
Saya ulang:
"sebenarnya kita telah tertipu dengan diri sendiri. Kita tak tahu, hakikatnya, berterusan dalam dosa itu adalah satu azab yang lebih perit dari di timpa bala bencana!"
Kerana itu, muhasabahlah dirimu wahai kawan. Jadilah
orang yang beriman, dengan sebenar-benar iman. Kerana sesungguhnya, menjadi
orang beriman itu sangat bahagia dan sangat indah!
عَجِبْتُ مِنْ أَمْرِ الْمُؤْمِنِ
إِنَّ أَمْرَ الْمُؤْمِنِ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ
إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ كَانَ ذَلِكَ لَهُ خَيْرًا وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ
فَصَبَرَ كَانَ ذَلِكَ لَهُ خَيْرًا
”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman,
karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak
akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan
kebahagiaan, ia BERSYUKUR, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan
yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia BERSABAR, karena (ia
mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya.”
(HR Ahmad)
Bila di uji, kembalilah pada Allah.
Wallahua’lam.
Apa beza BALA dan UJIAN?
Reviewed by Unknown
on
02:47
Rating:

11 comments:
Terbaik! Terima kasih, adnin
Menangis baca. Sungguh aku ni hamba yang bongkak. Terima kasih Adnin Roslan atas post ini. Semoga Allah merahmati.
Saya sdg diuji dgn ujian yg berat skrg.. Kdg2 mmg rase lost & putus asa, namun membace tulisan ini membuatkan saya faham akan hakikat sebenar ujian drpd Allah.. Allahuakbar!!.. Semoga saya akan sentiasa bersabar dgn ujian2 ini & bersyukur apabila diberi kebahagiaan kelak, aamiin.. Tksih admin, semoga Allah membalas anda dgn yg lebih baik..
assalam. saya pernah baca satu quote:
"semua manusia kembali kpd Allah selepas mati.
tapi manusia yg bijok kembali kpd Allah sebelum mati."
simple dan memberi kesan pada saya.
moga ia manfaat kpd kwn2 yg baca mcm ia bantu saya.
boek! 😁 tolong bncgkn psal remaja...
Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL
Mngapa laman web monyetangkasa memboikot tarbiah ini?
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
not bad lah
Post a Comment