“Orang
yang mengumpat ni pengecut dan takde maruah, hati kotor dan buruk akhlaknya…”
Tulah
pesanan seorang ustaz kepada saya. Sentap jugaklah. Tapi bila fikir-fikir
balik, memang itulah hakikatnya.
***
Bismillah.
Insyallah,
topik kali ni agak hangat sikit, iaitu bab mengumpat dan cakap belakang. Saya
rasa saya perlu ulas benda ni secara detail dan spesifik, sebab ada di kalangan
kita, depan-depan, bajet soleh, akhlak pergh macam malaikat, depan-depan puji
dan sanjung, hormat bukan main. TAPI, bila BELAKANG kita, punyalah dia kutuk,
memburukkan, caci maki dan bukak aib kita.
Benda ni
dah jadi macam benda normal.
Orang
dah tak rasa bersalah bila mengumpat ni. Depan-depan tak nak tegur. Depan-depan
bajet macam setuju dan suka je semua benda. Tapi belakang-belakang, memang
jahat gila.
Best
sangat ke mengumpat?
Puas ke
bila korang dapat kutuk kawan korang belakang-belakang? Apa yang korang dapat?
Seronok, bila orang yang korang benci tu, turut di benci oleh orang lain? Best
sangat ke bila orang lain pun turut membenci orang yang kita benci? Bila orang
lain dah benci orang yang kita benci, whats next? Dapat masuk syurga ke?
Best
sangat ke mengumpat?
Puas ke
bila kita dapat memburukkan orang yang kita dengki dan tak puas hati pada orang
lain? Bila orang lain tu turut percaya dengan keburukan orang yang kita
burukkan, dan turut memburukkannya, apa yang kita dapat? Dapat masuk syurga ke
buat macam tu? Best sangat ke??
Kadang-kadang
saya tak faham.
Orang
yang mengumpat ni, apa yang dia nak sangat sebenarnya?
Ada
orang bagi alasan:
“Aku
mengumpat sebab aku nak dia berubah…”
Saya
tanya balik:
“Dia
berubah ke kalau kau mengumpat dia? Kenapa kau tak tegur depan-depan je? Kenapa
kau perlu bukak aib dia, jaja keburukan dia, dan sebarkan kesalahan dia kat
orang lain? Kau biar betul nak ubah dia? Nak tipu pun agak-agakla…”
Ada yang
bagi alasan:
“Aku
bukan mengumpat. Aku cakap benda yang betul…”
Saya
balas balik:
“Itulah
namanya mengumpat! Kalau kau cakap benda yang salah, itu fitnah. Kalau kau
cakap benda yang betul, itulah mengumpat wahai kawanku yang hensem…”
Apa lagi
alasan yang kita nak bagi untuk mempertahankan perbuatan mengumpat yang kita
dah biasa? Gosip sini gosip sana, nampak keburukan sikit, terus sebarkan,
kononnya nak bagi orang lain tahu “siapakah” diri sebenar seseorang tu.
APA PERASAAN KAU?
Wahai
kawan, saya nak kita sama-sama fikir something. Cuba fikir dan renung
dalam-dalam benda ni. Setiap kali kita na mengumpat, nak bukak aib orang, nak
jaja keburukan orang, cuba fikir dulu beberapa benda.
1)
Bayangkan, suatu hari, korang nak berubah. Tapi, korang terjatuh ke dalam
kancah maksiat. Tapi, korang tak buat maksiat tu terang-terangan. Korang buat
maksiat tu dalam keadaan sembunyi-sembunyi, berseorangan diri, dank orang rasa
malu nak orang lain tahu. Sebab di sudut hati korang, sebenarnya korang tak nak
buat maksiat tu. Korang nak berubah, tapi apakan daya, termakan dengan godaan.
2) Dan,
maksiat yang korang buat tu, ada ORANG LAIN TAHU. Samada korang yang cerita,
atau orang tu mencari salah korang dan nampak korang buat benda tu, dan yang
sama waktu dengannya. Dan, orang tu memang jenis tak puas hati dengan korang.
Maybe dia dengki tengok kau berubah. Dia dengki orang lain anggap kau baik.
3)
Kemudian, orang tadi, bila dia dah tahu kesalahan kita, apa dia buat? Dia
bagitahu orang lain time tengah sembang-sembang:
“Weyh..
Apa pandangan korang tentang Samdul?”
“Bagi
aku dia ok je.. Nape beb? Ada something ke?”
“Takdela.
Aku bukan apa. Aku pun anggap dia baik. Yela, luaran dia padu kot, status FB
dia boleh tahan islamik, banyak like. Tapi, sumpah aku terkejut oh…”
“Asal,
dia ada buat something ke?”
“Tulah.
Hari tu aku pinjam laptop dia. Pastu aku bukak internet, aku saje-sajela nak
tengok history dia. Pergh.. Sumpah aku terkejut, dia tengok benda-benda lucah
kot. Yang cukup kain ada, yang tak cukup kain pun dia tengok….”
“Pergh
kau… Biar betul?! Samdul tengok video lucah? Kau jangan.. Tah-tah orang lain
tu…”
“Takdela,
aku pun awal-awal macam tak percaya gak. Tapi, yela, aku serumah dengan dia
kan… Aku taula dia macamana…”
“Dia
macamana??”
“Subuh
pun kadang-kadang bangun dah nak habis waktu. Quran pun jarang bukak… Aku bukan
apa, masalahnya, Samdul tu pendakwah kot. Status dia power kot kat FB, banyak
like tu. Aku punya status pun takdelah banyak sangat like. Adala sikit-sikit.
Itupun aku buat 10 fake akaun untuk like status aku sendiri…”
“Ish…
bapak ah… Tak sangka Samdul macam tu. Tak serupa bikin gila budak tu…. Serius I
cannot brain…”
“Tussal….
Aku pun tak tahu nak explain macamana kat dia. Aku bagitahu kau ni pun bukan
apa. Aku nak kau tahu dia macamana. Supaya bolehla kau tegur sikit-sikit….”
“……………”
4)
Apakah ini semua??!!!
5) Lepas
tu, aib kita pun terus tersebar. Mula A dan B. Pastu B cerita kat C. Pastu, C
pulak cerita dekat D, E dan F. Begitulah seterusnya.
6) Lepas
tu, kau perasan yang A, B, C, D, E dan F macam pandang serong dekat kau. Selama
ni macam rapat, tapi tetiba, diorang macam menjauhkan diri dengan kau, macam
pandang kita lain macam, sembang dengan kita pun macam nak tak nak.
7)
Akhirnya, takde sape pun yang tegur kau. Tapi, apa yang terjadi ialah, orang
benci kau.
8)
Tiba-tiba, kau dapat tahu yang ada orang umpat kau. Kau rasa sedih dan pedih.
Hati kau bagaikan di hiris. Kau menangis. Kau rasa malu. Kau rasa macam
seolah-olah di khianati. Semua kawan-kawan yang kau sayang, rupa-rupanya turut
mempercayai dan membenci kau, hanya kerana dosa yang kau lakukan. Lebih parah,
mereka tak bantu kau pun untuk tinggalkan dosa. Mereka tak bantu kau pun untuk
berubah. Mereka tak tegur kau pun. Mereka Cuma tahu membenci kau, memburukkan
kau, memandang serong kau, memandang hina kau, hanya kerana kesilapan kau yang
mungkin mereka pun buat.
Cuba
kita fikir, pedih bukan perasaan ni?
Sebab
tulah bagi saya, orang yang mengumpat ni sangat jahat. Hatinya sangat busuk,
kotor, penuh dengan dosa noda, berdendam, dengki dan takde maruah. Kerana,
sifat orang yang bermaruah ialah dia tidak menjatuhkan maruah orang lain.
HAYATI PESANAN INI
Wahai
kawanku..
Saya
kalau boleh nak korang semua tengok apa pesanan nabi dan ulama tentang isu
mengumpat, membuka aib orang, memburukkan orang semua ni. Supaya, bila korang
tahu hakikat tentang betapa hina dan buruknya perbuatan ini, serta apa
balasannya di akhirat kelak, moga-moga ianya membuatkan saya dank orang untuk
jauhi benda ni sejauh-jauhnya!
Jom
hayati satu bersatu. Moga menggelatar dan insaf wahai diri yang mendambakan
syurga Allah!
1) Ibn
Athaillah menyebut dalam kitabnya Bahjah Annufus:
“Wahai
saudaraku, jika engkau ingin menguji kebersihan hati seseorang, cuba sebutkan
kehidupan seseorang yang tidak bersamamu di hadapannya. Kemudian, perhatikan
bagaimana tindak balasnya. Andai tindak balasnya ialah menyebut keburukannya,
menyebut aib-aibnya, serta mengingkari kebaikannya, dia jatuhkan martabat orang
tersebut, dia makan dagingnya, dia mencela orang tersebut dan terus menyatakan
keburukan orang tersebut. Andai itu yang dia ungkapkan, ketahuilah bahawa hati
orang itu sedang SAKIT, tidak mengenal Allah, dan dia tak tergolongan di
kalangan orang yang soleh dan bersih!!”
(Ibn
Athaillah)
Apa yang
korang faham bila baca kata-kata Ibn Athaillah kat atas??
Saya
bagi ayat mudah supaya korang mudah faham. Ok?
Ibn
Athaillah nak bagitahu bahawa, kalau kita nak tahu HATI seseorang tu bersih
atau kotor, mudah je. Cuba datang kat dia, dan cuba ajak dia bersembang tentang
seseorang.
Contohnya,
Syamsul ajak Samdul sembang tentang Kadir.
“Samdul,
sihat??”
“Alhamdulillah.
Kau okay tak Syamsul? Nampak macam tak sihat je…” Samdul membalas dengan penuh kelembutan.
“Aku
okay. Hehe.. Weh, kau kenal Kadir kan?”
“Uish.. mestilah kenal. Mamat tu sekelas dengan aku kot. Lama jugakla aku kenal dia…”
“Uish.. mestilah kenal. Mamat tu sekelas dengan aku kot. Lama jugakla aku kenal dia…”
“Hmm..
Setakat yang kau kenal dia, dia macamana eh?Takdelah. Aku tengok dia macam
rajin dakwah kot…Kagumla jugak. Tapi aku nak tanya jugak kat kau, sebab kau kan
kenal dia secara dekat…” Syamsul mengajukan soalan.
“Hish..
Aku bukan apala. Tapi, sepanjang aku kenal dia, takdela sebaik apa yang orang
lain sangkakan. Kalau aku nak cerita lebih, takut bukak aib pulak. Tapi, dia tu
kaki perempuan kot. Kat henset dia aku tengok, banyak kot mesej dengan
perempuan ni, perempuan tu. Kira macam playboyla jugak. Cuma dia ni guna alasan
AGAMA untuk buat benda tu…” Samdul mula mengumpat.
“Maksud
kau?” Syamsul
keliru.
“Means,
dia goda perempuan dengan cara ‘dakwah’la. Contohnya, ajak perempuan ni
qiamullail bagai, lepas tu cinta kerana Allah itu ini itu ini. Kadang-kadang
aku menyampah jugakla… Hipokrit..”
“………”
DARI
DIALOG kat atas ni, kita dapat nampak, macamana Samdul ni memburukkan Kadir
bila Syamsul tanya kat dia pasal Kadir.
So,
orang macam ni, bak kata Ibn Athaillah, HATI di sedang sakit, kotor, busuk, tak
mengenal Allah, langsung tak termasuk dalam kalangan orang soleh. Kenapa? Sebab
mengumpat, mengutuk belakang, bukak aib seseorang pada orang yang lain!
Adakah
kita macam tu?
Kadang-kadang
kita tak perasan. Saya pun. Tapi benda ni sangat bahaya. Mengumpat ni tanda
hati busuk, kotor, hitam, kelam, jijik, masam, berbau, berdaki, dan yang sama
waktu dengannya. Kena taubat wahai kawanku! Tinggalkan gosip sini sana,
mengumpat sini sana.
Moga
Allah pelihara kita!
Bagaimana
pulak kalau nak tahu hati kita ni bersih ke tak?
Ibn
Athaillah menyambung:
“Jika
yang terjadi itu sebaliknya, iaitu dia menyebut kebaikan orang itu, memuliakan
kebaikannya, mengangkat martabatnya di hadapanmu, atau apabila di ajukan
keburukannya, dia terus berfikiran positif sehingga memosisikannya pada
kebaikan dengan berkata , ‘Mungkin dia terlupa’, atau ungkapan yang membawa
maksud menutupi keburukannya dan menjaga kehormatannya. Jika itu yang dia
ungkapkan pada setiap tempat dan pada sebahagian besar perbicaraannya dengan
kebanyakan orang,ketahuilah bahawa orang seperti itu termasuk di kalangan orang
yang BAHAGIA! Hatinya hidup, jiwanya bersih, kalbunya suci! Ia juga tergolongan
di kalngan orang yang bijak, mempunyai pemahaman agama yang luas, serta
memiliki hikmah!!”
(Ibn Athaillah)
(Ibn Athaillah)
Faham?
Means,
kalau kita selalu sebut kebaikan orang, dan bersangka baik, tak kutuk belakang,
bahkan menjaga aib seseorang, kalau kita macam tu, itulah bukti hati kita
bersih wahai kawanku!
Kita
bagaimana?
Muhasabahlah
wahai kawan..
2) Nabi
saw bersabda:
“Sesungguhnya orang yang muflis(bankrupt) dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.”
(HR Muslim)
Apa yang korang faham dari hadis nabi ni?
Means, kalau kat dunia dulu kita buat amak kebaikan banyak gila, solat
full, tahajud, quran baca 100 muka sehari, sedekah sejuta ringgit sehari, tapi
pada masa yang sama, kita mengumpat orang, memburukkan orang, menganiayai orang
lain, menuduh orang itu ini, kat akhirat nanti, SEMUA AMAL KEBAIKAN KITA
langsung Allah tak terima!!
Bukan takat tu, kalau korang nak tahu, semua kebaikan kita akan dapat
kat mereka, dan semua dosa mereka akan dapat kat kita!
Maknanya,kalau kita ada mengumpat seseorang, fitnah seseorang, bukak aib
seseorang, semua pahala kita akan dapat kat orang tu, dan semua dosa orang tu
akan dapat kat kita! Akibatnya, kat akhirat nanti, yang tinggal pada kita
hanyalah dosa yang bertimbun tanpa satu pun pahala…
Nauzubillah!
Sebab tu benda ni sangat sangat sangat penting untuk di ulas dan di beri
peringatan sungguh-sungguh. Ini bukan benda kecik wahai kawanku… Ini isu syurga
neraka, isu dosa pahala.
Moga Allah pelihara kita!
ADA KE MENGUMPAT YANG DI BENARKAN?
Dalam isu mengumpat dan bukak aib ni, ada beberapa noktah yang kita kena
faham jugak.
Saya akan buat dalam bentuk point supaya korang mudah faham insyaAllah.
1) Ada ke waktu yang di benarkan mengumpat?
Hukum mengumpat ni asalnya ialah HARAM. Tapi, ada waktu di haruskan.
TAPI(berapa banyak tapi daaa…), apa yang saya nak sebut ni bukanlah untuk
menghalalkan mengumpat. Sebab, ramai orang yang mengumpat dia guna alasan
bahawa “ada keadaan di haruskan” untuk menghalalkan proses pengumpatan yang
diorang lakukan. Sebab tu, kena FAHAM secara teliti.
Mengumpat ni di benarkan bila ada berlaku 6 keadaan. Bak kata seorang
penyair arab:
الذَّمُّ لَيْسَ بِغِيْبَةٍ فِي
سِتَّةٍ
مُتَظَلِّمٍ وَمُعَرِّفٍ وَمُحَذِّرٍ
وَلِمُظْهِرٍ فِسْقًا وَمُسْتَفْتٍ
وَمَنْ
طَلَبَ الْإِعَانَةَ فِي إِزَالَةِ
مُنْكَرٍ
“Mengumpat itu tidak tercela pada enam
perkara,
Orang yang di zalimi, orang yang mengenalkan,
dan yang memperingatkan.
Orang yang menampakkan kefasikan, peminta
fatwa.
Dan orang yang meminta tolong untuk
menghilangkan kemungkaran…”
Bermakna, ada 6 golongan atau keadaan yang di
benarkan mengumpat/berkata belakang.
a) Apabila kita di zalimi.
Contohnya apabila kita di rompak, atau di
rogol, atau sebagainya, kita pergi ke polis dan bagitahu pihak berkuasa untuk
melakukan tindakan kepada orang yang dah rompak dan rogol kita, maka ia di
benarkan!
Contoh:
“Samdul rogol saya….”
Maka ia di benarkan.
Faham?
2) Untuk mengenal seseorang.
Maksudnya, kita nak kenalkan seseorang dengan
namanya dan gelarannya. Contohnya:
“Kau kenal tak Syazwan?”
“Syazwan mana?Ada banyak Syazwan kat
sekolah…”
“Alaa, syazwan botak tu…”
“oooo… kenal…”
So, dalam isu nak mengenalkan, maka ia di
benarkan.
3) Untuk memperingatkan.
Menyebut kejahatan seseorang untuk
memperingatkan orang lain, agar orang lain tak terkena kejahatannya, tak
tertipu dengannya dan tak terjatuh dalam perangkan orang tersebut.
Contohnya:
“Kau jangan bagi Samdul tu pinjam duit kau…”
“Kenapa?”
“Sebab Samdul tu memang jenis tak bayar
hutang. Dah berapa ramai dah orang yang dia hutang dan dia tak bayar. Hutang
aku 2.6 billion hari tu dia pinjam, dah 4 tahun tak bayar balik. Pastu, bila
aku mintak, aku yang kena marah. Serius…”
Ataupun dalam isu nak risik perempuan atau
laki, akhirnya dapat tahu:
“Aku dah risikkan dah perempuan tu untuk kau.
Berdasarkan apa yang mak ayah dan kawan-kawan dia bagitahu, perempuan tu tak
sesuai untuk kau. Sebab dia ni jenis yang hisap vape, selalu lepak dengan laki
malam-malam….”
Faham? Harap-harap fahamla. Huhu..
4) Orang yang menampakkan kefasikan(terang-terangan
buat dosa).
Kita di benarkan mengumpat orang yang
TERANG-TERANG buat dosa, dan TERANG-TERANG bukak aib sendiri. Contohnya, ada
orang tak pakai tudung terang-terang, atau minum arak terang-terang, peluk
mamat korea terang-terang, zina terang-terang siap rakam video, berlakon aksi
ranjang terang-terang, atau apa-apala dosa yang dia buat terang-terang dan
bangga dengannya.
TAPI, bukan tujuan nak hina. TAPI, kita
mengumpat tu samada untuk menasihati orang lain supaya orang lain tak jadi
seperti orang itu, ataupun dengan tujuan nak menghentikan kesalahan orang tu,
ataupun nak bagitahu bahawa benda yang mereka buat itu salah dan wajib di
jauhi.
5) Meminta fatwa.
Contohnya, kita nak mintak satu hukum, dan
terpaksa cerita keburukan seseorang untuk dapatkan hukum tu. Contohnya:
“Ustaz. Suami saya selalu suruh saya warnakan
rambut.. Boleh ke ustaz?”
“Ustaz, isteri saya selalu tak nak masak bila
saya suruh. Bila saya suruh basuh baju pun dia marah-marah. Apa hukum isteri
yang macam tu?”
Dalam soal nak mintak hukum, di benarkan
mengumpat.
6) Meminta pertolongan untuk menghilangkan
kemungkaran.
Means, orang yang meminta tolong bagi
menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut
nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
di bolehkan.
Contohnya, kita nampak kawan kita hisap
rokok/vape kat sekolah, dan kita tak berani tegur, pastu kita pun report kat
guru disiplin. Maka di bolehkan.
Ataupun, kita tak mampu nak tegur kawan kita,
dan kita mintak kawan kita yang mampu tegur untuk tegur kawan kita tu. Maka, di
benarkan.
So, secara basic, ENAM situasi yang di
haruskan mengumpat ni, takde satu pun yang di lakukan atas dasar BENCI, dendam,
tak puas hati, bersangka buruk, nak memburukkan, menyampah, nak menjatuhkan,
atau saje-saje, suka-suka, nak seronok dan sebagainya. Semuanya bertujuan untuk
kebaikan dan betul-betul ikhlas dan tiada niat walau sebesar zarahpun untuk
memburukkan.
Tapi hari ni kita kutuk-kutuk orang,
mengumpat orang, cakap belakang, bukak aib, atas alasan nak ubah orang
kononnya, tapi apa yang terjadi hakikatnya kita nak burukkan orang tu. Bukan
nak ubah.
Kalau betul nak ubah, apa kejadah sampai
bagitahu ramai gila orang tentang keburukan seseorang? Kalau ikhlas nak ubah,
tegurlah direct. Kalau tak mampu, barulah mintak orang yang mampu untuk tegur.
Faham?
Ingat. Janganlah guna dalil agama untuk
mempertahankan kesalahan dan menghalalkan benda yang haram.
MENGUMPAT VS TERUS TERANG?
Solusi bagi isu mengumpat ni mudah je.
Kalau tak puas hati, cakap jelah terus
terang. Buat apa nak kutuk belakang? Kalau betul ikhlas nak berubah, cakap je
la depan-depan kalau mampu. Buat apa perlu jaja keburukan dan cakap belakang?
Hatta, nabi mendidik sahabat untuk
terus-terang je.
Ingat lagi tak time perjanjian hudaibiyah??
Time tu, hampir semua sahabat tak setuju
dengan nabi sebab nabi tanda tangani perjanjian hudaibiyah yang seakan-akan
nampak merugikan islam. Sehingga, Umar marah nabi secara terus-terang. Dan Nabi
balas balik, lepas tu Abu Bakar marah Umar secara terus-terang, dan keadaan
menjadi tegang dan hampir gaduh.
Takde sorang sahabat pun yang mengumpat dan
cakap belakang. Semua cakap depan je kalau tak setuju dengan nabi, dan nabi pun
cakap terus-terang je kalau tak setuju dengan sahabat.
Di pendekkan cerita, keputusan nabi
menandatangani perjanjian hudaibiyah itu di sokong oleh Allah, dan Allah
turunkan surat alFath. Ketika tu, baru Umar mintak maaf kat nabi sebab terkasar
bahasa.
Point yang saya nak sampaikan ialah, bila
kita tegur terus-terang ni, maybe pada awal-awal akan macam gaduh sikit, or
mungkin keadaan tu jadi tegang sikit sebab ada je jenis orang yang ego dan tak
nak mengaku salah, tapi sekurang-kurangnya, ia 1000 kali ganda lebih baik dari
cakap belakang yang lebih membawa banyak mudarat dan lebih memalukan diri kita.
Kan?
So, kalau nak tegur, kalau nak ubah, tak
perlu pun nak kutuk bagai belakang-belakang. Nak ubah, ubah betul-betul. Kalau
tak puas hati, cakap je depan-depan. Ia lebih baik dan lebih menghamonikan
untuk jangka masa panjang.
KESIMPULAN
Wahai kawan.
Dengan apa yang korang baca dari awal sampai akhir ni, cuba renung balik
sungguh-sungguh.
“Kenapa aku ni suka sangat mengumpat?”
“Kenapa aku ni tak boleh nak jaga aib orang?”
“Kenapa aku ni susah sangat nak sangka baik dengan orang? Sikit-sikit
nak sangka buruk. Kenapa??!”
“Kenapa aku ni asyik tak puas hati dengan orang je?”
Cuba istighfar pada Allah. Mungkin kerana hati kita dah terlalu kotor
dengan dosa noda dan keburukan.
Kerana, bila hati kita buruk, kita akan sentiasa nampak keburukan orang
lain. Manakala bila hati kita baik, kita akan sentiasa nampak kebaikan orang
lain.
Percayalah.
Sebagai
pengakhiran ni, hayati sungguh-sungguh pesanan Ibn Athaillah. Baca dengan mata
hati wahai kawan, kemudian, check hati masing-masing, lalu menangislah..
“Orang
akan sengsara andai dia sering menganiaya manusia, mengambil hak-hak mereka,
serta menjatuhkan kehormatan mereka. Sementara orang yang bahagia ialah orang
yang selalu menjaga diri dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Dia
tidak menganiaya orang lain, sentiasa berpegang pada kebenaran, serta membela
kebenaran. Dia juga sentiasa memelihara rahsia manusia, menutupi aib mereka,
dan menonjolkan kebaikan mereka….”
(Ibn
Athaillah)
Selamat
berbahagia wahai kawan!
Mengumpat itu tanda pengecut?
Reviewed by Unknown
on
02:39
Rating:

13 comments:
Terima kasih atas peringatan.baru tahu mengumpat yang diharuskan
Terima kasih atas peringatan.baru tahu mengumpat yang diharuskan
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
Very good information, wait for the next post thanks gan.
Agen Poker
Agen Poker Terpercaya
Poker Online
Poker Online Terpercaya
Poker Terpercaya
nice article, thank you for sharing
Togel Online
Togel Singapura
Togel Hongkong
Sbobet
Agen Sbobet
Agen IBcbet
agen MAXBET
Live Casino
bandar bola
judi bola
judi online
taruhan bola
domino online
agen bola
agen sbobet terpercaya
agen poker
poker online
agen poker terbaik
agen poker terpercaya
poker uang asli
agen poker
poker online
agen poker terbaik
agen poker terpercaya
poker uang asli
situs poker
agen judi
poker online
BANDAR CEME
agen poker terpercaya
dominoqq
capsa susun
agen judi poker
agen poker
agen judi terpercaya
situs domino online
domino qiu qiu
sabung ayam
adu ayam
ngadu ayam
laga ayam
permainan adu ayam
ayam petarung
ayam sabung
ngadu ayam jago
adu ayam online
taruhan ayam
sabung ayam terbaik
judi online ayam
ayam sabung online
judi adu ayam
situs sabung online
judi sabung online
permainan laga ayam
sabung online
sbobet
agen sbo
agen sbobet
agen sbobet terbaik
agen sbobet terpercaya
sbobet asia
ibcbet
agen ibcbet
agen ibcbet terbaik
agen ibcbet terpercaya
ibcbet online
sbobet online
agen sbobet terpercaya
agen bola,
judi bola,
BANDAR bola ONLINE terpercaya
BANDAR bola ONLINE terpercaya
agen sbobet terpercaya
judi online,
agen judi, bola online,
agen casino indonesia
agen judi sbobet
agen sbobet indonesia
agen sbo
agen sbobet terpercaya
agen sbobet
agen sbo terpercaya
agen judi terpercaya
sbosports
agent sbobet
agen sbobet indonesia
bandar judi terpercaya
agen judi bola terpercaya
agen judi ibcbet
sbobet indonesia
agen bola online
bandar judi bola
master agen betting online
bandar bola sbobet terpercaya
judi online
BANDARQ
Agen Poker
situs poker
poker online
Judi Poker Online
situs poker online terpercaya
Poker Online Terpercaya
poker uang asli
Domino QQ
Domino Poker
Capsa Online
QQ Online
Ceme Online
Blackjack Online
Poker Online Indonesia
Agen poker online
poker online asli
agen poker terbaik
agen poker terpercaya
situs poker uang asli
agen bola terpercaya
pasang bola
judi bola online
agen bola terpercaya
Agen bola
Judi Online
Agen Bola Online
casino online terbaik
casino online
judi online
agen casino online
judi live casino
agen judi
agen bola
situs judi
judi bola
judi online
bandar bola
bandar judi
situs taruhan
taruhan bola
taruhan online
situs judi bola
situs judi online
situs judi terpercaya
agen bola terpercaya
agen judi online
judi online terpercaya
agen judi terpercaya
bandar judi online
bandar bola terpercaya
judi bola online
agen piala dunia 2018
bandar piala dunia 2018
situs taruhan piala dunia 2018
situs judi piala dunia 2018
agen resmi piala dunia 2018
jasa seo
jasa seo indonesia
jasa seo terpercaya
seo indonesia
jasa seo web judi
jasa buat website
jasa pembuatan website
Selain pengumpat, penjilat itu terkadang manusia pengecut
Bandar Ceme
Agen Gaple
Agen Poker Terpercaya
DominoQQ
Domino99
Post a comment