Alhamdulillah
hari ini BSS kita dah masuk juzuk ke 18 iaitu Surah An Nur, surah ke 24 ayat ke
19.Pasal apa pula malam ini? Haa.. Malam ini kita bincang tentang KHABAR
ANGIN. Ini yang paling banyak dalam masyarakat kita. Hehe.
Nak tahu
lebih lanjut? Jom kita terjah. (err?) Bismillah..
إِنَّ
الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا
تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah
tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian)."
(Surah An
Nur [24] : 19)
Dalam ayat
ini, Allah ingatkan,
إِنَّ
الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah
tuduhan-tuduhan yang buruk..."
Tuduhan-tuduhan
buruk ini termasuklah khabar angin, fitnah, gossip jinak ke, gossip liar ke.
فِي
الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
"..dalam kalangan orang-orang yang beriman,
mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di
akhirat;..."
Dalam al Quran
kita akan dapat saksikan bahawa ada ayat yang bagi AMARAN, dan ada ayat yang
bagi HARAPAN. Ayat yang bagi harapan dan amaran ini kedua-duanya SEIMBANG.
Tetapi
untuk ayat kali ini, jelas Allah bagi amaran kepada golongan yang suka sebarkan
berita palsu, berita yang tak pasti sahih ke tidak, main share
berita-berita FB yang tak confirm atau kita agak-agak je, gossip, fitnah dan
macam-macam lagi terutama sekali dalam KALANGAN MUSLIM !
Sekarang
ini kan suka trend SHARE, TWEET dan VIRAL dulu baru cari kebenaran. Bila
kebenaran dah muncul, baru kelam kabut nak “perbaiki” apa yang dah viral.
Tetapi masa tu nasi dah jadi bubur.
Allah janji
akan bagi golongan ini HUKUMAN yang TAK
TERPERI sakitnya. Sakit sangat azab Allah bagi. Tapi yang peliknya, ada juga
golongan yang suka main share, retweet ini yang menjawab bila kena tegur.
Alasan mereka,
"Rilek
la bro.. why so serious?"
"Apahal
yang kau sibuk sangat? Bajet baik la kau ni.."
"Ala..
rilek la. Kalau tak betul, tak betul la. Aku share je dulu. Kalau salah,
aku delete."
“Berita hot
ni, kena viral. Err. Sorry la, aku terpaksa naikkan traffic blog aku..”
Korang nak tahu tak, orang yang cakap macam ni Allah DAH jawab pada mereka,
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
".. dan Allah maha mengetahui.."
Allah maha tahu
kebenaran khabar angin atau fitnah tu!
وَأَنْتُمْ
لَا تَعْلَمُونَ
"..sedang kamu TIDAK mengetahui (yang
demikian)."
Sedangkan korang
tak tahu pun betapa seriusnya benda ni ! You have no ideas what you talking
about !
---
Pengajaran
daripada ayat ini,
1. Ayat ni dah jelas lagi nyata nak bagi
peringatan pada kita yang mana JANGAN mengada-ngada SEBARKAN khabar angin,
berita fitnah, berita yang kita sendiri tak pasti, gossip dan macam
macam lagi.
Walaupun korang
hanya SHARE di FACEBOOK dan instagram atau retweet di twitter dan
seumpamanya ! Tak kisahlah sama ada ia gossip atau khabar angin tu, pasal kawan
sekolah couple ke, pasal skandal kat ofis ke, pasal kawan kuliah ponteng
kelas ke, dan apa-apa lagi. Dan sekarang ni lagi viral macam-macam isu di media
sosial yang saya malas nak sebut nama, tetapi korang sendiri boleh tahu.
Secara
jujurnya, saya paling benci dan sangat benci apabila orang menyebarkan gossip
atau SHARE di Facebook berita tentang isu yang mereka sendiri tak tahu
langsung. Mereka dah la tak tabayyun (selidik), lepas tu main share je.
Serius ini
BUKAN akhlak Islam ! Kalau korang nak marah saya, marah la. Tetapi ini
bukan apa Islam ajar. Nak tunjukkan kesalahan, dipersilakan. TETAPI ada
TEMPATNYA, ada SALURANNYA. Islam TIDAK ajar untuk MENSENSASIKAN sesuatu ISU
atau KONTROVERSI.
Bagi saya
dalil apa yang membenarkan kita mensensasikan atau menyebarkan aib seorang
Muslim?
2. Jadi apa
perlu buat kalau kita TAHU sesuatu berita atau khabar angin? Apa kena buat?
Apa yang
kita kena buat adalah DIAM ! Jangan sebarkan. Senyap saja. Kan Nabi dah ajar,
cakap perkara bermanfaat atau diam je. KECUALI…
Kecuali
KALAU ia memberi MANFAAT kepada si pelakunya. Contohnya kita nampak anak
perempuan jiran atau saudara kita dating dengan lelaki lain, JANGANLAH korang
update dalam facebook atau korang cerita dengan anak korang,
"Kau
tengok joyah jiran sebelah kita tu. dia keluar malam dengan jantan mana tah. Kau
jangan buat macam tu.."
Tak payah makcik. Jangan macam tu. Korang pergi jumpa jiran korang secara peribadi, dan bagitahu mereka. IKUT SALURAN dan TEMPATNYA. Bayangkan kalau korang yang KENA. Atau contoh kalau cerita sensasi artis, tak payah sibuk-sibuk share dan sensasikan berita.
Frankly
speaking, contoh macam Melodi..
Allahu
Rabbi. Sibuk rakam atau buat liputan tentang aib artis, tentang masalah
peribadi artis. Untuk apa? dapat liputan meluas? Korang yang tengok dan dengar
dari melodi pun share pada orang lain. Berangkai-rangkai akhirnya.
Allah..
Moga Allah
jadikan kita Muslim yang SENSITIF dan juga moga Allah jadikan kita seorang
Muslim yang TIDAK menyebarkan khabar angin atau aib saudara Muslim kita.
Wallahu'alam
sumber : Muslims Who Spread Immorality [Juz 18]
- Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap
siri 2 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories
Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular,
SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime
Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE dengan hubungi secara sms
atau whatapps di 019 - 362 4649.
3. Jom kongsikan dan follow emel
Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu
http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group
sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 18
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:17
Rating:

3 comments:
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
Post a comment