Wah, malam
ni nuzul al Quran. Memang cantiklah dengan BSS malam ni. Hehe. InsyaAllah malam
ini kita akan sambung BSS dengan juzuk ke 17 surah Al Hajj iaitu surah ke 22
ayat ke 11.
Bismillah..
وَمِنَ
النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ
اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ
الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah
dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan,
senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah
kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu)
rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."
(Surah Al Hajj [22] : 11)
Dalam ayat
ini Allah bagi warning kepada segolongan manusia yang mana,
وَمِنَ
النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah
dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap.."
Dalam ayat
ini Allah guna perkataan حَرْفٍ yang maksudnya lebih kurang ‘tepi jurang’. Ia juga
boleh bagi maksud sebagai terjuntai. Kejap sebelah sini, kejap sebelah sana.
Macam pokok batang berjuntai. Dan boleh juga sebagai lalang, hanya ikut arah angin.
Tak tetap. Takde pendirian langsung. Suka main playsafe
walaupun memang tidak akan safe mana pun. Siapa orang ini? Allah sebut
lagi,
فَإِنْ
أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ
"..iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah
hatinya dengan keadaan itu.."
Setiap kali
dia dapat kebaikan, dia rasa gembira, best, seronok, syukur dan
macam-macam lagi.
TETAPI...
وَإِنْ
أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ
"..dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan,
berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya)..."
Tetapi bila
dia dalam kesusahan, mulalah dia merungut, kata Allah tak adil, menyusahkan,
Allah zalim, dan macam-macam lagi.
Jadi apa
ayat ini nak tegur adalah pada golongan yang mana bila dia dapat apa yang baik
atau bila dapat nikmat, dia akan kata Islamlah yang paling best, Allah sangat adil,
ini taqdir yang paling baik dan seumpamanya.
Tetapi bila
dapat ujian atau malapetaka, mulalah merungut, cakap Allah tak adil,
kenapa Allah uji dia macam ni, kenapa Allah taqdirkan dia macam ni,
Islam kejam, Islam menindas perempuan dan macam-macam lagi.
Kemudian
Allah bagitahu yang golongan macam ni adalah,
خَسِرَ
الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ
"..rugilah ia akan dunia dan akhirat.."
Dia rugi DUNIA
dan AKHIRAT terus ! Dengan kata mudah, muflis terus. Kalau bisnes, bukan
sekadar gulung tikar, TIKAR pun dah takde nak gulung. Bahkan bukan hanya
tu je Allah sebut, Allah tambah lagi,
ذَٰلِكَ
هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ
".. itulah kerugian yang terang nyata.."
Dalam ayat
ini Allah TIDAK guna perkataan خُسْرَ (Khusr) yang maknanya "kerugian", tetapi
Allah guna perkataan خُسْرَانُ (khusran) yang merupakan HIPERBOLA kepada kerugian.
Dulu kita pernah belajar hiperbola masa bahasa melayu waktu sekolah. Tak pernah
dengar? Tertidur waktu kelas ya. Hehe.
Maksudnya
adalah kerugian yang SANGAT SANGAT SANGAT teruk ! Kalau dalam English, kita
sebut sebagai "Ultimate Loss".
Walaupun korang
beriman sungguh-sungguh waktu korang senang, tetapi ia TIDAK MEMBERI
apa-apa makna sebab korang GAGAL apabila diuji. Korang
persalahkan Allah bila di uji, dan sebagainya.
---
Apa
pengajaran dari ayat ini?
1. Allah
nak bagi peringatan dan amaran kepada bukan sekadar muallaf yang baru masuk
Islam, kemudian bila di uji dia terus tinggalkan Islam sambil mencaci maki
Islam, bahkan ia juga peringatan untuk kita semua. Kita semua yang Muslim by
default atau Muslim sejak kecil lagi.
Apatah lagi
yang kepada kita yang dah ikut DAKWAH dan TARBIAH. Masa kita senang dalam dunia
dakwah, kita rasa inilah manisnya dakwah, nikmatnya ukhuwwah, bestnya
tarbiah, macam-macam lagi. Ataupun masa awal-awal ikut usrah, naqib belanja
makan, naqib bawa jalan-jalan dan sebagainya.
Tetapi bila
kita diuji sikit dengan assignment, dengan ujian masa, dengan ujian duit, diuji
dengan tanggungjawab, kena sentap dengan murabbi dan sebagainya, ataupun dah
lama ikut usrah, dah mula kena bawa usrah bawah, dah mula kena buat tasking usrah,
dah kena buat program dan sebagainya, lepas tu terus MENGALAH dan tinggalkan
DAKWAH dan TARBIAH..
Dengan
alasan kata tak mampulah, belum sedialah, kecil hatilah, hati tisulah,
apa-apa lah. Apa pun tak boleh.
Peh. Baik korang
fikir balik betul-betul. Dakwah dan tarbiah ini bukan benda main-main. Bukan
macam beli mamee megi celup 5 minit siap. Korang jangan sampai korang
rugi dunia akhirat !
2. Sama
juga kepada yang dah dapat HIDAYAH. Yang dah mula tutup aurat, yang dah mula
solat 5 waktu dan sebagainya. Masa mula-mula berhijrah, ramai orang puji. Ramai
orang suka. Korang pun rasa bangga. Korang pun rasa nikmatnya
hijrah. Seronoknya tutup aurat. Tenangnya solat.
TETAPI..
Bila kena
uji dengan hilang kawan, kena maki hamun, kena berhenti kerja, terus
pertikaikan Allah ! Kenapa Allah uji macam ni, kenapa Allah tak
sayang dia, kenapa Allah bagi ujian kepada manusia, kenapa Allah tak lindung
dia, kenapa dan kenapa.
Sedangkan
masa Allah bagi nikmat, dahlah syukur pun susah, lepas tu gembira sampai
tak ingat dunia. Tapi bila dah kena UJI sikit, hancur lebur terus.
Allah...
Moga Allah
beri kita TSABAT iaitu istiqomah dan kekal dalam jalan dakwah tarbiah serta
kekal dengan penghijrahan dan perubahan kita ke arah lebih baik.
wallahu'alam
sumber : What is the Ultimate Loss? [Juz 17] -
Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap
siri 2 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories
Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular,
SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime
Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE dengan hubungi secara sms
atau whatapps di 019 - 362 4649.
3. Jom kongsikan dan follow emel
Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu
http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group
sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 17
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:16
Rating:

6 comments:
As salam ustaz...sye nk tnye 2 soalan...
1.kalau dalam suatu muzik ade bunyi trompet...adakah haram kita mendengar muzik tersebut??? Sye ade dengar yang trompet nie milik agama Yahudi... Sye x dengar lagu tapi instrumental sahaje..
2.bagaiman pula dengan lonceng???adakah haram sye dengar muzik tersebut??
untuk dua2 soalan di atas, tak haram
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
berdasarkan gamba kek tarbiah tu, saya tahu riadah dan usrah je, yang lain xtau. hehe boleh minta pencerahan
Post a comment