Waaa.. Alhamdulillah.. hari ini kita
dah masuk juzuk yang ke 15, iaitu dah SEPARUH dari al Quran. Tahniah kepada sesiapa
yang dah follow BSS daripada awal, terutama daripada juzuk 1 sampailah hari ni.
Moga ada manfaat dan ada yang korang
amalkan sepanjang follow BSS ni.
Ok jom kita sambung malam ini insyaAllah juzuk 15, surah Al
Kahfi iaitu surah ke 18 ayat 23 dan 24.
Bismillah..
وَلَا
تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا
"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak
dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian
nanti".
إِلَّا أَنْ
يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ
رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا
Melainkan "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah
akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku
memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Surah Al Kahfi
[18] : 23-24)
Korang biasa dengar ayat ini kan? Ye
la, setiap hari Jumaat korang baca Al
Kahfi kan. Mesti pernah baca punya. Kalau tidak perasan, pelik juga.
Err.. Kalau korang tak perasan, jangan cakap skip baca pulak? Huhu. Ok, dalam ayat
ini, Allah beritahu secara jelas tentang cara penggunaan "InsyaAllah"
yang saya dan korang selalu guna.
Tetapi ini cara penggunaan yang paling sebenar.
Allah ingatkan kita,
وَلَا
تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ
"Dan JANGANLAH engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak
dikerjakan)..."
Sesuatu apa?
فَاعِلٌ ذَٰلِكَ
غَدًا
".. ‘Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian
nanti’.."
JANGAN sebut macam ini atau menyakini atau confirm nak buat
sesuatu perkara dalam APA JUA sekalipun. KECUALI....
إِلَّا أَنْ
يَشَاءَ اللَّهُ
"Melainkan
"Insya Allah (dengan izin Allah)".."
Kita kena sekalikan percakapan kita dengan
"InsyaAllah..".
Contohnya macam, kita ADA kesungguhan nak buat sesuatu perkara
seperti thesis, tutorial, kerja ofis,
dan sebagainya, jangan lupa ucapkan insyaAllah. Jangan confident terlebih dos
tanpa ucapkan insyaAllah.
Sebab, perancangan Allah berbeza seperti apa yang kita
rancangkan. Kita boleh merancang, tetapi hakikatnya Allah yang mengizinkan
semua tu sama ada siap atau tidak dapat siapkan.
DAN ini penggunaan InsyaAllah yang PALING TEPAT.
---
Pengajaran daripada ayat ini adalah,
1. JANGAN SESEKALI cakap macam ini atau SEUMPAMA macam ini..
"Alaa.. confirm aku boleh buat ni.."
"Ni mesti aku boleh buat esok.."
"Thesis aku confirm boleh siap. Kacang je ni.."
"Assignment ni mudah je. Esok boleh siap.."
"Aku boleh submit kerja ni esok, confirm!"
"Aku akan konvo esok ni. Confirm.."
Sebab apa? Sebab kita tak tahu pun apa yang jadi esok, lusa,
tahun depan dan akan datang. Bahkan 5 minit lagi pun kita tak tahu apa jadi. Entah-entah
kita tidur kejap lagi terus tak bangun esok pagi sebab dah mati?
Errr...
2. Masalah hari ini adalah, orang banyak SALAH GUNA perkataan
InsyaAllah.
Orang tu tiada kesungguhan pun nak buat sesuatu itu, tetapi
apabila orang lain dah suruh, dia cuma cakap InsyaAllah, tetapi dia TIDAK BUAT
pun. Ini yang SALAH !
Contohnya, kawan korang
ajak pergi surau solat maghrib, tapi korang
kata,
"InsyaAllah aku pergi jap lagi. Kau gerak la dulu.."
Sedangkan korang
memang tak nak pergi pun. Ini BERDOSA
tahu tak. Korang seolah mempermainkan
perkataan InsyaAllah itu. Kalau tak pun kawan korang ajak pergi program tarbiah, tetapi korang bagi alasan dengan
kata,
"Hmm.. insyaAllah kot ana pergi. Tapi TAK PASTI
lagi.."
Padahal korang memang
rasa berat nak pergi. Dan tidak bersungguh nak pergi. Ini pun BERDOSA tahu tak
!
Ataupun kawan korang
tanya tentang bila nak siap assignment, korang
pun jawab,
"Haa.. InsyaAllah insyaAllah aku siapkan malam ni."
Padahal memang korang
tidak akan siapkan pun malam itu kalau dah insyaAllah dua kali. Ini pun berdosa
juga tahu!
Sebab apa berdosa? Sebab bila korang sebut 'InsyaAllah', maknanya korang dah BERJANJI sungguh-sungguh. Seorang Muslim bila ia
berjanji, ia akan berpegang pada janji kata Rasulullah !
3. Jadi macam mana mana solusinya? So solusinya adalah,
kalau korang memang tak boleh pergi, cakap tak boleh pergi,
Kalau korang memang tak boleh siap, cakap tak boleh siap,
kalau korang tak mampu, cakap tak mampu,
Kalau korang memang tak nak pergi, cakap tak nak pergi.
Jangan guna InsyaAllah pada perkara yang salah ! Korang akan dapat dosa kering je tahu! Bahkan korang MEROSAKKAN lagi maksud dan kemurniaan insyaAllah itu. Itu
yang menyebabkan muncul istilah,
"Kau ni insyaAllah Melayu ke atau insyaAllah Islam?"
Mana ada InsyaAllah melayu atau Islam. Yang salah tu manusia,
bukan PERKATAAN itu. Jangan sindir InsyaAllah itu sendiri walaupun kita tidak berniat
atau kita tidak perasan. Lain kali cakap macam ini pada kawan korang itu,
"Kau ni boleh janji ke tak? Kalau tak boleh cakap tak boleh.
Kalau tak nak cakap tak nak. Jangan salah guna InsyaAllah tu.."
Ok?
Moga Allah jadikan kita orang yang menunaikan janji, dan jadikan
kita orang yang TIDAK salah guna perkataan InsyaAllah itu.
Bahkan orang akan bertambah hormat pada kita apabila kita guna
InsyaAllah seperti mana orang hormat kita apabila kita guna perkataan
Alhamdulillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
wallahu'alam
p/s: sumber: Juz 15 [Quranic
Gems] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories
Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories
Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular,
SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime
Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE dengan hubungi secara sms
atau whatapps di 019 - 362 4649.
3. Jom kongsikan dan follow emel
Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu
http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group
sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 15
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
00:43
Rating:

4 comments:
Jazakumullahu khairan kathirah.
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
Post a comment