Tadi korang pergi tarawikh tak? Haa, rugi weh
kalau tak pergi. Huhu. Ok, insyaAllah malam ini kita akan sambung juzuk 12,
surah ke 12 iaitu surah Yusuf ayat ke 23.
Bismillah.
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
"Dan
perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf
berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata:
"Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku
berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku
telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim
tidak akan berjaya".
(Surah Yusuf [12] : 23)
Jadi malam ini insyaAllah kita masuk surah
Yusuf, yang mana satu kisah yang sangat masyur dan kita selalu dengar. Saya
ambil satu peristiwa daripada banyak peristiwa panjang yang di alami oleh Nabi
Yusuf alayhi salam,
Iaitu mengenai GODAAN. Allah sebut,
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ
"Dan
perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf
berkehendakkan dirinya.."
Dalam ayat ini, perempuan tersebut (seperti
dalam satu riwayat israiliyyat popular namanya Zulaikha) cuba memujuk atau goda
Nabi Yusuf secara perlahan-lahan atau halus dan lembut.
Bahkan BUKAN hanya sekali je digoda, tetapi berkali-kali
tu!
Dan ketika itu Nabi Yusuf memang tidak boleh
pergi mana-mana, sebab masa itu,
الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا
"..yang
Yusuf tinggal di rumahnya,"
" بَيْتِهَا " ini kalau nak mudah faham adalah rumah itu adalah milik
Zulaikha. Dan seolah Zulaikah ada di mana-mana dalam rumah itu. Memang Nabi
Yusuf tidak dapat nak ke mana-mana. Nak pergi ke dapur, Zulaikha akan ikut.
Pergi ke ruang tamu, dia akan ikut, dan sebagainya.
Kemudian ditambah lagi,
وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ
"..dan
perempuan itupun menutup pintu-pintu.."
Zulaikha tutup semua pintu-pintu rumah tu.
Bukan hanya SATU pintu je. TETAPI semua pintu di rumah itu Zulaikha tutup. Dah la Nabi Yusuf anak muda masa itu. Dia
masih remaja belia. Ditambah pula Zulaikha sebut lagi,
وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ
".."Marilah
ke mari, aku bersedia untukmu".."
Pehhh.. Cair baq ang. Ibaratnya macam ada seorang awek comel pipi pakai blusher mata jeli
datang pada korang lalu dia kata,
"Awak muka macam artis korea baru lepas
bedah plastik la. Ni nombor saya, nanti jangan lupa miss call ea.."
"Eh.. meh la awak sini. Awak hensem
la."
"Ala.. sini la awak. Bukannya apa
pun."
"Awaaa.. saiya taa kuad awaa.”
Pergh. Kencang gila. Tetapi yang menariknya, Nabi Yusuf tidak pula kata,
“Muka kau dah la macam kaki, ingat aku nak ke
kat kau?”
"Ala.. aku tak de perasaan pun kat
kau."
"Aku takde nafsu pun kat kau. Setiap kali
aku tengok kau, aku rasa nak terbuang air besar tau tak."
TIDAK. TIDAK sama sekali. Sebab Nabi Yusuf
tetap ada perasaan yang sama. Dia bukan malaikat. Baginda tetap seorang manusia
biasa. Macam saya dan korang semua.
TETAPI, Nabi Yusuf sebut,
اللَّهِ مَعَاذَ قَالَ
".."Aku
berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu).."
Allahu
Rabbi. Kemudian Nabi Yusuf
tambah lagi,
إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
".."sesungguhnya
Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang
zalim tidak akan berjaya".."
Nabi Yusuf sebut mengenai Allah, Tuhannya dan
Tuhan kita semua. Dia sebut tentang Tuannya. Bahkan dia sebut dia minta
perlindungan pada Allah, dan bagitahu bahawa Allah telah jaganya.
Kenapa Nabi Yusuf cakap macam itu?
Dengan harapan, kalau Zulaikha tidak ingat
Allah sekalipun, at least dia ingat
SUAMINYA. Kalau Zulaikha tidak takut
Allah sekalipun, at least dia takut
suaminya.
Itu cara terbaik Nabi Yusuf sebut. Kemudian
kalau kita sambung kisahnya lagi sedikit, sikit je lagi. Satu point penting saya nak sentuh,
Nabi Yusuf juga TIDAK ADA cakap pada
Zulaikha,
"Astarghfirullah.. Tak baik buat macam
ni."
"Ini tak boleh buat. Ini haram, awak
baik fikir apa yang awak cakap ni?"
"Janganlah macam ni. Dosa, tak baik tau
awak. Allah marah.."
TIDAK. Nabi Yusuf TIDAK CAKAP macam ini pada
Zulaikha. Apa Nabi Yusuf buat? Dalam ayat ke 25 Allah beritahu,
وَاسْتَبَقَا الْبَابَ
"Dan
mereka berdua pun berkejaran ke pintu.."
Nabi Yusuf LARI. Nabi Yusuf tidak peduli pun.
Dia terus lari dan blah. Tiada masa
nak layan atau nak bagi tazkirah ringkas.
--
Apa pengajaran daripada ayat ni?
1. Banyak sangat. Tetapi saya nak sentuh
bahagian terakhir sekali. Apa dia?
Bahagian yang Nabi Yusuf LARI dari Zulaikha.
Allah dah beritahu kepada saya, dan korang semua, samada lelaki atau
perempuan, kalau ada seseorang yang nak
goda, usha atau mengurat korang, tak payah buang masa bagi NASIHAT. Jujurlah pada diri kita sendiri.
Mereka ni takkan makan nasihat dah.
Jadi apa yang kena buat adalah, terus PERGI
dan JANGAN LAYAN.
Kenapa? Sebab korang bukan nasihat pun
(walaupun kata-kata korang nasihat),
tetapi sebenarnya korang cuba tambah
atau bagi masa pada dia saja. Contohnya korang
nak CLASH atau putus dengan boyfriend atau girlfriend korang.
Tak payah nak cakap,
"Abang.. maafkan ayang.. kita kena
putus.. sebabnya bla bla blaa.."
Tak payah. Cakap saja,
"Ok kita putus",
kemudian BLOCK
terus nombor dia. Jangan sekali-kali cakap atau contact lagi. Buat tidak tahu je.
Tidak perlu peduli dia kecil hati ke, besar hati ke, sedih ke, menangis ke, frust tonggeng ke. jangan peduli. Sama juga LELAKI. Kalau
perempuan merayu-rayu,
"Abang.. kenapa abang buat ayang macam
ni.. abang tak sayang ayang ke.."
Korang tak payah bagi tazkirah atau cakap,
"Astarghfirullah. Ingat Allah sayang. Tak
baik couple ni.."
Tak payah der.
Korang block saja terus. JANGAN
RESPON. Atau kalau ikut ayat dari surah Yusuf ni, LARI dari dia.
LARI DAN TERUS LARI.
Kalau bahasa mudah hari ini,
BLOCK,
UNFRIEND, UNFOLLOW, DELETE dan
sebagainya.
Allah DAH bagi solusinya pun. Sebab apa? Sebab
inilah "TIMELESS PROBLEM.." Jujurlah pada diri kita sendiri. Tak
payah respon mesej atau whatsapp.
Walaupun dengan ayat,
"Ini mesej terakhir.. maafkan bla bla
blaa.."
Tak payah. DO NOT ENGAGE. Sama juga macam isu ikhtilat. Tak payah respon pun
kalau tiba-tiba lelaki tu PM facebook
korang,
"kenapa awak diam je sekarang ni? Awak
sombong la. Awak bla bla blaa.."
Tak payah balas. Buat tak tahu saja. ok? crystal clear? Ini bukan nasihat dari
saya semata-mata, ini pesanan dari Allah yang saya petik dari al QURAN. Yang
kita baca HARI-HARI.
Cerita Nabi Yusuf ni bukan SEMATA-MATA cerita
Nabi Yusuf seorang saja, tetapi ia juga CERITA untuk kita juga. Untuk KEHIDUPAN
seharian kita juga.
Wallahu'alam
Sumber : Boyfriends, Girlfriends, &
Temptation [Juz 12] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di
petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1.
Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku
berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
2.
Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE
dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.
3.
Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel
Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan
pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
-
Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 12
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
09:16
Rating:

1 comment:
jap..i thought Zulaikha isteru Nabi Yusuf. sbb biasanya pd kad kahwin slalu ada mention. yg psl Zulaikha cuba rape Nabi Yusuf tu sayatahu tp saya hairan mcm mana boleh jd isteri dka.
Post a comment