InsyaAllah
malam ini kita sambung juzuk 11, surah Yunus, surah ke 10 ayat 65-66.
Bismillah.
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ ۘ إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ۚ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ ۗ وَمَا يَتَّبِعُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ شُرَكَاءَ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
"Dan janganlah engkau merasa dukacita disebabkan kata-kata
mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi
Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui. "
"Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang
lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka
hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang
sentiasa berdusta."
Malam
ini insyaAllah saya ulas lebih kepada ayat 65. Allah beritahu kepada
Rasulullah,
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ
"Dan janganlah engkau merasa dukacita disebabkan kata-kata
mereka yang ingkar itu.."
Ayat
ini diturunkan ketika mana Rasulullah terdengar kata-kata orang kafir yang sangat
menyakitkan hati baginda.
Ketika
itulah Allah turunkan ayat ini dan nak beritahu Rasulullah bahawa Rasulullah
mesti kuat hadapi kutukan, makian, dan cercaan tu. Mesti tabah. Jangan sampai
hilang motivasi. Abaikan makian mereka dan teruskan sampai dakwah Islam.
Kalau
kata-kata puak kafir itu menyebabkan Rasulullah morale down atau hilang semangat, maka nanti Rasulullah tidak akan mampu
sampaikan dakwah Islam dengan baik.
Kalau
Rasulullah hilang semangat, maka macam mana orang Islam yang lain nak
bersemangat. Macam mana para Sahabat nak semangat kalau tengok Rasulullah
sendiri down.
Kalaupun
orang Kafir atau orang yang menentang Islam ini mencerca Allah, atau Islam,
atau Rasulullah hatta umat Islam sendiri, maka Allah dah beritahu,
إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
"..kerana
sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah.."
Allah
mempunyai semua kehormatan,
Allah
mempunyai semua autoriti,
Allah
mempunyai semua kekuasaan,
Allah
mempunyai semua maruah,
Allah
mempunyai semua 'Izzah,
Semua
milik Allah. Jadi tidak perlu risau. Mereka merendahkan Allah pun, Allah tetap
selamanya Maha Tinggi dan Agung. Kemudian Allah bagitahu lagi,
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"..Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.
"
Allah
Maha Tahu kesemuanya apa yang mereka cakap, komen, mesyuarat, buat blog, share, buat video, dan segala-galanya. Bahkan Allah tambah lagi,
أَلَا إِنَّ لِلَّهِ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
"Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi.."
Allah
memiliki kesemua sekali. Dan puak-puak yang kutuk Allah, Islam dan Rasulullah, mereka
selama-lamanya tidak dapat lari ke mana-mana.
---
Pengajaran
dari ayat di atas ini,
1.
Jangan rasa DOWN apabila orang kafir
kutuk Islam, kutuk Allah dan kutuk Rasulullah.
Bahkan
jangan down bila mereka kutuk kita
yang tengah berdakwah ini. Mereka perli, sindir, kutuk, dan sebagainya. Jangan
sekali-kali down. Kalau kita rasa down, kita tengok macam mana Allah tegur
Rasulullah. Dan ambil teguran itu kepada kita sekali..
Jangan
pernah down atau bahasa arab kita sebut sebagai “Futur”.
Sama
juga semasa kita dakwah ataupun ajak housemate,
atau roomate atau kawan-kawan kita
untuk berubah. Contoh yang tidak tutup aurat. Kalau kita ajak mereka tutup
aurat, mereka perli dan sindiri kita, JANGAN MORALE DOWN. Teruskan kuat, jangan dukacita. Allah ada dengan kita.
Percayalah.
Teruskan
ajak mereka kepada kebaikan. Ok?
2.
Jangan TERPENGARUH sangat dengan emosi negatif, sampai akhirnya kita pun MEMAKI
HAMUN serta mencerca dan sebagainya. Akhirnya, apa beza kita dengan mereka?
Jangan
sampai macam itu. Rilek saja, teruskan berdakwah, kawal emosi. Ada masa perlu
marah, memang kena marah. Tetapi BUKANNYA memaki hamun dan mencarut. Beza
antara marah dan maki hamun.
Dan
kalau kita ajak kawan kita berubah, tetapi mereka sindir kita, ELAKKAN kita
sindir balik. Elakkanlah..
Ajak
dengan cara terbaik.. Moga mereka bertemu hidayah Allah.
Wallahu'alam
p/s:
sumber Those Who Insult Allah [Juz 11] - Nouman Ali Khan
Di
petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1.
Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran
seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
2.
Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE
dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.
3.
Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel
Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan
pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
-
Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 11
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:08
Rating:

No comments:
Post a comment