Alhamdulillah,
malam ini kita dah masuk 1/3 Quran, iaitu juzuk ke 10. Saya nak ucapkan tahniah
pada korang yang follow BSS ini dari awal sampailah sekarng.
Jom
kita sambung BSS juzuk 10, surah at Taubah, surah ke 9 ayat ke 41.
Bismillah..
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Berangkatlah kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah
dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang
demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(Surah At Taubah [9]:41)
Ayat
di atas ini boleh dikatakan kita selalu dengar dalam ceramah-ceramah agama di
masjid atau daurah. Ayat ini diturunkan
sebelum berlakunya perang Tabuk,
iaitu selepas Rasulullah dah menawan Mekah dan Islam sudah dominan di Tanah Arab..
Masa
ini tentera Rom sedang merancang untuk serang Mekah. Rasulullah pun tengah
sediakan barisan ketenteraan untuk mempertahankan Islam dan umat Islam serta
mengalahkan musuh. Tapi dalam masa yang sama, ada juga Sahabat Rasulullah yang
rasa agak berat untuk turun.
Ada
yang merasakan (imiginasi penulis),
"Aku boleh lawan
ke? Sebelum ni aku tak pernah ikut perang lagi.."
"Peh.. aku rasa
macam tak boleh lawan je aku ni.."
"Aku boleh
menang ke?"
Jadi
Allah turunkan ayat ini. Tetapi ayat ini bukan hanya untuk Sahabat Rasulullah
masa itu saja, bahkan untuk ke semua sekali..
Semua
sekali tu sapa?
Kita
semua yang masih hidup sampai hari Kiamat. Allah bagi ayat yang sangat umum,
yang mana Allah nak beritahu yang kita semua boleh tolong agama Allah dalam apa
jua sekalipun..
TANPA
ALASAN..
Ok?
No excuse bak kata omputih..
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا
"Berangkatlah
kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebabkan
berbagai-bagai tanggungjawab).."
Walau
dalam keadaan RINGAN atau BERAT sekalipun.. nak berangkat ke mana?
وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
"..dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela
Islam)."
untuk
berjihad dengan HARTA dan JIWA kita. Kemudian Allah bagitahu lagi,
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
".. Yang
demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
Ya,
Allah tahu ia sangat baik untuk kita. Ya, untuk KITA...
---
pengajaran
dari ayat ni,
1.
Allah dah beritahu pada kita macam mana nak SUMBANGKAN sesuatu untuk ISLAM. Dah
beritahu dengan crystal clear!
Macam
mana Shuk?
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا
"Berangkatlah
kamu sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat.."
Ya..
Kita tolong agama Allah samada kita rasa RINGAN atau BERAT..
samada
kita KAYA atau MISKIN,
samada
kita BERBAKAT atau TIADA BAKAT,
samada
kita KUAT atau LEMAH,
samada
kita CERDIK atau BODOH,
samada
kita BERANI atau PENAKUT,
samada
kita SADO atau KEDING (kecil) je,
samada
kita 4.0 flat, atau kita dapat 1.0 flat je,
samada
kita PEMIMPIN atau kita PENGIKUT,
samada
kita kaki FACEBOOK atau kita kaki TWITTER,
Semua
dari kita.
Saya,
admin lain, jiran tetangga tingkat 5,
anak usrah, anak buah, anak saudara mak cik pakcik, pak tam, pak teh, pakcik
abu jual tempe, pakcik dolah jual cendol goreng dan korang SEMUA yang masih hidup.
Tak
kisah lah apa pun korang ada. Atau
tak kisah apa yang korang tiada. Kita
semua boleh SUMBANGKAN untuk ISLAM. Jangan bagi alasan lagi. Tak payah bagi
alasan,
"aku tak
layak.."
"aku tak mampu.."
“aku belum cukup
baik..”
“aku masih belum
cukup ilmu..”
Takkan
semua benda korang tidak mampu? Mesti korang
mampu sesuatu perkara lain. Contoh korang tiada duit. Tetapi korang boleh
bercakap atau berpidato depan orang ramai, jadi sampaikan Islam dengan
PERCAKAPAN korang.
Atau
korang ini akhlak macam haram. Tetapi
korang berani. Jadi sampaikan Islam
dengan KEBERANIAN korang. Korang
sendiri boleh fikir apa yang korang mampu dan apa KORANG TAHU. Bantulah Islam
atau 'offer' pada Allah apa yang kita
mampu untuk bantu agama Allah..
Walaupun korang adalah seorang cleaner Econsave,
Atau
korang adalah seorang penganggur
terhormat,
Atau
korang adalah pekerja ladang sawit
FELDA,
Tidak
kisah siapa pun korang.. Allah tidak
pandang pun. Kalau korang nak tahu,
sebenarnya Allah TIDAK perlu pun bantuan kita. Tetapi Allah BAGI peluang kepada
kita untuk bantu agama Allah..
Peluang
MAHAL ini. Lebih mahal dari peluang jadi pembantu DiRaja, atau jadi orang kanan
Presiden Dunia..
Korang tak nak ke? Atau masih nak layan kpop lagi? Adoi..
So
korang boleh bantu agama Allah kan?
Infiru
!! (muka semangat sambil rambut terbakar)
wallahu'alam
p/s
: sumber - What You Can Contribute to Islam [Juz 10] - Nouman Ali Khan
Di
petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1.
Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran
seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
2.
Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE
dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.
3.
Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel
Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan
pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
-
Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 10
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
00:30
Rating:

No comments:
Post a comment