Wah,
sekarang dah masuk fasa yang terakhir bulan Ramadhan. Dah nak masuk 10 malam
terakhir. Dah bersediakah kita untuk rebut malam lailatul Qadr? Huhu. Ok malam
ini kita teruskan taddabur mengenai ayat tentang SAHABAT BAIK. Meh
buka al Quran, buka juzuk 19, surah ke 25 iaitu surah al Furqan ayat 27-30.
Bismillah..
وَيَوْمَ
يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ
الرَّسُولِ سَبِيلًا
"Dan perihal hari orang-orang yang zalim
menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar
bersama-sama Rasul?.." (27)
يَا
وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku
tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!" (28)
لَقَدْ
أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ
لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari
jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan
itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (29)
وَقَالَ
الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya
kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak
dipakai". (30)
(Surah al
Furqan [25] : 27-30)
Ayat-ayat
ini jelas bagitahu tentang KEPENTINGAN pilih sahabat baik. Dalam ayat pertama
Allah sebut,
,
وَيَوْمَ
يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ
"Dan perihal hari orang-orang yang zalim
menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri).."
Ayat ini
nak gambarkan betapa dahsyatnya penyesalan seorang manusia. Alaa.. Ibaratnya
macam korang gigit jari sebab kunci kereta BMW 5 series korang
masuk lubang jamban. Cuba gigit jari korang sekarang. Haa..
Kemudian
Allah sambung lagi,
يَقُولُ يَا
لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا
"..sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau
aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?.."
Kalau faham
ayat ni, mereka mengaku yang mereka ini bukan tak percaya Rasulullah,
bukan tak yakin pada Nabi, tetapi mereka TAK
AMBIL jalan Rasulullah. Dengan kata mudah, mereka SENGAJA TINGGALKAN sunnah
Rasulullah.
Mereka
percaya Rasulullah,
mereka
yakin Rasulullah itu pesuruh Allah,
Mereka
sayang Rasulullah,
TETAPI...
mereka
abaikan sunnah dan petunjuk Rasulullah.
Mereka TAK ambil sirah Rasulullah sebagai
cara hidup mereka.
Mereka nak
amalkan cara hidup Barat tetapi tinggalkan cara hidup Islam.
Kemudian
mereka ni salahkan KAWAN mereka. Apa mereka kata? Allah sebut,
يَا
وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
"Wahai
celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi
sahabat karib!" (28)
Dalam ayat
ni Allah sebut فُلَانًا (fulanan) yang memberi maksud orang atau kawan yang
mereka langsung TAK ingat
siapa nama mereka. Ibaratnya macam mereka ni mengeluh kat Akhirat,
"Adoi...
aku LUPA pulak siapa nama member aku yang ajak pergi dangdut, karaoke dan
tengok wayang masa kat dunia dulu.."
"Aiseh..
aku tak ingat pula muka member aku yang ajar aku hisap rokok.."
"Arghh..
siapa ek roomate aku yang ajak sama-sama tengok cerita korea dan movie
sampai terlajak subuh?"
"Alaaa..
aku boleh pula lupa nama member aku yang kenalkan aku dengan bekas pakwe aku
masa kat dunia dulu."
Kemudian
Allah tambah lagi,
لَقَدْ
أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي
"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari
jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku..."
Ayat ini
jelas menceritakan yang mereka ni sebenarnya DAH ada orang nasihatkan pun.
Tetapi itulah, jenis ego tak nak terima dengar nasihat. Rasa macam diri bagus
sangat sampai menolak nasihat orang lain.
Dah ada
orang lain nasihatkan jangan merokok, jangan ponteng solat, jangan tengok
cerita korea atau movie sampai terlajak subuh dan sebagainya. Tetapi apa mereka
buat?
Mereka TAK
peduli pun. Malah mereka pilih kawan LAIN yang ajak mereka tengok cerita drama
korea, tengok wayang, dan sebagainya.
Kemudian Allah tambah lagi,
وَكَانَ
الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
"...Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan
manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (29)
Dalam ayat
ini Allah guna perkataan خَذُول (khozul) yang maksudnya macam ni. Dalam konteks manusia, korang ada kawan yang mula-mula
mereka ini akan menjadi kawan baik korang,
ajak korang tengok cerita
Korea, ajak jalan-jalan buang masa ronda KL, ajak main games, ajak tengok movie
lucah dan sebagainya.
Tetapi
sampai satu masa, mereka ini akan TINGGALKAN korang terkapai-kapai. Mereka ni ibarat syaitan di kalangan
manusia. Macam syaitan di kalangan jin, mereka buat korang sesat sampailah masuk Neraka. Selepas itu dia tinggalkan korang kena bakar kat situ.
Allah...
Lepas tu dalam ayat ni Allah sambung yang mana, masa di akhirat mereka ini yang dah
menyesal dan rasa sedih sebab tak
ikut sunnah Rasulullah dan tersalah pilih kawan, tiba-tiba mereka nampak
Rasulullah datang pada mereka.
Fuh, apa lagi, mereka punyalah
gembira sebab ingatkan Rasulullah nak bagi syafaat atau pertolongan ke, apa ke.
Tetapi sayangnya, Rasulullah sebut masa di Akhirat tu,
وَقَالَ
الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku
sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang
ditinggalkan, tidak dipakai". (30)
Dengan kata
lain, Rasulullah cakap pada Allah yang sebahagian dari umat Rasulullah tu
hanya ISLAM pada nama. ISLAM pada keturunan. Tetapi LANGSUNG tak amalkan
Islam.
Aduh…
Naudzubillah...
----
Pengajaran
banyak sangat dari ayat ni. Tetapi saya nak sebut beberapa point
penting,
1. Kita kena ingat satu benda sangat
penting. Tak cukup kalau kita
hanya sekadar melaungkan,
kita cinta pada Rasulullah,
kita rindu pada Rasulullah,
kita nak jumpa Rasulullah,
kita nak jadi umat Rasulullah..
TETAPI kita abaikan sunnah Rasulullah. Kita LANGSUNG tak ikut apa yang Rasulullah LARANG dan BENCI. Kita kata cinta dan rindu Rasulullah
bagai. Tetapi cara hidup kita sebiji macam orang Barat yang kebanyakkan jauh
dari Islam.
So betul ke kita cinta dan rindu Rasulullah?
Fikirkan sebelum
tidur.
2. Kalau
ada orang nasihat kita atau
kalau ada orang ajak kebaikan, IKUT DIA !! Saidina Ali pernah ajar,
“Lihatlah
apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang berkata.”
Kalau ada senior ataupun member kita ajak pergi usrah, ajak
pergi program tarbiah, ajak pergi daurah,
ajak pergi kelas agama, ajak pergi solat berjemaah, KENAPA kita bagi ALASAN tak nak pergi?
Sedangkan kita TAHU yang kita BOLEH pergi, tetapi kita tetap TAK NAK pergi. Kenapa??
Kalau ada
kawan koita yang lain datang
ajak pergi tengok wayang, ajak pergi teman dia dating dengan pakwe, ajak pergi karaoke, ajak
merokok, ajak tengok drama, kita
LAJU je ikut.
Kita TAK takut menyesal ke?
3. Kita PANDAILAH pilih sahabat yang
baik. TINGGALKAN sahabat yang jahat dan tak
boleh pakai.
"Nanti
takkan masuk Syurga sorang-sorang?"
Wahai
kawan-kawan, pegang kata-kata ni dengan betul,
Orang yang
baik adalah untuk kita berSAHABAT, manakala orang jahat adalah untuk kita
berDAKWAH. Bila kita bersahabat, kita akan TERPENGARUH. Bila kita berdakwah,
kita akan MEMPENGARUH.
Ada faham?
4. Sebagai
penghargaan kita kepada
sahabat-sahabat yang dah ajak kita
ke program tarbiah ataupun usrah (terutama naqib atau naqibah), dan penghargaan
kepada ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan baik kita yang selalu nasihatkan kita,
Belikanlah
buku ini untuk mereka kalau korang rasa buku ini ada manfaat. Sebagai tanda
terima kasih kepada mereka. Haha. Ok gurau je, tapi kalau nak beli bagus juga.
Hehe.
Moga ibu
bapa, adik-beradik, sahabat-sahabat baik termasuk naqib dan naqibah kita dan kita semua masuk ke Syurga Firdaus Allah.
Amin.
Wallahu'alam
p/s: sumber: Importance of Good Company [Juz
19] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap
siri 2 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories
Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular,
SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime
Stories Sentap (siri 1 & 2) secara ONLINE dengan hubungi secara sms
atau whatapps di 019 - 362 4649.
3. Jom kongsikan dan follow emel
Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu
http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group
sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 19
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
00:01
Rating:

5 comments:
As salam ustaz...sye nk tnye 2 soalan...
1.kalau dalam suatu muzik ade bunyi trompet...adakah haram kita mendengar muzik tersebut??? Sye ade dengar yang trompet nie milik agama Yahudi... Sye x dengar lagu tapi instrumental sahaje..
2.bagaimana pula dengan lonceng???adakah haram sye dengar muzik tersebut??
SahabatQQ.Casino Agen Domino 99 dan Poker Online Terbesar di Asia
Jelaspoker.com Situs Agen Poker Online Terpercaya di Indonesia
DominoHP.net Agen Poker Online Terpercaya
Sarana118.com Agen Judi Sbobet Live Casino dan Togel Online Terpercaya seasia
Sarana Pelangi Agen Judi Domino QQ, Bandar Poker dan Bandar Qiu Qiu 99 Terpercaya Seasia
agen togel online terpercaya
Daftar Situs Agen Togel Online Terpercaya di Indonesia
daftar agen togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online aman dan terpercaya
daftar bandar togel online aman dan terpercaya
daftar situs togel online indonesia
daftar togel online terpercaya
togel online resmi di indonesia
daftar togel online terpercaya
bandar togel terpercaya
situs togel online terpercaya
rekomendasi agen togel online terpercaya
rekomendasi bandar togel online terpercaya
rekomendasi situs togel online terpercaya
Kumpulan situs Agen Togel Terpercaya
kumpulan bandar Togel Terpercaya
kumpulan agen Togel Terpercaya
agen togel terpercaya
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
situs poker terpercaya
bandar poker
situs poker
agen poker
agen judi poker
AGEN POKER TERPERCAYA
Situs poker uang asli terpercaya
Agen ceme
agen dominoqq
poker online
Agen Ceme Online
Agen Domino Terpercaya
Dominoqq
Agen Judi Domino
agen capsa susun
Agen Poker Terpercaya
Bandar Poker Terpercaya
Situs Poker Terpercaya
Poker Uang Asli Terpercaya
Poker online Uang Asli
Situs Poker Uang Asli
Agen Texas Terpercaya
Bandar Ceme Online
Bandar Ceme
Post a comment