Hmm…
Aku selalu fikir. Kenapa, kenapa setiap kali bila aku
nak buat baik, mesti ada orang kutuk. Setiap kali aku nak berubah, mesti akan ada
orang pertikai dan ungkit kisah silam aku. Kenapa tiap kali aku nak ajak orang
buat baik, aku akan di label dengan pelbagai labelan dan kutukan….
Aku rasa, siapa yang pernah tegur kawan dia, mesti
pernah kena kutuk dengan ayat-ayat macam ni:
“Kau nak tegur, checkla diri kau dulu! Tak payah nak
bajet baik. Kau tu poyo je lebih!”
“Babi sial kau ni… Pergi mati la. Apahal kau nak tegur
aku? Kau sape?!!”
“Tegur hikmah la sikit bro….!”
Macam-macam ayat yang biasa di keluarkan oleh
mulut-mulut orang yang bencikan kebaikan yang di lemparkan pada mereka-mereka
yang nak mengajak mereka pada kebaikan.
Dan…….
“Weh, kau tak payah nak syadid sangat boleh tak? Kalau
kau nak syadid, syadid sorang-sorang dah la….”
Huh.
Aku fikir, kenapa benda ni jadi? Tapi, bila aku
muhasabah diri aku, dan aku soroti serta kembali baca sirah-sirah nabi dan
sahabat, akhirnya aku akan dapat buat kesimpulan:
“Kalau kau nak jadi baik, kau kena bersedia untuk di
maki hamun oleh orang ramai dengan pelbagai kutukan…”
Nabi Ibrahim, di campakkan ke dalam api yang besar
oleh Namrud dan kuncu-kuncunya. Nabi Musa di buru oleh Fir’aun dan tenteranya.
Nabi Zakaria di gergaji sampai mati. Nabi Isa di kejar oleh kaumnya yang ingin
membunuhnya. Nabi Nuh di pulau, di herdik dan di hina oleh kaumnya, Nabi Ayub
di tinggalkan anak isterinya, Nabi Muhammad di label gila, sesat, pemecah belah
umat, ekstrimis, terroris, ahli sihir, dan sehingga sekarang di benci oleh
musuh-musuh islam…
Hasan Albanna di tembak mati. Syed qutb di gantung sampai mati. Syeikh Ahmad Yasin dan syeikh Abdul Aziz Al-Rantisi di bom dengan apace sehingga berkecai. Syeikh Abdullah Azzam, di bom melalui telefon bimbit. Pejuang-pejuang islam di penjara berkali-kali, dan tidak pernah hidup senang lenang di muka bumi.
Kenapa semua pendakwah dan pejuang agama akan melalui saat-saat ini?
Kenapa mereka sering di kutuk dan di herdik?
Kerana, nak masuk syurga bukan benda yang mudah. Ia
amat payah, dan perlu pengorbanan yang besar.
Kalau betul kau nak masuk syurga, kau kena bersedia
untuk menempuhi segala cabaran yang bakal berlaku.
Kalau kau nak
BERUBAH, kau kena bersedia!
Kalau kau nak BERDAKWAH, kau kena bersedia!
Jangan hirau apa orang kata. Kau ada Allah.
Allah!!
***
Huh, lama pulak aku termenung, bercakap dalam hati
kepada diri sendiri.. Itu hobi aku. Bila aku down, bila aku sedih dan lemah
semangat, aku akan bermonolog pada diri sendiri, kembali muhasabah diri. Aku
sedar, aku lemah dan hina. Baru di uji sikit dah down…
Aku teringat, macamana aku selalu di label sebagai
SYADID(keras) bila aku tegur kawan-kawan aku. Awal-awal, memang aku sakit, hati
aku pedih, aku rasa terhimpit. Tapi, aku masih ingat pesanan naqib usrahku yang
sehingga kini aku pegang. Dia pesan pada aku:
“Omar, anta kena tahu. Hari ni, orang yang mengamalkan
agama yang sebenar di anggap syadid. Manakala orang yang melonggar-longgarkan
agama di anggap benar….”
Aku tersenyum.
Aku pegang kata-kata itu.
Dan, aku teruskan langkah!
Cukup masa down dan putus asa….
Aku perlu teruskan dakwahku walau apapun ujian yang
melanda. Kerana aku sedar, aku sedar, bahawa:
KETIKA CINTA MENYENTAP : Prolog
Reviewed by Unknown
on
21:11
Rating:

7 comments:
Bersabar dalam melakukan benda baik akan mendapatkan kemanisan iman...moga saya dan orang ramai dapat kesabaran juga dlm melakukan dakwah.
😊😊
😊😊
Assalamualaikum,
tahun 2018 belum ada entry.
Alhamdulillah byk yg saya dpt belajar dan memahami dari entry2 blog anda.
Wassalam
ada buku yang kedua ke?
Ada sambungan ke novel ni??
Post a Comment