Secara jujurnya, sangat berat untuk saya tulis bab
ini. Wallahi, sangat berat. Saya ambil masa yang agak lama untuk fikir, perlu
atau tidak saya masukkan bab ini dalam buku kali ini. Tetapi, apabila kami
mendapat ratusan soalan dan luahan di inbox Facebook page dan emel Tarbiah
Sentap, saya rasa saya perlu tekad untuk tulis bab ini.
Bab
ini adalah bab yang melibatkan aib, maruah dan juga kehormatan. Reputasi saya boleh terjatuh, sebab kalau
orang salah faham kenapa saya tulis bab ini, saya boleh kena fitnah dengan
teruk.
Tetapi percayalah, Wallahi saya menulis
ini adalah untuk membantu ummat. Saya menulis dalam keadaan menangis, kerana saya tak nak ummat ini hilang jati diri
dan kecelaruan identiti, seterusnya putus asa dengan Allah lalu murtad.
Wallahi,
tulisan ini langsung TIDAK menyuruh
berzina. Tetapi ketahuilah, di luar sana SANGAT RAMAI anak orang Islam
khususnya Melayu yang dah terlanjur berzina. Serius sangat ramai, daripada yang
masih bersekolah, sehinggalah di alam universiti. Daripada pelajar atau
golongan aliran sains atau ‘awam’, sehinggalah pelajar aliran agama seperti
sekolah agama atau fakulti pengajian Islam!
Itu belum lagi yang masih di alam
pekerjaan, bahkan lebih teruk lagi, dah berkahwin pun masih berzina dengan
orang lain!
Kalau
kau sungguh-sungguh mendalami denyut nadi ummat ini, isu terlanjur ini adalah
salah satu isu kritikal yang berlaku pada ummat selain daripada isu-isu lain
seperti isu ideologi, ekonomi dan sebagainya. Ini pun isu berat dan serius.
Ketahuilah, tujuan saya menulis bab ini
antaranya adalah untuk memberi harapan
kepada mereka yang sudah terlanjur bahawa mereka masih ada harapan dan
pilihan untuk BERTAUBAT dan mereka juga TIDAK KOTOR lagi kalau mereka bertaubat.
Masih ada dan sentiasa ada insyaAllah selagi belum jadi mayat.
Kemudian
saya juga tulis bab ini bertujuan agar orang yang sudah terlanjur tahu apa yang
mereka perlu buat selepas ini tanpa
mengulangi dosa mereka semula, dan membina hidup baru. Membina hidup
berTuhan, bukan hidup bersyaitan.
Luahan.
Kami banyak kali menerima luahan dan pengakuan
daripada mereka yang terlanjur. Semuanya memberi luahan bukan untuk suka-suka,
tetapi untuk membantu mereka macam mana nak keluar daripada ketagihan berzina.
Sekali dah berzina atau terlanjur, memang akan ketagih! Bukan dadah atau rokok
je boleh ketagih, berzina pun boleh ketagih!
Antara
luahan kritikal yang kami dapat adalah, seorang perempuan yang mengaku dia
belajar di sebuah IPTA Malaysia, yang berasal daripada keluarga yang
mengamalkan Islam sebaiknya, maksudnya mak dan adik beradik tudung labuh, ayah
selalu jaga amal di masjid dan sebagainya. Bahkan, pelajar ini mengambil aliran
pengajian Islam.
Masa
zaman sekolah di sekolah agama, dia langsung tidak pernah bercinta. Katanya nak
bercinta selepas nikah. Apabila masuk alam IPTA, dah mula culture shock sebab bercampur dengan lelaki. Akhirnya dia bercinta
dengan seorang lelaki yang sama fakulti dengannya, bakal “ustaz” lah kiranya.
Selepas bercinta punya bercinta, akhirnya dah pandai pegang tangan, dating, dan
sebagainya. Sebab jauh daripada keluarga.
Lalu
kesannya, dia terlanjur beberapa kali, dan mengandung! Semasa mengandung,
pakwenya minta dia gugurkan kandungan. Kalau tak nak gugurkan kandungan, dia
akan tinggalkan perempuan itu dan tak nak mengaku anak dalam kandungan itu
sebagai anak dia.
Perempuan ini menangis, lalu dia inbox
page kami. Dia inbox dalam sekitar pukul 9.00 malam. Dia ceritakan semua
masalah yang berlaku, dan dia cakap dia tak nak gugurkan kandungan itu. Dan dia
dah beberapa minggu tak pergi kuliah sebab perut dah besar.
Kemudian
dia buat permintaan kami dengan kata,
“Admin,
saya sekarang dah mengandung. Apa perlu saya buat? Saya tak nak buat dosa kali
kedua. Saya dah tertekan teramat sangat. Tolong, apa perlu saya buat? Tolong
jawab mesej ini, atau kalau tidak saya akan bunuh diri!”
Gila kritikal sampai tahap nak bunuh
diri. Malah ada kes lain yang mana ini kawan housematenya yang cerita. Dia
kata, housematenya dah bekerja dan bercinta lama dengan pakwenya sampai
akhirnya bertunang. Tetapi seminggu lebih sebelum berkahwin, mereka terlanjur.
Bertunang pun dah terlanjur. Kemudian
beberapa hari sebelum hari pernikahan, lelaki tersebut memutuskan pertunangan.
Housematenya jadi tertekan dan menangis.
Bertambah lagi tertekan, housematenya
itu kini mengandung anak luar nikah! Dan lebih tertekan tahap kritikal,
beberapa minggu selepas putus tunang, lelaki tersebut kahwin dengan perempuan
lain! Lagilah housematenya tertekan sangat sampai murung dan berkunci dalam
bilik. Hingga dia kena buang kerja sebab beberapa hari tak datang kerja.
Dan ada banyak lagi luahan dan
pengakuan, sama ada yang dari aliran pengajian Islam, yang pernah ditarbiah –
maksudnya yang ikut usrah, datang program tarbiah dan sebagainya – sehinggalah
orang yang bukan aliran pengajian Islam. Ini bukan cerita rekaan saya, memang
ia real. Saya malas nak copy paste tulisan mereka, sebab ia panjang sangat. Dah
macam karangan.
Dan saya sebut pengajian Islam BUKAN untuk memburukkan mereka,
wallahi! Tolong jangan salah faham. Saya sebut pengajian Islam dan ikut tarbiah
sebab nak beritahu kau, kalaulah orang yang belajar ilmu agama secara mendalam
atau yang ikut tarbiah sekalipun pun boleh terlanjur, apatah lagi yang jauh
dari agama, tak belajar ilmu agama, tak pernah pergi kelas pengajian, jarang
turun masjid, tak tutup aurat, dan sebagainya.
Dan kau juga kena tahu dan faham bahawa
orang yang ambil pengajian Islam, sekolah agama atau bakal ustaz ustazah ini bukan maksum, dan juga bukan malaikat atau bidadari. Mereka
juga manusia biasa, yang terdedah dengan tipu daya iblis dan buat dosa.
Dia sama macam kau, manusia biasa hidup
akhir zaman yang penuh fitnah. Kita bantu mereka walaupun mereka aliran
pengajian Islam sekalipun, sebab dia juga nak bertaubat dan berubah. Kerana
kita juga bukan malaikat.
Cuma apa saya nak kau rasa adalah, rasakanlah
betapa kritikalnya umat ini! Kalau
tak percaya, pergi jabatan agama atau hospital, minta statistik anak luar nikah
dan yang kena tangkap khalwat. Statistiknya sangat menyeramkan.
Saya tak perlu tulis di sini, sebab kau
boleh cari di Google dan sebagainya. Cuma apa yang perlu saya cakap adalah,
ummat hari ini dah sangat kritikal dan tidur lena! Kalau kau yang sedar dari
lena pun tak buat apa-apa, apatah lagi yang sedang lena.
Arghhh!!
Apa Perlu
Buat?
Baiklah,
kalau kau yang baca ini dah terlanjur, apa perlu kau buat? Di sini saya
tuliskan beberapa langkah yang saya rasa sesuai dan sepatutnya buat. Ini bukan
nas syarak yang wajib kau ikut, tetapi ia adalah cadangan. Kau boleh terima,
kau boleh tolak. Tiada masalah. Cuma ada beberapa perkara je yang wajib, dan
nanti saya akan nyatakan.
1) Sebelum pergi jauh, kalau kau dah pernah terlanjur dan
sekarang kau nak bertaubat dan berubah, saya ada berita baik untuk kau. Nak
tahu apa dia?
Serius?
Iaitu Allah sayang dan cintakan kau! Wallahi, saya tak tipu kau, Allah
sayang pada kau. Allah cintakan kau. Buktinya, Allah bagi kau hidayah, Allah campakkan dalam hati kau rasa serba
salah dan takut. Allah campakkan dalam hati kau rasa bahawa kau wajib
berubah.
Kau tidak rasa sombong dengan dosa kau,
sehingga kau pertahankan dosa kau dan tak nak taubat. Tidak, tetapi Allah nak
kau bertaubat dan berubah.
Cuma kau jangan putus asa dengan Allah.
Rasakanlah dalam diri kau bahawa Allah cintakan kau lagi, Allah sayang kau
walaupun ramai manusia merasa jijik dan benci pada kau. Tetapi Allah tak
begitu.
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
(Surah Az Zumar 39:53)
Bertaubat dan
bergembiralah sehingga menangis,
kerana Allah masih cintakan kau! Kalau Allah benci kau, dia akan campakkan
dalam hati kau perasaan malas untuk
bertaubat, malah lebih teruk dari itu, kau BERBANGGA dengan dosa kau
sehingga kau suka bila orang tahu kau berzina. Bukannya ada rasa malu dan
takut. Naudzubillahi minzolik.
2) Perkara pertama yang WAJIB kau buat sekarang ini adalah kau bertaubat bersungguh-sungguh. Taubat bersungguh-sungguh ini
maksudnya berjanji pada Allah dan diri kau untuk tidak buat lagi.
Buat solat sunat taubat, ataupun kalau
tak boleh solat, kau duduk menghadap kiblat (sebagai adab), tadah tangan dan
berdoa merayu-rayu kepada Allah minta ampun pada dia sampai menangis
teresak-esak. Bertaubat hari-hari, kalau tak sempat doa, istighfar setiap hari
sekurangnya 100 kali.
InsyaAllah orang yang bertaubat lebih mulia dari orang yang tidak bertaubat walaupun
dia tak pernah berzina. Kalau kau bertaubat sungguh-sungguh iaitu taubat
nasuha, kau ibarat bayi yang baru lahir. Bergembiralah!
Kalau ulang balik dosa tersebut? Taubat
lagi dan usaha bersungguh-sungguh untuk tinggalkan maksiat tu lagi. Bertaubat
dan terus bertaubat, sampai akhirnya moga kau mati dalam keadaan bertaubat,
bukan tengah maksiat. Jangan TANGGUH
taubat.
3) Ramai orang yang dah terlanjur merasakan dirinya kotor
dan jijik WALAUPUN dah bertaubat. Saya nak beritahu, JANGAN merasakan diri kau itu KOTOR atau JIJIK sekiranya kau dah
BERTAUBAT. Kerana orang yang dah bertaubat ini ibarat bayi yang baru lahir.
Tetapi jangan pula rasa diri kau mulia dari
orang lain, aku lempang nanti.
Tetapi syaratnya kau mesti bertaubat
sungguh-sungguh, selepas itu move on dengan hidup baru. Jangan ulang lagi
kesalahan lalu. Kau mungkin tak boleh lupa memori luka itu, tetapi kalau kau
bertaubat sungguh-sungguh, Allah telah lupakan dosa yang kau buat itu. Baiknya
Allah! Subhanallah!
4) RAHSIAKAN aib
kau selama-lamanya. Ini adalah
aib dosa peribadi kau, dan kau wajib rahsiakan. Tidak perlu cerita kepada orang
lain. Kalau perlu cerita pun, ceritalah kepada orang yang paling kau percaya
yang dia tidak akan bocorkan aib kau dan membantu
kau, bukannya kutuk dan hina kau. Beritahu contoh kepada kaunselor, kawan
baik dan sebagainya.
Dan haram untuk
kau GEMBIRA dan BANGGA dengan dosa kau.
5) Sekarang apa nak buat dengan pakwe atau makwe kau itu?
Apa lagi, bernikahlah! Kau dah tahap
wajib bernikah ni. Pujuk dan yakinkan mak ayah untuk bernikah, tetapi
rahsiakan apa yang kau dah buat. Itu adalah aib kau, dan peliharalah aib kau.
Kemudian dalam masa yang sama, jangan berikhtilat lagi. Ikhtilat ini dah
diterangkan secara detail dalam buku Tarbiah Sentap siri 1.
Bernikah secepat mungkin, kalau boleh
tahun itu juga. Jangan terlanjur lagi, jaga ikhtilat sungguh-sungguh. Sebab
ikhtilatlah kau couple, pandai pegang tangan dan berzina. Ia bermula sebab
ikhtilat! Itu root cause kau berzina.
Jadi jaga root cause ini.
6) Macam mana kalau lelaki atau perempuan itu tinggalkan
kau? Ini biasanya banyak berlaku pada perempuan. Dia akan tertekan. Lelaki
biasanya kalau dah berzina kemudian perempuan itu nak tinggalkan dia, jarang
jumpa kes dia tertekan. Tak tahulah kalau kau tertekan.
Kalau kau adalah perempuan, kau ada
beberapa pilihan untuk buat. Saya cuma bagi cadangan, dan kau pilihlah nak buat
macam mana.
(a) Kau pujuk
lelaki itu untuk bertanggungjawab. Pujuk dia supaya dia bernikah dengan
kau. Kalau kau masih pelajar sekolah, minta dia kahwini kau selepas habis
tingkatan 5. Sepanjang proses nak berkahwin, jaga ikhtilat dan jangan berzina
lagi.
(b) Kalau lelaki itu tekad tak nak bertanggungjawab, MOVE ON saja. Bukan vape on. Buat apa
merayu kepada orang yang langsung tak bertanggungjawab.
Kalau kau paksa juga sehingga dia berkahwin dengan kau dalam keadaan
tertekan, saya risau lepas kahwin kalau dia masih tak taubat, dia tidak akan
bertanggungjawab dengan kau, dan akhirnya kau bercerai. Lagi kritikal.
Binalah hidup baru tanpa lelaki itu. Kau tak rugi dan kau tak tanggung
dosa dia pun. Kalau dia tak bertaubat, itu urusan dia dengan Allah. Apa kau
perlu buat sekarang, kalau kau belajar lagi, bertaubatlah dan mulalah belajar
sungguh-sungguh, tak payah fikir bercinta. Dah tiba masa kau rasa nak kahwin,
barulah ikut seperti proses yang saya cadangkan sebelum ini.
Kalau kau sudah bekerja, bantulah keluarga dan adik beradik kau. Dan
sebaiknya, berkahwinlah secepat mungkin kalau boleh tahun itu juga. Sebab
biasanya orang dah pernah berzina, dia akan rasa ketagih.
Dan jangan pula nak membujang sebab benci lelaki. Haram. Dan TAK SEMUA lelaki jahat. Sebab itu kena
pandai usaha dan buat persediaan.
Anggap ini adalah ujian yang kau dapat hasil dari dosa kau. Allah nak
tengok kesungguhan kau menyesal dan bertaubat. Boleh jadi kalau lelaki itu tak
tinggalkan kau, mungkin kau akan terlanjur sekali lagi. Siapa tahu.
(c) Kalau dah kahwin nanti dengan lelaki lain, RAHSIAKAN dari suami kau. Jangan
ceritakan yang kau pernah terlanjur. Ia bagi mengelakkan mudarat yang lebih
besar seperti pergaduhan rumahtangga dan cerai. Ketahuilah, cerai adalah
perkara halal yang DIBENCI Allah.
Fikirlah tentang masa depan anak-anak kalau kau bercerai dengan suami.
Tak kesian ke? Saya adalah anak yang lahir dari penceraian ibu ayah saya. Sakit
tahu hidup dalam keluarga berantakan. Saya tahu, ini adalah takdir saya dan
saya tiada pilihan.
Tetapi kau ada pilihan untuk tidak bercerai. Buatlah pilihan dengan
baik. Biarlah peristiwa hitam itu antara kau dengan Allah saja.
Dan saya tahu, ramai kata kalau perempuan dah terlanjur berkahwin,
walaupun dia rahsiakan yang dia pernah terlanjur, tetapi nanti suami akan dapat tahu juga sebab rasa beza perempuan yang dah
terlanjur atau tak.
Persoalan saya di sini, macam
mana suami kau boleh tahu beza kalau itu adalah kali pertama dia? Kalau dia
dapat rasa beza, mesti rasa “fishy” atau pelik. Sebab itu first time dia, jadi biasanya tidak akan rasa beza sebab dia pun
tak tahu.
Walau apa pun, dalam masa yang sama, kau wajib berdoa sungguh-sungguh
setiap hari agar Allah pelihara dan tutup aib kau sampai jadi mayat. Antara
tips nak Allah jaga aib kau adalah, kau berdoa agar Allah pelihara dan tutup
aib kau, dan satu lagi, kau TUTUP dan
jaga aib orang lain.
Dengan kata lain, jangan MENGUMPAT peribadi orang, jangan buka aib orang
lain, jangan bocorkan rahsia dan dosa peribadi orang lain dan sebagainya.
Dan kalau kau adalah lelaki, kau buat juga
perkara yang sama seperti di atas. Pujuk ajak kahwin, kalau dia berkeras tak
nak, move on saja dan mulakan hidup baru yang bebas dari dosa berzina. Setiap
orang ada pilihan untuk berubah dan bertaubat, atau masih kekal dalam dosa yang
sama. Kau pilihlah untuk berubah dan bertaubat.
7) Kalau mengandung
macam mana? Haa. Ini yang paling susah nak jawab sebenarnya. Saya ambil masa
berbulan berbincang dengan beberapa orang kawan termasuk team Tarbiah Sentap,
apa yang perlu kita cadangkan kepada orang yang dah mengandung ini. Baiklah,
ini antara beberapa cadangan kami.
a) Yang ini wajib kau ingat bahawa, JANGAN pernah terfikir untuk gugurkan kandungan. Please saya
merayu, jangan. Kau dah terlajak buat dosa, takkan kau nak gugurkan kandungan
lagi. Tolonglah, kesianlah pada anak tu. Apatah lagi kalau bayi dalam kandungan
kau dah sampai 4 hingga 5 bulan kandungan. Tolong ya, jangan gugurkan.
Ramai suami isteri di luar sana yang nakkan bayi, tetapi tak dapat walau
dah berkahwin bertahun-tahun. Takkan kau sanggup gugurkan. Itu belum lagi
termasuk kesan sampingan.
b) Yang ini, kau
minta lelaki itu bertanggungjawab. Suruh dia berkahwin dengan kau. Kalau
dia suruh gugurkan, kau berkeras dengan dia tak nak gugurkan. Pujuk dan merayu
agar dia bertanggungjawab, itu anak kau bersama dia. Takkanlah dalam jiwa dia
tiada sekelumit perasaan kesian atau sayang pada bayi itu.
Melain dia tiada hati perut.
c) Kalau lelaki itu memang tak nak bertanggungjawab, saya
ada beberapa cadangan untuk kau tetapi ia bergantung pada situasi. Situasi
pertama, jika kau adalah pelajar sekolah, yang pertama sekali maklumkan kepada
mak ayah kau tentang perkara ini, kalau kau ada keberanian.
Ia berisiko, sebab ada mak ayah yang benci lalu halau anak dia, ada yang
tak nak mengaku anak. Tetapi ada juga yang sedih tetapi redha. Saya jumpa banyak kes yang mak ayah memang sedih dan
terduduk, tetapi perkara dah berlaku. Takkan nak halau pula. Jadi dia tolong
anaknya.
Kemudian kalau kau tak berani, pilihan kedua yang kau ada adalah
maklumkan kepada guru kaunseling dan minta dia rahsiakan perkara ini daripada
guru-guru dan pelajar lain. Dia akan bantu insyaAllah, kalau dia guru
kaunseling yang berdedikasi.
Kemudian, pilihan ketiga yang kau juga ada adalah, masuk ke
sekolah-sekolah pemulihan. Di sana insyaAllah mereka akan bantu sebaik mungkin
untuk selesaikan masalah kau.
Situasi kedua, kalau kau adalah pelajar IPT, pilihan kau ada yang
pertama adalah kau maklumkan pada mak ayah. Pilihan kedua adalah, kau BEKUKAN
atau tangguhkan semesta, kemudian pergi ke pusat pemulihan seperti Raudhatus
Sakinah, dan sebagainya dan lahirkan anak di sana.
Di sana insyaAllah akan dimaklumkan apa yang perlu buat. Saya tak tahu
apa prosedur di sana, cuma itulah tempat yang kami boleh cadangkan. Dan minta
pandangan orang di sana apa yang perlu kau buat seterusnya. Kemudian minta juga
pandangan dari pihak psikologi atau kaunselor di universiti kau untuk pandangan
dia. Pastikan minta dia rahsiakan.
d) Tetapi walaubagaimana pun, kau hari-harilah berdoa agar
diberi kekuatan untuk kau berbincang dengan keluarga kau. Kalau kau kena marah
sekalipun, saya yakin insyaAllah keluarga kau takkan buang kau. Paling tidak
kau buat mak kau menangis, ayah kau tepuk dahi sambil terduduk, adik beradik
kau terdiam malu.
Cuma nasihat saya, face the
ruthless problem, don’t run from it! Moga Allah bagi kau kekuatan untuk berubah
sepenuhnya, dan beritahu sejujurnya. Dan moga Allah bagi kekuatan pada keluarga
dan adik beradik kau untuk berhadapan dengannya.
Bertaubatlah.
Saya
tahu, selepas kau baca bab ini, mungkin akan timbul beberapa lagi persoalan
dalam kepala kau. Maaf sebab banyak tidak menjawab dan membantu kau persoalan
kau. Mungkin akan ada nak tanya macam mana kalau suami kayu tiga, isteri
curang, atau mak atau ayah yang curang dengan pasangan lain, ataupun adakah
lelaki atau perempuan itu akan berubah pada masa hadapan, atau macam mana nak
cari pasangan yang terima kau seadanya dan sebagainya.
Mungkin
juga akan ada yang nak tanya, kalau dah pernah berzina dan bertaubat, adakah
kemungkinan kalau kahwin nanti, kau akan berkahwin dengan penzina juga sebab
Allah kata lelaki yang baik berkahwin dengan perempuan baik dan seterusnya. Kau
rujuklah orang yang berhampiran kau yang kau percaya. Saya tolong mana yang
mampu saja, termasuklah menulis bab ini.
Pada
akhir bab ini, saya cuma nak beritahu beberapa perkara saja. Yang pertama, ayat
tentang lelaki baik dengan perempuan baik, perempuan jahat dengan lelaki jahat,
ia terpakai sekiranya kau TIDAK
bertaubat. Kau masih lagi nak berzina, kau jadi pelacur dan sebagainya.
Maka kau mungkin akan dapat jodoh yang jahat. Sama seperti yang saya cerita bab
persediaan jodoh itu.
Kalau
kau dah bertaubat sungguh-sungguh, kemudian taat perintah Allah jauhi larangan
Allah sampai kau jadi wanita solehah akhir zaman, kau mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah berzina dan
soleh. Atau kalau pernah berzina pun dia dah bertaubat sungguh-sungguh
macam kau. Sebab Allah itu tidak pernah mengecewakan. Allah selalu bagi kita
pilihan dalam hidup ini, pilihlah dengan sebaiknya.
Sebab
lepas kau mati nanti, kau dah tiada pilihan lagi. Sementara masih boleh pilih, pilihlah untuk bertaubat dan berubah.
Yang kedua, kau sentiasa ada harapan
untuk jadi baik dan soleh atau solehah. Walaupun kau adalah seorang lelaki atau
perempuan yang sangat jahat dulu. Saya yakin, kau boleh berubah, itupun kalau
kau PILIH untuk berubah.
Allah
sangat baik. Wallahi, sangat baik. Saidina Umar al Khattab yang sebelum Islam
sangat teruk dan jahat, tetapi Allah sayang dia, Allah nak jadikan dia pembantu
agama Allah, dan Umar pun pilih untuk berubah dan menerima Islam, lalu Allah
muliakan dia antara semulia makhluk. Kalau nak bandingkan kejahatan dan dosa
kau dengan Umar sebelum masuk Islam, berbeza sangat.
Bertaubat
dan berubahlah. Mungkin ramai orang akan benci pada kau, akan merasakan kau ini
kotor, jijik dan sebagainya. Tetapi pada sisi Allah, pada sisi Rasulullah, pada
sisi orang beriman, kalau kau bertaubat sungguh-sungguh, menyesal sampai
menangis, maka kau lebih mulia daripada
orang yang menghina kau tetapi langsung tidak pernah bertaubat. Bahkan kau
boleh jadi lebih mulia dari malaikat!
Kau
mungkin dosa dalam bab berzina, tetapi mereka berdosa dalam bab mengumpat dan
menghina kau. Dosa kau tidak menghalalkan mereka menghina dan membenci kau
selama-lamanya selagi kau dah bertaubat. Kami di sini yakin, kau boleh jadi
lebih baik dari kami, walaupun kami pun tidaklah sesoleh mana pun.
Kau juga mungkin boleh jadi lebih mulia
di sisi Allah berbanding kami, sebab boleh jadi kami uruskan Tarbiah Sentap
penuh dengan penyakit hati seperti ujub, takbur, ri’ak dan sebagainya. Lalu
amalan kami berterbangan seperti gunung Tihamah putih yang berkecai menjadi
debu di akhirat nanti.
Wahai
kawan,
Jangan
putus asa dan jangan berhenti berharap kepada Allah. Kerana Dia tidak pernah
mengecewakan.
“Belum
sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan
(kepada mereka)?
Dan janganlah
pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum
mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka
menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
(Surah Al-Hadid 57:16)
Moga
Allah pelihara aku, keturunan aku, dan kau semua daripada masalah berzina atau
terlanjur ini. Dan moga Allah sudi berikan kita semua keampunanNya yang tidak
pernah padam, dan memasukkan kita semua dalam Syurga. Amin.
- Shukery Azizan -
Sumber : Dipetik dari Bab 11 buku Aku Bukan Malaikat karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013 - 729 7785
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#TarbiahSentap
********
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013 - 729 7785
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
Kalau Dah Terlanjur, Macam Mana?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
22:45
Rating:

25 comments:
Moga Allah redhai usaha kalian.
Saya dah beli buku ni. Alhamdulillah superb !
Saya dah beli buku ni. Alhamdulillah superb !
Nasihat yy amat berguna dan bermanfaat.. Alhamdulillah.. Jazakallah.. Hnya Allah yg dpt mmbalasnya. Allahumma aamiin..
saya antara yg pernah terbelenggu dngn dosa2 "besar" itu.. but when the time come, Allah gerakkn hati smpi rsa sempit giler dngn rasa berdosa, menangis sy mtk Allah tunjukkan jalan sbb sy xmampu. yer Allah jwab doa sy.. cuma pedih dan sakit tu Allah jer tau. anggaplah kafarah dosa. bkn skejap sakit tu..tapi xbermaksud slmanya. nk cuci hati dan fikiran yg pernah kotor bkn boleh guna berus gigi tapi kna guna berus dawai untuk sental. tapi bila dah hbes "masa" tu, awk akn rsa tenang. dan stiap hari awk akn bersyukur dipilih mnjadi antara yg Allah bg peluang berubah. satu jer plg pntg bg saya..betul kan lah solat anda. sy solat 5 waktu tapi tanpa pnghayatan dan roh kot, jadi sy terjebak. jadi di awal perubahan untk tngglkn move on to totally new life u cnt do that by your own.. u must ask from Allah. dan 1st most important thing betulkn solat, hayati solat anda, solat di awal waktu..sy menangis di setiap solat sy selama setahun lebih. lama kan? tapi kt situ la sy dpt kekuatan.. kesedihan dan penyesalan kesakitan tu la kdg2 bwak kita dekat dngn Allah. skrg wlupun dah okay and I got the much better new life yg sy xpernah imgine pon, kdg2 sy rindu pada saat sy mngis dngn penuh kusyuk tu. jadi jiwa2 yg sedang mncari..teruskn mncari, mulakan lngkah, mntk kekuatan pada Allah. sumpah Dia akn tlg..tapi awk jgk kna tlg diri sndri please.. tahniah tarbiah sentap I love all of your books sbb rsa real teguran dan tips2 gaya penulisn yg bukan dari sisi org alim yg sempurna tapi jgk dri sisi sang pendosa. May Allah bess you.. wassalam
Aiiwaahh !! Best baca
😢😀
😢😀
scroll tlegram tarbiah, akhirnye jumpe topik ni. Alhamdulillah aku dah buat semuanya, aku redha. Aku telah terima kifarah dosa zina aku dlu.
Terima kasih atas perkongsian ilmu.
Sama la kita..aku redha dah, even suami sendiri yg hina aku. Aku redha. Aku dilayan mcm sampah.. Aku tggu saat penceraian saja ni. Anak aku. aku akn serahkn pada suami.. Aku bukan seorang ibu yg baik. :(
Bacaan sgt mmbntu...
Bacaan sgt mmbntu...
Jazakallah fikum!
Assalam admin..saya nk tnya..kalau dh berzina..dh mengaku dgn parents..dh bertaubat dan lelaki tu nk bertanggungjawab..tapi parents x nk terima lelaki tu..nak buat mcm mn?
okay saya sokong dengan nasihat diatas :)
Macam mana pula jika masing masing sayang menyayangi tetapi kekangan belajar utk berkahwin pada usia muda dan lelaki pula suka mengajak ke lembah zina sedangkan si perempuan tidak mahu ..tpi disebabkan sayang , takut ditinggalkan, si perempuan mengikuti kehendak si lelaki ? Dan jika si perempuan ingin berubah , haruskah si perempuan meninggalkan lelaki tersebut untuk mengelak zina ?
Tinggalkan lelaki itu yg terbaik.jgn takut tiada jodoh.InsyAllah jika ditakdirkan jodoh akan bertemu kembali.Kalau tiada jodoh Allah akan ganti yg lagi baik.Jika benar2 syg serahkan urusan pada Allah.
apakah title anak tersebut kalau mereka berkahwin?
jika anak perempuan bagaimana? boleh diwalikan dengan si bapak?
jikan anak lelaki mungkin tiada masalah.
Bila perkawenan menjadi mahal
zina menjadi murah. sangat bnyak keje yg perlu dilakukan
ya rabb berilah kami kekuatan dan bimbimgan
Kesaksian singkat ini dapat membantu Anda atau seseorang yang dekat dengan Anda. HARAP BACA
Nama saya Louisa, saya ingin memberi tahu dunia bagaimana Dr Kavi menyelamatkan pernikahan. marrigae saya hampir roboh. Saya menikah selama sebelas tahun tanpa seorang anak dan Anda tahu apa artinya menikah selama dua tahun tanpa seorang anak, tetapi saya berusia sebelas tahun, sehingga Anda dapat membayangkan tekanan yang dapat datang dari seorang ibu mertua pada saat itu. Ibu mertuaku membuat perkawinanku menjadi kacau untukku, meskipun suamiku sangat pengertian karena dokter keluarga kami telah memberi tahu kami bahwa tidak ada yang salah dengan kami berdua. Tetapi berapa lama seseorang dapat siap untuk memahami dan menunggu waktu Tuhan? Saya sangat khawatir sampai seorang teman saya memberi tahu saya tentang seorang pria yang ditemuinya yang membantunya mengakhiri ketidaksopanannya,
Tetapi saya tidak pernah percaya pada spiritualis ini. Tetapi setelah banyak tekanan dari teman saya, saya memutuskan untuk menghubungi DR Kavi dan memberi tahu dia tentang ketidakberadaan anak saya. Yang dilakukan pria hebat ini adalah mengajukan beberapa pertanyaan penting dan memberi tahu saya beberapa hal penting yang diperlukan untuk membuat saya memiliki anak-anak dalam kehidupan. Saya melakukan semua yang diminta untuk melakukan dan menyimpan semua instruksi ..
setelah 2 minggu saya dikonfirmasi hamil. Semua berkat Dr Kavi
Saya tahu apa artinya menjadi tanpa anak, jadi saya menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya kepada Anda sehingga Anda juga dapat menghubungi Dr Kavi hari ini di salah satu masalah berikut ini
* Anda ingin mantan Anda kembali.
* Dipromosikan di kantornya
* Ingin kaya.
* Anda ingin menjaga suami / istri Anda menjadi miliknya sendiri selamanya.
* Apakah Anda akan mengendalikan pernikahan itu
* Apakah Anda ingin tertarik pada orang
* End Childlessness
* obat untuk penyakit apa saja.
Hubungi DR Kavi hari ini dan terima kasih nanti. Email: [email protected]
Nama saya KARI, saya telah berada dalam perbudakan besar selama hampir 2 tahun menderita di tangan seorang suami yang selingkuh, kami senang dan pergi dengan baik sampai dia berarti pacarnya yang lama dan dia mulai berkencan dengannya di luar pernikahan kami. Sebelum kamu tahu dia berhenti merawat keluarganya sendiri. Itu sampai batas tertentu, ia berencana untuk menikah dengannya dan menceraikan aku istrinya sendiri, aku telah menangis dan melaporkannya kepada keluarganya, tetapi ia tidak pernah mendengarkan siapa pun kecuali untuk memotong ceritaku, aku datang untuk mencari seorang spiritualis sejati. yang bisa menghancurkan hubungan mereka dan membuatnya kembali padaku dan 2 anak kami.
Dalam pencarian saya, saya melihat orang-orang memberikan kesaksian tentang bagaimana pernikahan mereka di mana dipulihkan oleh Dr Okosu. Saya memilih emailnya dan menceritakan kisah saya kepadanya dan dia setuju untuk membantu saya. Setelah pekerjaannya selesai untukku, pada hari ketiga suamiku dan pacarnya bertengkar dan dia memukulinya dan dia pulang memohon padaku dan anak-anak dan meminta maaf. Dia mengatakan bahwa matanya sudah jelas sekarang dan dia tidak akan pernah melakukan apa pun untuk menyakiti keluarganya lagi dan berjanji untuk menjadi ayah yang peduli dan tidak pernah menipu lagi. Saya sangat senang bahwa saya tidak melepaskannya kepada gadis itu, semua penghargaan diberikan kepada Dr Okosu karena Anda adalah Manusia Luar Biasa yang dikirim oleh Tuhan untuk membantu orang-orang di dunia ini. Saya memiliki rasa dari keajaiban bantuan Anda dan saya akan terus menceritakan karya baik Anda. dan kepada siapa ini berkepentingan Ini adalah emailnya: [email protected] whatsApp number is
+2348119663571
Pembacaan yg sgt menarik.
Mmg depressing bila rasa byk dosa.
tentang cadangan untuk berkahwin. ya mungkin boleh dibuat sekiranya bujang dengan bujang. bagaimana jika bujang dengan suami orang? harap dijawab. terima kasih.
Tidak boleh kah dikenakan tindakan undang2 terhadap lelaki yg xnk bertanggungjwb... cthnya jika ank tu lahir nanti bgaimana dgn hak nafkah ank pdhal itu adalah zuriat lelaki tersebut? Boleh beri pencerahan dlm hal begini. Terima kasih
Post a comment