Hari ini dah baca al Quran belum? Kalau dah
baca, jom kita sambung BSS yang dah tergendala beberapa minggu. Hehe.
Malam ini insyaAllah
kita akan sambung pada juzuk ke 9, surah Al A'raf ayat ke 164. Dah sedia?
Bismillah..
وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ اللَّهُ
مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ
رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara
mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan
mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang
(yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan
diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa."
(Surah Al A'raf [7] : 164)
Ayat ini berkaitan
kisah kaum bani Israel yang melanggar larangan pada hari sabtu, iaitu larangan
memancing. Korang mesti tahukan kisah ini? Eh tak tahu? Baru first time dengar
ya? Ok takpe kalau macam itu. Saya nak cerita sikit ni. Baca elok-elok..
(bunyi
background instrumental music – tetiba
je)
Dalam al Quran (surah
al A'raf ayat 163), Allah ada cerita mengenai kaum Bani Israel yang mana Allah
menguji keimanan mereka dengan cara membuat larangan memancing pada hari Sabtu.
Hanya hari sabtu je pun.
So
hari sabtu ini mereka kena buat perkara lain seperti beribadah, bersama
keluarga dan sebagainya. Boleh buat apa saja kecuali memancing sebab memancing
adalah DIHARAMKAN sama sekali pada hari sabtu.
Tetapi ditakdirkan
Allah, pada setiap hari sabtu itu jugalah banyak ikan, bahkan sampai tahap ikan
melompat di dasar air. Ikan yang melompat-lompat kegirangan ibarat memanggil,
"Wei, tangkaplah aku.. wekkk "
(imiginasi aku).
Disebabkan tidak boleh
tahan sangat nafsu memancing yang membuak-buak dan merecik-recik, lalu sebahagian
dari kaum bani Israel ini terus melanggar perintah Allah dan memancing.
Walaubagaimanapun,
bukan semuanya macam tu. Tetap ada juga dari kalangan kaum Bani Israel ini yang
tidak memancing sebab nak ikut perintah Allah. So masa tu Bani Israel kira terpecah kepada dua kumpulan atau
“parti”. Hehe.
1) “Parti atau kumpulan memancing' (langgar perintah Allah) dan,
2) “Parti atau kumpulan tak nak
memancing'.
Kumpulan yang tak nak memancing ini adalah kumpulan yang
taat perintah Allah. Dan ada satu lagi perkara menarik yang kita mesti ambil
perhatian. Apa dia? Kumpulan yang taat perintah Allah ini pun terpecah juga
kepada dua kumpulan juga. Ha? Serius? Ya, mereka terpecah kepada dua kumpulan,
iaitu ;
(A) Kumpulan yang nak menasihatkan kumpulan yang
memancing tadi. Kiranya mereka ini kumpulan yang ada kesedaran dakwah dan
tarbiah. Atau mungkin mereka ni NGO dakwah. Hehe.
(B) Kumpulan yang TAK NAK buat dakwah dan tak nak ambil kisah pun dengan kumpulan
memancing tadi. Ini jenis kumpulan pentingkan diri sendiri dan MALAS buat
dakwah dan kerja tarbiah. Kumpulan ini mungkin fikir nak masuk Syurga seorang
diri saja.
Mereka mungkin kata
lebih kurang,
"Lantak pi la mereka. Aku tengok muka mereka ni aku memang
dapat rasakan diorang dengan Neraka sejengkal je. Buat apa nak sibuk jaga tepi
kain orang lain pula."
Jadi ayat 164 yang
kita bincangkan malam ini khas menceritakan kumpulan A dan B ini. Mereka ini
kumpulan yang patuh perintah Allah, cuma lagi tinggal nak buat dakwah atau
tidak. Allah ceritakan pada kita bagaimana kumpulan yang B cakap,
وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ اللَّهُ
مُهْلِكُهُمْ
"Dan (ingatlah) ketika segolongan di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka.."
أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا
"..atau mengazabkan mereka dengan azab
yang amat berat?"
Kemudian Allah sambung
pula bagaimana kumpulan A jawab pada kumpulan B,
قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
"..Orang-orang (yang memberi nasihat) itu
menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada
Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa."
--------
Pengajaran daripada ayat ini adalah,
1. Ayat
ini sebenarnya khusus teguran kepada golongan yang baik dan soleh,
TETAPI,
Tak nak buat dakwah,
Tak
nak bagi nasihat,
Pentingkan diri sendiri,
Nak masuk Syurga seorang diri saja,
Nak berjaya seorang diri saja,
suka judge
orang lain tetapi dakwah tak nak
buat,
Dan seumpamanya.
Allah dah ceritakan
perkara ini dalam al Quran lebih dari 1400 tahun selepas ayat ini diturunkan.
Bahkan kita pun dah baca al Quran berulang-ulang kali. Tetapi persoalannya, kenapa kita tak ambil pengajaran?
Kenapa kita tak nak dakwah?
Kenapa kita tak nak pedulikan orang lain yang buat dosa?
Kenapa kita tak nak nasihatkan kawan kita?
Kenapa kita tak nak tegur, bimbing dan
selamatkan kawan kita dari terus sesat?
Kenapa kita pentingkan diri sendiri?
Kenapa kita pentingkan diri sendiri?
Dan kenapa kita nak masuk syurga seorang diri?
Kenapa wahai kawan??????
2. Ayat
ini juga teguran kepada golongan yang suka kutuk mengutuk orang yang buat dosa
dan maksiat. Nampak saja orang tidak pakai tudung, terus kata,
"Perghh, cantik gila rambut kau. Dengar cerita rambut kau
boleh kalis api Neraka? Serius ke? Pakai syampoo apa dow? Hehe.”
Takpun bila nampak
orang couple dating je terus kata,
“Biar je mereka tu. Anak siapalah tu. Dasar tak kenang budi mak ayah
betul. Ni kalau dah kaki maksiat, maksiat juga la. Confirm lepas ni buat projek
kat belakang semak."
Atau nampak kawan yang
suka tengok kpop atau layan drama korea atau “movie marathon”,
“Biarkan je. Manusia macam ni memang keras kepala. Agaknya
dengan tengok movie ni, mereka confirm masuk Syurga la kot.”
Dan segala bagai lagi
hinaan dan cacian. Korang jangan
lupa, kita PASTI akan diuji dengan apa yang kita PANDANG rendah tu.
Hari ini kita tutup aurat,
hari ini kita tidak couple,
hari ini kita jaga ikhtilat,
hari ini kita tidak dengar kpop, korea dan
sebagainya,
hari ini kita tidak berzina,
Esok lusa kita confirm ke kita tidak buat dosa tu? Silap-silap kitalah orang pertama
yang menentang Allah dan Rasul-Nya ! Naudzubillahi min zalik!
3. Ayat
ini juga nasihat kepada pendakwah, yang mana dalam kita berdakwah kepada
masyarakat, tidak cukup hanya dengan kita kata,
"Ini
haram!"
"Ini
dosa besar tahap kritikal!"
"ini
tak boleh buat!"
dan sebagainya. Tidak
cukup. Habis tu macam mana? Tetapi kita kena bagi BIMBINGAN sekali. Atau bahasa
mudah, kita kena tarbiah masyarakat. Contohnya,
"Kamu
takkan tak boleh ingat Allah kadang2?"
"Kamu
tak nak cuba berubah ke?"
dan sebagainya. Sebab
itu kami guna istilah "Tarbiah", kemudian baru istilah “Sentap”. Kami
berusaha untuk menyedarkan, seterusnya membimbing remaja dan belia. Manakala “Sentap”
tu hanyalah respon, BUKAN cara. Tujuannya adalah supaya masyarakat kembali
kepada Allah dan Rasul-Nya.
Wallahu'alam.
p/s: sumber Don't Give
Up on Others [Juz 9] - Nouman Ali Khan.
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery
Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di
kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)
secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129.
3. Jom
kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel
Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga
bermanfaat!! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 9
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
22:19
Rating:

No comments:
Post a Comment