"Shuk..."
Mata
saya segera memandang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa sambil menghirup
secawan teh o limau suam.
“Apsal
kau asyik bermuram durja je?" Saya mengangkat kening sambil meletakkan
cawan teh o limau suam ke atas meja.
Syamir
mengeluh.
"Aku
sebenarnya ada benda penting nak story kat kau.." Syamir tunduk. Wajahnya
sugul. Seolah dihempap masalah besar.
"Sebab
tu kau nak jumpa aku? Dah lama menyepikan diri lepas kawin dulu, maklumlah dah bahagiakan.."
saya bergurau sambil tersengih untuk menceriakan suasana.
Syamir
tertunduk. Saya pula serba salah.
"Err..
kau kenapa? Em.. kalau tak keberatan, meh story pada abiang. Biar abiang long
settlekan. hehe... " saya menepuk bahu Syamir.
Syamir tersenyum
kelat. Terasa berat baginya untuk bercerita.
“Macam
ni.. isteri aku... emm.... " kata-katanya terhenti seketika.
"Hmm?
Kenapa dengan isteri kau?" Saya tertanya-tanya.
Syamir
mengeluh lagi.
"Ish
kau ni. Asyik mengeluh ja. Macam lagak presiden dunia yang banyak masalah ja.”
saya tersengih. Saya bergurau untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dialami.
Syamir
tersenyum lagi. Seperti biasa, senyuman yang kelat.
“Macam
ni lah... aku terus terang saja. Aku tanya ini untuk minta pendapat dan pandangan
kau. Bukan nak buka aib sesiapa. Moga kau dapat bantu aku.." mata Syamir merenung
tepat wajah saya.
Nampak
keseriusan beliau. Saya mengangguk.
"Shuk..
Aku nak bercerai dengan isteri aku... apa pandangan kau?" Muka Syamir
sedikit berkerut dan serius.
Hampir
tersembur air teh o limau dalam mulut saya. Terkejut dengan kata-kata beliau.
"Kau
nak bercerai? Kau baru je berapa tahun kahwin, dan sekarang kau nak bercerai?
Aku salah dengar ke apa ni?" Saya mengangkat kening.
"Ya
aku serius... " Syamir merenung tegas pada wajah saya.
Saya
terkesima seketika. Rasa macam di sambar halilintar. Tersentak dengan
kata-katanya. Saya mengambil nafas panjang. Menyusun kata-kata demi
menyelamatkan masjid yang baru beberapa tahun terbina.
"Apa
sebab kau nak bercerai? Kau dah ada anak sorang tahu. Ini benda serius. Perkara
halal yang Allah benci. Benda ni juga menentukan masa depan anak kau. Kau jangan
main-main." Kini saya pula serius.
Syamir
menghirup secawan teh o yang baru sampai.
"Isteri
aku... hmm.. begini.. dulu sebelum kahwin, masa kami tengah couple dan
bercinta, aku tengok isteri aku nampak macam baik je. Nampak macam rajin saja.
Segalanya nampak indah. Walaupun mungkin tak pakai tudung dan tak jaga
ikhtilat, tapi dia setia dengan aku. Dengan aku pijak semut pun tak mati. Tapi
segalanya berbeza selepas lama kahwin.."
Syamir
menghela nafasnya. Pandangannya beralih ke jalan raya yang sesak dengan
kenderaan. Saya menumpukan sepenuh perhatian dengan apa yang ingin disampaikan.
"Selepas
kahwin, walaupun dia dah berubah sedikit, dah pakai tudung, dah jaga pergaulan
sikit dengan lelaki lain. tapi hubungan kami dah jadi macam hambar sejak
kebelakangan ini. Seolah dah habis cinta kami masa zaman bercinta dulu. Lepas
kahwin, hanya menikmati beberapa manisan cinta yang berbaki."
Dia
menghelakan nafasnya lagi.
"Kalau
dulu, dia selalu lipatkan baju aku, sediakan makanan untuk aku, ironkan baju
aku, tunggu aku depan pintu, layan aku, dan macam-macam lagi. Sejak dah ada
anak dan setahun kebelakangan ni, tak macam dulu lagi.. Hari-hari aku makan
luar, balik kerja tengok dia dah tidur. Aku pun tension tidur juga. Entah la..
aku rasa..." Syamir mengeluh.
"Hmm..
kau rasa apa?" Saya mengangkat kening.
"Aku
rasa kami dah hilang cinta agaknya. Hati masing-masing dah pudar." Syamir
menghebuskan nafas yang agak berat.
Begitu
juga saya. Saya bersandar di kerusi makan. Termenung seketika.
“Lepas tu?”
“Aku tengok dia pun macam
dah makin rapat dengan kawan laki ofis dia. Kitorang kalau kat rumah pun jarang
berbual. Masing-masing mengadap smartphone atau laptop ataupun kerja sendiri.
Nak makan pun kadang-kadang berasingan.”
Saya istighfar dalam hati
banyak kali.
"Sebelum
aku bagi pendapat aku, aku nak bagitau yang aku bagi pendapat sebagai seorang
bujang. Tak pernah kahwin lagi. Bercinta tu... pernah la kot masa zaman
jahil." Saya menghela nafas.
"Syamir..
kahwin ni adalah suatu perkara yang sangat besar. Sebab ia ibarat mendirikan
masjid. Untuk kau robohkan masjid, ia macam kau melakukan suatu kemusnahan yang
dahsyat."
Syamir mengangguk.
"Selepas
saja akad nikah, sepatutnya kau kena sentiasa usaha hadirkan dua elemen yang
saling lengkap melengkapi sepanjang kau mendirikan rumah tangga hingga akhir
hayat. Jika satu elemen lemah, satu lagi elemen akan menguatkan."
"Elemen
apa?" Syamir mengangkat kening.
"Cinta
dan tanggungjawab." saya jawab tuntas.
Syamir
termenung.
"Cinta
ini relatif dan abstrak. Tiada kayu ukur atau parameter untuk tentukan berapa
peratus yang turun dan berapa peratus yang naik. Namun kita sendiri mengetahui
sejauh mana cinta kita pada seseorang. Diri kita sendiri yang boleh agak."
"Cinta
ni sifatnya akan menaik, dan ada kala ia akan menurun. Apabila menaik, kau akan
romantik tahap Adam dan Hawa atau lebih lagi. Tetapi macam mana kalau ia
menurun?"
"Ha'ah.
Macam mana kalau menurun?" Dahi Syamir berkerut.
"Itulah
fungsi tanggungjawab. Tanggungjawablah yang akan membantu mempertahankan cinta
daripada terus pudar dan hilang. Mustahil untuk kau penuhi tanggungjawab dengan
sempurna tanpa hadirnya cinta."
Syamir
mengusap janggutnya.
"Dalam
Islam, Allah meletakkan kewajipan untuk seorang anak patuh dan taat kepada ibu
bapanya, dan jangan sekali kata 'Ah' pada mereka. Tetapi, dalam Islam TIDAK meletakkan
kewajipan untuk seorang anak cinta dan kasih kepada ibu bapa mereka. Kerana
cinta dan kasih itu adalah suatu perasaan yang abstrak, sukar hadir walau
dipaksa, dan sukar pergi walau dihalau."
"Tapi...
untuk seorang anak taat dan patuh dengan bersungguh pada ibu dan ayahnya, mahu
tidak mahu KENA hadirkan perasaan cinta dan kasih itu walaupun hadirnya itu
lambat sekalipun. Jika tidak, anak itu akan taat dan patuh dalam keadaan derita
dan terseksa batinnya kerana kehausan perasaan tu."
Syamir
mengangguk. Dia mendengar dengan tekun.
“Macam
tu juga suami isteri. Mungkin atas alasan itu, Allah menghadirkan tanggungjawab
antara suami isteri, moga dengan tanggungjawab yang dipikul dan diamanahkan
itu, mampu mempertahankan cinta yang bersemi tu seterusnya menjadi rumahtangga
yang mawaddah wa rahmah. Kalau cinta pudar, tanggungjawablah yang akan menyerikan
semula cinta."
Syamir
tersentak. Seolah sesuatu mengganggu fikirannya.
"Dan
akhir sekali, apabila cinta dan tanggungjawab ini digabungkan dengan baik dan
adil, akan terlahirlah suatu tindakan yang sangat terpuji."
"Apa
dia tindakan tu?" Syamir terpinga-pinga.
"Erti
sebuah pemberian tanpa mengharap penerimaan. Memberi tanpa mengharap dibalas
kembali. Toleransi dalam rumahtangga. Kau tolong buat kerja isteri, isteri
tolong buat kerja kau tanpa masing-masing berkira. Takde keluar istilah, ‘eh
ini bukan abang yang patut buat. Ini awak kena buat’. Atau ‘abang ni asyik saya
je memasak, tolong la masak sikit..’.”
Syamir
termenung.
"Jadi
sepatutnya aku kena beri pada isteri aku tanpa mengharap dia balas apa aku
beri?" Syamir mengangkat kening.
Saya
tersenyum. Syukur dia mengerti.
"Ada
masa, rendahkan ego pada isteri kau bro. Kalau dia tidak memasak, kau
masakkanlah untuk dia, walaupun hanya telur goreng atau megi kari. Kalau ada
kesempatan, ironkanlah baju untuk dia sekali walau kau iron senget sana sini,
bukan hanya untuk diri kau. Jika punya waktu, bawalah dia berdating dengan kau,
hanya berdua. Cari masa untuk kau dan isteri kau bersama. Anak kau suruh kawan
atau keluarga terdekat kau jaga sekejap. Pergi tasik titiwangsa ke, bercuti
honeymoon semula ke atau mana-manalah tempat romantik."
Saya dan
Syamir tersenyum.
"Dan
wajibkanlah diri dan keluarga kau untuk tahajud bersama walau seminggu sekali.
Hidupkan budaya al Quran dalam rumah. Biasakan baca hadis dalam rumah. Selalu
dengar ceramah, tazkirah atau apa-apa majlis ilmu. Itulah intipati penting
dalam rumahtangga dan sesuatu untuk kau menyerikan cinta kembali. Malah ia
penting untuk pendidikan anak kau.” Saya melirikkan senyuman.
Secara
tiba-tiba, Syamir mengalirkan air mata.
"Eh
kau dah kenapa?" Saya terkejut. Tak pernah nampak dia menangis.
"Aku.,
aku rasa macam dah lama tak tahajjud. Apatah lagi dengan isteri. Kali terakhir
aku baca Quran pun aku dah lupa. Solat berjemaah pun, entah lah. Rasa masa
solat Jumaat dan solat Raya je kot. Majlis ilmu, aku rasa kali terakhir masa
aku tinggalkan usrah dulu sebelum kahwin.” Syamir mengesat airmata lelakinya.
Saya
menepuk bahunya.
"Dah
la.. jangan menangis bro. Tak macho la kau. Hehe." Saya tersengih.
Syamir
menganggukkan kepala menahan sebak.
"Yang
penting, banyakkan berbincang dengan isteri kau. Bincang elok-elok. Banyak
benda boleh settle kalau bincang. Tinggalkan prasangka, sebab prasangka ni kebanyakkannya
adalah dosa.[1]”
“Dan
lagi satu, hangan pernah terfikir untuk bercerai. Itu bukan jalan penyelesaian
yang baik kecuali kalau tiada jalan lagi. Cuba sedaya mungkin untuk pertahankan
rumahtangga. Banyakkan istikharah dan istisyarah iaitu berbincang.” Saya
memberikan harapan dan cadangan.
“Kau nak
tahu kenapa doa kita hari ni banyak tak makbul?”
Syamir
mengangkat kening.
“Kenapa?”
“Sebab
kita banyak mengharap dan meminta bantuan dari manusia dulu, daripada kita
minta dan doa pada pencipta manusia, iaitu Allah. Sedangkan kita patut dahulukan
Allah dulu barulah manusia.”
Padu. Syamir
tertunduk. Ya, dia terasa seolah tergesa-gesa tindakannya. Dan terasa seolah
persoalan kian terjawab.
"Terima
kasih bro.. err.. kau join usrah lagi? Aku rasa nak join semula.." Syamir
memandang wajah saya.
Saya
tersenyum lebar.
“Aku ada
usrah malam esok kat rumah aku. Mai datang lepas isyak. Lu belajar jalan ke
sorga!" Saya berjenaka.
Kami
berdua ketawa.
“Oh ya,
last sekali aku nak sebut.”
Syamir
memandang saya.
“Kalau
boleh, elakkan tuding jari pada orang dulu, terutama isteri. Muhasabah diri
sendiri dulu, sebelum salahkan pihak lain. Itu penting untuk rendahkan ego.
Bukan jadi dayus, tapi jadi bijak.”
Syamir
mengangguk.
“Okay.”
——
Pengajaran
:
1. Berbincanglah
dalam apa jua situasi. Sebab bincang banyak selesaikan masalah.
2. Dan
paling penting, jangan lupa minta doa sungguh-sungguh pada Allah untuk buat
sesuatu urusan. Bukan sekadar nak kahwin je, bahkan dalam apa jua benda. Moga
Allah pelihara kita.
- Shukery Azizan -
Sumber : Dipetik dari Cerpen Sentap karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
--------------------------
Ini adalah salah satu BAB daripada buku Cerpen Sentap tulisan Shukery Azizan yang bertajuk "Aku Nak Bercerai". Sekarang alhamdulillah sudah lama ada di pasaran sejak 2015. Boleh dapatkan di MPH, Popular, Hasani, SMO dan lain-lain.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Cerpen Sentap tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
Bismillah...
Bismillah...
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785
#ShukeryAzizan
#CerpenSentap
#TarbiahSentap
Cerpen : Aku Nak Bercerai?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
21:44
Rating:

9 comments:
Ohhseeemm
Ada typo satu perkataan.
Ada typo satu perkataan.
Cerita yang menarik, walaupun ada typo tapi best sangt2 cita ni.. dan cerita ini bagi semangt untuk org yang tengh ada masalah dengan keluarga..
Rahsiabenangmerah= blog saya, harap dapat tengok blog saya dan tegur kalau ada yang salah apa2 ye.. assalam..
������
cinta dan tanggungjawab... check! (buat list resepi rumahtangga)
👍👍👍
Inspired..! 🙂 jazakumullahu khairan jzk atas perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga terus istiqamah berkarya, demi mendidik ummah.
Best dan bermanfaat! Terima kasih ye... Nak share boleh?
Post a comment