“Adik-adik semua..” saya merendahkan nada bagi
mengakhiri tazkirah maghrib saya,
“Jagalah solat adik-adik semua.
Abang bagitau adik-adik semua tentang kewajipan solat, balasan apabila
mengerjakan solat dan azab serta ancaman jika meninggalkan solat sebab abang
sayang pada adik-adik semua.”
Saya
menghelakan nafas. Kelihatan ada yang menundukkan kepala, ada juga yang
mengalirkan air mata.
“Abang tahu, ada di hadapan abang
yang banyak kali tinggal solat, atau solat lewat, atau ada yang tak pernah
solat. Nanti kalau ada masalah, boleh jumpa dengan abang secara peribadi, atau
jumpa dengan kakak dan abang fasi yang ada semasa program ini.”
Adik-adik
di hadapan saya hampir kesemuanya mengangguk. Memikirkan masa untuk berjumpa
barangkali.
Lepas
tazkirah maghrib itu, kami mendirikan solat isyak secara berjemaah. Kemudiannya
ada slot untuk mereka seperti yang telah dirancang oleh kami. Kesemua pelajar
yang hadir dalam program ini adalah sekitar umur 14 hingga 17 tahun.
Malam
itu, selepas habis slot terakhir, mereka diarahkan pergi ke dorm masing-masing
untuk tidur. Saya pula melangkahkan kaki ke kantin sekolah untuk merehatkan
diri.
Semasa
sedang berjalan, tiba-tiba ada seseorang menegur saya.
“Abang..” tegur seorang peserta,
Fatin namanya.
Saya
memandangnya dengan senyuman.
“Ya saya..?”
Dia
merenung tepat pada mata saya.
“Nak tanya.. tadi masa tazkirah
maghrib, abang kata solat tu penting kan? Kalau tak solat, nanti kita masuk
neraka kan?” Dia memulakan bicara.
Saya
memandangnya dengan penuh minat pada butir bicaranya. Namun saya menjarakkan
diri bagi menjaga jarak antara lelaki dan perempuan.
“Ya dik.. Kenapa ya?”
Dia
menundukkan kepala. Mencari sedikit kekuatan untuk meneruskan pertanyaan.
“Tapi… mak ayah saya selalu tak
solat.. masuk neraka juga ke? Mak ayah saya orang baik…”
Ternampak
butir kaca mengalir dari matanya.
Saya
terdiam kelu seribu bahasa. Lidah seolah diikat, perasaan saya seolah dilanggar
taufan katrina. Bercampur baur antara rasa sedih, kagum dan simpati. Kelu
kerana tidak sangka soalan begini akan ditanya dan dalam masa yang sama saya
kagum dengan sensitiviti seorang anak yang baru berusia 14 tahun.
“Hmm..” saya mengusap janggut.
Disitu
juga saya memberi tiga cadangan saya untuk dia. Dia mendengar dengan teliti
sambil tangannya ligat mencatit apa yang saya cadangkan.
“Apa yang abang cakap tadi cuma
pandangan abang saja. Belum tentu berhasil. Kerana hidayah itu milik Allah.
Kita usaha saja.” Saya melirikkan senyuman.
Dia
mengangguk.
“Oh ya lagi satu..” saya memanggilnya
sebelum masing-masing beredar.
“Andai ketiga-tiga perkara tu dah
dibuat dan tak berkesan, beritahu pada abang ya.”
Dia
tersenyum sambil mengelap air mata.
“Terima kasih abang..”
Dia
terus berlalu pergi ke dorm untuk tidur.
“Moga Fatin jadi anak yang solehah.” Doa saya dalam hati.
——-
Fatin melihat jam, baru saja pukul 6 petang. Sebentar
lagi ibunya akan pulang ke rumah selepas balik kerja. Ayahnya juga sama.
Tanpa
membuang masa, dia terus meletakkan buku “Soal Jawab Tentang Solat” yang baru
dibelinya tadi di atas meja solek ibunya. Dan sebuah lagi di atas meja rehat
ayatnya.
Dia
meletakkan dua buah buku tersebut dengan harapan ibu dan ayahnya akan tergerak
hati untuk membaca.
Fatin
tersenyum puas. Moga rancangannya menjadi.
Dua
hari selepas itu, dia melihat kedua-dua buku yang dibeli untuk ibu dan ayahnya
langsung tidak dibuka. Cuma buku itu dialihkan saja untuk memberi ruang pada
ibunya bersolek, dan ayahnya meletakkan surat khabar.
Dia
tertunduk sayu. Tetapi dia masih belum putus asa. Masih ada pelan yang
berikutnya. Malam itu, sedang Fatin dan keluarganya sedang berehat-rehat,
tiba-tiba bunyi azan berkumandang.
“Eh, azan dari henfon siapa tu?” Ayah Fatin bersuara.
Fatin
tersenyum. ‘Umpan’ mengena.
“Haa, itu azan dari henfon Fatinlah
ayah. Ha, alang-alang dah azan, jom kita solat sama-sama ayah, ibu?” Fatin tersengih sambil
memeluk ibunya.
Ayah
dan ibunya seperti tersentap.
“Emm.. Kau sembahyang la dulu Fatin.
Ayah ada kerja kejap..” Ayah Fatin meluru ke bilik.
Ibu
Fatin memandang wajah anaknya. Kegelisahan terserlah di wajahnya.
“Ibu tak
masak lagi ni. Ibu nak pergi dapur ya..” Ibu Fatin terus bangun dan meluru
ke dapur.
Fatin
duduk tercengang. Seolah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hampir saja dia
mahu menjerit menangis. Air mata mengalir di pipinya. Dia gagahkan diri untuk
pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat.
Demi mencari kekuatan yang hampir hilang bak ditiup
angin. Usai solat, dia berdoa sungguh-sungguh agar ibu dan ayahnya diberi hidayah
oleh Allah.
Selepas
doa, dia duduk termenung memandang sejadah. Memikirkan bagaimana pelan ketiga
hendak dijalankan. Teringat kata-kata Abang Shukery mengenai pelan
yang ketiga,
“Yang ketiga adalah Fatin berterus
terang dengan ibu dan ayah. Tanya dari hati ke hati, kenapa ibu dan ayahnya
tidak solat dan tidak mahu bersolat bersamanya. Tetapi strategi ini agak
risiko, kerana mungkin akan melukakan hati mereka, atau paling tidak pun,
mereka akan marah.
Tetapi bersabarlah. Allah bersama
kamu.”
Ayat
terakhir itu cukup membuatkan Fatin bersemangat.
“Ya, Allah bersama aku. Aku akan
usaha sebaik mungkin!” pujuk hatinya.
------
“Lepas azan isyak nanti, aku akan
ajak ibu dan ayah solat lagi sekali. Kalau mereka bagi alasan, aku segera akan
minta penjelasan.” Fatin menguatkan azam.
Seperti
biasa, mereka akan bersama sekeluarga menonton televisyen. Tidak lama kemudian,
berkumandang azan dari telefon Fatin. Ibu dan ayahnya memandangnya. Muka mereka
nampak kegelisahan. Fatin tersenyum. Lantas dia menyeru ibu dan
ayahnya sama seperti semalam.
“Ibu, ayah, jom solat sama-sama.” Fatin tersengih
memandang ibu dan ayahnya.
Ibu
dan ayahnya memandang satu sama lain.
“Nantilah, lepas habis berita ni.” Ayahnya memberikan kata
tuntas.
Fatin
tertunduk dan mengangguk. Selepas habis berita jam 8 itu, sekali lagi dia
mengajak ibu dan ayahnya solat. Seperti biasa, ibu dan ayahnya memberikan
alasan. Segera Fatin bersuara,
“Ayah… Ibu… Kenapa tak nak solat.
Ustaz kita cakap, siapa tak solat masuk Neraka.” Fatin tunduk.
Ayah
dan ibunya tersentap. Ayahnya berang kerana egonya dicabar.
“Kau tu budak kecik lagi, tak payah
nak ajar mak ayah kau yang dah lama makan garam dari kau. Cakap dengan ustaz
kau tu, jaga anak dia lagi bagus.”
Ayahnya
mula marah-marah. Ibunya pula mendiamkan diri. Fatin tidak dapat menahan air
mata yang mengalir. Dia terus bangun dan berlari menuju ke bilik. Dikunci
biliknya.
Hatinya
meronta. Dia keliru dan celaru kenapa dia dimarahi sampai begitu sedangkan dia
mengajak kepada perkara yang baik.
“Apa salah Fatin. Fatin tak faham.
Salahkan Fatin ajak ibu dan ayah untuk solat? Salahkah Fatin bagitahu yang
meninggalkan solat dengan sengaja akan masuk neraka? Fatin tak mahu ibu dan
ayah masuk Neraka..” Dia bercakap sendirian sambil mengalir deras air mata
membasahi bantalnya.
Dia
menangis dan terus menangi sampai akhirnya tertidur. Fatin tersedar dari
tidurnya. Dia melihat jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi.
“Lama juga aku tertidur.” Bisik hatinya.
Dia
teringat pesanan Abang Shukery supaya memberitahunya jika ketiga-tiga pelan itu
dah dilakukan. Lantas dia mencapai henfonnya dan mesej Shukery tentang apa yang
berlaku. Usai mesej, dia terus keluar dari bilik menuju ke bilik air untuk
mengambil wuduk.
Selesai
mengambil wuduk, dia melihat henfonnya terdapat 1 SMS. Terkejut Fatin melihat
Shukery membalas mesejnya pada waktu sebegini.
“Tak tidur lagi rupanya.” Bisik hatinya. Dia
membaca mesej tersebut.
“Waalaikumussalam. Ooh yeke, abang
tumpang simpati apa yang berlaku. Sebenarnya ada satu pelan yang terakhir abang
tak beritahu. Iaitu doa. Nanti lepas ini solat tahajud dan doa sungguh-sungguh
pada Allah. Bukan hanya malam ini saja, istiqomah untuk hari-hari berdoa ya.
Moga mereka diberi hidayah.”
Fatin
tersenyum.
Ya
doa.
Malam
itu lepas saja dia solat isyak dan solat tahajud serta solat hajat, dia duduk
termenung seketika. Mengambil nafas, lalu menadah tangan menghadap kiblat.
Malam itu Fatin berdoa sungguh-sungguh kepada Allah hingga mengalir deras air
mata dipipinya. Dikuatkan sedikit bacaan doa agar dia benar-benar menghayati
doa itu.
“Ya Allah… Ibu dan ayah orangnya
baik. Dia sayang pada Fatin. Dia jaga Fatin betul-betul sampai Fatin besar. Dia
bagi Fatin makan, minum, tempat tinggal. Dia bagi Fatin sekolah. Ibu ayah bawa
Fatin jalan-jalan. Kadang-kadang ibu dengan ayah bawak pergi makan kat luar.
Dulu ibu dengan ayah selalu belikan mainan. Kalau Fatin sakit, ibu dengan ayah
bawak Fatin pergi klinik. Ibu dengan ayah baik sangat ya Allah. Baik sangat…
Cuma… Ibu dan ayah tak solat je.
Ya Allah.. Fatin sayang ibu dan
ayah. Ustaz kata kat sekolah, dengan abang fasi cakap, orang tak solat masuk
Neraka. Nanti kena seksa kat sana.
Ya Allah.. Fatin tak nak ibu dan
ayah masuk Neraka. Fatin tak nak ibu dan ayah kena seksa. Fatin tak nak ya
Allah. Fatin sayang mereka. Mereka baik.
Ya Allah.. Ustaz kata Allah maha
mendengar. Allah dengar doa hambaNya. Abang fasi kata doa adalah senjata umat
Islam. Abang fasi pun kata, Allah tak pernah sia-siakan hambaNya.
Ya Allah, Fatin ni hamba Allah.
Fatin nak jadi hamba Allah yang baik. Fatin nak jadi anak solehah. Ya Allah..
berilah hidayah pada ibu dan ayah Fatin. Supaya mereka jaga solat dan solat
sama-sama dengan Fatin…”
Fatin
menadah tangan tinggi. Meminta pada yang Maha Tinggi dengan sungguh-sungguh.
Sangat sungguh-sungguh.
Tiba-tiba,
Fatin tersentak apabila ada air mata yang jatuh menitik pada kedua tapak
tangannya yang sedang menadah tangan berdoa. Dia memandang ke atas. Terkejut
melihat ibu dan ayah di belakangnya menangis. Ibunya segera memeluk Fatin. Dan
kemudian ayahnya pula memeluknya.
“Fatin… ayah minta maaf sebab ayah
marah Fatin tadi. Ayah dan ibu pun sayang Fatin. Ayah dan ibu tak nak masuk
neraka.”
Teresak-esak ayahnya menangis.
Fatin
tersenyum gembira. Syukur pada-Nya kerana hidayah-Nya datang tanpa
disangka-sangka. Dia memeluk semula kedua ibu dan ayahnya.
“Ya Allah.. kumpulkan kami dalam
syurga Mu ya Allah…” Fatin berdoa dalam hati.
——
Pengajaran :
Jangan
putus asa doa pada Allah. Doa sungguh-sungguh. Doa hari-hari dan terus berdoa.
Hari ni doa kita banyak tak makbul sebab kita doa pun ala kadar je, lepas tu
tak faham apa yang kita doa, kemudian doa pun tak bersungguh. Macam mana kita
nak yakin doa kita di makbulkan?
“Berdoalah kepada Allah
dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak mengabulkan
doa dari hati yang lalai dan sambil lewa.[1]”
“Doa salah seorang dari kamu akan
dikabulkan selama ia TIDAK tergesa-gesa (minta dikabulkan) sehingga dia
berkata, ‘Aku sudah berdoa, tapi tak juga dikabulkan.’[2]”
Macam
mana Allah nak makbulkan doa kita kalau kita doa pun ala kadar, tak bersungguh
dan tergesa-gesa?
- Shukery Azizan -
Sumber : Dipetik dari Cerpen Sentap karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
--------------------------
Artikel ini adalah salah satu BAB daripada buku Cerpen Sentap tulisan Shukery Azizan yang insyaAllah sudah ada di pasaran sejak tahun 2015 lagi. Sekarang alhamdulillah boleh dapatkan di MPH, Popular, Hasani, SMO dan lain-lain.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Cerpen Sentap tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
Sekali lagi, siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785
#ShukeryAzizan
#CerpenSentap
#TarbiahSentap
Cerpen : Ibu Dan Ayah Tidak Solat?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:19
Rating:

9 comments:
Assalamualaikum..
Berapa harga buku ni ye?
Menitik air mata baca
Menitik air mata baca
nangis. memang terkesan
ya Allah kumpulkan keluargaku di syurgaMu ya Allah aamiin
Terkesan baca.. Sedih.. Ya Allah.. kumpulkan aku dan keluargaku dalam syurga Mu :'(
Sayu....pilu... tertusuk...dgn crita tu tp tiba2
Trsedih dgn hati yg mati...doa dah ok mantap sungguh2 tp apsal solatnya melilau...hati ntah kemana...*blackspot almost everywhere...guidemetotherightway:"(
Assalamualaikum sorry kalau soalan saya ni off topic....kalau kita berdoa untuk dapat berkahwin dengan orang yang disukai...boleh dapat atau tidak?...lagi satu kalau kita sedang berdoa lepastu ada orang lalu boleh tak kita baca dengan nada perlahan
Assalamualaikum sorry kalau soalan saya ni off topic....kalau kita berdoa untuk dapat berkahwin dengan orang yang disukai...boleh dapat atau tidak?...lagi satu kalau kita sedang berdoa lepastu ada orang lalu boleh tak kita baca dengan nada perlahan
Bestnya cerpen nie... nak belilah... sebak hati baca doa gadis tu...
Post a comment