![]() |
Kredit gambar kepada Areef Music dan Zahirah (isterinya) |
Ramai sangat sebenarnya yang tanya soalan
lebih kurang,
"Admin, macam mana nak KAHWIN
kalau TAK couple atau bercinta dulu sebelum kahwin? Boleh bagi solusi tak?
Asyik sebut haram haram haram. Bukan apa, saya takut membujang je sebab tak
bercinta dulu."
Untuk bab ke 8 buku Aku Bukan Malaikat (siri 1) kali ini ini, saya akan straight to the point saja. Kalau betul kau nak
bernikah tanpa couple, ini antara solusi yang kami boleh cadangkan yang kami
rasa dan yakin ia patuh syarak.
[1] Kalau kau tidak atau belum couple lagi,
maka BERTAQWALAH pada Allah. Apakah
maksud taqwa? Taqwa adalah ikut perintah Allah dan jauhi larangan Allah dengan
SUNGGUH-SUNGGUH! Bukan sambil lewa atau buat acuh tak acuh saja.
[2] Kalau kau SEDANG couple, ada beberapa
pilihan. Tetapi sebelum itu, rasalah
bersalah dan berdosa serta bertaubatlah pada Allah. Istighfar
banyak-banyak, dan sekurang-kurangnya rasalah berdosa. Dosa ini adalah perkara
yang buat kita gelisah dan kita rasa benci kalau orang tahu kita buat.
[3] Pilihan kau ada yang pertama, kahwinlah secepat mungkin. Paling baik,
tahun ini. Jangan bertangguh sampai 5,6 tahun. Memang itu adalah angan-angan
saja. Ini tiada nas dari al Quran atau hadis, tetapi pengalaman. Semakin lama
couple, semakin banyak kau nak buat dosa. Hati pun semakin tak tenang, amal pun
semakin kurang.
[4] Pilihan kedua, putuskanlah hubungan couple tersebut kalau kau dan pasangan pun
masih teragak-agak bila nak kahwin. Biasa orang akan kata,
“Aku
nak kahwinlah nanti..”
Tetapi apabila tanya bila nak
kahwin, jawapan paling cliché adalah,
“Nantilah
kami fikir..”
Ini tanda kau langsung tak serius.
Kau hanya nak puaskan nafsu saja, dan bersifat main-main. Bukan nak kahwin
sangat pun. Sebab tak puas enjoy. Taubatlah kawan, mati bila-bila masa saja
datang.
[5] Kalau kau pelajar lagi, tak kisah
pelajar sekolah, kolej atau universiti sekalipun, belajarlah sungguh-sungguh. Dapatkan straight A’s atau 4 flat. Jangan
pening-pening fikir tentang cinta, couple bagai dulu. Kalau kau SEKALI dah
terperangkap bab cinta ni, percayalah. Kau mesti akan KETAGIH dan susah nak
tinggalkan.
Kau belajar pun, nak SMS/whatapps dengan pasangan, kalau boleh nak study
sama-sama. Kalau dah study sama-sama, konon alasan nak fokus dan bagi semangat.
Jangan tipu diri sendiri. Memang takkan fokus punya. Percayalah cakap saya.
Kalau nak bagi semangat, adakah keluarga kau tak cukup bagi semangat? Adakah
kawan-kawan tiada untuk bagi semangat? Atau adakah Al Quran dan hadis tak cukup
untuk bagi semangat?
[6] “Tetapi
kami bercinta kerana Allah? Kami tak buat apa-apa maksiat. Kami tak pegang
tangan pun.”
Kau bukan bercinta kerana Allah, tetapi kau bercinta sebab NAFSU syahwat
! Kalau kau cintakan Allah dan Rasul-Nya, kau tahu ikhtilat itu haram dan salah[1]. Menghampiri zina itu juga
HARAM. Kalau kau dah bercinta, kau mesti lupakan Allah. Buktinya?
Kau solat pun lambat sebab nak reply SMS/Whatapps dulu,
Kau tidur pun lambat sebab phone call ataupun SMS/Whatapps sampai pukul
3,4 pagi. Lepas tu bangun subuh lambat.
Kau solat pun tak khusyuk sebab teringat-ingat.
Dan macam-macam
lagi. Ini bercinta kerana Allah? Jangan tipu diri sendiri kawan.
“Barangsiapa
mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,
cinta dunia
sekaligus cinta Allah,
maka dia
telah BERDUSTA.
Kau
bermaksiat, lalu mengaku mencintai-Nya?
Ini sungguh
mustahil terjadi.
Andaikan
cintamu itu sejati, kau pasti mentaati-Nya.
Tanda cinta
adalah Taat!”
(Imam Syafi’I – Mawa’idh Imam Syafi’i)
[7] Kalau kau dah masuk universiti dan
bersungguh nak kahwin, pastikan kau
yakin bahawa kau memang dah MAMPU dan BERSEDIA nak kahwin. BUKAN ikut atau
dengar ceramah tentang kahwin awal, terus kau rasa nak kahwin. Atau sebab kawan
kau ramai kahwin awal, kau pun nak kahwin awal. Ikut sunnah, bukan ikut orang.
Sebab ikut pengalaman, fasa umur sekitar 18 hingga 23 adalah fasa umur semangat
berkobar nak kahwin awal.
Bersedia atau mampu
saya maksudkan adalah dengan erti kata ;
Ø Kau
ada sebab kukuh kenapa nak kahwin. Berikan sekurangnya 5 sebab utama pada diri
dan mak ayah kau kenapa nak kahwin.
Ø Dah
tahu secara asas hukum hakam Islam
terutama dalam fiqh munakahat termasuk tunang, nikah, cerai, dan sebagainya
sebelum pergi kursus kahwin,
Ø Sudah
yakinkan mak ayah sendiri,
Ø Kau
dah ada kewangan yang boleh
menampung,
Ø Kau
dah bersedia mental di tahap paling tinggi sebab berkahwin bukan hanya sampai
pelamin, tapi sampai ke lampin.
Ø Kau
boleh berkahwin dalam MASA TERDEKAT (paling
terbaik kurang dari setahun bertunang),
Ø Dan
paling penting..
Kau kena ada SEBAB yang kukuh
kenapa kau nak kawin masa belajar. Sebab itu saya cakap, kahwin jangan ikut
orang. JANGAN. Sebab ia melibatkan keluarga dua pihak, keturunan, zuriat, masa
depan dakwah tarbiah, bahkan lebih jauh dari itu, ia juga boleh menentukan
Syurga Neraka kau. Kalau tak betul-betuk, kau akan menyesal. Kahwin ikut sunnah, bukan ikut orang.
Ada orang kata nak kahwin sebab nak elak maksiat, jaga pandangan dan
sebagainya. Saya nak terus terang pada kau. Kahwin BUKANNYA solusi UTAMA untuk selesaikan masalah dan maksiat kau
seperti tak tunduk pandangan, nak elak maksiat, dan sebagainya.
Nak tahu sebab apa?
Kenapa selepas kahwin, ramai saja suami yang curang, isteri yang jalang,
suami asyik usha dan renung perempuan lain serta main kayu tiga, isteri asyik
kacau dan keluar dengan lelaki lain dan sebagainya sehingga akhirnya bercerai.
Kenapa? Sebab perkahwinan BUKANNYA solusi UTAMA untuk tinggalkan maksiat.
Perkahwinan hanyalah solusi sebahagian sahaja. Habis itu solusi utamanya apa?
Solusi utama adalah dengan TAQWA.
Iaitu dengan diri kau sendiri. Kalau sebelum kahwin tak tunduk pandangan,
selalu buat maksiat, tengok video lucah dan sebagainya, tetapi TIDAK atau
BERTANGGUH taubat, sampai lepas kahwin pun kau akan buat maksiat yang sama.
Serius. Perkahwinan bukan magik. Sebab itu, nyatakan pada diri sendiri 5 hingga
10 sebab kenapa nak kahwin. Bukan semata-mata elak maksiat saja.
Saya pernah jumpa pasangan yang dah kahwin sewaktu belajar, lepas tu
MENYESAL kahwin awal. Kemudian ada juga yang kahwin waktu belajar, kemudian
akhirnya cerai SEWAKTU belajar juga. Isteri mengandung seorang diri dan
bersalin seorang diri dalam status PELAJAR. Haru biru pelajaran.
Kahwin bukan boleh main-main. Ia melibatkan hal tanggungjawab, maruah,
harta, kehormatan, hubungan kekeluargaan dan hal dunia-akhirat. Ia bukan cinta semata-mata.
Jangan tergesa dan jangan bertunda!
Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu untuk menikah maka hendaknya ia menikah. Kerana menikah dapat
lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan.
Barangsiapa yang belum mampu
menikah maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa adalah penjaga baginya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
[8] Apa maksud “kewangan yang mampu menampung?”
Ada ramai yang saya jumpa bagi alasan,
“Kahwin
ni murahkan rezeki. Rezekikan dah ditakdirkan. Duit tak penting, yang penting
kahwin. Kau jangan syirik weh.”
Aduh. Betul, kahwin ini memurahkan
rezeki. Tetapi rezeki ini apa? Baca pada bab seterusnya. Cuma tentang duit ini,
saya nak beritahu ia sunnatullah yang
perlu diambil kira dan ia adalah masalah REALITI. Bukan main-main. Ramai
bergaduh satu keluarga lalu bercerai sebab isu duit. Lagi satu, nak yakinkan
keluarga belah pasangan sana antaranya adalah kewangan yang boleh menampung.
Kalau saya jadi ayah, dan kau datang
nak merisik anak saya. Tetapi kewangan apa pun takda. Macam mana saya nak yakin
yang kau boleh jaga anak saya? Ya, majlis kahwin saya boleh tolong bantu,
tetapi takkan saya nak tanggung kau berdua sampai lepas kahwin dan dapat anak
cucu? Dah macam jaga biawak hidup la pula.
Kewangan yang mampu menampung ni
bukan bermaksud kena ada RM10,000, atau kena ada RM50,000 dan sebagainya. Ia subjektif. Saya hanya letak 3 kriteria untuk membuktikan seseorang
itu ada kewangan yang mampu menampung.
Kalau kau lepas 3 kriteria ini, insyaAllah saya yakin kau ada kewangan
yang menampung. Sekali lagi saya sebut, ini bukan dari nas hadis dan al Quran.
Tetapi ini adalah pengalaman sendiri. Nak terima boleh, nak tolak pun tiada
masalah.
1.
Mesti
boleh bagi duit pada mak ayah sekurangnya-kurangnya SETIAP
bulan RM50.00. Kalau tiada mak ayah lagi, bagi pada adik beradik yang belajar.
Kalau tiada juga, infaq pada rumah anak yatim. Bagilah lebih, sedekah tu. Ini TAK TERMASUK sedekah yang kau buat
dalam tabung masjid, tabung Palestin seperti aman Palestin, tabung ke NGO
dakwah dan sebagainya.
2.
TIDAK
meminta duit pada mak ayah untuk perbelanjaan makanan harian.
Sebaiknya, bukan sekadar perbelanjaan makanan, bahkan sampai tahap belanja
buku, yuran dan sebagainya. Saya tahu, duit biasiswa atau pinjaman tak pernah
cukup. Kalau terlebih cukup tu memang bonus.
3.
Kau mampu berdikari cari duit sendiri TANPA bergantung pada pinjaman atau
biasiswa apatah lagi duit mak ayah bagi. Carilah duit sendiri sama ada kerja
part-time 7-eleven atau petronas ke, kedai roti, tanam cili dan jual, berniaga
online, berniaga pasar malam dan sebagainya.
Kalau ada 3 kriteria ini, insyaAllah ada kewangan yang menampung.
Seperti
saya kata, jumlah kewangan itu adalah subjektif.
[9] Macam Mana Yakinkan Mak Ayah?
Ini soalan famous yang selalu kami dapat. Antara cara kau nak yakinkan mak
ayah adalah ;
1) Beritahu
dengan penuh kesungguhan bahawa kau nak kahwin pada mak ayah. Hampir 95% orang
yang beritahu pada mak ayah untuk kali pertama, semua mak ayah TIDAK AKAN bagi kau kahwin. Ini normal.
Jadi apa kau kena buat adalah, TERUSKAN
pujuk. Sampai bila, sampai mereka bagi izin kau kahwin. Pujuk je walaupun
terpaksa pujuk sampai 464923.34 kali. Tunjukkan kau serius, bukan sembang saja.
2) Buktikan dengan TINDAKAN.
Maksudnya, kalau balik cuti jangan kerjanya tidur sampai tengah hari, malas nak
tolong mak ayah, menyusahkan mak ayah, tak nak dengar kata mereka, suruh tolong
pun tak nak, kemas rumah pun malas, bangun lambat, dan sebagainya. Itu belum
lagi kalau solat lambat, baca Quran malas, dan sebagainya. Macam mana mereka
nak yakin, kalau diri sendiri pun tak terurus?
3) Tunjukkan
dengan kewangan yang mampu menampung.
4) Jangan
pernah derhaka pada mak ayah. Kalau terkasar bahasa, CEPAT-CEPAT minta maaf. Jangan lupa, disebalik kau nak kahwin, ada
keberkatan dari mak ayah yang datang membantu kalau kau baik dan taat pada
mereka.
Dan lain-lain cara untuk yakinkan mereka. Saya tak dapat nak senaraikan
kesemuanya. Kalau tak berjaya, ulang lagi langkah ini sampai berjaya. Itupun
kalau kau serius nak kahwin.
[10] Kalau dah bersedia nak kahwin?
Jangan lupa, bersedia ini memang betul-betul bersedia! Bukan bersedia
nak kahwin 5 atau 10 tahun lagi. BUKAN ! Bersedia nak kahwin ni contohnya, kalau keluarga perempuan itu nak kau kahwin
minggu depan, kau boleh kata pada keluarga perempuan tu,
"No hal makcik dan pakcik.
Anytime anywhere. I'm well prepared ! Oyeah !! "
Maksudnya, kau dah boleh nak kahwin dalam masa TERDEKAT. Kalau tangguh
pun, tak lebih dari 6 bulan atau setahun. (Kurang dari setahun adalah paling
terbaik. Lagi CEPAT lagi bagus). Cuma ingat pesanan saya, jangan tergesa,
tetapi jangan menunda.
Ha, baru betul.
Ok, kalau kau dah betul-betul bersedia nak kahwin, maka cari ORANG TENGAH untuk bantu kau berkahwin
atau memulakan proses perkenalan. SEBAIKNYA begitu. Siapa orang tengah?
1. Sesiapa yang MAHRAM dengan
kau. Ayah, abang, kakak, emak, pakcik, makcik, saudara kandung dan sebagainya.
2. Kalau dah tiada? Cari ustaz atau ustazah yang dah berkahwin, naqib naqibah usrah yang dah berkahwin, atau
pensyarah lelaki atau perempuan yang dipercayai dan dah berkahwin, atau sesiapa
yang dipercayai (tsiqoh). Sebaiknya dah
berkahwin.
Contoh seorang lelaki.
Kalau lelaki itu dah bersedia nak kahwin tetapi masih tiada calon. Boleh
cari ustaz, ustazah atau sesiapa (yang DAH KAHWIN) yang kau rapat dan percaya,
minta pandangan dia tentang calon mana yang kau dah ikhtiar ciri-cirinya
sebelum ini.
Apa ciri-ciri calon perempuan yang baik?
1) Baik
agamanya pada sudut harta, keturunan dan juga kecantikan. Seperti yang saya
ulas sebelum ini.
2) Bersedia
taat kepada suami.
3) Menjaga
aurat dan syariat.
Dan lain-lain yang kau rasakan perlu. Selepas dia bagi cadangan, dan kau
pun setuju berdasarkan ciri-ciri yang dicari dan kau rasa sesuai, minta ayah/adik
beradik/ustaz/naqib/orang yang dipercayai menjadi wakil kau untuk masuk
meminang. Jangan orang itu pula yang meminang sudah. Melepas kau.
Kalau perempuan dan keluarganya itu setuju, terus bincang tarikh dan
bawa keluarga kau berjumpa dengan keluarganya dalam MASA TERDEKAT. TETAPI
INGAT, ikhtilat masih kena jaga
walaupun dah siap bertunang.
Jadi macam mana nak contact? Cadangan saya di zaman teknologi yang serba
mudah dan penuh fitnah ini, buat whatapps
atau telegram group. Dalam group itu, pastikan ada kau, bakal pasangan kau,
mahram kau dan mahram pasangan kau. Sekurangnya 4 orang.
Sebab apa? Supaya perbualan dan perbincangan dengan perempuan itu TERJAGA. Kau akan bincang benda penting
seperti tarikh kahwin, hantaran, kos dan sebagainya. Bukannya tanya,
"Ayang dah makan? Ayang
sihat? Taa sabar nakk tawen. Saiyaa taa kuad awaaa."
Nampak susah? Benda syariat ini
memang susah. Sebab itu saya cakap pada pemulaan bab, nak masuk Syurga ini
bukan perkara mudah! Dan untuk memastikan perkahwinan kau diberkati, kau mesti
pastikan LANGKAH BERMULA itu juga langkah yang diberkati dan ikut syarak.
Lagipun, bukan lama sangat pun. Sebab itu saya cakap, cepatkan perkahwinan.
Kau pun gembira, pasangan kau pun gembira, saya menulis ini pun gembira dan
kita semua gembira. Kecuali syaitonirrojim yang menangis.
[10]
Bagaimana dengan perempuan pula?
Perempuan pun boleh buat perkara sama. Boleh saja melamar lelaki yang dia rasakan sesuai dengan menggunakan
orang tengah. TIADA MASALAH. Jangan peduli sangat dengan istilah “perigi
cari timba”. Khadijah r.anha pun melamar Rasulullah guna orang tengah juga.
Prosesnya sama juga macam lelaki tadi, yang penting kau jaga batas
syariat seperti ikhtilat, tunduk pandangan, jaga percakapan, jaga batas-batas
agama, maka jalan saja. Kau juga yang nak kahwin, bukan orang lain.
Tetapi apa ciri-ciri calon lelaki yang baik?
1) Orang yang kau redha agamanya dari segi harta,
keturunan dan rupa paras iaitu tingkah laku dan akhlak sekali.
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang
meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya
nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.”
(Riwayat at-Tirmizi)
2) Ada ciri kepimpinan yang diyakini, bukan sembang
kencang. Perkara ini semua kena belajar masa taaruf. Tujuannya supaya menjaga
keselamatan, hala tuju rumahtangga, nafkah dan sebagainya.
“Kaum laki-laki itu
adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian
mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka
(laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.”
(Surah an-Nisa’ 4:34)
3) Boleh mendidik isteri dan zuriat syariat agama, walaupun bukan ustaz.
Sekurang-kurangnya boleh ajar perkara asas dalam Islam. Kalau tak mampu, paling
kurang sekali rajin bawa isteri dan zuriat pergi kelas atau kuliah agama.
“Wahai orang-orang
yang beriman! Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api Neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar
dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan
kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim 66:6)
4) Kalau walinya atau ayahnya yang carikan,
sekurang-kurangnya calon tersebut mestilah anak perempuannya setuju. Seorang
ulama bernama Ibnu Jauzi sebut,
“Disukai bagi yang
ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana
kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki[2].”
Dan beberapa ciri-ciri lain yang kau rasa perlu.
[11] Kalau
nak cari pasangan sendiri?
Boleh saja nak cari sendiri. TETAPI
dengan syarat. MESTI jaga ikhtilat, jaga pandangan (tunduk pandangan), jaga
kata-kata, jaga batas-batas agama (syariat), dan paling penting ADA ORANG TENGAH. Orang tengah ini
MESTI dah kahwin dan FAHAM dan AMALKAN AGAMA. Tak semestinya ustaz atau
ustazah. Sebaiknya mak ayah la. Dan yang penting bukannya jenis kaki couple
juga. Memang tak jalanlah jawabnya.
Tetapi kenapa kena ada orang tengah?
Kalau kau baca sirah Rasulullah, kau perhatikan bagaimana Rasulullah
kahwin, dan macam mana sahabat lain kahwin. Majoritinya menggunakan orang
tengah, dan kebiasaanya orang tengah adalah Rasulullah itu sendiri. Bahkan
sirah para tabi’ tabi’in dan juga orang-orang soleh turut menggunakan orang
tengah.
Apa hikmahnya? Kalau belah lelaki, supaya perbualan dan perbincangan
tidak terlajak dari yang sepatutnya. Sekurangnya orang tengah ini akan menjadi
pemerhati, dan menasihati kalau ada yang langgar syarak.
Sebab tu sebahagian NGO Islam dia ada buat sistem unit “baitul Muslim”.
Selain daripada peringatan Rasulullah bahawa kalau dah berdua, mesti
syaitonirrojim jadi yang ketiga. Walaupun di alam SIBER!
Kalau belah perempuan pula, ia akan meletakkan martabat kau lebih
tinggi. Kau akan dilihat sebagai seorang wanita yang pemalu, tahu adab dan
akhlak, tidak nampak seperti tergopoh-gopoh, dan sebagainya. Selain daripada
menjaga perbualan dan sebagainya.
Kalau tiada orang tengah tak boleh ke?
Kalau kau tanya saya, jujur saya memang tak bagi. Tetapi ikut pada kau
lah. Nak ikut, ikutlah. Tak nak ikut, saya tak paksa. Saya hanya berkongsi apa
yang terbaik untuk saya dan kau semua. Kalau kau rasa tanpa menggunakan orang
tengah ini boleh membuatkan kau dapat redha Allah dan Syurga, teruskan.
Saya bagi tips ini adalah cara yang saya
analisa dan YAKINI bahawa inilah jalan terbaik. Kalau kau rasa ini jalan
terburuk atau ada jalan lain, dipersilakan. Kita semua akan disoal di Akhirat
nanti, inilah usaha saya yang saya ajar pada kau untuk kita sama-sama jaga
syariat Allah.
Kita usaha semampu mungkin walaupun di sana ada lompong sana sini.
Sekurangnya kita berusaha. Qul haazihi sabili!
“Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak
(kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada
termasuk orang-orang yang musyrik.”
(Surah Yusuf 12:108)
[12]
Kalau tak jumpa PASANGAN atau tiada siapa nak pada kau?
Jangan risau. Ramai saja yang mati dalam dunia ini tak sempat bertemu
jodoh pun tetapi dah bertemu maut. Jangan kalut-kalut. Tetapi jangan pula tak nak kahwin dengan sengaja, itu langgar sunnah
dan perintah Rasulullah. Kahwin ini perintah Rasulullah, maka jalankanlah
semampu mungkin.
Jangan sengaja untuk membujang
tanpa sebab, haram. Apa pun, rilek sudah. Teruskan kehidupan
macam biasa, dan teruskan usaha PERSEDIAAN iaitu ikhtiar dan mencari. Dalam
masa yang sama yakin bahawa jodoh itu takdir Allah. Jangan putus asa, sebab Allah tak suka orang putus asa. Teruskan
berdoa dan tahajud jangan lupa.
Tetapi kalau kau tiada jodoh dalam dunia ini, percayalah di Akhirat
nanti kau akan jumpa pasangan kau. Percayalah, sebab Allah itu tidak
mengecewakan. Cuma kau kena sabar, dan sangka baik saja.
[13] Saya rasa okaylah sampai di sini. Ini
solusi yang saya boleh cadangkan pada kau, dan saya rasa ia patuh syarak. Kalau
ada salah, mohon betulkan. Kalau ada soalan, tanyalah di Facebook atau email di
[email protected] Kalau rasa bermanfaat, hadiahkanlah buku ini
kepada sahabat-sahabat kau. Moga bermanfaat.
Wallahu’alam.
“… jika mereka miskin, Allah akan memampukan
mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah
kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.”
(an-Nuur 24:32)
- Shukery Azizan -
Sumber : Dipetik dari Bab 8 buku Aku Bukan Malaikat karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan
dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
----------------------
Artikel ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang insyaAllah sudah ada di pasaran sejak tahun 2016 lagi. Sekarang ni alhamdulillah boleh dapatkan di MPH, Popular, Hasani, SMO, dan lain-lain.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 019-6803782
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku BUkan Malaikat tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ini, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat. :)
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#TarbiahSentap
Macam mana Nak Nikah Tanpa Couple?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
09:06
Rating:

4 comments:
Salam..bolehkah sya copy Bab Ni untk post di instagram tujuan business online buku? Tq
bagus nasihat admin..mjdi ibrah kepada para remja khususnya saya..jazakallahu khairan jaza'
sya pon antara org yang fikir, cam mna nak kahwin nanti sebab x couple kan..tapi buat masa skrg ni xde la fikir nak kahwin lagi (23 thn skrg)..tapi mak dah berapa kali tanya bila nak kahwin so kekadang risau la jugak sebab x berkawan ngan sesapa..emm...family sya pulak jenis macam kena cari sendiri pasangan. sya nie pulak jenis malu dan segan sikit dgn lelaki sbb mungkin biasa sekolah semua prempuan dulu..so kekok la sikit cakap ngan laki..hahaha.ntah la.nanti la umur 25 ke baru fikir balik pasal ni,boleh ke? hahaha
Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts.Devin After all I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
Post a comment