“Ramai
orang bercakap dan menulis. Tapi, tak ramai orang boleh mengamalkannya….”
Itulah
pesanan mak saya suatu ketika dahulu. Ya, ia amat berharga.
“Followers
ramai, tak semestinya masuk syurga…”
Ayah
saya menyentap saya. Ya, ia amat benar.
“Apa
guna di sanjung, tapi hakikatnya, hubungan kau dengan Allah, kau tak jaga. Di
depan orang, kau macam hebat. Tapi bila sorang-sorang, kau buat maksiat, hati
berkarat…”
Teguran
bermakna dari seorang kawan yang sayangkan saya. Ya, saya akan pegang ia sampai
bila-bila.
***
Hari ni,
dakwah yang suci murni ni dah jadi macam seakan-akan trend, sehingga muncul
dengan laju ustaz-ustaz jadian. “Pendakwah” muda mula lahir dengan
pantas dan laju di media-media sosial, FB, twitter, Instagram, blog dan
sebagainya. Ya, sangat pantas.
Adakah
ini satu gejala yang sihat atau tidak sihat?
Hmm…
Hakikatnya,
ada baik dan buruknya.
Bagus
bila ramai orang mula rasa bahawa dakwah tu wajib. Bagus bila ramai orang dah
mula bersungguh-sungguh dalam dakwah. Bagus, bila ramai anak muda yang
menganggap dakwah tu sunnah nabi yang agung. Bagus bila sekarang, anak muda dah
tak post or twit benda-benda merapu keapda post dan twit dakwah. Bagus, sangat
bagus.
TETAPI,
kadang-kadang, hakikat yang berlaku amatlah mengecewakan. Sungguh. Lahirnya
ramai pendakwah yang hipokrit, pendakwah yang cakap tak serupa bikin, pendakwah
yang mengejar nama dan followers atas “nama” dakwah, pendakwah yang memberi
hukum hakam yang salah lalu menimbulkan fitnah, dan sebagainya. Ya, benda ini
amat bahaya!!
DAKWAH SEBAB TREND KE SEBAB ALLAH?
Semua
orang wajib dakwah, itu semua maklum. Orang baik, orang jahat, orang baru,
orang lama, orang muda, orang tua, semua wajib dakwah dan layak berdakwah.
Cuma,
hari ni, ramai orang yang menggunakan “dakwah” untuk mencari keuntungan
peribadi seperti nak like, nak followers, nak dapat banyak share, nak famous
dan populariti, lantas, dakwah yang sifatnya “penuh pengorbanan” berubah
menjadi hiburan dan trend dan langsung tak beban!
Akibatnya,
lahirlah pendakwah yang menggunakan alasan “dakwah” untuk melakukan dosa!
"Apa
salahnya aku ikhtilat? Aku nak dakwah perempuan tu bla bla bla..."
"Kami
hanya berukhwah. Bukan ikhtilat bla bla bla...."
"Apa
salahnya bercinta asalkan Allah dan rasul nombor 1 bla bla bla..."
Dan,
pendakwah muda pulak, tak habis-habis twit dan post benda-benda pasal cinta
cinta cinta cinta cinta. Macam seolah-olah, dakwah ni cinta je. Nak ajak orang
kembali pada Allah atau nak ajak orang bercinta?
Dan,
wujud pulak status-status “dakwah” kononnya yang tak habis-habis buat ayat
gedik memuji wanita, ber”awak” “kita”, semata-mata nak dapat banyak retweet dan
like. Maklumlah, kan ramai orang suka bab cintan cintun, bab cantik sweet ni.
"Awak...kalau
awak pakai tudung labuh, awak akan jadi sangat cantik lebih cantik dari
bidadari syurga tau awak;)"
“Awak
jagalah diri awak. Kecantikan awak hanya untuk suami. Jangan tonjol-tonjolkan
tau awak. Huhu…”
Dan
sebagainya.
Memang,
post-post macam tu komfem dapat banyak like. Tapi, ianya amat bahaya.
Saya dah
jumpa ramai orang yang begini, yang mana mereka luarannya di alam maya penuh dengan
status islamik yang banyak like, tetapi, di ruangan komen, berbalas smiley dengan
berlainan jantina, kemudian di alam realiti juga ikhtilat tak di jaga, dan
kecundang dengan fitnah cinta.
Licik
tipu daya setan. Dakwah yang sepatutnya di penuhi dengan tangisan dan air mata,
berubah menjadi trend oleh sebahagian orang.
Dakwah
yang ikhlas, hanya empunya diri sahaja boleh tahu. Ia antara diri kita dan juga
Allah. Persoalan bagi pendakwah yang jujur ingin selamatkan umat dengan
dakwahnya:
1)
Adakah kita pernah nangis memikirkan mad'u kita? Adakah kita pernah menangis
melihat umat yang nazak dengan maksiat pada hari ini?
2)
Apakah usaha kita untuk selamatkan umat? Adakah hanya sekadar post dan twit di
alam maya? Atau kita korbankan masa, harta dan tenaga kita untuk umat? Kurang
tidur malam, tarbiah dan membina manusia, memberi penerangan pada orang ramai,
sumbangkan harta untuk dakwah, belanja mad'u, sabar dengan kutukan dan
sebagainya?
3) Adakah
kita berusaha menjaga tahajud yang sepatutnya di lazimi oleh para pendakwah,
atau kita tinggalkan tahajud lebih 3 hari tanpa rasa bersalah?
4)
Sejauh mana tilawah quran kita? Atau kita sibuk berdakwah sini sana di alam
maya, tapi hakikatnya, kita dengan quran nak baca sehari 5 muka pun tak
istiqomah dan rasa berat? Sedangkan, orang yang ikhlas, amat rapat dengan
Alquran?
5)
Sejauh mana kita usaha untuk tinggalkan maksiat? Atau kita hanya pandai menulis
status islamik, tapi diri kita yang realiti amat jauh dari apa yang kita
tuliskan?
Ingat.
Dakwah
itu, kalau kita IKHLAS nak selamatkan umat, kita takkan ada masa nak berhibur
dengan drama, lagu lagho, maksiat, dan sebagainya.
Cuba
korang hayati kata-kata Umar Alkhattab:
"Yang
paling aku takuti ialah orang yang fasih LIDAHNYA, tetapi kotor
HATINYA..."
(Umar
Alkhattab)
Ramai
orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.
Ramai
juga orang yang boleh ber"dakwah" dengan penulisan, menulis status2
islamik dia insta, FB, Twitter, blog dan sebagainya.
Ramai
juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak
followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.
TAPI.....
Tak ramai yang mampu AMAL segala apa yg mereka dakwah kan, segala yg mereka
cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka
laung-laungkan.
Akhirnya,
golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..
"Selama
ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat byk like, nak popular, nak
di sanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH????"
Kerana,
orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan
Allah dan manusia. Menjaga tahajud, quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat
malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.
Tetapi,
orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka
hanya menjaga hubungan dengan manusia.Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka
abai. Solat zikir tahajud quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat
tak jaga, couple islamik, dan sebagainya.
Wahai
pendakwah, bertaubatlah.
Ingatlah,
antara golongan yg masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yg berjihad bukan
kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu di sanjung dan di puji.
Cuba
korang fahami hadis ni, dan, menangislah!!!
Nabi saw
bersabda:
“Sesungguhnya
manusia pertama yang di adili pada hari kiamat adalah orang yang MATI SYAHID di
jalan Allah. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan
(yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya :
‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku
berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman
: ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani.
Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian
diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup),
lalu dilemparkan ke dalam neraka…”
(HR
Muslim)
Nauzubillah.
Cuba
korang baca hadis tu berkali-kali.
Berkali-kali!
Orang
yang paling awal masuk neraka ialah orang yang mati syahid, yang pergi perang,
berjihad, tapi bukan kerana Allah, di sudut hati mereka, mereka nak di sanjung,
nak nama, nak bangga. Akibatnya, Allah campakkan dirinya ke dalam neraka!
Nauzubillah…
Saya pun cuak bila baca hadis ni.
Nak
kata, cuba kita check balik diri kita. Sejauh mana kita ikhlas dalam dakwah
ni??
KISAH BENAR
Saya
mula risau bab dakwah trend ni bila saya nampak beberapa peristiwa dan kisah
yang agak mengejutkan saya.
Saya
pernah kenal secara dekat beberapa golongan “public figure” dan pendakwah yang
banyak followers. Dan bila saya tahu benda ni, saya amat kecewa, dan saya tegur
apa yang mampu.
Ada kes,
seorang yang rajin buat status islamik, dapat ratus-ratus like, tapi kehidupannya,
hanyut dengan ikhtilat, bercouple islamik dengan perempuan berpurdah, lepas tu
jalan tengok wayang pegang tangan dan bukak purdah, tapi lepas tu pakai purdah
semula.
Ada kes,
seorang yang rajin dakwah di alam maya, instagram bagai, tapi, boleh bercouple
islamik, duduk sebelah-sebelah dengan jarak yang sangat dekat dengan ajnabi,
bermesej sampai dua tiga pagi dengan ajnabi, sampai ada kes dia tidur rumah
lelaki, dan yang membuatkan saya sedih ialah, dia berpurdah.
Ada kes,
seorang yang rajain dakwah alam maya, tapi bab hukum hakam fail, membuat hukum
sendiri tanpa merujuk ulama, membenarkan couple, menghalalkan ikhtilat, melayan
perempuan itu ini itu ini, dan sebagainya.
Saya tak
nak cerita panjang-panjang sangat. Tapi, soalan dan luahan yang kami dapat di
emel dan FB sangat membuatkan saya amat sedih dan terkejut.
Ada juga
naqibah usrah dengan anak usrahnya, suka sama suka, kemudian lesbian.
Ada juga
seorang pimpinan universiti, mengambil kos agama, bertunang dengan wanita yang
turut mengambil kos agama,akhirnya, berzina di hotel di bulan ramadhan.
Saya
kadang-kadang menggeletar bila nak handle isu ni dan berhadapan dengan masalah
ni. Di sebabkan orang yang macam ni lah, akhirnya menimbulkan fitnah yang besar
pada agama, ramai orang akan salah faham tentang agama, lantas menghalalkan
yang haram, sebab apa? Kerana, “pendakwah-pendakwah” yang ramai
followers ni langsung tak menunjukkan qudwah.
Saya
kadang sedih tengok pendakwah yang asyik-asyik buat cerpen cinta islamik,
couple islamik, bidadari bermata jeli, suka ini, suka itu, tulang rusuk
bergetar dan sebagainya. Seolah-olah, memang itulah yang ada pada dirinya.
Akhirnya, orang yang baca, seronok memang seronok, tapi tak dapat
pengajaranpun. Yang dapat hanyalah seronok, sweet-sweet, nangis sikit sebab
happy ending, dan yang sama waktu dengannya.
Ada satu lagi golongan, nak dapat followers punya pasal, dia pergi kutuk pendakwah lain, dengan harapan, orang ramai nampak keburukan pendakwah tersebut, dan nampak kebaikan dirinya, lalu orang follow dia. Apa benda daaa...
Ya
Allah.
Ampunkanlah
dosa kami!!
DAKWAH TIDAK DI TERIMA?
Wahai
kawan, syaitan ni licik. Begitu mereka usaha untuk menghancurkan hati para
pendakwah supaya tak ikhlas dalam dakwah, dan hipokrit dalam dakwah.
Cuba
kita muhasabah semula wahai kawan.
“Adakah
dakwah aku di terima??”
Hmm…
Tahukah
korang, di dunia ni, ada golongan yang sangat berjasa pada agama, tapi, di
akhirat nanti, Allah langsung tak terima amal dia. Tahukah korang?
Cuba
hayati hadis ni sungguh-sungguh wahai kawah. Fahamilah dengan mata hati.
Ya, mata
hati….
1) Daripada
Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan
bersabda;
لَيؤيِّدنَّ الله ُهَذَا الدِّينَ بِقَوْمٍ لا خَلاقَ لَهُمْ
“Allah
akan menguatkan agama ini dengan suatu kaum yang tidak mendapat bahagian pahala
di hari akhirat.”
(HR Nasaie
dan Tabrani)
Dan
maksud yang sama diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab jihad serta
Imam Muslim di dalam kitab Iman dari jalan Abu Hurairah RA bahawa baginda
bersabda ;
إِنَّ اللهَ يُؤَيِّدُ الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ
“Sesungguhnya
Allah akan menguatkan agama ini dengan lelaki fajir(yang berdosa)..”
(HR
Bukhari dan Muslim)
Apa
maksud hadith ni?
Nak
kata, akan wujud satu kelompok, yang banyak berjasa pada agama, tapi
hakikatnya, mereka adalah ahli maksiat, yang hipokrit dan tenggelam dengan
nafsu, dan akhirnya, mereka langsung tak dapat pahala dari apa yang mereka
dakwahkan.
Berhati-hatilah
kita daripada menjadi golongan yang banyak berjasa kepada agama ini namun
disisi Allah ianya langsung tiada nilaian pahala dan sia-sia.
Ramai
orang hanya memandang kepada hasil, manfaat dan keuntungan duniawi atau
'tangible result' namun melupakan cara dan kaedah yang diajarkan oleh nabi yang
menjadi syarat kepada penerimaan sesuatu ibadah dan kebaikan iaitu IKHLAS dan mengikuti sunnah.
Huh…
Ampunkanlah
kami yang banyak cakap tak serupa bikin ni ya Allah!
2) Cuba
korang fahami pulak hadis ni.
لأعلمن أقواما من أمتي يأتون يوم القيامة بحسنات أمثال جبال
تهامة بيضا. فيجعلها الله هباء منثورا. أما إنهم أخوانكم ومن جلدتكم ويأخذون من الليل
كما تأخذون. ولكنهم أقوام، إذا خلو بمحارم الله، انتهكوها
"Ketahuilah
tentang satu kaum dari umatku, mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan
setinggi gunung tihamah yang putih. Lalu Allah jadikan semua itu debu yang
berterbangan. Adapun mereka saudara kamu, dari keturunan kamu, dan mereka
mengambil malam(qiamullail) seperti kamu ambil, tetapi mereka adalah kaum,
bilamana mereka sendirian dengan perkara yang Allah haramkan, mereka
mengingkariNya.."
(HR Ibn
Majah)
Hadis ni
bagitahu, ada golongan, yang kat akhirat nanti, dia datang dekat Allah bawak
amalan kebaikan sebesar gunung, tapi semuanya jadi debu dan satu pun Allah tak
terima.
Kenapa
Allah tak terima?
Kerana
golongan ni, di depan orang, hebat. Tapi bila berseorangan diri, bila takde
orang nampak, dia buat maksiat, dia engkar suruhan Allah.
Isk isk…
Hadith
ni sangat mencuakkan.
Ya
Allah, kau terimalah amalan kami ya Allah!
KESIMPULAN
Bila
saya tulis ni, bukan maksud saya untuk tinggalkan dakwah. Tidak. Dakwah tu
wajib di lakukan, walaupun kita tak amalkan apa yang kita cakap. Seorang
sahabat nabi iaitu Abu Darda’ pun pernah kata:
إني لآمركم بالخير، وما كل ما أمرتكم به فعلته؛ ولكني أرجو
الأجر بأمركم
“'Sesungguhnya
aku menyuruh kamu dengan perkara kebaikan. Namun itu tidaklah bermakna bahawa
semua yang aku perintahkan kepada kamu telah aku lakukan, akan tetapi aku
mengharapkan pahala dengan menyuruh kamu melakukannya.”
(Abu
Darda’)
Benda ni
saya dah ulas panjang dalam buku Tarbiah Sentap jilid 1, bab 4.
Tapi,
apa yang saya nak sampaikan pada tajuk kali ini ialah, janganlah kita ni
menganggap dakwah ni hanya trend semata-mata, sibuk menulis, memberi ceramah,
hanyut dengan ramai followers, tapi kita lupa diri kita sendiri, kita tipu diri
kita sendiri.
Akhir
kata, saya nak pesan, bahawa:
“Dakwah
ni bukan takat post kat media sosial je.
Dakwah ni ada FIQH yang perlu kita fahami…”
Dakwah
ni bukan pakai cakap ikut kepala kita. Dakwah ni ada CARA dan FIQH yang telah
di ajar oleh arrasul, sahabat dan ulama'. Kalau solat pun ada fiqh yang wajib
di ikuti, dakwah pun ada FIQH.
Bila
kita dakwah tak ikut FIQH, dakwah kita nampak macam berkembang, tapi sebenarnya
dakwah kita "kosong", dan menjadi fitnah untuk agama. Nak faham fiqh
dakwah, kenala rajin membaca buku-buku fiqh dakwah juga. Boleh baca:
1) "Dakwah
Fardhiah", "Toriqud dakwah", tulisan Mustafa Mahsyur.
2)"
Majmuat rasail" imam hasan albanna.
3) "Almuntolaq"
tulisan Ahmad Arrasyid.
4) "Isti'ab",
"Aids Haraki", "Maza ya'ni intima lil islam",
"almutasaqitun ala toriq addakwah", "qowarubunnajah"
tulisan Fathi yakan.
Dan
banyak lagi.
Bila
dakwah tak ikut fiqh, maka lahirlah orang yang berdakwah kerana trend, nak
like, dan famous, nak di sanjung, nak di puji, down bila di kutuk, ikhtilat tak
jaga di alam maya dan realiti, cinta islamik, drama korea jepun menjadi
hiburan, lagu lagho tak tinggal dan sebagainya.
“Dakwah
ni suci murni. Jangan cemarkan jalan dakwah ni dengan dosa yang kita lakukan
lantas menggunakan alasan "dakwah" untuk buat maksiat…”
Jika
tidak, sampai bila pun kita takkan dapat merasakan cinta Allah, dan kita takkan
mampu tenggelam dalam syurga cinta bersama Allah yang maha esa.
Wahai
pendakwah!!
Jagalah
hubungan dengan Allah sungguh-sungguh, insyallah, Allah akan menjaga kalian!
Dakwah yang Allah tak terima?
Reviewed by Unknown
on
12:20
Rating:

4 comments:
Saya setuju sangat lagi-lagi pasal post cintan cintun maggi tuh. Serious, saya tak berapa enjoy benda 'merepek' macam ni hari-hari; sekali-sekala cukuplah. Rasa rendah bila baca dari awal sampai habis... mungkin saya ada buat silap? Apa pun terima kasih atas post seribu makna ini.
Plg penting, niat dskwah bukan utk org lain tp utk islah diri sndiri.Dakwahlah ikut cara nabi..rumah ke rumah..jumpa manusia hati ke hati..face to face bukan Facebook. Nk dapat hidayah kena ada pengorbanan..xda shortcut. Mulakan dgn keluar 3 hari utk belajar dakwah.
Plg penting, niat dskwah bukan utk org lain tp utk islah diri sndiri.Dakwahlah ikut cara nabi..rumah ke rumah..jumpa manusia hati ke hati..face to face bukan Facebook. Nk dapat hidayah kena ada pengorbanan..xda shortcut. Mulakan dgn keluar 3 hari utk belajar dakwah.
Ya Allah.. ~Zaaaap!!~
Sentapnya baca. Bagus tulisan tuan nie...
nak share ye..
Post a comment