Malam ni saya nak ceritakan kat korang tentang juzuk 5 surah
An Nisa' iaitu surah ke 4 ayat ke 29. Kisah malam ni ada kaitan dengan nasihat kepada AGEN takaful, agen rumah dan sebagainya.
Eh yeke? Ha, apa lagi, jom masing-masing buka al Quran dan baca sekarang. :)
Eh yeke? Ha, apa lagi, jom masing-masing buka al Quran dan baca sekarang. :)
Bismillah..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
"Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu
sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengasihani kamu."
(Surah An Nisa' 4:29)
Ayat ini memang mengandungi
makna yang sangat lejen, dan ia juga terkandung banyak hukum hakam fiqh termasuk fiqh muamalat dan etika
dalam Islam. Tetapi kali ini saya nak cerita sebahagian saja ayat, iaitu
pada bahagian permulaan.
Yang mana? Ok yang
ini,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.."
Jom kita tengok
satu-satu..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).”
Maksud untuk بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ (jalan yang salah) ini luas sangat. Bukan sekadar judi,
tetapi juga termasuklah ;
- Mencuri tulang masa kerja,
- Tipu masa punch card waktu kerja,
- keluar minum kopi waktu ofis (sedangkan kerja
banyak),
- rasuah atau duit kopi,
- Tak amanah dengan kerja,
- Menindas dan khianat rakan sekerja
semata-mata nak naik pangkat,
dan sebagainya. Ia
sangattttttt luasssss. Kemudian ayat
seterusnya,
إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ
"... kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."
Yang ini sangat
penting, iaitu ia bukan hanya perniagaan, bahkan BEKERJA makan gaji sekali. Mesti MUTUALLY AGREED atau secara suka sama suka. Jangan scam
duit orang walaupun kau tak terlibat dengan MLM yang haram. Itu tetap haram dan
berdosa wahai kawan.
Contohnya, kita nak
bekerja 8 jam straight memang
mustahil. Jadi kita minta peruntukan rehat 1-2 jam. Jika majikan setuju, maka
itu termasuk mutually agreed ataupun
suka sama suka antara pekerja dan majikan.
Tetapi jika majikan
kata rehat hanya 2 jam, tapi korang belasah rehat sampai 3-4 jam sambil minum kopi
di warung, lebih dari 2 jam tu adalah HARAM dan BERDOSA. KECUALILAH kalau
majikan korang izinkan.
Sama juga macam kes
solat dhuha waktu pagi. Solat dhuha tu sunat je, tetapi bekerja seperti yang
ditetapkan dan yang dipersetujui adalah WAJIB dipatuhi, walaupun bos korang tu orang kafir.
Jadi kalau nak solat
dhuha, kena minta izin majikan dulu. Cakap dengan dia, nak rehat 10 minit untuk
solat sunat. kalau dia bagi, takde
masalah. Kalau bos tak bagi, jangan
pula korang LANGGAR. itu yang salah walaupun korang buat benda baik sekalipun.
Sebab korang dah berada dalam
PERJANJIAN yang dipersetujui bersama. Islam ajar supaya PATUHI JANJI.
Tetapi kalau solat yang WAJIB, maka ketika tu korang WAJIB patuhi PERINTAH dan JANJI kita kepada Allah. Kalau
kena buang kerja semata-mata nak solat fardhu, carilah kerja lain. InsyaAllah
Allah akan bagi rezeki pada korang, bukan boss korang bagi rezeki.
Inilah indahnya Islam,
antaranya adalah betapa Islam sangat-sangat pentingkan etika dan
professionalisma dalam bekerja. Sebab ini dalam urusan muamalat.
---
Jadi pengajaran
daripada ayat ni rasanya korang dah
jelasje. Cuma nak ulang semula sedikit je.
1. Janganlahh makan harta dengan jalan yang HARAM, BATIL dan
yang melanggar syarak. Janganlah pleaseeeeeeee...
(sambil melutut, buat muka comel, pipi merah dan mata jeli).
Korang tak kesian ke pada anak
isteri di rumah? Korang tak kesian ke
pada keluarga terutama di kampung? Korang
tak takut ke makan harta haram? Kalau korang
belum kahwin sekalipun, korang tak
kesian ke pada DIRI sendiri? Tak kesian ke pada mak ayah yang korang kirim duit setiap bulan tu?
Tak kesian ke?
Saya yang tulis ni tak
minta pun duit gaji korang. Tetapi
saya cuma minta korang kesian pada
diri sendiri, dan kesian pada anak isteri atau suami korang, atau kesian pada mak ayah korang di kampung. Itu saja.
2. Yang
ini, saya ada tambahan nasihat umumnya kepada diri saya dan semua orang, khususnya kepada
MEKANIK dan juga SESIAPA sahaja yang menggunakan borang atau perjanjian seperti ejen takaful, ejen hartanah, ejen rumah
dan yang berkaitan dengannya.
Abang-abang mekanik
yang macho lagi kacak bergaya badan
sado, JANGANLAH korang NAIKKAN harga melampau-lampau semasa betulkan kereta di highway ataupun luar dari bengkel
korang. Padahal 10km je.
Contohnya masa di
highway, perkara ini selalu terjadi. Orang yang kereta rosak tu dah la desperate sangat yang mana akhirnya
terpaksa call korang. Korang pula datang pada pelanggan tu,
dan kemudiannya korang "peras
ugut" atau manipulasi harga secara halus.
Contohnya kereta kawan
tu timing belt putus je. Tetapi korang kenakan harga sampai 3-4 kali
ganda dari harga asal di kedai korang. Akhirnya pelanggan tu TERPAKSA terima sebab takde pilihan lain.
Ini dah LANGGAR etika
seperti digariskan dalam ayat di atas, SUKA
SAMA SUKA = Mutually agreed.
Yang mana ia
bermaksud, mekanik dan pelanggan mesti sama-sama gembira. Takde masalah kalau korang naikkan harga sedikit untuk kos
minyak dan perkhidmatan, tetapi BERPADALAH. Sekali lagi saya sebut, BERPADALAH.
Jangan sampai harga
yang sepatutnya (contoh) RM50.00, korang kenakan
dengan harga RM250.00. Mana boleh. Setakat naikkan RM50.00 boleh tahan lagi. Janganlah ya. Korang
carilah rezeki halal walaupun sedikit. Dalam kubur sana sakit bro.
Kepada abang hensem
dan kakak cantik pakai tudung Fareeda labuh yang bawa borang ke hulur ke hilir
untuk minta orang sign agreement,
kalau ada apa-apa bayaran atau EXTRA fee (yuran
tambahan), tolonglah BERITAHU. Jangan
SEMBUNYIKAN. Beritahu kalau ada bayaran lain. Jangan sampai akhirnya customer kata,
"Aik, saya tak tahu pun. Saya manalah mampu untuk baca
document yang sampai 40 page."
“Laa.. Takde pun bagitahu dalam dokumen perjanjian kita
sebelum ni..”
Ini bukan cara Islam.
Kita TAK boleh makan duit orang secara haram atau illegal!
Sama juga macam isu
majikan bayar gaji pekerja. Ada pekerja A buat kerja sungguh-sungguh, manakala
pekerja B buat kerja sambil lewa. Tapi bila masuk gaji, dua-dua dapat gaji yang
SAMA.
MANA BOLEH.
Ini langgar etika
Islam. Dan dalam masa yang sama langgar etika kerja juga. Korang kan majikan yang baik hati jujur dan amanah. Jangan macam
ni. Kesian pada pekerja korang yang rajin-rajin.
Kesian juga pada anak isteri korang yang TERPAKSA makan duit haram.
ok? Err.. marah ke? Chill..
Jangan marah-marah.
Ini peringatan saja. Siapa makan masak lemak cili padi, dia yang terasa
pedasnya. Dan dah nak tidurkan? tidurlah dengan muhasabah ya. Moga rezeki yang
kita makan setiap hari adalah rezeki yang halal dan toyyib (baik), bukan rezeki
yang syubhah (ragu-ragu) apatah lagi rezeki yang haram.
Naudzubillahi minzolik.
Wallahu'alam
p/s: sumber : Ethics of Wealth & Money [Juz 5] - Nouman Ali Khan
p/s: sumber : Ethics of Wealth & Money [Juz 5] - Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime
Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku
berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1) secara
ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129
3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com
dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu
http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan
dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)
#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (siri 1) – Juzuk 5
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
20:52
Rating:

No comments:
Post a Comment