Maaf perkongsian BSS agak lambat sedikit minggu ini. Sepatutnya
saya rancang seminggu sekali, namun disebabkan saya sekarang tengah backpackers
ke Eropah, so agak sedikit kelam kabut dan kesempitan waktu. Ni akhirnya Allah
bagi kesempatan untuk taip dalam train, Alhamdulillah.
Ok malam ini insyaAllah kita akan
sambung BSS kita pada juzuk kedua, surah al Baqarah lagi, ayat 185. Jom ambil
Al Quran.
Bismillah.
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah al Baqarah 2 : 185 )
Ayat
ini mengenai bulan Ramadhan. Ia agak panjang tetapi sangat cantik dan bermakna
kalau kita faham sungguh-sungguh. Banyak hukum hakam fiqh yang ada di dalam
ayat ini.
Tetapi
untuk malam ni saya bukan nak cerita bab hukum hakam, yang itu korang boleh
belajar di kuliah atau kelas pengajian kat mana-mana. Tetapi apa yang saya nak
highlightkan mala mini adalah SEBAHAGIAN kecil ayat saja. Tak banyak,
sebahagian kecil je. Hehe.
Iaitu
pada bahagian hujung sekali. Ayat yang mana? Haa, yang ini,
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"..Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu
bersyukur.”
Kenapa dengan ayat ni? Ayat ni menjelaskan kenapa Allah
beri kita puasa 30 hari, apa sasaran dan objektif kita dalam bulan Ramadhan.
Korang rasa kenapa? Haa, jom habiskan baca.
Bila
Allah sebut, "cukupkan bilangan puasa", perintah ni sangat-sangat
penting. Ayat ni bermakna Allah suruh kita tunaikan tanggungjawab sebagai
hambaNya dan tingkatkan spiritual (rohani) atau iman kita. Jadi nak tak nak,
mesti habiskan bilangan puasa itu SECARA SERIUS. Sebab ia adalah 'PROGRAM' yang
Allah dah tetapkan untuk kita semua. Ingat kat sekolah atau university je ke
ada program?
Kemudian Allah sambung lagi.
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."
Ayat ini BUKAN hanya semata-mata ataupun TIDAK terhad untuk bertakbir "Allahu Akhbar", "Allahu Akhbar" saja. Bahkan lebih dari itu. Apa dia?
Iaitu ayat
ini menyuruh kita supaya menjadikan Allah sebagai yang paling UTAMA dalam
setiap urusan kita bermula daripada awal Ramadhan sehinggalah cukup bilangan Ramdhan
itu. Kita jadikan Allah sebagai segala-galanya, Allah lah yang utama, semuanya
kerana Allah berdasarkan petunjuk Allah..
Dan akhirnya Allah sambung pada akhir ayat itu,
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
".. dan supaya kamu bersyukur."
Allah
SURUH kita bersyukur kerana kita BERJAYA menjadikan Allah sebagai prioriti atau
keutamaan dalam setiap urusan, dari bangun pagi hingga tidur balik. Hatta
urusan peribadi kita atau urusan kerja, ataupun urusan NAFSU kita.
Allah
SURUH kita bersyukur dah Allah memuliakan kita sebab kita utamakan Allah
melebihi segala-galanya. Wa takbirhu takbiro! Allahu Akhbar!
-----
Apa pengajaran yang saya nak kongsikan dengan korang daripada ayat ini adalah,
1. Berdasarkan ayat ,
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."
Sepatutnya sepanjang 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan,
kita
dah boleh jaga TELINGA kita.
kita
dah boleh jaga MATA kita.
kita
dah boleh jaga MULUT kita.
kita
dah boleh jaga AMAL IBADAH kita.
kita
dah boleh jaga DIRI kita daripada maksiat.
kita
dah boleh tahu dan jaga HALAL dan HARAM sebaiknya.
Dan
sebagainya.
SEPATUTNYA
dah cukup! Sepatutnyalah. Kemudian, SEPATUTNYA juga 30 hari dah CUKUP
untuk kita KEKALKAN momentum amalan kita sehingga lepas habis Ramadhan.
Maksudnya kita berjaya kekalkan momentum sampailah bertemu Ramadhan tahun
depan.
Kalau
bulan puasa kita boleh habiskan 30 juzuk Quran, atau sekurangnya kita baca al
Quran sehari 5 muka surat atau paling kurang sehari 1 muka surat, KENAPA
selepas habis Ramadhan kita TAK HABIS-HABIS lagi 30 juzuk Quran? Atau kenapa
selepas habis Ramadhan kita tak boleh konsisten baca al Quran setiap hari walau
1 muka sehari?
Kenapa
tak khatam-khatam lagi? Dan kenapa tak baca lagi? Arghh! Sakitnya tuh di sini.
Kalau
bulan puasa kita boleh bangun tahajjud hampir atau SETIAP hari, kenapa selepas
habis Ramadhan kita bangun tahajud SEBULAN SEKALI? Atau lebih dari tu, kita dah
beberapa bulan tak bangun tahajjud?
Kalau
bulan puasa kita boleh tahan diri daripada maksiat, tundukkan pandangan, jaga
telinga dari dengar perkara maksiat dan sebagainya, jaga lidah daripada
mengumpat mengutuk dan sebagainya, TETAPI kenapa selepas habis Ramadhan kita
TIDAK BOLEH jaga semua itu?
Kenapa lidah kita makin lancang
memaki hamun perli kutuk mengumpat orang? Kenapa mata kita
makin meliar melihat perempuan atau muslimah walau tutup aurat sempurna
sekalipun?
Kenapa
telinga kita masih lagi suka dengar gossip atau perkara dosa?
Kenapa?
Adakah kita TIDAK MERASAI nikmat atau kemanisan RAMADHAN? Atau kita berpuasa
Ramadhan sebab orang lain puasa, maka kita puasa je? Atau sebab mak ayah suruh?
Atau sebab malu nanti kena kutuk dengan kawan-kawan kalau kantoi tak puasa.
Macam
mana kita boleh mengaku BESARKAN Allah, tetapi dalam masa sama kita BELAKANGKAN
Allah dalam banyak perkara. Bahkan hampir semua perkara? Kita sengaja lewatkan
solat sebab buat kerja ataupun buat assignment yang sedangkan boleh
ditangguhkan? Kita sengaja tak baca al Quran sebab malas?
Kita
hipokritkah? Kita ni
sembah Allah ke sembah Ramadhan? Ouch, sakitnya. Huhu.
Mungkin
juga sebab kita TIDAK dapat petunjuk Allah. Ye lah, mana tidaknya, kita lebih banyak
doa minta JODOH daripada doa minta PETUNJUK. Lepas solat je doa,
“Ya Allah, doakan aku dengan Markonah Masjon.
Kalau dia bukan jodohku, jodohkan juga. Kalau dia jodoh orang lain, jadikan lah
aku orang lain tu..”
Arghh.
Dah kenapa. Mana sempat nak doa minta pentunjuk dari Allah. Tu yang akhirnya
masing-masing ke laut.. bukan ke jalan Allah.
2.
Kalau perhatikan ayat akhir sekali,
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
".. dan supaya kamu bersyukur."
Allah SURUH kita bersyukur, bukan main-main. Berapa banyak daripada kita BETUL-BETUL
bersyukur? Atau kita lebih banyak TROLL atau
PERLI dengan cakap,
"Bersyukurlah,
Madagascar masih aman.”
Jom kita muhasabah tentang bersyukur. Kalau
betul kita bersyukur dengan nikmat Allah, kita akan TAAT perintah Allah dan
kongsikan syukur ini kepada orang lain dengan cara kita buat dakwah. Ye la,
kalau kita gembira dapat sesuatu, mesti kita nak kongsi dengan orang lain kan?
Kalau dapat bergambar dengan salji, mesti kita
nak share gambar kita dengan orang lain di Facebook kan? Macam tu juga syukur.
Kalau kita syukur dengan nikmat Iman dan Islam serta kefahaman Islam, kita
mesti nak kongsi dengan orang lain. Nak kongsi dengan kata lain, kita buat
dakwah tarbiah.
Itupun kalau kita bersyukur. Allah… Sob Sob.
Moga Allah kurniakan kita petunjukNya sampai
kita jadi mayat. Amin.
Sumber
:
Do you
worship Ramadan or Allah? [Juz 2] - Nouman Ali Khan
Di
petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.
-----
1. Dapatkan buku Bedtime Stories
Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO,
Hasani dan lain-lain.
2. Boleh dapatkan buku Bedtime
Stories Sentap (siri 1) secara ONLINE
dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129
3. Jom kongsikan dan follow emel
Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap
iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.
Kongsikan pada kawan-kawan jom, dan
moga bermanfaat !! :)
#BSS1
#Bedtimestoriessentap
- Shukery Azizan -
- Shukery Azizan -
Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 2
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
01:05
Rating:

3 comments:
Aslm,bang.ni bkn saya nk spam ker apa?saya nk tyer.kalau yv maksiat telinga tu,kalau ada orang maksiat tepi2 kita,adalah perlu tutup telinga atau pun ada cara lain yg Abg suggest kn,aslm.uhibbukafillah
Aslm,bang.ni bkn saya nk spam ker apa?saya nk tyer.kalau yv maksiat telinga tu,kalau ada orang maksiat tepi2 kita,adalah perlu tutup telinga atau pun ada cara lain yg Abg suggest kn,aslm.uhibbukafillah
assalamualaikum, saya ada jual kopiah keras hitam putih semua smart smart, apa lagi kalau pakai konfem nampak hensem punya! mai mai visit blog saya, jangan lupa follow :)
Post a Comment