Rakyat malaysia, setiap hari makin tertekan dengan isu kezaliman pemerintah yang makin lama makin menjadi-jadi. Rasuah, politik wang, korupsi, salah guna kuasa dan sebagainya. Pemerintah yang seolah-olah menganggap rakyat malaysia ini bodoh, dan sebagainya, membuatkan rakyat makin hari makin marah.
Bukan itu sahaja, tertekannya rakyat
malaysia bertambah apabila pihak pembangkang juga dua kali lima. Budaya fitnah
menfitnah, pergaduhan sesama mereka, budaya nepotisme dan sebagainya, juga di
tahap yang membimbangkan. Ada di kalangan mereka yang membawa agenda Malaysian
Malaysia(Malayan Union), menentang hudud, dan lain-lain, membuatkan ramai orang
seakan-akan di awing-awangan.
Bukan itu sahaja, sesetengah NGO pula
makin lama makin mengasak islam, dari hari ke hari, menuntut pembebasan murtad,
menuntut iktiraf golongan LGBT, menuntut kebebasan agar syiah di amalkan dan di
sebarkan, menuntut agar anak-anak kecil yang baru lahir tak di beri "agama
islam" dalam kad pengenalan, menuntut guna kalimah Allah dalam bible dan
sebagainya.
Bukan itu sahaja, NGO dan gerakan islam
pula ada di kalangan ahli mereka yang tak habis-habis bercakaran, bergaduh,
berbalas hujah bukan dengan hujah tetapi dengan makian, perlian dan mencarut,
ini adalah satu tahap yang amat kronik andai tak di rawat.
Bukan itu sahaja, isu gejala sosial yang
semakin menjadi-jadi, dengan kes zina di malaysia sebanyak 60,000 sepanjang 3
tahun, bermakna setiap 1 jam ada 2 kes zina di laporkan, dengan gejala
hedonisme dan hiburan yang melampau, masalah rumah tangga, kes penceraiaan yang
memakan angka 27,000 kes setahun, dan sebagainya, membuatkan kita rasa amat
sedih, pilu, tertekan, hiba dengan nasib rakyat malaysia.
Adakah Allah redha dengan rakyat
malaysia?
Adakah Allah redha dengan kita??
AZAB ALLAH UNTUK ORANG ZALIM
Wahai rakyat Malaysia.
Kita benci orang zalim, kita benci di
zalimi, kita benci dengan orang yang menyokong kezaliman. Namun, ramai yang
tidak sedar, sesungguhnya, DIRI KITA juga hakikatnya zalim.
Ya, zalim dengan DIRI SENDIRI!
Kita zalim dengan diri kita. Kita buat
dosa noda. Kita lupa Allah. Kita banyak bermain-main. Kita meringan-ringankan
agama. Kita anggap hukum Allah itu remeh. Kita mempersendakan perkara yang
Allah dan Rasul haramkan. Kita menghina institusi ulama. Kita marah bila orang
tegur kita.
Berapa ramai lagi di kalangan rakyat
malaysia yang masih belum menutup aurat? Berapa ramai lagi yang terikut budaya
kafir dengan memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata, tak kisah di
kalangan orang kenamaan, artis, pemimpin atau rakyat biasa? Berapa ramai yang
masih merokok dan hisap vape walau di fatwakan haram? Berapa ramai yang masih
menonton video lucah? Berapa ramai yang masih banyak menghabiskan masa dengan
movie dan drama, yang mana pelakonnya tak menutup aurat, di tayangkan
pergaulang bebas, cium-cium dan sebagainya? Berapa ramai di kalangan kita yang
masih lagi berhibur dengan lagu-lagu yang berunsur seks, dan mengajak pada
pergaulan bebas serta dosa noda? Berapa ramai rakyat Malaysia yang bercouple,
berpegang tangan, ataupun couple bajet islamik?
Huh….
Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia
yang menjaga solat 5 waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang tak tinggalkan
solat dengan sengaja walau satu waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang solat
berjemaah di masjid atau surau? Berapa ramai di kalangan kita yang meninggalkan
puasa di bulan ramadhan?
Hmm….
Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia
yang istiqomah baca quran sekurang-kurangnya sehari 5 muka? Berapa ramai di
kalangan kita yang dapat solat tahajud di malam hari sekurang-kurangnya sekali
seminggu? Berapa ramai di kalangan kita yang rajin berdoa dan rajin menangis
mengingati Allah?
Wahai rakyat Malaysia!!
Cuba kita muhasabah diri kita sendiri.
Ya, diri sendiri.
Adakah kita sering menzalimi diri kita
dengan dosa??!
Jika ya, cuba kita renungi ayat Allah
ini:
“Dan demikian kami jadikan sebahagian
orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa
yang mereka (masyarakat) usahakan.”
(al-An’am, 6: 129)
Apa yang Allah nak sampaikan?
Allah akan jadikan orang yang zalim itu
turut di kuasai oleh orang yang zalim sebagai balasan kezaliman mereka?
Bermakna, hakikatnya:
“PEMIMPIN YANG ZALIM ITU ADALAH AZAB
DARI ALLAH!!!!!”
Adakah kita sedar hakikat ini wahai
rakyat Malaysia??
Buka mata, buka hati perhatikan diri.
CARA NAK UBAH MALAYSIA
Wahai kawan.
Kalau kalian mahu Malaysia ini di sirami
dengan keadilan, dan di pimpin oleh orang yang adil, serta jatuhnya pemimpin
yang zalim, maka, seruan saya:
“Taubatlah pada Allah….”
Kenapa saya kata begitu?
Lihatlah kata-kata ulama di bawah.
Perhatikan. Perhatikan dengan mata hati!
1) Ibn Kathir menyebut:
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan
diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim,
mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka
dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka diseksa dengan
sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.”
(Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir)
Andai rakyat Malaysia melakukan dosa
noda dan hanyut dengan perkara yang Allah murka, tak kira bangsa dan agama,
maka, Allah akan azab dengan memberi pemimpin yang zalim kepada mereka.
Tidakkah kita takut akan azab Allah ini, yang mana, ianya telahpun berlaku?
Mari kawanku, kita lihat juga
seterusnya.
2) Al-Walid ath-Tharthusi berkata:
“Sehingga sekarang masih terdengar
orang-orang berkata, ‘amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian’,bermakna,
sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.”
Seperti mana kita, seperti itulah kita
akan di pimpin. Andai kita menzalimi diri sendiri dengan dosa, kita akan di
pimpin oleh orang yang zalim juga. Sungguh.
3) Abdul Malik bin Marwan rah pernah
berkata,
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah
kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang
dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan
sebagaimana apa yang mereka amalkan?”
(Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)
Abdul Malik b Marwan adalah khalifah di
zaman itu. Yang mana, rakyat telah marah pada beliau, dan mengatakan pada
beliau:
“Kau zalim. Kau tak sama seperti Abu
Bakar dan Umar!!”
Lalu, beliau menjawab seperti di atas:
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah
kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang
dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan
sebagaimana apa yang mereka amalkan?”
Bermakna, andai kita mahukan pemimpin
yang baik, yang adil, yang soleh, maka, jadilah hamba Allah yang adil, soleh
dan tidak menzalimi diri sendiri. Taubatlah pada Allah!
Masih tidak nampak?
Jika belum, ayuh hatayi apa pesanan Iman
Hasan Albasri.
4) Hasan Albasri menyebut:
“Sesungguhnya kemunculan pemimpin
yang zalim adalah disebabkan azab dari Allah, maka janganlah kamu melawan azab
Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan
memohon dengan merendah diri pada Allah!”
Kita nak jatuhkan pemimpin zalim dengan
tangan kita? Kita nak buat apa? Nak bunuh, nak berdemonstrasi, nak melakukan
keganasan? Sungguh, ianya takkan membuahkan hasil yang memuaskan. Kerana Allah
dah tetapkan, baik masyarakat, baiklah kita.
Masih tidak nampak? Ayuh kita lihat, apa
kata Syeikh As-Sa’di.
5) Syeikh As-Sa’di menyebut:
“Sebagaimana masyarakat itu jika baik
dan istiqamah berada di atas jalan yang benar, maka Allah memperbaiki pemimpin
mereka, iaitu menjadikan untuk mereka pemimpin-pemimpin yang bersikap adil dan
insaf. Bukan yang zalim lagi jahat.
(‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di, Taisir
Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, 1/273)
Itulah sifir Allah. Taubat dan kembali
pada Allah dan mengajak masyarakat kembali pada islam yang sebenar dengan
sungguh-sungguh adalah jalan untuk ubah Malaysia!
Masih tidak mahu percaya? Masih ingin
mendabik dada dan ego tidak mahu bertaubat? Ayuh, ayuh wahai kawan, kita lihat
apa yang Ibn Taimiyah pesan.
6) Ibn Taimiyah berkata:
“Aku telah menyebutkan dalam bab yang
lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada para pemerintah, kemudian
para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat
dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para
pemimpin dan RAKYAT sekaligus, kerana bagaimana keadaan kamu, maka begitulah
akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman, “Dan demikianlah
Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin)
bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129).”
(Majmu’ al-Fatawa, 35/20)
Terkejut bukan?
Sekarang, mungkin kita telah sedar,
bahawa, punca Allah angkat pemimpin yang zalim adalah kerana banyaknya dosa
yang kita lakukan wahai kawan.
7) Hayati juga kata-kata Imam Hasan
Hudhaibi:
“Dirikanlah islam di dalam hatimu,
nescaya ia akan tertegak di dunia…”
Andai kita nak islam menguasai dunia,
maka, amalkanlah islam sungguh-sungguh sepenuh hati kita!
Kita banyak kali doa agar Allah jatuhkan
pemimpin yang zalim. Kita banyak kali doa agar Allah bebaskan palestin,
selamatkan syiria rohingya dan sebagainya. Kita banyak kali doa agar Allah
memberi kemenangan pada umat islam.
Namun, mengapa ia seakan-akan tidak di
kabulkan?
Kerana, hakikatnya, ia adalah salah kita
sendiri!!
Ada beberapa sebab kenapa Allah tak
kabulkan doa kita. Jom tengok satu-satu, lalu muhasabahlah diri!
1)Tinggalkan dakwah.
Isu ini sangat penting. Kalau kita nak
tahu, bila kita tinggalkan dakwah, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah
orang buat maksiat, Allah takkan pandang
kita. Allah takkan terima doa kita. Bahkan, Allah takkan bantu kita!
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah
telah berfirman kepda kalian: ‘Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah
mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika
kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU,
tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku,
tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!”
(Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn
Hibban)
Kalau perhati hadith kat atas, rasanya,
Allah pandang ke doa dan qunut nazilah kita bila kita langsung tak ada usaha
untuk berdakwah??!
2) Umat islam saling bercakaran
Ini juga satu punca, dan perkara yang
menghalang pertolongan Allah datang. Apabila orang islam sesama islam asyik
bergaduh, mengutuk, mencaci dan menghina sesama sendiri, bersangka buruk dengan
umat islam, sedangkan bila dengan orang kafir boleh duduk sekali dan bersangka
baik serta berlembut, membelakangkan orang islam, dan yang sama waktu
dengannya. Apa ini? Apakah ini semua?!!
Ingatlah pesan arrasul:
“Apabila umatku telah mengagungkan
dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan islam. Dan apabila mereka
meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka akan hilang dari mereka
keberkatan wahyu. Dan apabila UMATKU SALING MENGHINA, maka JATUHLAH mereka dari
PANDANGAN ALLAH!!”
(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)
So, apakah yang menghalang kita, umat
islam untuk bersepakat dan bersama-sama meninggikan kalimah Allah?! Apakah yang
menghalang? Ketahuilah, lagi kita berpecah dan saling hina-menghina, maka
selagi tulah Allah takkan hantar pertolonganNya dan selagi tulah islam takkan
bangkit!
Banyak lagi saya nak kupas. Tapi, dua
ini juga sudah cukup untuk kita muhasabah diri kita.
CARA NAK UBAH MALAYSIA, APAKAH
SOLUSINYA?
Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada
islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam,
laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam.
Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah.
Tak guna kita berdemonstrasi sini sana
tapi pada masa yang sama kita masih menjadi punca kezaliman berleluasa.
Sungguh.
Saya nak kongsikan satu kisah yang
sangat menarik.
Satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika
masyarakat ketika itu bertanya:
“Adakah palestin akan kembali ke tangan
umat islam semula??”
Maka, Albanna menghantar seorang ulama’
untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagi menjawab seoalan
tersebut. Setelah itu, ulama tersebut menyatakan:
1) Apabila aku mengajak mereka untuk
solat berjemaah di masjid, masing-masing di antara mereka memilih untuk tak
turut serta dengan pelbagai alasan.
2)Apabila aku mengajak mereka untuk
mendalami dan menghayati Alquran, ramai di kalangan mereka memilih untuk tidak
pedulikan.
3)Apabila aku mengajak mereka ke majlis
ilmu agar mereka memahami agama dan mendapat kesedaran, mereka menolak dan
mengabaikan.
4)NAMUN, apabila aku mengajak mereka
untuk menentang kezaliman yahudi laknatullah, mereka terus bersemangat dan
turun dari segenap penjuru untuk berdemontrasi menyokong perkara ini!!
Maka, apabila mendengar keadaan itu,
Hasan Albanna menjawab:
“Palestin takkan kembali ke saat orang
islam di saat ini…..”
Kerana itulah, Hasan Albanna mulakan
TARBIAH, mendidik masyarakat dengan dakwah. Sehingga hidupnya rijal hasil
didikan albanna iaitu SYEIKH AHMAD YASSIN yang telah mentarbiah penduduk GAZA,
mengajar mereka Alquran dan sunnah, mengembalikan roh dakwah dan tarbiah di
kalangan mereka, serta menubuhkan HAMAS, yang kita lihat hari ini, hero umat
islam!
Kerana mereka sedar, dengan kembali pada
islam lah, islam akan bangkit dengan pertolongan Allah.
PENUTUP
Wahai kawan.
Tugas kita untuk baiki masyarakat,
fahamkan masyarakat tentang islam yang sebenar, islam yang syumul, mendekatkan
masyarakat dengan islam, merawat masyarakat yang makin lama makin jauh dari
islam, perlu di lakukan sungguh-sungguh tanpa lelah jemu.
Walaupun ia seakan-akan lambat menuju kemenangan, tapi itulah satu-satunya jalan yang paling selamat dan paling laju. Percayalah.
Walaupun ia seakan-akan lambat menuju kemenangan, tapi itulah satu-satunya jalan yang paling selamat dan paling laju. Percayalah.
Hatta itulah yang di lakukan oleh
arrasul tika awal-awal di lantik menjadi rasul. Tarbiah masyarakat, tarbiah,
tarbiah, tarbiah. Bila masyarakat kuat, maka datanglah apa pun, islam tetap
kuat dan utuh.
Ambillah
islam secara SYUMUL. Islam itu bukan pada ibadah sahaja. Tetapi, islam itu
menyeluruh, lengkap dan saling melengkapi. Ambil islam dari sudut ibadah,
akidah, akhlak, ekonomi, politik, ketenteraan, kenegaraan, undang-undang, ilmu,
budaya, dan sebagainya.
Wahai pemimpin malaysia, bertaubatlah pada Allah.
Takutlah akan azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia, bertaubatlah pada Allah,
Takutlah azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai pemimpin malaysia, bertaubatlah pada Allah.
Takutlah akan azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia, bertaubatlah pada Allah,
Takutlah azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia..
"Jangan sampai kalian hanya mampu
melaknat orang zalim, tetapi hendaklah kalian memikirkan bagaimana untuk
menghentikan kezaliman itu!!"
(Umar Telmisani)
"3 kelemahan umat islam. Pertama,
tidak belajar dari SEJARAH lampau(tak baca sirah nabi, tak baca sejarah-sejarah
dunia), kedua, tak merancang dengan teliti, dan yang ketiga, malas
membaca!"
(Moche dayan, bekas panglima ketua
pertahanan IDF-israel defense force)
"Umat islam jangan bermimpi ingin
mengalahkan kami, selagi mana solat subuh mereka di masjid tak sama macam solat
jumaat!!"
(Rahib yahudi)
Wallahua’lam.
CARA NAK UBAH MALAYSIA?
Reviewed by Unknown
on
17:08
Rating:

21 comments:
Semoga memberi manfaat kepada warga Malaysia dan dapat memahami apa yang disampaikan oleh Tarbiah Sentap. In Shaa Allah.. Terbaekk Tarbiah Sentap (y)
Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')
Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')
Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')
thanks for artikel. sangat bermanfaat untuk rakyat malaysia. same2 bangkit dan berubah. insyaAllah. amen.
InsyaAllah..trima kasih atas nasihat nya..
nak kata rakyat syria semua tu zalim ke ? sbb tu pemimpin diorg zalim. tak boleh camtu jugak.. tak semestinya kalau kita tak ubah diri kita, tuhan akan beri kita pimpinan yg zalim dan jahat. kadang2 kalau dah mmg rakyat baik tp pemimpin jahat cemana? nak taknak sekali sekala rakyat kena bangkit jugak utk menuntutu hak rakyat dan mintak pimpinan yg jahat utk turun.. takleh la semua bnda nak tgk diri sndiri sahaja. ]
sahabat nabi pun dulu dizalimi. Takkan nak kata sahabat nabi tu zalim ? Dah mmg golongan yg menzalimi tu adalah ujian yg Allah berikan pd mereka. Jd situasi mcm tu tak mustahil berlaku pd zaman skrg. Mungkin betul ada antara kita yg masih menzalimi diri sndiri tp sampai nak kata pemimpin kita jahat sbb rakyat jahat tu tak boleh laa.. Rakyat kita ada yang baik dan tak tergolong dlm golongan yg menzalimi diri sndiri. Golongan ni la diuji dgn pimpinan yg zalim. Golongan ni la yg kena usaha utk bangkit menentang pimpinan yg zalim. Admin sndiri pun tahu apa hukum dia bili pimpinan kita buat salah kan? Admin tahu apa sepatutnya seorang rakyat tu buat kalau pimpinan dia zalim..
Saya setuju dengan artikel ni. Thanks for the advice. Musibah dan ujian yang melanda berkemungkinan besar disebabkan masyarakat kita sendiri yang dah tak berapa nak kisah dengan dosa yang dilakukan. Ada yang siap berbangga dengan dosa sendiri lagi. Tak mustahil masalah yg timbul kat Malaysia ni musibah di atas dosa2 kita sendiri.
Boleh tak kalau tarbiah sentap ulas mengenai sistem demokrasi yg digunapakai di negara ini. Kalau mengikut sistem pemerintahan Islam namanya sistem khalifah kan? Yang saya saya tahu kalau guna sistem Islam, memang wajib patuh pemerintah. Tapi, skrg kat Malaysia guna sistem demokrasi. Kalau boleh la.., buat perbandingan sistem Islam dgn sistem demokrasi.
Sebab ada kemungkinan sistem demokrasi jugak penyebab berlaku pelbagai masalah di dalam pemerintahan negara. Hanya dgn undian org ramai yg mampu membawa individu menjadi pemimpin. Maka, mulalah setiap pihak ingin menunjuk2 kelebihan diri dan mencari2 keburukan pihak lawan. Jadilah, negara yg kacau bilau. Betulkan saya jika ada fakta tersilap. Ini hanya pendapat saya sahaja.
Ke tarbiah sentap memang dah pernah tulis pasal ni? sorry kalau dah pernah tulis. Btw, tak ada widget 'search' ke kat blog ni?
Baik... memberi kesan
mgkin yg zalim lg banyak dr beriman...tu sbb bala allah kpd org zalim,org beriman pon kena tempiasnya..
terkesan di hati. Malaysia sebenarnya hanya 52% islam. kita gah bercakap ttg kita orang islam tetapi rata tak bertudung, seksi, tak bersolat. realitinya begitu. sedih tak usah nak cakaplah. terima kasih sebab tunjukkan pada kami yang membaca. semoga kita semua juga mampu menjadi pendakwah dan islam yang lebih baik.
assalamualaikum ustaz..
macam mana kita nak hadapi orang yang kita tegur tapi dia perli dan jatuhkan kita balik?
mohon pencerahan ustaz..
tq
Artikel yg manfaat, alhamdulillah byk bagi pencerahan utk bbrp perkara.
Tarbiah sentap xpernah mengecewakan!
When i was clever, i wanted to change the world. Then i become wise, i want to change myself
Drpd pandang org lain, kenapa tak pandang diri kita sendiri? Adakah kita merasa yg kita tidak menzalimi diri sendiri? Tu point utama artikel di atas yg mgkin saudara kurang nampak, atau sengaja tak nak nampak
Jwp dulu, apa yg patut rakyat buat bila dizalimi pd pandangan saudara? Bangkit menentang kezaliman dgn kekerasan yg akhirnya menjadikan Malaysia satu lg negara Islam yg kucar kacir seperti yg terjadi di rantau barat? Dan akhirnya membuka peluang utk negara asing campur tgn dalam pentadbiran kerajaan? Itu ke yg saudara nak?
Setuju...ini yg diperjuangkan oleh Al Marhum Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.
salam....sangat sejutu dengan tulisan anda..kerana inilah yg saya fikirkan dari dulu hingga saya xpernah undi mana2 parti politik...
tapi ada 1 soalan utk kita semua..mrngenai Dakwah & Tarbiyah yg tuan tulis..
Semua muslim tau..dakwah ni sentiasa berjalan..tak pernah berhenti..dari mula islam sampai ke malaysia lagi..persolannya...di mana perbezaan dakwah org dulu2 dan dakwah org sekarang????
orang non muslim tertarik dengan dakwah rasulullah,para sahabat bukan kerana isinya adalah tentang kebenaran islam..tapi terlihat kebenaran dlm kehidupan rasulullah,para sahabat...so terbalik kan??
klu dulu...non muslim berminat mendekati islam kerana terlihat kebenaran islam pada komuniti islam tu sendiri...
klu skrg..kita sibuk nak berdakwah pada umat islam yg semakin jauh nak meninggalkan islam...klu pada non muslim..jauh panggang dari api...
nampak tak bezanya???
jadi apakah sebenarnya yg dikatakan DAKWAH???
waktu islam masuk ke malaysia dulu..pedangang2 islam punya taraf hidup yg lebih tinggi dari penduduk tempatan..mereka menguasai teknologi dan ilmu..jadi disebabkan itu,penduduk malaysia waktu tu berminat dengan islam...baik.saudagar arab maupun admiral cheng ho..mereka muslim2 yg menguasai teknologi & ilmu...
tapi kita??? apa yg kita kuasai??? inilah punca kenapa muda mudi semakin jauh dengan islam..
jadi bagaimana???
Bagi saya..untuk ubah malaysia adalah dengan dakwah..tapi bukan dakwah yg umumnya dilakukan sekarang..mengajak manusia kpd kebenaran...tapi kebenaran itu sendiri tak kelihatan..hanya mainan kata2 dibibir pendakwah saja...
caranya ialah dakwah dengan perbuatan...
buktikan pada kehidupan...wujudkan komuniti yg berdakwah dgn cara ini..wujudkan komuniti yg menguasai bidang kehidupan...
inilah caranya...dan setakat pembacaan sy...tak ada 1 pun kemuniti seperti ini di mana2 celahan dunia islam...sebab itu islam tertindas...termasuk di malaysia...
ini pendapat saya..saya beminat mendengar respon...
[email protected]
Post a comment