Saya agak sedih, melihat
umat hari ini, HANCUR, hanyut, tenggelam, terawang-awangan, asyik dan tertipu
dengan CINTA. Saban hari, segala apa yang berkaitan cinta, menjadi minat ramai
anak muda. Habis.
Lagu cinta menjadi hiburan
telinga. Novel cinta menjadi bestseller dan kegilaan. Movie dan drama cinta
menjadi ketagihan, satu demi satu episode dan movie di download, tengok
ramai-ramai. Parah. Sangat parah.
Kenapa?
Kenapa hari ni ramai yang
tergila-gila mendapatkan cinta manusia, sebelum nikah, bercouple berikhtilat,
suka ini suka itu, crush ini crush itu. Berdebar ini itu, tulang rusuk bergetar
itu ini. Kenapa?
Tapi, pada masa yang
sama…….
Kau lupa Allah. Allah kau
tinggalkan.
Untuk Allah, kau main-main.
Untuk Allah, kau bermalas-malasan. Untuk Allah, kau buat ala kadar, untuk
Allah, hati kau tak berdebar rindu . Untuk Allah, hati kau tak tenang kerna
cinta padaNya. Untuk Allah kau tak menangis. Untuk Allah, kau tak rasa nikmat.
Terpaksa, di paksa.
Kau lupa Allah. Allah kau
tinggalkan.
Tapi…..
Walau, walau kau lupa
Allah, Allah kau tinggalkan, mungkin kau lupa bahawa…
“Allah tak tinggalkan kau….”
Mungkin kau lupa, betapa
Allah sayangkan kau. Mungkin kau tak ingat, betapa Allah cintakan kau. Mungkin
kau tak tahu, betapa Allah rindukan kau.
Maka, biar daku ingatkan
kau. Agar kau tidak lagi lupa, agar kau tidak lagi alpa, agar kau tidak lagi
lalai. Agar kau sedar, Allah tak pernah lupakan kau.
BETAPA ALLAH CINTAKAN KAU
1) Hayatilah hadis ini
wahai kawan. Hayati dengan mata hati. Hayati. Kalau boleh, selepas kau menbaca
hadis ini, kau pejamlah mata. Pejam dengan tenang, dan menangislah.
Nabi bersabda:
“Sesungguhnya, jika ALLAH
MENCINTAI HAMBANYA, Allah akan memanggil Jibril lalu berkata, ‘Wahai
Jibril! Aku mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka, Jibril pun
mencintai dia. Lalu, Jibril menyeru penduduk langit, ‘Wahai penduduk langit,
sesungguhnya Allah mencintai dia, maka, cintailah dia!!.’ Maka,
penduduk langitpun mencintaiNya, sehingga Allah jadikan dia dicintai oleh
penduduk bumi!”
(Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Lihatlah! Lihat! Buka mata
kau wahai kawanku!
Allah, bila Allah cinta
kita, Allah bagitahu SEMUA hambanya, Allah bagitahu jibril, penduduk langit dan
Allah masukkan dalam hati penduduk bumi agar turut mencintai kita! Allah
isytiharkan cintaNya pada kita kepada semua penduduk langit!
Tapi, hari ni, kita MALU,
kita MALU nak cakap depan kawan-kawan. Kita malu nak cakap kat semua orang:
“Aku sangat cintakan
Allah!!!”
Kita rasa malu nak cakap
benda ni! Tapi kita bangga cakap kita suka perempuan ni, laki tu, penyanyi ni,
penyanyi tu.
Lihatlah…. Perhatikanlah,
Allah mengumumkan di langit:
“Wahai Jibril, Aku
mencintai dia, maka cintailah dia…..”
Tapi, apa yang kau balas?
Adakah kau masih tidak rasa
apa-apa di hati? Tidakkah kau rasa malu dengan Allah? Jika belum, hayatilah
hadis berikut. Agar, agar kau tahu, betapa cintanya Allah pada diri kau.
2) Nabi saw bersabda:
“Rabb kita turun di langit
dunia sepertiga akhir dari malam, lalu berkata: ‘Adakah orang yang
meminta padaKu untuk aku penuhi permintaannya? Adakah orang yang memohon ampun
padaKu untuk aku penuhi dosa-dosanya? Adakah orang yang bertaubat padaKu untuk
aku terima taubatnya? Dan adakah orang yang berdoa padaKu untuk aku kabulkan
doaNya??”
(Hadis riwayat Bukhari,
Muslim dan Ahmad)
Cuba perhatikan hadis ini
wahai kawan!
Setiap malam, di sepertiga
malam, setiap malam, setiap malam, Allah akan turun ke langit dunia untuk
menerima doa kita, menerima taubat kita, mengampunkan dosa kita, dan ingin
memberi pertolongan pada kita. Setiap malam Allah turun ke langit dan menawarkan
cintaNya pada kita!!
Namun, apa yang kita buat
di malam hari?
Menghabiskan masa malam
dengan tidur? Atau main game sampai dua tiga pagi? Atau layan movie dan drama?
Atau mesej dengan couple? Atau melihat video lucah?
Walaupun kita lalai,
bertahun-tahun kita tak bangun tahajud, berdoa di sepertiga malam, tapi, Allah
tak pernah JEMU untuk menawarkan cintaNya setiap malam. Allah tak pernah jemu!
Oh. Allah….
Ampunkan aku!
Mungkin, saat kau baca
tulisan ini, saat kau perhati kata-kata nabi di atas, kau masih tak nampak,
betapa Allah cintakan kau. Hati kau masih belum mampu bergetar rindu. Tak
mengapa.
Hayati dan perhatikan lagi
hadis seterusnya. Agar, mata hati kau kembali terbuka.
3) Nabi saw bersabda dalam
sebuah hadis Qudsi:
“Aku membahagikan solat
antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian.
Jika hambaku dalam solatnya
membaca:
”Alhamdulillahi rabbil
Alamin”(Segala puji Allah tuhan semesta alam)”,
maka aku menjawab:
“Hambaku telah memujiku”.
Dan jika ia membaca:
“Ar-Rahmanirrahim”(yang
maha pemurah lagi maha penyayang),
maka aku menjawab:
“Hambaku tela memujiKu”.
Dan jika ia membaca:
“Maliki yau
middin”(yang menguasai hari pembalasan),
maka Aku menjawab:
“Hambaku telah memujiKu”.
Dan ketika hambaKu membaca:
“Iyyaka na’budu wa iyyaka
nasta’in”(Kepada Kaulah kami berserah, dan kepada Kaulah kami meminta
pertolongan),
maka Aku menjawab,
“Ini antara Aku dan
hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta”.
Lalu ketika ia membaca:
“Ihdinas shiratal mustaqim,
Shiratollazina an’amta ‘alaihim ghairil maghdubi ‘alaihim
waladh-dhallin”(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang
telah engkau beri nikmat, bukan jalan orang yang engkau murka dan bukan pula
jalan orang yang engkau sesatkan),
maka, aku menjawab:
“Ini bagiKu dan hambaKu,
dan bagi hambaKu apa yang dia minta…”
(Hadis riwayat Muslim)
Lihat. Sebenarnya, tiap
kali kita baca Alfatihah, sebenarnya, Allah sedang bersembang dengan kita, dan
menjawab setiap perkataan kita! Tapi, kita boleh baca dengan laju dan tiada
rasa tenang di hati. Adakah kita tak mahu bersembang dengan Allah?
Kerana itulah, seorang
ulama’ berkata:
“Aku sangat suka ketika aku
membaca Alfatihah, aku akan memperlambatkan bacaan, aku aku dapat membayangkan
jawapan Allah….”
Kita bagaimana?
CINTANYA PARA NABI KEPADA
ALLAH
Mari.
Kini, mari kita renungi
kisah ini. Bagaimana nabi dan rasul, membuktikan cinta mereka pada Allah.
Mereka buktikan cinta mereka pada Allah yang suci murni, ikhlas dan tulus.
Cinta mereka pada Allah tidak palsu. Tidak.
Kau tidak percaya?
Mari wahai kawan. Ini
buktinya.
1) Perhatikan cinta nabi
Musa pada Allah, tika nabi Musa berkata:
“Dan aku bersegara menuju
kepadaMu tuhanku, agar Engkau meredhaiKu…”
(Surah Taha: 84)
Cuba kau renung perkataan “bersegera
menuju kepadaMu tuhanku…”
Ini adalah tahap cinta yang
sangat agung! Siapa yang mencintai Allah, dia akan bersegera menuju Allah,
tidak tangguh dan tidak menunggu. Kerana cintanya nabi Musa pada Allah, baginda
bersegera menuju Allah!!
2) Perhatikan pula cinta
nabi Ibrahim pada Allah, berkata nabi Ibrahim:
“Aku datang kepadaMu
tuhanku…”
(Surah Assoffat: 99)
Subhanallah.. Pernah tak
kau berkata:
“Wahai Allah, aku datang
padaMu!! Aku mahu kembali padaMu!”
Pernah tidak? Tapi, nabi
Ibrahim datang pada Allah, kerana baginda amat mencintai Allah.
Adakah kau tidak rasa
apa-apa bila merenungi kisah cinta ini? Tidak mengapa. Mungkin, kau
ternanti-nanti, bagaimana cinta nabi Muhammad pada Allah. Maka, renungilah
hadis di bawah.
3) Para sahabat mengatakan:
“Kami mendengar nabi saw
ketika melakukan solat, di dada baginda bergetar, seperti bergetarnya periuk
air panas, akibat beliau menangis….”
(Hadis riwayat Ahmad, Abu
Dawud dan Nasaei)
Lihat. Bagaimana nabi
Muhammad, amat mencintai Allah, sehingga baginda menangis teresak-esak, kerana
rindu dan cinta pada kekasih agungnya, Allah.
Kita?
Apa bukti cinta kita pada
Allah?
SYURGA CINTA
Daku mengharap, agar dikau
yang membaca ini, kembali merenungi, kembali menginsafi, kembali menangisi,
kembali memperbaiki, kembali persoalkan diri:
“Adakah aku cinta Allah
selama ini, atau cintaku ini hanya palsu??”
Jika benar kita cinta
Allah, mengapa kita bermaksiat? Jika benar cinta Allah, mengapa kita tidak
mencegah maksiat? Jika benar kita cinta Allah, mengapa kita boleh terhibur
melihat maksiat-maksiat yang berlaku di depan mata, di kaca tv, di hadapan
laptop, di youtube, henset, dan sebagainya?
Mengapa daku persoalkan
perkara ini?
Kerana, jika kau ingin
tahu, jika kau ingin memahami, jika kau ingin fahami..
“Di antara puncak cinta
kita pada Allah, orang yang mencintai Allah tidak rasa tenang melihat manusia
bermaksiat pada Allah. Mereka ingin semua manusia mencintai Allah, kerana dia
tahu, cinta Allah itu sangat indah….”
Ingatlah kalian, apabila Ibnu Taimiyah pernah
berkata:
"Sungguh, di dunia ini ada syurga! siapa yang
belum pernah memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga akhirat!!"
Kemudian, orang bertanya pada beliau:
"Apakah syurga dunia itu?!"
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:
"Syurga dunia ialah
mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut
padaNya..."
Kemudian Ibnu Taimiyah berkata lagi:
"Betapa merananya penduduk dunia yang
meninggalkan dunia ini, tanpa pernah merasakan perkara yang paling manis di
dunia!"
Kemudian orang bertanya pada beliau:
"Apakah perkara yang paling manis di
dunia??"
Lalu Ibnu Taimiyah menjawab:
"Perkara yang paling
manis di dunia ialah manisnya bermesraan dengan Allah..."
***
Maka, di akhir ini, jika benar kau mahukan cinta
Allah, jika benar kau tidak mahu cinta kau itu palsu, maka, daku menyarakan
agar dikau melakukan perkara ini. Moga-moga ianya adalah bukti cinta dikau pada
tuhanmu, Allah.
1) Janganlah kau terus menerus melakukan
maksiat.
Kita semua melakukan dosa dan maksiat. Namun, andai
kau dan aku inginkan cinta Allah, janganlah lakukan maksiat berulang kali. Dosa
yang terus menerus harus di hentikan. Berjuanglah bersungguh-sungguh
menghentikan dosa tersebut. Andai kau tewas dan ulanginya kembali, maka,
taubatlah kembali. Kerana:
"Sesungguhnya Allah amat mencintai orang-orang
yang bertaubat...."
2) Segeralah meninggalkan teman-temanmu yang jahat,
yang sering mengajak dirimu melakukan maksiat, kecil atau besar.
3) Kerjakanlah solat LIMA waktu tepat pada
waktunya, dan istiqomahlah dengannya. Jangan sekali kau tinggalkan dengan
sengaja wahai kawan!
4) Mulakanlah solat berjemaah di masjid! Mulakan
dengan satu waktu solat di masjid, kemudian dua, kemudian tiga, dan hinggalah
kau mampu solat lima waktu berjemaah di masjid.
5) Banyakkanlah zikir pada Allah, banyakkan berdoa,
terutamanya doa agar di beri kekuatan untuk berubah, kekuatan untuk tinggalkan
maksiat, kekuatan iman dan terpelihara dari maksiat.
6) Lancarkanlah bacaan quran. Kalau kau tak lancar
walaupun usia dah 20 ke atas sekalipun, janganlah engkau malu untuk rendahkan
diri, belajar semula dari iqra' 1. Janganlah engkau malu. Kemudian, usahalah
untuk baca quran setiap hari, dan hafal juz 30, supaya kau mampu baca di dalam
solatmu.
7) Bergaullah dengan orang-orang yang baik. Doalah
pada Alla agar kita di kurniakan sahabat yang serng mendororang kita supaya
kembali pada Allah.
8) Dan, berdakwahlah pada keluarga serta
kawan-kawan agar mereka kembali pada cinta Allah.
Demi Allah, sesiapa yang melalui langkah-langkah
ini, insyaAllah dia tidak akan tersesat. Siapa yang melakukan perkara ini, ia
akan menggapai "jalan cinta".
Kau mampu wahai kawan. Buktikan segera, agar cinta
Allah padamu, terbalas.
"Sungguh, tidak aneh
jika hamba yang mencintai tuannya, tetapi, sungguh aneh pabila tuan yang
mencintai hambanya...."
Dan..
"Sungguh, tidak aneh
jika kita mencintai Allah, tetapi, tidakkah kita pelik pabila Allah amat-amat
mencintai kita, walau betapa hinanya kita?"
Ingat..
"Syurga dunia ialah
mengenal Allah, mencintaiNya, rindu padaNya, dan berlemah lembut padaNya.
Wallahua'lam.
Syurga Cinta Vs Cinta yang palsu?
Reviewed by Unknown
on
04:16
Rating:

33 comments:
Mcm mana nak khusyuk dalam solat?
Salam nak tanya, kalau kita nak belajar quran. bukan belajar baca, tapi belajar paham makna & kisah disebalik ayat2NYA. boleh ke kita baca dari terjemahannya saja? Kalau tidak, boleh tak sesiapa cadangkan tafsir yang bagus,sahih & mudah difahami? Terima Kasih.
ada banyak tapi yang paling saya ingat adalah kena faham maksud ayat yg dibaca, termasuk rukuk, sujud dan sebagainya. :)
assalamualaikum, nak ask permission untuk print posts untuk program. syukran
Assalamualaikum shbt ana yg dikasihi, jika anta berkata yg "Syurga dunia ialah MENGENAL ALLAH SWT..... ,, adakah ana jga patut blajar sgala ilmu makrifat dan hakikat utk mndalami ilmu mengenali ALLAH???
ustazah saga nak tanya ape maksud penduduk langit
Assalamualaikum..sy ingin bertanya bgaimanakah ikhtilat sewaktu bekerja dan berorganisasi..sbg wanita yg terdidik dgn suasana agama bgaimnkah cara terbaik utk sy brgaul dgn staff yg berlainan jantina ini kerana ada segelintir muslimah di luar sana yg terlalu mnjga ikhtilat shg mereka tdk brgaul dgn staff lelaki hggakan mereka tdk multi skill dlm brkerja dan dicop sbg pkrja yg syadid..mohon pnjelasan
Ya, mulakan dengan mendalami sifat 20.
SALAM.
MAAF, Saya ada soalan cepumas.
boleh suggestkan pada saya Usrah yang betul?
saya dah pernah masuk usrah, tapi saya tak suka pergaulan dan sebgainya.
mohon cadangan.
saya dari universiti tempatan antarabangsa Gombak
emelkan jawapan pada sy [email protected]
terima kasih.
Deep
Assalammualaikum. maaf ana nk tnya.. ada yg pernah ckp dgn ana yg ibnu taimiyah ni WAHABBI betul ke?
Sayu hati saya baca post...Ya Allah, terima kasih utk dakwah ini...terima kasih banyak-banyak saya ucapkan... semoga perjuangan dakwah Tarbiah Sentap sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...Amin.
Jaga pandangan
Assalamualaikum.. terima kasih untuk peringatan ni..
alhamdulillah..syukran..teruskan perjuangan dimedan dakwah!
Lbh bagus berguru atau dgr dari rakan2 yg lebih berilmu.. Sumber Tafsir saya drpd rakan2 usrah yg berpengalaman. Tkpun beli je mana2 Tafsir, minta pndpt tuan kedai. Saya pun lupa nama Tafsir mana yg sesuai. Eheh.
Berlaku ihsan, iaitu pecaya Allah sdg pndg kita terutamanya wktu solat (wktu kita plg dekat dgn Allah) kalau tk fhm maksud bacaan solat, focus shj, jgn bg fikir benda2 lain dlm solat.
Jgn bawa perkara luar solat ke dlm solat. Bawalah perkara dlm solat ke luar solat (praktikkan solat dlm kehidupan seharian)
salam .aasif ..izin ana share ..syukron
tafsir fi zilal..
ABANG ADNIN SAYA CADANGKAN ABANG ADAKAN KEM UNTUK REMAJA AKHIR TAHUN BOLEH?
Assalamualaikum,
Dulu saya amat jahil. Tidak pernah membuat ibadat wajib. Setelah Allah berikan ujian & petunjuk yg menyayatkan hati saya, saya mula berubah. Tetapi saya masih tidak mampu untuk melakukan ibadat yang cukup. Ada yang miss. Saya masih ragu2 nak buat solat taubat dan kadang2 saya rasa berkobar2 nak buat tetapi saya mcm masih blum bersedia lagi. Saya menangis bila ustazah saya berkata2 tetapi saya msih tidak bersedia lagi untuk melakukannya.
Bagaimanakah saya ingin kembali kepadaNya? Dan bolehkah saya melakukan ibadat wajib sedikit demi sedikit sehingga saya betul2 mencintaiNya?
Terima kasih..smoga kita semua dpt amlkannya
# Jomberubah
Macam mana tu? Bawa perkara dalam solat ke luar solat?
Salam , boleh ke couple di wktu sekola tp kite menjaga batasan ? Sbb sy ad dgr org kata boleh , ad yg kata couple tu tetap haram . Mohon jelaskan,terima kasih ☺
Salam , boleh ke couple di wktu sekola tp kite menjaga batasan ? Sbb sy ad dgr org kata boleh , ad yg kata couple tu tetap haram . Mohon jelaskan,terima kasih ☺
MasyaAllah. Saya menangis baca entry ni. Sungguh agung kasih sayangNya. Allahu..
SubhanaAllah. Sentap jiwa membacanya sehingga mengalir air mata.
Mohon tuan perinci berkenaan mengumpat. Adakah kita jangan cakap langsung / bercerita langsung pasal manusia semasa berbual atau bercerita? Cerita hanya berkisar kepada pokok, haiwan, ilmu, buku dan sebagainya (selain manusia).
Mohon pencerahan tuan Adnin.
Saya nak mintak pendapat roomate saya ada yang tengah bercouple tapi dia dalam
Proses nak berubah apa yang perlu saya jatakan bila dia tanya kat saya pasal couple yang tak akan menguris perasaan dia?
Kawan saya tengah bercouple tapi dia dalam proses nak berubah saya tak reti nak nasihatkan dia.saya nak mintak pendapat daripada orang yang mempunyai banyak ilmu agama daripada saya?boleh tak balas dengan secepat yang mungkin dan boleh tak cerita pasal ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.terima kasih banyak-banyak
Kawan saya tengah bercouple tapi dia dalam proses nak berubah saya tak reti nak nasihatkan dia.saya nak mintak pendapat daripada orang yang mempunyai banyak ilmu agama daripada saya?boleh tak balas dengan secepat yang mungkin dan boleh tak cerita pasal ikhtilat diantara lelaki dan perempuan.terima kasih banyak-banyak
Post a Comment