Ukhwah itu indah, manis, nikmat, dan cantik.
Siapa yang merasai nikmat ukhwah, dia akan bahagia, aman, tenang, terhibur,
gembira, riang dan harmoni. Hidupnya senantiasa rasa terisi, terasa di ambil
berat, bila lemah akan kembali kuat, bila sedih, akan kembali gembira. Kerana
adanya sahabat yang mengambil berat, membimbing, menasihati, memberi semangat,
mendoakan, mendorong, dan banyak lagi. Itulah ukhwah.
Tapi, hari ni, ramai orang tak rasai nikmat
ukhwah. Lebih malang, ramai yang merasakan bahawa mereka merasai nikmat ukhwah,
ramai yang mengaku berukhwah, tapi hakikatnya, mereka tak berukhwah, ukhwah
mereka palsu. Ya, palsu!
Akhirnya, ukhwah yang sepatutnya di dasari iman
dan taqwa, tercemar dengan dosa noda dan calit-calit kotor maksiat yang busuk
dan pahit.
Atas dasar itu, mari kita sama-sama fahami,
apakah itu UKHWAH yang sebenar, apakah UKHWAH yang ALLAH REDHA, agar kita boleh
muhabasah, sejauh mana ukhwah kita benar-benar tulen, atau rupa-rupanya, ianya
hanyalah palsu.
ADAKAH RAPAT ITU TANDA UKHWAH?
Bila sebut ukhwah, saya nak sebut satu teori.
Korang kena faham teori ni betul-betul, sebab lepas ni, segala apa yang saya
nak sebut, aka nada kaitan dengan teori ni. Fahami betul-betul:
“Rapat tak semestinya berukhwah, tak
rapat tak semestinya berukhwah. Boleh jadi, rapat tu tak berukhwah, dan boleh
jadi tak rapat tu berukhwah…”
Faham? Sorry, ayat berbelit. Saya memang suka
buat ayat bajet smart. Argh, dah start merapu. Takpe, saya akan explain tentang
teori saya ni. Jap, saya nak korang baca balik teori ni:
“Rapat tak semestinya berukhwah, tak
rapat tak semestinya berukhwah. Boleh jadi, rapat tu tak berukhwah, dan boleh
jadi tak rapat tu berukhwah…”
Berdasarkan teori saya ni, saya nak nyatakan,
bahawa, BUKTI UKHWAH bukanlah RAPAT. Neraca UKHWAH bukanlah RAPAT atau TAK
RAPAT. Saya akan explain satu-satu dalam bentuk point supaya korang boleh faham
satu persatu dengan jelas, tenang, dan tanpa otak serabut.
1) Rapat tak semestinya berukhwah
Bayangkan situasi ni:
“Hey Siti Samarinda, awak free petang ni? Hehe…”
“Kenapa Nurul Syamsul Bt Mustafa Bariah?”
“Takdelah, kita nak ajak awak datang bilik kita,
kita ada download drama korea baru semalam guna torrent. Hehe.. Jomla tengok
sama-sama, awak pun macam stress je, jomla tengok sama-sama, hiburkan diri.
Huhu..sekali sekala..”
“Yeke? Baiknya awak!! Jom! Awak memang baik.
Ukhwah Fillah!!!”
Cerita tamat. Saya terpaksa tamatkan cerita ni
sebab stress nak tulis. Ada ke patut dia kata tengok drama korea sama-sama tu
ukhwah fillah? Walaupun mereka rapat, tengok drama sama-sama, nangis sama-sama,
tapi adakah itu ukhwah? Adakah Allah redha dengan persahabatan itu??”
Ataupun, kes lain:
“weyh, Hamid, kalau betul kau sahabat aku, kau
tolonglah tanyakan Maimunah dia suka aku ke tak.. Aku malu doh…”
“Haha.. Kau ni, badan je tough 37892 pack, tapi
dalam hati ada taman. Pergi la cakap sendiri, baru sado beb…”
“Ish kau ni. Kita kan dah lama kawan, sekali
sekala tolong la aku. Aku memang pemalu dari darjah 2 lagi. Walaupun umur aku
sekarang 21, aku masih lagi pemalu…”
“Macam-macam kau ni, takpe, sebagai bukti
ukhwah kita berdua, aku akan tolong matchkan kau dengan Maimunah. Hehe..”
“Terima kasih Hamid! Kau memang best friend
aku! Ukhwah fillah!!”
Argh!! Saya terpaksa stop jugak cerita ni!
Adakah itu ukhwah?! Tolong-menolong buat dosa? Walaupun mereka rapat, siap
match-match kan couple bagai, adakah Allah redha dengan persahabatan yang
sebegitu??
Jap, last-last. Ni situasi yang paling banyak
berlaku. Stress gak kadang-kadang. Cuba bayangkan situasi geli di
bawah(Sediakan bakul untuk muntah. Sebarang penyakit yang berlaku bila korang
bayangkan situasi ni, jangan salahkan diriku ini):
“Kring…kring…” Telefon Kamariah Bastisia Puteri Mawar Bt Jep bordering
pada pukul 3 pagi. Entah siapa yang telefon dia pagi-pagi ni.
“Erk…. Siapa pulak call ni??” Kamariah Bastisia Puteri Mawar Bt
Jep merungut seorang diri sambil menggeliat.
“Hello, siapa ni??”
“Kamariah, ni Ayob. Hehe…”
“Ayob. Allah.. Nape awak call saya pagi-pagi
ni? Hehe.. buat cuak je. Ingat ada emergency kea pa. Huhu.. Nape awak call
kita?” Kamariah
Bastisia Puteri Mawar Bt Jep menjawab panggilan “kawan” sekelasnya, Ayob.
“Kita call awak sebab nak kejut awak
Qiamullail. Awak tahajud la. Hehe…” Ayob menjawab dengan anda yang cukup lembut.
Konon dakwah, padahal dia suka Kamariah.
“Terima kasih Ayob sebab kejut tahajud!
Uhibbuka fillah Abadan abada birahmatikaya ar hamar rahimin, ya hananaaa….”
“Ukhwah fillah, doakan kita ye Kamariah. Salam…”
ARGH! Pernahkah anda menghadapi situasi macam
ni? Ada orang berlainan jantina tak pasal-pasal kejut korang qiam, ajak korang
puasa, konon bimbing bagai, ukhwah fillah katanya, pernah tak? Adakah itu ukhwah???
Adakah Allah redha ukhwah sebegitu? Ukhwah yang di cemari nafsu ikhtilat?
Walaupun mereka rapat, adakah mereka berukhwah??
JAWAPANNYA: TIDAK!
Walaupun mereka rapat, itu bukan ukhwah. Ingat point pertama saya:
“Rapat tak semestinya berukhwah”.
2) Boleh jadi tak rapat tu berukhwah.
Contohnya mudah je. Contohnya kita dengan orang
palestin. Adakah kita rapat dengan mereka? Muka pun tak pernah jumpa. Tapi,
adakah kita berukhwah dengan mereka? Ya! Walaupun kita tak rapat, tapi kalau
kita derma untuk mereka, hakikatnya kita berukhwah dengan mereka. Nak kata,
ukhwah tak semestinya kena rapat.
So, dari contoh-contoh ni, saya harap korang
faham teori saya iaitu:
“Rapat tak semestinya berukhwah, tak rapat tak
semestinya berukhwah. Boleh jadi, rapat tu tak berukhwah, dan boleh jadi tak
rapat tu berukhwah…”
So, ukhwah tu apa sebenarnya?
MAKNA UKHWAH DI SISI ISLAM
Ukhwah itu, dasarnya iman, islam, aqidah dan
taqwa.
Bukti ukhwah ialah:
1) Hasil dari ukhwah itu, iman bertambah.
2) Hasil dari ukhwah, islam bangkit.
3) Hasil dari ukhwah, taqwa meningkat.
So, biar saya quote apa yang Allah bagitahu
dalam quran tentang ukhwah ni, hadis nabi dan kata-kata ulama’, dan saya akan
explain apa itu ukhwah yang sebenar.
PERTAMA:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang
lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma`ruf, mencegah dari yang mungkar,
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta`at kepada Allah dan
Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)
Melalui ayat ni, kita boleh tengok, Allah letakkan
UKHWAH ialah:
1) Mengajak pada kebaikan
2) Mencegah pada kemungkaran
3) Taat Allah dan Rasul
Bermakna, kalau betul kita berukhwah dengan
kawan kita, kita perlu ajak dia buat baik, tegur dia kalau dia buat jahat. Agar
sama-sama dapat taat Allah dan rasul. Kalau buat dosa sama-sama, langgar
perintah Allah sama-sama, itu bukan ukhwah.
Tengok korea sama-sama dalam bilik, sembang
pasal crush sama-sama dalam kelas, pergi wayang layan movie ada aurat
sama-sama, ikhtilat bagai, itu semua bukan ukhwah walaupun rapat, sebab itu
namanya buat dosa sama-sama.
Clear?
KEDUA:
“Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin yang
lain itu bagaikan dua buah tapak tangan manusia. Tapak tangan yang satu
membasuh tapak tangan yang lain. Terkadang kotoran itu tidaklah hilang kecuali
dengan gosokan yang cukup keras akan tetapi dengan hal tersebut tangan bisa
bersih dan segar…”
(Ibn Taimiah-Majmuat Fatawa)
Bermakna, kalau betul kawan, kalau betul
sahabat, kalau betul BFF, kalau betul ukhwah, kita kena sentiasa tegur dan
baiki kesilapan kawan kita. Walaupun kadang-kadang kena guna kata-kata yang
agak serius dan kasar sampai dia terasa dan berterus-terang, tapi, kadang,
dengan sentapan dan terus-terang itu akan menyedarkan hati.
KETIGA:
“Perumpamaan untuk saling mencintai, mengasihi
dan menolong di antara orang-orang
beriman adalah bagaikan satu badan. Jika ada anggota badan yang sakit, maka
yang lain juga turut merasakan sakit denang demam dan tidak bisa tidur di malam
hari..”
(HR
Bukhari Muslim).
Kalau betul ukhwah, bila kawan kita dalam
kesusahan, kita bantu, bukan buat tak tahu je. At least, kalau kita tak dapat
bantu, kita tolong dia untuk dapatkan bantuan dari orang lain. Tapi ramai jenis
kawan, just rapat dengan kita kepentingan peribadi dia. Bila kita susah, terus
tinggalkan. Ataupun, gaduh or salah faham sikit, terus bermusuhan dengan kita
dan memburukkan kita dekat orang ramai. Pergh.. Nampak sangat tak ikhlas nak
bersahabat.
CARA NAK PILIH KAWAN
Selepas korang dah baca dan faham apa itu
ukhwah dan apakah bukti ukhwah, sekarang, saya nak bagitahu satu benda yang
sangat penting gila bapak, iaitu proses MEMILIH KAWAN!
1) Jangan pilih kawan yang banyak ajak kita
buat jahat.
2) Jangan pilih kawan yang support kita bila
kita buat jahat.
3) Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli,
menganjing, atau perlekehkan kita bila kita nak berubah atau buat kebaikan.
4) Jangan pilih kawan yang tak tegur kita bila
kita buat jahat.
5) Jangan pilih kawan yang buruk akhlaknya,
mencarut sana sini, mengumpat sana-sini.
6) Jangan pilih kawan yang suka buat maksiat.
Habis tu, nak pilih kawan yang macamana?
Bak kata Imam al-Ghazali, ada dua belas jenis
orang yang kita perlu berkawan dan berukhwah dengannya:
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia
juga akan melindungimu.
2. Jika kau merapatkan ikatan persahabatan
dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3. Jika kau memerlukan pertolongan darinya,
maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
4. Jika kau menawarkan untuk berbuat baik
kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.
5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau
bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik
dari dirimu, maka dia akan sedaya upaya menutupinya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya,
maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bantu.
8. Jika kau berdiam diri (karena malu untuk
meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kau hadapi.
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia
akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10. Jika kau berkata benar kepadanya, nescaya
ia akan membenarkanmu.
11. Jika kau merencanakan sesuatu kebaikan,
maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat
atau selisih faham, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.
Dan banyak lagi.
Serius, bab cari kawan ni, kena serius dan
hati-hati. Salah pilih kawan, boleh hancur beb. Saya dah jumpa ramai orang yang
dulu baik, tapi salah pilih kawan punya pasal, mula la terjebak couple khtilat,
rokok bagai. Ada jugak saya jumpa orang yang jahat, tapi dia mula berkawan
dengan orang baik, dia berubah, dan akhirnya sekarang jadi baik gila bapak.
1000 kali ganda lagi baik dari saya yang jahat ni.
Sebab tu nabi banyak kali pesan supaya pilih
kawan yang baik-baik dan jauhi kawan-kawan yang jahat ni.
PESANAN ALLAH, RASUL DAN ULAMA TENTANG ISU MEMILIH
KAWAN
Jom, kita tengok satu-satu, supaya kita akan
asa semangat lagi untuk memilih kawan yang baik, supaya kita dapat rasa nikmat
ukhwah yang sebenar.
1) Imam syafie berkata:
“Jika engkau mempunyai teman yang selalu
membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat,
jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi
melepaskannya sangat mudah sekali…”
So, kalau korang jumpa orang yang baik,
berkawanlah dengan dia, peganglah dia erat-erat, rapatlah dengan dia, banyak
bersama dia!
2) Luqman Alhakim berkata pada anaknya:
“Wahai anakku, setelah kau mendapatkan keimanan
pada Allah, maka carilah teman yang baik dan tulus. Perumpamaan bagi teman yang
baik seperti “pohon”, jika kau duduk di bawahnya dia dapat menaungimu, jika kau
mengambil buahnya, dapat kau makan. Jika ia tak bermanfaat untukmu, ia juga tak
akan membahayakanmu…”
Lihat. Bila kita berukhwah dan bersahabat
dengan orang yang baik ni, kita akan sentiasa dapat kebaikan darinya. Dan,
kalau dia tak dapat beri kita kebaikan pun, dia still tak memberi kita
keburukan dan bahaya.
3) Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para
sahabat:
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang
boleh dijadikan sebagai teman yang baik?”
Baginda
s.a.w. menjawab:
"Dia adalah teman yang bersama-sama
membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang
memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam
mengingati-Nya".
Sahabat bertanya lagi,
"Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak
baik?"
Baginda s.a.w. membalas:
"Dia adalah teman yang bukan sahaja
tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak
menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."
4) Allah berfirman:
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping
rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan
petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan
hidup di dunia..”
(Alkahfi ayat 27)
5) Nabi bersabda:
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu
melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah..”
(HR Hakim)
***
KESIMPULAN
Alhamdulillah. Korang semua dah nampakkan,
apakah itu erti ukhwah, dan macamana bentuk ukhwah yang sebenar? Sebagai
kesimpulan, saya nak kita semua muhasabah semula. Adakah ukhwah yang kita
laungkan selama ni tulen ataupun palsu? Adakah kita selama ni menjadi sahabat
yang baik atau sahabat yang buruk kepada kawan kita? Adakah selama ni kita
pernah tegur kawan baik kita, atau membiarkan dia hanyut dengan dosa noda?
Kalau betul sayang, tegurlah. Kalau betul
ukhwah, bimbinglah. Kalau betul. KALAU BETUL!
Sahabat nabi, mereka betul-betul jujur dengan
ukhwah mereka. Kaum ansor sanggup berikan tempat tinggal, harta, bahkan ada
yang ceraikan isterinya semata-mata nak bantu kaum muhajirin yang baru
berhijrah ke madinah.
Sahabat nabi, kalau ada di kalangan mereka tak
datang subuh berjemaah di masjid, mereka akan ziarah sahabat tersebut untuk
bertanya masalah yang di hadapinya.
Sahabat nabi, ketika peperangan, haus dan
hampir matai, masih boleh utamakan sahabatnya yang turut haus dan hampir mati.
Sehingga mereka semua mati syahid kehausan. Boleh rujuk kisah Ikrimah b Abu
Jahal yang pasti membuatkan korang semua menangis.
Kerana apa sahabat boleh jadi hebat?
Kerana, ukhwah mereka hebat.
Bila ukhwah kita ikhlas, walau berbeza
persatuan, berbeza parti, berbeza jemaah, kita masih mampu tersenyum gembira,
tersenyum ikhlas tika berjumpa, rasa kehangatan ukhwah tika bersama, saling
bantu membantu ke arah kebaikan walau berbeza parti, jemaah or persatuan.
Saya ulang:
"Bila ukhwah kita ikhlas, walau berbeza persatuan, berbeza parti, berbeza jemaah, kita masih mampu tersenyum gembira, tersenyum ikhlas tika berjumpa, rasa kehangatan ukhwah tika bersama, saling bantu membantu ke arah kebaikan walau berbeza parti, jemaah or persatuan..."
Kerana…
Kerana, tanda iman ialah cinta kerana Allah.
Hanya orang yang beriman sahaja akan merasai
nikmat ukhwah. Hanya orang yang beriman sahaja.
Saya ada ramai kawan yang ikut dakwah tarbiah,
yang saya pernah duduk sebilik dengannya, saya tak pernah nampak dia tengok
movie, dengar lagu pelik-pelik, main game dan sebagainya. Dia balik rumah, baca
buku, baca quran, masak, kemudian time azan pergi masjid, balik rumah baca
ma’thurat, kemudian kadang-kadang kelaur untuk usrah, daurah, katibah dan
sebagainya, dan jumpa orang yang dia sedang dakwah, ziarah rumah kawan dan
sebagainya.
Malam
hari, saya dengar dia menangis ketika bertahajud, berdoa memohon hidayah untuk
umat.
Saya pernah tidur, tiba-tiba saya terbangun
pukul 3 pagi, saya tengok sebelah, kawan saya tengah berdoa menangis-nangis.
Saya dengar apa yang dia doa. Saya pun turut menangis. Dia doa:
“Ya Allah, hari ni, umat makin jauh dari
agamamu ya Allah. Kau berilah hidayahMu ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat
ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat seluruh alam ya Allah!!”
Saya ada kawan yang sanggup bila saya down dan
lemah semangat dalam dakwah, dia belanja saya makan, dan dia beri saya nasihat
dengan cukup lembut sehingga saya menangis. Dia mengambil berat tentang saya,
dia tak nak saya tinggalkan dakwah, dia beri saya semangat, dia pandu saya, dia
bimbing dan pimpin tangan saya tiap kali saya nak terjatuh.
Saya sangat bersyukur.
Saya dah dapat kawan yang baik, saya dah
merasai nikmat ukhwah sesama jantina sehingga saya takde masa nak ikhtilat dan
couple. Saya dah rasa betapa manisnya persahabat kerana Allah.
Saya yakin, korangpun pernah merasainya. Yang
belum pernah merasainya, berdoalah pada Allah, dan teruslah mencari….
Wallahua’lam.
-Adnin Roslan-
Ukhwah TULEN vs Ukhwah PALSU?
Reviewed by Unknown
on
01:59
Rating:

17 comments:
Part yg "Uhibbuka fillah Abadan abada birahmatikaya ar hamar rahimin, ya hananaaa….”
Sangat lawak hahahaha btw lamanya admin tk post kat blog. Post lah selalu ye
rasa macam.... "apala yg aku da buat utk kawan aku agar Allah tak soalkan aku tentang hak aku kat dia"...
rasa macam.... "apala yg aku da buat utk kawan aku agar Allah tak soalkan aku tentang hak aku kat dia"...
rapat tak semestinya berukhwah, tak rapat tak semestinya tak berukhwah.
salam ukhwah drpd sy :)
Saya pon harap saya ade kawan mcm ni. Tp susah nk cari.����
Perkongsian yang menarik..
tapi sya berharap lepas ni awak yg menulis
elakkanlah gune bhsa yg kurang sopan..
beb ,bapak
Kita kene ingat mungkin apa yg kita buat org lain pun ikut ..
dosa dia kita tanggung juga
Sekian..
ukhwah :)
Perkongsian yang menarik..
tapi sya berharap lepas ni awak yg menulis
elakkanlah gune bhsa yg kurang sopan..
beb ,bapak
Kita kene ingat mungkin apa yg kita buat org lain pun ikut ..
dosa dia kita tanggung juga
Sekian..
ukhwah :)
Perkongsian yang menarik..
tapi sya berharap lepas ni awak yg menulis
elakkanlah gune bhsa yg kurang sopan..
beb ,bapak
Kita kene ingat mungkin apa yg kita buat org lain pun ikut ..
dosa dia kita tanggung juga
Sekian..
ukhwah :)
Perkongsian yang menarik..
tapi sya berharap lepas ni awak yg menulis
elakkanlah gune bhsa yg kurang sopan..
beb ,bapak
Kita kene ingat mungkin apa yg kita buat org lain pun ikut ..
dosa dia kita tanggung juga
Sekian..
ukhwah :)
Sebabnya admin blog ni melihat kpd sasaran utamanya, yakni remaja. Maka x mustahillah ada banyak perkataan yg sebati ngan dunia remaja.
Btw, komen yg bagus.
entry yg sngat menarik. hopefully sya dpat kawan macam ni. sangat susah mahu cari kwan mcm nie. Lebih bnyak kawan yg BACKSTABBER berbanding rakan yg SETIA dan membimbing ke arah KEBAIKAN... btw harap kita smua mendapat kawan yg baik.. :-)
SYUKRAN JAZILAN :')
Nak minta copy admin,untuk dijadikan bahan usrah,harap admin halalkan ye ;)
Assalamualaikum,sya nk mintak screenshot apa yg admin tulis...harap admin halalkan..
Maaf.... 'X rapat x semestinya berukhuwah'... Bukan patutnye ayat die mcm ni 'x rapat x semestinya x berukhuwah'? Maaf bertanye...
Menanti buku seterusnya:)saya ingin bertanya kan satu soalan..apakah hukum, buat group usrah campur lelaki dan perempuan di group wassap..syukran
Lps baca blog ni bru sy faham makna sbnr ukhuwah.. Alhamdulillah dh bertahun sy diberi nikmat manisnya ukhuwah.. cuma selama ni sy buta. Mengganggap yg kwn2 sy cuba mengongkong hidup sy. Cuma nk bgitau kt admin,kalau ada kwn yg tak berapa nk elok, why dont kita bimbing dia instead of avoid those type of people. Sebab kdg2 hati manusia ni lembut, even nmpk keras kt luar. Bak kata Elsa, only an act of true love thaws a frozen heart. Kita tak tau background dorg cmne. Kasi pendek punya crita, ingt kisah2 sahabat nabi sebelum mrk peluk Islam :)
Post a comment