![]() |
Ini buku rujukan yang saya guna. Sorry Pendekar Laut dan Aristotle menyebok je. |
Ha.. Hari tu BSS saya tulis
tentang 2 cara Rasulullah nak sebarkan wilayah Islam.
Tapi macam mana nak
laksanakan?
Haa... Berdebar nak tahu? Ke
korang buat tak tahu je?
Aduh.. Antiklimaks la.. Haha.
Ok begini, untuk laksanakan 2
langkah tu, Rasulullah memulakan gerakan ketenteraan selepas turunnya ayat izin
perang. Dan ia sama macam aktiviti PERISIKAN.
Peh. Sila buat muka teruja.
Korang ingat CIA, Interpol,
FBI je ada perisik bagai? Kemon la, dari zaman Rasulullah dah ada la. Cuma tak
masuk rancangan CSI je.
Jadi cara perisikan Rasulullah
antaranya,
1. Mengenal jalan-jalan yang
ada di sekitar Madinah dan jalur-jalur yang menuju Mekah. Ini strategy baik
punya, kalau dalam hari ni kita panggil sebagai ilmu geografi dan demografi.
Peh.
2. Mengadakan perjanjian
dengan kabilah-kabilah yang tinggal di sekitar jalur tadi tu. Ha, hari ni kita
panggil sebagai PR – Public Relation, atau kalau korang tanya Prof Dr. Google
al translate, dia tertulis sebagai perhubungan awam.
3. Membuat orang-orang Musyrik
Madinah, Yahudi dan orang sekitarnya merasa bahawa kaum Muslimin telah kuat.
Haa.. ini antara strategi
sangat penting. Kita panggil hari ni sebagai Psywar atau perang psikologi dan
juga war propaganda. Walaupun tentera Islam sikit je pun, tapi dia punya psywar
dan propaganda…
Peh.. Kalah filem Hollywood korang
tau tak! Drama korea apatah lagi, tertinggal ke belakang. Haha. Tiba-tiba je.
4. Memberikan amaran dan
peringatan kepada kaum Quraisy atas sikap mereka yang BIADAP sehingga mereka
menyedari kekeliruan mereka. Mereka menyedari bahaya yang mengancam secara
ekonomi SEHINGGA mereka ambil sikap damai dan membatalkan niat untuk memerangi
orang Islam dan menghalang dakwah.
Ha.. Inilah seruan dakwah
secara HIKMAH. Hikmah bukan hanya lemah lembut, ajak berbincang, dan sebagainya
saja. Malah kita bagai amaran dan peringatan secara keras supaya mereka sedar.
Kasi sentap puak-puak Quraisy
ni. Heh.
Selain daripada perisikan,
Rasulullah pun ada melakukan perang kecil (ghazwah) dan ekspedisi
(sariyyah). Ekspedisi ni bukan pergi
panjat gunung Ledang ke, gunung Uhud ke. Adoi.
Ekspedisi ni hantar pasukan
tentera tetapi TAK berperang.
Kat sini saya bagi senarai
sariyyah dan ghazwah yang berlaku. Dan last sekali saya letak infografik sekali
supaya senang nampak.
1. Sariyyah Saiful Bahr.
Ha.. Ini bukan Saiful Bukhari
ok. Hadoiyai.
Ini adalah ekspedisi yang mana
Rasulullah pilih Hamzah bin ‘Abdul Mutallib dan 30 orang pasukan Muhajirin
untuk menyekat rombongan Quraisy yang datang dari Syam. Panji yang di bawa
Hamzah adalah panji pertama yang diserahkan Rasulullah.
Dalam rombongan orang Quraisy
tu ada Abu Jahal dengan 300 orang geng.
Dua pasukan ni bertembung di
Saiful Bahr (terletak antara Yanbu’ dan Marwah dari arah Laut Merah).
Kedua-duanya hampir perang,
tapi tak jadi sebab tiba-tiba muncul sekutu dari kedua belah pihak, iaitu Majdi
bin Arm al Juhani.
2. Sariyyah Rabigh
Rasulullah utuskan Ubaidah bin
al Harith dengan 60 orang Muhajirin. Mereka ni bertembung dengan Abu Sufyan yang
ada 200 gengnya di Rabigh.
Keduanya sempat melepaskan
anak panah, tapi tak jadi perang. Tak tahu sebab apa. Dalam buku tak tulis.
3. Sariyyah Kharrar.
Rasulullah kirim Sa’ad bin Abi
Waqqash dengan 20 orang Muhajirin ke Kharrar, dekat dengan Rabigh dan Juhfah. Tapi
takde apa-apa yang berlaku.
4. Ghazwah Abwa’ atau Waddan.
Wadda ni daerah antara Mekah
dan Madinah. Ibarat macam daerah Kluang, antara Johor Baru dan Muar. Haha, ok
aku dah mengarut. Abwa’ pula dekat dengan Waddan.
Dalam ghazwah ni, Rasulullah
sendiri yang mempin pasukan ke Abwa’ atau Waddan masa bulan Safar dengan 70
orang Muhajirin. Baginda tak jumpa sesiapa pun, dan akhirnya baginda membuat
perjanjian untuk saling menjaga keamanan dengan ‘Amr bin Makhsya adh Dhamiri.
Dia ni orang tempatan.
Ini adalah ghazwah pertama
yang dipimpin Rasulullah. Ghazwah ni gerakan nak pergi perang yang dipimpin
Rasulullah, tapi boleh jadi perang, boleh jadi takde perang.
5. Ghazwah Buwath.
Rasulullah pergi ke Buwath
(tempat nak menuju ke Syam) dengan 200 orang Muhajirin. Tapi tak jumpa sesiapa
pun.
6. Ghazwah Shafwan.
Ada sorang mamat namanya Karz
bin Jabir al Fihri dah datang serbu kandang kambing penduduk Madinah dan
mencolek kambing-kambing tu. Peh, kesian kambing kena colek.
Lepas tu Rasulullah dan 70 orang
sahabat terus kejar mamat ni. Dah macam aksi polis mengejar perompak. Tapi
mamat ni berjaya melarikan diri pula.
Untuk pengetahuan korang,
inilah permulaan perang Badar yang dikenali sebagai Perang Badar Pertama.
7. Ghazwah Usyairah.
Rasulullah dengan 150 – 250 Muhajirin
menyekat rombongan Quraisy yang menuju ke Syam. Tapi mereka tak berhasil jumpa
sebab rombongan tu dah jalan kat situ awal lagi. Terlepas pula. Tetapi
Rasulullah sembat membina hubungan kesepakatan dengan Bani Mudlij.
8. Sariyyah ke Nakhlah.
Ini berlaku pada bulan Rejab.
Dah nak puasa dah. Rasulullah mengutuskan ‘Abdullah bin Jahsi al Asadi menuju
Nakhlah, tempat antara Mekah dan Thaif dengan 12 orang Muhajirin untuk merisik
rombongan Quraisy.
Bukan risik nak kahwin.
Merisik jadi spy. Spy 007.
Tapi pasukan Muslimin dia buat
serangan hingga matinya sorang Quraisy, menawan dua orang dan merampas barang.
Bila Rasulullah tahu benda ni,
Rasulullah marah sungguh, dan suruh lepaskan tawanan tu serta membayar DIYAT
(denda) pada orang Quraisy yang terbunuh.
Isu ni sampai kepada puak
Quraisy, tu yang mereka hangin je.
Kena pula berlaku bulan Rejab,
sebab bulan Rejab ni bulan haram yang tak boleh berperang seperti Allah sebut
dalam surah al Baqarah ayat 217.
Lagi la mereka ni cari point
nak smash kaum Muslimin.
Akhirnya..
Pada Ramadhan tahun kedua
Hijrah, sebuah khabar diterima oleh Rasulullah ketika fajar mula menyingsing
lengannya. Eh ada lengan ke?
Apakah khabar tu? Surat khabar
ke?
Aku tanya apa khabar bak kata
Joe Flizzow.
Nak tahu khabar apa, surat
khabar ke, khabar angin ke, khabar tanah ke, aku tanya apa khabar ke, tunggu
minggu depan dalam siri BSS 56.
Dengan kata mudah, bersambung.
Stay tuned !
Haha.
![]() |
Ini ilustrasi Sariyyah. Tak nampak? Beli sendiri buku ni. Kamera saya tak power. |
![]() |
Ini pula ghazwah. Tak nampak? Buat-buat nampak. |
Moga Allah redha.
BSS 55 : Hah, Perang Badar? (Episod 2)
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:56
Rating:

3 comments:
Haiyakkkkk
Banyak suspens daaa
apa beza qhazwah ngan sarriyyah?
sarriyyah tu perang yg nabi tak ikut eh?
Mana sambungannya?😞
Post a Comment