Ingatkah lagi korang tentang Perang Badar?
“Hah? Perang Badar? Err.. Ingat kot..”
Bilakah kali terakhir korang membacanya?
“Err.. Waktu nak SPM la kot.. “
So ingat lagi ke tak? Apa yang korang ingat?
“Eh! Mestilah ingat.. Err.. perang ni berlaku kat Badar kan?”
Lagi?
“Krik krik krik…”
Tarik nafas panjang.
Disebabkan korang banyak lupa pasal perang Badar dan perang-perang
lain, insya-Allah BSS pada malam ni
(sepatutnya malam semalam) akan memulakan siri BSS – Perang Dalam Islam (PDI).
Wuyo. Macam bunyi PDF pun ada.
Tujuan untuk apa?
Supaya kita refresh balik kepala otak kita tentang siri peperangan
yang berlaku dalam Islam, yang mana ia sekali gus menafikan bahawa Islam ni
bukan hanya lemah lembut lembik gemelai je. Islam ni ada masa ia kena TEGAS dan
KERAS.
Kasi sentap sikit !
Eh, lebih-lebih pula.
---
Ok saya malas nak memanjangkan intro. Nanti habis air liur je.
Bismillah..
Sebelum kita tengok macam mana perjalanan Perang Badar tu, kita kena
tahu juga apa yang berlaku SEBELUM perang Badar meletus.
Mesti ada sebab kenapa perang Badar tercetus. Islam ni pun bukannya
sikit-sikit asyik perang je. Mesti ada sebab kenapa kena berperang dan
dibenarkan perang.
Jom kita tengok kisahnya serba sikit.
Kalau korang nak tahu, lepas je Rasulullah dan umat Islam berpindah ke
Madinah, orang Musyrikin Quraisy kat Mekah pun mengamuk bagai nak rak la apa
lagi. Mereka semua tak puas hati lagi nak menyeksa kaum Muslimin, bahkan lebih
dari tu mereka dah gagal untuk membunuh Rasulullah dan kaum Muslimin.
Kira epic failed la.
Jadi mereka pun buat macam-macam untuk takutkan kaum Muslimin,
antaranya menghantar surat ugutan kepada orang di Madinah. Nasib kat Mekah dan
Madinah takde ayam. Kalau tak, mesti mereka dah gantung ayam mati kat depan
rumah orang Islam.
Tepuk dahi.
Ugutan demi ugutan sama ada melalui surat ataupun utusan, membuatkan
suasana orang Islam kat Madinah jadi tegang. Kaum Muslimin menjaga kota Madinah
dengan bersungguh-sungguh, takut tiba-tiba orang Musyrikin jadi lembu gila,
terus serang Madinah.
Akhirnya lepas beberapa ketika, Allah turunkan perintah untuk
membenarkan perang.
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا ۚ وَإِنَّ
اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
“Telah
diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sungguh mereka
telah dianiaya. Dan Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuasa menolong mereka
itu.”
(Surah al Hajj
[22] : 39)
Ayat ni pada mulanya Allah hanya bagi izin
perang saja, tetapi lama-lama ia jadi kewajipan untuk berperang.
Dan untuk pengetahuan korang juga, perang
juga BUKAN hanya untuk orang Quraisy juga.
Haa.. abes tu untuk siapa lagi? Macam ni
tahapan ringkasan nya,
1) Memang untuk orang-orang Quraisy. Mereka
ni kita dah tahu la sebab apa diperangi, antaranya mereka ni lah samseng yang
selalu cari pasal dengan kaum Muslimin seperti pukul, bahkan ambik harta kaum
Muslimin masa mereka hijrah ke Madinah. Hampeh betul, sesuka hati je rembat
harta orang.
Jadi kaum Muslimin ada hak untuk membela diri
dan ambik semula harta.
2) Orang-orang Musyrik Arab. Kalau korang nak
tahu, Tanah Arab ni besar. Dan di kalangan semua bangsa Arab, golongan Musyrikin
Quraisy ni adalah kepala orang Arab. Jadi orang Arab yang cuba backup orang
Quraisy, memang nak kena la.
3) Memerangi golongan yang cuba mengkhianati
atau berpihak kepada kaum Musyrikin. Tak kisahlah golongan mana pun, golongan
Russia ke, Jepun ke, Korea ke. Eh?
Tapi yang utama Yahudi di Madinah masa tu la sebab mereka buat perjanjian dengan Rasulullah.
4) Memerangi sesiapa saja ahlul Kitab seperti
geng Nasrani yang cuba MEMULAKAN perang kepada kaum Muslimin sehingga akhirnya
mereka akur dan taat serta bayar jizyah kepada kaum Muslimin.
5) Memerangi sesiapa saja yang cuba mengganggu
jiwa dan harta setiap orang yang masuk Islam sama ada golongan Musyrikin,
Yahudi atau Nasrani. Mereka tak boleh diganggu harta dan jiwa mereka kecuali
apa yang diizinkan dalam Islam.
Haa..
Ini adalah 5 golongan yang secara bertahap
akan diperangi.
Ok kita sambung sikit lagi.
Jadi lepas turun ayat diizinkan perang,
Rasulullah berpendapat yang kekuasaan Islam mesti diluaskan terutamanya ke wilayah
utama yang biasa dilalui atau jalur perdagangan oleh orang-orang Quraisy Mekah
ke Madinah dalam perjalanan bisnes mereka. Tak boleh duduk statik je.
So apa kena buat?
1. Kaum Muslimin mesti mengadakan perjanjian
kerjasama, tidak saling menyerang dengan beberapa kabilah yang berada pada
jalur perdagangan ni.
2. Mengirimkan beberapa kelompok utusan
secara terus menerus ke jalur perdagangan ni.
Macam mana nak laksanakan dua cara ni?
Haa… kita sambung nanti..
![]() |
Ok kita sambung next BSS. |
Moga Allah Redha.
- Shukery Azizan -
BSS 54 : Hah, Perang Badar?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:09
Rating:

4 comments:
Ustaz ni, saya dah tercongok depan laptop baca, siyes menghayati baris kata (cewah!), tetiba ustaz spoil dengan "Haa… kita sambung nanti.."
Ade juga yang saya rotan ni kang!
Ok... Ok... Saya tunggu la... Baik Encik Ustaz Ahmad Shukery Bin Azizan, Saya setia menanti BSS 55. Haish...
Alhamdulillah..
memang bagus entri pasal sejarah peperangan ni... sblum ni tahu... tapi.. biasalah ... bila x blajar... trus x amik port.....
syukran ats prkongsian
Alhamdulillah..
memang bagus entri pasal sejarah peperangan ni... sblum ni tahu... tapi.. biasalah ... bila x blajar... trus x amik port.....
syukran ats prkongsian
Seronok baca kisah perang badar ni...
Tiba- tiba ending dia... -_-
Wat suspen jer...huhu
Post a Comment