Selepas mendapatkan keputusan SPM,
saya sangat bersyukur kepada Allah pada ketika itu. Hasil azam saya untuk
berubah sejak berada di tingkatan 4 membuahkan hasil!
Sejujurnya bukan mudah untuk berubah,
apatah lagi secara dramatik sudah tentunya mustahil, tetapi perubahan secara
beransur-ansur dan bersabar di dalam perubahan akhirnya perubahan itu menjadi
kenyataan! Semasa di dalam tempoh permohonan ke IPT, saya telah menghantar
kesemua borang-borang permohonan di merata tempat.
Antara IPT-IPT yang menawarkan tempat
pengajian kepada saya adalah UNIKL (diploma chemical engineering), UNISEL
(engineering foundation), UITM (diploma electrical engineering) dan kolej matrikulasi
pahang.
Alhamdulillah, banyak rezeki dari
Allah ketika itu. Murahnya rezeki dari Allah mungkin disebabkan usaha kita
sendiri dan ringannya tangan kita untuk membantu orang lain agar turut berjaya!
Masalah mula timbul apabila pilihan
kita hanyalah satu, tidak ada dua atau tiga. Waktu itu sangat mencabar untuk
diri saya membuat pilihan. Ada sebahagian daripada ahli keluarga saya meminta
untuk saya mengambil diploma terlebih dahulu dan ada sebahagiannya tidak
menghalang untuk saya teruskan ke kolej matrikulasi.
Waktu itu, saya dibisikkan dengan
cabaran di matrikulasi yang susah dan tidak ramai yang boleh cemerlang. Boleh
difahami kerisauan daripada ahli keluarga saya jika saya mengambil keputusan
untuk ke kolej matrikulasi.
Namun begitu, saya teringat kata-kata
sahabat saya,
"jangan ikut kata orang yang
kata tak boleh, ikut kata diri sendiri yang kata BOLEH!"
Saya mula mencabar diri saya sendiri
untuk membuktikan bahawa saya mampu cemerlang di kolej matrikulasi!
Saya yakin akan kemampuan diri saya
walaupun kelihatan mustahil. Kejayaan itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja
asalkan dia memiliki keyakinan dan azam yang tinggi!
Saya masih ingat, janji-janji saya
kepada ibu saya sebelum saya melangkah ke kolej matrikulasi,
"Mak, lan janji dengan mak,
habis matrikulasi lan akan dapat keputusan yang cemerlang"
Saya meletakkan azam yang sangat
tinggi dan matlamat saya hanyalah cemerlang ketika di matrikulasi. Waktu itu,
tawakal saya hanya kepada Allah dan saya yakin Allah pasti akan bersama dengan
saya.
Setelah melangkah ke kolej
matrikulasi, saya luangkan waktu belajar sehingga 3 pagi. Sabtu dan ahad
hanyalah waktu-waktu untuk berada di perpustakaan. Aktiviti dengan rakan-rakan
saya tolak kesemuanya atas alasan ingin menumpukan kepada pelajaran. Sejujurnya,
saya tidak pernah berusaha sehebat begitu ketika di bangku sekolah.
Hanya satu faktor yang boleh
menentukan sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan sesuatu. Iaitu, setinggi
mana kita meletakkan matlamat! Jika kita meletakkan matlamat untuk dapat RM 5,
maka usaha kita hanya untuk mendapatkan RM 5. Jika kita meletakkan matlamat
untuk RM 1000, maka usaha kita semestinya ke arah mendapatkan RM 1000!
Selama 9 bulan saya menjalani
kehidupan sebagai pelajar matrikulasi yang hanya menumpukan usaha sekeras
tenaga bagi memenuhi janji-janji saya kepada ibu saya. Jika orang lain "enjoy"
dengan kehidupan matrikulasi atas keseronokan berjalan-jalan di pusat bandar,
saya hanya "enjoy" dengan menelaah buku di perpustakaan.
Akhirnya, setelah tamat matrikulasi,
saya telah berhasil mendapatkan keputusan yang cemerlang. Janji-janji yang
telah saya berikan kepada ibu saya dapat dipenuhi! Perasaan saya pada waktu
itu, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Setelah tamat matrikulasi, saya perlu
membuat pilihan terhadap bidang yang akan saya ceburi ketika di IPTA nanti.
Sejujurnya, membuat pilihan itu amat sukar. Banyak pendapat dan saranan yang
telah diberikan kepada saya pada waktu itu.
Ada yang meminta saya untuk mengambil
bidang engineering, medic, forensic dan pelbagai lagi bidang. Tetapi, saya
memilih bidang, "sains fizik dengan pendidikan". Ramai yang
terkejut pada waktu itu terutamanya adik beradik saya sendiri.
Waktu itu saya memiliki peluang untuk
mengambil bidang yang lebih popular, tetapi saya memilih bidang fizik dengan
pendidikan yang akhirnya menjadi seorang guru di sekolah. Ramai yang menyindir
saya pada ketika itu disebabkan bidang saya yang tidak popular dan remeh dalam
kalangan masyarakat.
Namun, saya berkata kepada diri saya
sendiri,
"Orang yang cemerlang tidak
akan ikut telunjuk orang lain, tetapi dia ikut telunjuk diri sendiri!"
Saya memilih bidang ini disebabkan
minat saya yang begitu mendalam untuk menyampaikan ilmu serta memberikan
motivasi kepada orang lain agar turut cemerlang . Minat ini juga disebabkan
pengalaman saya yang pernah menjadi mentor di sekolah dan sikap yang suka
menaikkan semangat orang lain.
Saya tidak peduli kata-kata orang lain
dan tetap berdegil untuk meneruskan bidang tersebut. Akhirnya, saya telah
berjaya menjadikan diri sendiri sebagai seorang mahasiswa Universiti Putra
Malaysia jurusan Sarjana muda sains fizik dengan pendidikan.
Sewaktu bergelar mahasiswa, saya mula
aktif di dalam aktiviti kolej dan tarbiyyah. Waktu itu, saya berpandangan ulat
buku semata-mata tidak akan menjamin kecemerlangan saya pada suatu masa nanti.
Saya perlu tingkatkan keupayaan diri untuk berani bercakap di khalayak ramai,
mampu mengendalikan program dan memiliki asuhan tarbiyah yang mantap.
Elemen tersebut pada hemat saya sangat
penting di masa hadapan dan menjadi ulat buku semata-mata tidak boleh
menjadikan diri saya sebagai orang yang mampu bekerja.
Sepanjang bergelar mahasiswa, saya
telah berhempas pulas untuk aktif di dalam program dan tarbiyyah di samping
mengekalkan kecemerlangan akademik.
Kelihatan mustahil?
Tidak bagi saya. Tidak ada yang
mustahil selagi perkara itu berada di dalam batasan keupayaan manusia.
Antara medium yang saya ceburi ketika
di universiti adalah PEMBINA UPM, Debat bahasa melayu, pengurusan program,
Usrah, sukan memanah dan sebagainya. Kesemua ini saya telah ceburi dengan baik
dan kesannya begitu luar biasa!
Peringkat awal sememangnya sukar untuk
membahagikan masa, namun, sekiranya perkara ini dapat dilalui secara
perlahan-lahan maka kita pasti akan dapat seimbangkan antara pelajaran dan
aktivisme.
Di dalam tempoh pengajian universiti,
ada yang memandang rendah kepada bidang yang saya ceburi dan tidak melihat
peluang untuk saya melonjak ke hadapan.
Bagi saya, itu hanyalah pandangan
manusia. Pandangan diri sendiri kepada diri kita lebih penting! Saya yakin,
saya boleh pergi dengan lebih jauh walaupun dengan bidang yang tidak popular
ini.
Selama 4 tahun saya telah melalui
zaman universiti dengan penuh keseronokan yang tidak pernah saya rasai sejak di
bangku sekolah. Saya pernah mendapatkan keputusan dekan untuk beberapa semester
secara berturut-turut, anugerah thesis terbaik, pendebat terbaik universiti dan
sebagainya. Bagi saya pencapaian itu adalah pengalaman yang sangat berharga.
Di peringkat universiti, jika saya
hanya menjadi ulat buku dan tidak mahu menjenguk ke dunia luar, maka saya pasti
tidak akan dapat merasai pengalaman sebegitu.
Ada orang yang bertanya kepada saya,
bagaimana untuk mudah mendapatkan ilmu, maka saya katakan
"banyakkan memberi".
Saya amalkan konsep ini sejak di
bangku sekolah, dan sememangnya memberikan hasil yang sangat berharga!
Selepas tamat pengajian ijazah sarjana
muda, maka akhirnya saya telah berjaya membuktikan kepada orang-orang yang
berada di sekeliling saya pada waktu itu, saya mampu menggengam sekeping ijazah
sarjana muda!!
Bermula daripada pelajar yang tidak
cemerlang, akhirnya menjadi pelajar yang cemerlang. Bukan mudah, namun tidak
mustahil.
Setelah tamat pengajian, saya telah
membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. Ramai yang
ragu-ragu dengan saya ketika itu kerana cabaran PhD tidak seperti matrikulasi
mahupun degree. Cabarannya tentulah lebih sukar dan panjang!
Seperti sebelum ini, saya tetap
berkata dengan diri saya,
"Jangan ikut kata orang kata
tak boleh, ikut kata diri sendiri yang kata boleh!"
Sebelum saya berjaya sambung PhD, saya
mengambil Master (Ijazah sarjana). Namun, Maha Suci Allah yang memberi izin
kepada saya untuk menaiktaraf (convert) dari Master ke PhD !
Sambung….
Penulis : Noorazlan Bin Abd Azis.
(Azlan Wildan)
Edited : Ahmad Shukery
BSS 52 : Daripada UPSR kepada PhD..? (Bahagian 2)
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
22:30
Rating:

6 comments:
Kalau result spm tak berapa cemerlang setakat 5a 4a, bila masuk matrik kita ada azam yg tnggi nak berubah and berjaya, tak mustahil ke saya nk dpat pointer yg bgus dekat matrik nanti?
Tak mustahil.
Saya pernah jumpa pelajar yang SPM cuma 5A, tapi waktu matrik dapat pointer 4.0.
Saya juga pernah jumpa pelajar yang SPM straight A's, tapi waktu matrik dapat pointer bawah 2.0
Ye betul sye pn 3 jer spm..msuk matrik...alhamdullilah stkt ni sume ujian lps 3.7 above...yg pnting usaha...yakin pda dri
Mohon share setiap artikel.
Mcm mna nak konstan kn diri supaya trus berusaha dan tidak lalai dengan nikmat dunia??? Mohon pencerahan
kadang susah nak bahagikan masa antara akademik & society semua .. macam mana ye .. sedangkan priority study .. tapi amanah dalam society ade jugak ..
Post a Comment