![]() |
Umat Islam ibarat Singa yang hebat. Apabila bergaduhnya antara mereka, langit menangis, bumi meratapinya. Yang gembira hanyalah Syaiton dan pengikutnya. |
Bismillah.. InsyaAllah malam ni saya nak kongsi BSS dalam bentuk
SEJARAH. Kisah sejarah kita dulu. Haa.. memang lagi sedaplah kan melayan mata
mengantuk.
Maaf sekali lagi sebab banyak kali menulis BSS tak ikut timing
(Isnin, Rabu, Jumaat). Saya akui saya adalah penulis yang tak berapa
berdisiplin. Itu sebab azam 2015 ini adalah saya nak jadi lebih berdisplin.
Ooo Yeargh ! (mata berapi dan bersinar).
Ok kita sambung BSS kita malam ni. Korang masih ingat lagi kisah
sejarah zaman sekolah menengah dahulu?
Saya rasa mesti ramai yang meletakkan tangan di bahu mata ke atas
sambil kata, “sejarah..”.
Cis.
Saya nak cerita pada korang kisah sejarah yang mungkin korang
jarang-jarang dengar, dan saya akan
pastikan mata korang terbeliak dan mulut korang ternganga kemudian korang akan
jadi rajin dan bersemangat waja untuk menggeledah buku di stor atau
perpustakaan berdekatan bagi memastikan fakta saya sahih, tulen, bermutu
tinggi dan muktahir.
Eceh.
Pernah dengar kisah perang Jamal?
Kalau korang pertama kali mendengarnya, sila buat muka teruja mata
bulat sinar bergemerlapan sambil kata,
“belum belum!”.
Perang Jamal adalah peperangan pertama di antara para Sahabat
radiyallahu anhum ajmain (r.ajamin). Peperangan ini adalah dari dua ketumbukan (pasukan)
tentera kaum muslimin yang masing-masing diketuai oleh dua sahabat agung
Rasulullah sallahu alayhi wasallam, iaitu Amirul Mukminin Saidina Ali
radiyallahu anhu (r.anhu) dan isteri baginda, Ummul Mukminin Saiditina ‘Aisyah
radiyallahu anha (r.anha). Peperangan tersebut dinamakan perang Jamal sebab
ketika itu Ummul Mukminin ‘Aisyah r.anha berada di atas unta (Jamal).
Eh, biar betul shukery ni. Sahabat Nabi mana ada berperang sesama
sendiri. Kau fitnah depa ni. Kau ni, macam Syiah je.
Puuuhhh.
Tersembur air Vico aku.
Mana ada, kisah ini memang betul-betul berlaku. Malah ada dua kali
peperangan antara Sahabat r.ajmain berlaku, iaitu Perang Jamal, dan Perang
Siffin. Yang itu nanti saya cerita. Saya nak ceritakan kisah perang Jamal dulu.
Dan tujuan saya cerita ini adalah untuk membersihkan fakta sebenar daripada
auta yang direka oleh kaum Syiah.
Bagaimana Berlakunya Peperangan Jamal Ni?
Al kisahnya bermula begini.
‘Aisyah r.anha, Thalhah r.anhu dan Az-Zubair r.anhu serta
orang-orang yang bersama mereka telah bertolak dari kota Madinah ke Basrah selepas
mereka dengar cerita yang Ali Bin Abi Talib r.anhu dilantik sebagai Amirul
Mukminin yang baru (yang keempat) selepas Amirul Mukminin Uthman r.anhu dibunuh
atas sebab fitnah yang dilemparkan kepadanya berskala raksaksa Gorgon oleh para
pemberontak.
Siapa pemberontak ini? Ni rasa macam nak katok sekor-sekor
pemberontak ni.
Mereka adalah golongan yang sangat berdendam dan dengki kepada Amirul Mukminin Uthman r.anhu. Macam
pula Saidina Uthman r.anhu dibunuh? Nanti saya cerita kalau saya ada kelapangan
(Tutup mulut).
Berbalik pada kisah awal tadi, kenapa mereka pergi ke Basrah?
Mereka ke Basrah sebab nak MENUTUP perpecahan yang baru dalam
Islam disebabkan peristiwa pembunuhan zalim lagi keji dan tak berhati perut
usus dan limpa terhadap Amirul Mukminin Uthman r.anhu.
Dan dalam masa yang sama, selepas dengar cerita tentang kisah ni,
Amirul Mukminin Ali r.anhu pun ambil inisiatif untuk pergi ke Basrah bersama
dengan geng tenteranya.
Untuk apa?
Tujuan utama adalah untuk bersatu dengan mereka (team Aisyah
r.anha), menguatkan mereka dan menyatukan kembali umat Islam dalam menghadapi
pemberontakan yang kurang asam dalam peristiwa pembunuhan Uthman r.anhu.
Tetapi harapan dan impian kesatuan ketenteraan di antara ‘Aisyah
r.anha dan Ali r.anhu sangat sangat DIBENCI dan ditakuti oleh para pemberontak
pada zaman Uthman r.anhu yang menyorok disebalik umat Islam ketika itu. Zaman
masa tu takde lagi sistem teknologi nak kesan penjenayah.
Masa mula-mula apabila mereka (pemberontak) dengar keberangkatan
‘Aisyah dan tenteranya ke Basrah, mereka mula menimbulkan api fitnah yang marak
membara yang mana mereka menyatakan bahawa pemergian mereka adalah kerana
perpecahan dari Khalifah Ali.
Masa tu pemberontak ni dah mula menyelusup dalam tentera Ali
r.anhu. Dah jadi macam CIA pun ada juga. Fikrah menyelusup betul geng
pemberontak ni.
Tetapi apabila Ali r.anhu membuat keputusan untuk bersama dan bergabung
dengan tentera ‘Aisyah r.anha selepas siri perbincangan di antara wakil dari
Ali r.anhu iaitu Al-Qa’qa’ dan ‘Aisyah, Az-Zubair serta Talhah R.Anhum, para
pemberontak yang ada dalam tentera Ali mula takut mengigil kepala lutut sambil mengigit jari dan tak
tidur malam (ok ini penambah cerita je).
Para pemberontak pun apa lagi, mulakan mesyuarat tergempar tahap
10.0 skala richter berbincang sesama sendiri dan berkata,
“Mereka sudah berdamai atas DARAH kita.”
Sepakat Yang Keparat?
Pada pandangan mereka, perdamaian dan kesatuan ini bererti senjata
akan dihalakan ke atas mereka. Tu pasal mereka yang dah menggelabah tahap gaban
berfikir dan terus berfikir serta berbincang strategi untuk memecahkan kesatuan
pasukan Ali r.anhu dan pasukan ‘Aisyah r.anha.
Dan akhirnya mereka telah terfikir sebuah idea gila tahap dewa karin
dragon ball dan mencapai satu kata sepakat yang membawa keparat.
Sejarah hitam hasil kesepakatan syaitonirrojim tu bermula pada
awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya yang bersinar
cemerlang......
Jeng jeng jeng...
Bersambung Jumaat ini..... (gaya sinetron)
Hehe..
- Ahmad Shukery -
p/s : nantikan part Perang Antara Dua Cahaya Part II.
BSS 48 : Perang Antara Dua Kebenaran..?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:53
Rating:

5 comments:
setelah api membara dimata untuk membaca BSS ni..fine..bersambung pulak...fine...
sabor je lar..bersambung pulak.. oke takpe~
Tang bersambung tu yg sentap sangat...huhu...sabarlah duhai hati~
Ceyt! Bersambung pulaaaa -.- bukan main curious nak tau ni.
Yang tak boleh blahnya mase tersembur air vico tu. Hai admin, dalam serious2 ni boleh lagi buat lawak. Teruskan usaha anda! (ayat cikgu tulis dalam report card zmn skolah dulu)
Post a Comment