Alhamdulillah thummalhamdulillah !
Malam ni BSS saya tak tahu nak kongsi apa, melainkan
kegembiraan saya melihat seorang sahabat baik saya, al akh yang selalu
menasihati dan mengingati saya, yang selalu bagi semangat pada saya, selalu
bersama saya susah dan senang,
Dan yang dah jadi seperti adik saya sendiri, kini dah mendirikan
sebuah baitul Muslim dan sudah bergelar menjadi seorang suami.
Kagum dari jauh.
Kita Melakar Sejarah
Adnin dah
membuktikan pada ramai orang, bahawa tanpa bercouple, tanpa bercinta sebelum
nikah, tanpa ada crush bagai,
TETAPI..
Allah
permudahkan urusan untuk berkahwin.
Sebenarnya bukan Adnin seorang saja, malah saya dah jumpa
ramai dan sangat ramai di luar sana yang macam Adnin. Serius banyak, cumanya
mereka tak dikenali ramai je.
Adik-adik semua..
Kita yang melakar sejarah hidup kita, bukan orang lain.
Kalau boleh, tiada siapa pun yang nak kahwin banyak kali, cukup kahwin sekali
pun dah terbaik.
Tapi kahwin yang macam mana?
Jalan yang penuh noda dan dosa? Jalan yang penuh maksiat?
Dengan couple bagai? Adnin dah membuktikan, tanpa couple, tanpa maksiat dah
boleh kahwin.
Orang nampak pelik,
Nampak aneh,
Nampak janggal..
Tapi itulah yang terbaik. Dan saya yakin, hampir
kesemuanya nak berkahwin seperti mana cara Rasulullah berkahwin terutamanya,
dan juga hari ni cara Adnin berkahwin yang sebolehnya beliau ingin menghampiri Sunnah pada abad ke 21 ni.
Zaman millenium omputih kata.
Zaman millenium omputih kata.
Takkan kita nak melakar sejarah hidup kita dengan kisah
yang tak best?
Macam mana nak cerita pada anak-anak kita nanti?
Bagaimana dengan sikap anak-anak kita nanti?
Kita Semua Boleh
Sebenarnya
kita boleh saja berkahwin tanpa bercouple, bercinta sebelum nikah, berikhtilat
bagai.
Boleh
saja.
Kita ada
pilihan.
Tinggal
lagi kita nak buat atau tidak. Kita nak ikut sunnah, atau kita nak punah.
Itu saja.
Kalau
Adnin boleh membuktikan,
Seorang budak
yang tinggal di BANDAR,
Belajar di
BANDAR,
Berjumpa dengan
PELBAGAI jenis orang,
TETAPI..
Masih mampu
bernikah TANPA mencemari jalan pernikahannya seperti bercouple, crush, ikhtilat
bagai,
Kenapa tak
kita?
Kenapa tak
korang?
Korang
boleh je..
Cuma
banyak bagi alasan je. Tu yang tak boleh.
Mohon doa
untuk Ustaz Adnin dan zaujahnya (isteri) moga kekal sampai ke Syurga.
Dan moga
Allah kurniakan yang terbaik untuk hidup kita.
Jangan
lupa,
Kita yang
MELAKAR sejarah kita, bukan orang lain.
Moga Allah
redha.
Wallahu’alam
- Ahmad Shukery -
9 comments:
Nice, mabrouk ustaz adnin
Salam ziarah dari Sang Musafir ^_^.
http://macam2kehidupan.blogspot.com/
saya percaya,,tanpa couple tak semestinya tak dapat jodoh..rahsia Allah siapa yang sangka..mabruk sheikh..
Assalam ustaz..
Saya nak tanya, ada seorang lelaki ni sudah nyatakan pada saya dia nak nikahi saya, nak menjadikan saya isterinya, dan saya pun telah 'indirectly' bersetuju dengan tidak menolak. Lepas saya terbaca satu artikel yg ustaz tulis, saya merasakan kami terlah 'ter'bertunang, dan saya ingin memutuskan pertunangan ini. Sebab jelasnya dia dan saya sendiri masih belum bersedia. Bagaimana saya harus memutuskan pertunangan ini? Ada cara tertentu atau saya cuma perlu menyuruh dia melafazkan kami putus tunang? Macam mana pulak kalau dia tak nak? Adakah saya telah terikat dengannya sampai bila-bila?
Mohon soalan saya ini dijawab, saya sudah buntu.
Segala jawapan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga dirahmati Allah.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum ustaz, apa maksud Alhamdulillah Thummalhamdulillah?
Alhamdulillah bermaksud : Segala puji bagi Allah.
(ثم) thumma bermaksud : kemudian.
Alhamdulillah : segala puji bagi Allah.
Alhamdulillah..Barakallahu fiq ust adnin dn zaujahnya.. indah sungguh aturan Allah.. ^_^
Anon 1 :
Tunang ni mudah je, kalau nak putuskan, bagitahu je nak putus tunang.
Salam ziarah dari saya .
http://www.secebisdakwah2ku.blogspot.com/?m=1
Post a Comment