Pada suatu hari..
Di tempat yang berbeza namun pada waktu
yang sama..
Seorang ‘Niqabis’ dan seorang Muslimah
bertudung labuh (tidak berpudah) mengambil gambar masing-masing dalam gaya
selfie. Kalau nak nampak kelainan sikit, ambil gambar dari posisi lain tapi
tidak mengadap kamera. Bajet artis gitu.
Namun mereka berdua tidak mengenali
antara satu sama lain.
Tetapi mereka mempunyai keinginan dan
hasrat yang sama..
Apa dia?
Upload gambar selfie dan bajet artis
dalam facebook mereka berdua.
Niat mereka berdua juga sama. Ingin
‘berdakwah’ kepada kawan FB mereka yang tidak menutup aurat supaya tergerak
hati untuk menutup aurat. Namun mereka tersilap langkah dan cara. Mereka sangka
dunia ini penuh dengan lelaki soleh menunduk pandangan sampai langgar tiang.
Selepas upload dalam FB, mereka pun
terus membuat profile picture.
Tidak lama kemudian, muncul sang buaya
berwajah ala-ala ostad atau sang buaya yang berwajah bukan ostad pun, dalam
ruangan komen mereka berdua.
Apa yang sang boya ini komenkan?
“Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah..”
“Wanita adalah seindah perhiasan dunia.
Teruskan istiqamah wahai mujahidah.”
“Wah, sejuk perut ibu mengandung. Boleh
masuk meminang ni. HEHE.”
Dan lain-lain komen (korang letaklah
sendiri apa yang anda rasa nak letak).
Tidak lama kemudian, si niqabis dan
muslimah ini pun membaca komen-komen sang boya ini. Lalu mereka tersipu-sipu
malu (konon). Lantas membalas di ruangan komen ;
“Thanks.. :) “
"Ini semua milik Allah.. ana
hanyalah hambanya.." (pehh ayat..)
Akhirnya tertipulah seorang Niqabis dan
Muslimah ini di alam maya.
Strategi sang boya itu tidak berhenti
setakat di situ saja. Lalu dia mulakan langkah seterusnya selepas mendapat
respon di ruangan komen. Apa yang sang boya ni buat? Mereka pun mulalah
berduyun-duyun PM inbox si niqabis dan muslimah tersebut dengan mesej,
“Selamat berkenalan.. :) “
Kalau yang tahu bahasa arab ciput, akan
inbox ;
“Salam ukhuwwah fillah. :) “
Dalam riwayat lain, ada tambahan,
“abadan abada.. :) “
Gedengang.. Jatuh kerusi beta..
Salah Siapa?
Pernah
jumpa situasi-situasi di atas? Mungkin ada yang tidak pernah. Realiti yang
menakutkan. Sangat menakutkan. Sebenarnya perkara ni dah banyak dibincangkan di
status facebook, group-group, halaqah, usrah, seminar, buku (eh?), dan apa-apa
jualah. Banyak kali dibincangkan.
Tetapi
semakin meningkat pula peratusan isu ini berlaku. Saya tahu dan yakin, TIDAK
SEMUA golongan ‘niqabis’ dan muslimah tudung labuh buat perkara di atas, tetapi
kerana sedikit yang buat itu akhirnya mencemarkan nama ramai orang yang tak
buat. Kesian juga.
Sebelum
itu, saya nak MINTA MAAF atas
beberapa perkara. Apa dia?
1)
Minta maaf Jika istilah “niqabis”
dan “Muslimah tudung labuh” macam offensif dan tidak menyenangkan kepada kau.
Saya tiada istilah lain untuk menggambarkan mereka. Ini saja istilah yang
muncul dalam minda saya.
2)
Bab kali ini mungkin sekali baca
nampak tegas dan keras. Kenapa tegas? Maaflah. Sudah penat berlembut. Ramai
orang berlembut, tetapi kurang yang bertegas. Walau tulisan ini sedikit tegas,
tetapi saya langsung TIDAK mencarut pun.
Langsung TIDAK. Cuma nada tegas sahaja, harap jangan salah faham walau hati
tisu. Kalau nak kata ia tak berhikmah, terpulang. Yang penting, saya tidak
sebut nama sesiapa.
3)
Nak marah dan sindir? Terpulang. Saya tidak paksa kau terima.
Tetapi saya nak kau fikir sedalam-dalamnya sahaja.
4)
Terasa? Kalau terasa, fikirlah 20
kali atau lebih. Kalau tidak setuju, boleh buka bab lain. Kau pun tidak rugi
apa-apa insyaAllah. Kalau mengumpat, rugi juga pahala.
5)
Untuk pengetahuan, saya TIDAK TUJUKAN kepada semua niqabis begini.
Ini segelintir kecil saja yang buat masalah sebegini. Biasanya baru nak “up”. Dan saya juga TIDAK menghukum
sesiapa pun terutama niat seseorang. Bukan nawaitu ya, nawaitu maksudnya
“sahaja aku”.
Lagipun
ini tulisan umum, saya tidak sebut nama
sesiapa pun. Siapa makan cili, dia terasa pedas. Yang tidak buat macam ini,
tidak perlu nak marah, melenting, menggelabah dan sebagainya. Rilek, dan
tenang. Baca bab ini sambil minum air hot chochlate. Betul-betul padu.
Tarik
nafas. Berbalik semula kepada perbincangan. Persoalannya, salah siapa
sebenarnya? Salah lelaki atau salah perempuan? Jawapan saya, salah orang yang
buat salah, tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
Yang
pertama adalah salah lelaki yang bersalah sebab kau tidak menundukkan pandangan
kau. To be precise, sebenarnya bukan kau saja, bahkan termasuk saya sekali.
Kita sebagai lelaki WAJIB tunduk pandangan, begitu juga perempuan wajib tunduk
pandangan.
Allah berfirman
;
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menundukkan (menjaga) pandangan mereka (daripada memandang
yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci
bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang
mereka kerjakan.”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan
(menjaga) pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; …..”
(Surah An Nur
24:30-31)
Dalam
ayat ini, yang menariknya Allah tegur lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan.
Secara realitinya hari ini, antara punca utama berlaku penzinaan adalah sebab
lelaki yang tidak tundukkan pandangan. Tunduk pandangan ini bukan maksudnya kau
jalan sampai langgar tiang.
Dari
sudut bahasa, البَصَرِ غَضُّ (gadh-dhul bashar) maksudnya
menahan, mengurangi atau menundukkan pandangan. Ia berasal dari kata غَضَّ yang bermaksud كَفَّ (menahan) atau نَقَصَ (mengurangi) atau خَفَضَ (menundukkan).
Menundukkan
pandangan bukannya kau tutup mata atau tundukkan kepala menghadap ke tanah
saja. Sebab itu bukan yang dimaksudkan, dan in
fact semua orang tak boleh buat. Tundukkan pandangan yang dimaksudkan
adalah MENGAWAL pandangan. Kau jaga pandangan kau dari perkara yang haram. Kata
seorang ulama’,
“Barangsiapa
menjaga pandangannya, cahaya Allah menerangi penglihatannya(akal) dan hatinya.”
(Tafsir
Ibnu Kathir Tahzib wa Tartib Surah An-Nur)
Kebiasaannya,
lelaki sukar menjaga pandangan lagi-lagi kalau nampak perempuan cantik. Allah
tahu sifat hamba-Nya, dan antara sifat lelaki ini adalah matanya LIAR. Malah
sebahagian lelaki boleh “screening” perempuan.
Mungkin sebab itu Allah menyuruh golongan lelaki TERLEBIH DAHULU untuk
menundukkan pandangannya sebelum perempuan.
Tetapi
inilah perkara yang paling sukar dilakukan oleh kita. Susah sangat. Tetapi
kalau dah berjaya buat, rasa gembira sangat. Kan?
Yang
kedua adalah salah perempuan yang bersalah sebab perempuan antara pemula kepada
zina. Dengan kata lain, perempuan juga boleh menyebabkan lelaki tidak tunduk
pandangan.
Bayangkan
seorang perempuan, pakai seksi tahap kritikal, gelang kaki berbunyi, kasut
tumit tinggi 5cm, rambut beralun ditiup bayu sambil warna perang penyapu, jalan
macam model planet, dan lalu di depan sekumpulan lelaki. Dan kau perempuan,
beranggapan bahawa lelaki tidak akan pandang perempuan seksi itu?
Hello.
Hanya
lelaki yang beriman di akhir zaman dan berpegang pada ayat Allah seperti di atas
sahaja yang tak akan pandang banyak kali. Tetapi at the first place, mesti akan
pandang. Imam muda ke, pencetus ummah ke, daie millenia ke, tok imam ke mesti
akan sangkut punya.
Mungkin
itu hikmah Allah beri keringanan bahawa pandangan pertama boleh, pandangan
kedua di haramkan. Kalaulah pandangan pertama sudah haram, mahu berdosalah kami
sebagai lelaki hari-hari. Rasulullah sebut,
“Wahai Ali! Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama,
adapun yang berikutnya tidak boleh.”
(Riwayat Abu
Daud)
Nasihat Ikhlas Dari Saya
Golongan
niqabis dan muslimah tudung labuh atau mana-mana muslimah sekalipun TIDAK perlu SELFIE sana sini, posing
sana sini, buat gambar acah-acah malu tutup muka hidung telinga bagai
semata-mata kononnya nak "dakwah" perempuan lain supaya tutup aurat
dan pakai niqab juga.
Ataupun
bergambar dan berposing sana sini pegang pedang, kuda, unta, tapir, teletubies
atau segala bagai punya posing untuk bagi "inspirasi" kepada
perempuan lain supaya tutup aurat.
Atau
trend sekarang ada golongan "niqobis hipster" atau “muslimah hipster”
acah-acah pakai purdah tetapi ada bling-bling bagai seolah menarik perhatian
orang. Ada sebahagian itu pakai niqab, tetapi niqabnya buat gaya macam rambut
nak tutup mata sebelah. Saya pun tak tahu apa nama fesyen tu. Dengan alasan
kononnya nak beritahu golongan niqabis ini tidak ketinggalan zaman dan up to
date.
Itu
belum lagi yang pakai celak sampai 5 inchi, maskara lagi, blusher tebal macam shin
chan, dan.. dan... ah kau sebutlah sendiri.
Aduh...
Liciknya tipu daya Iblis.
Kau
tak perlu buat semua tu. Kau pakai purdah, tudung labuh semua itu, tujuan
utamanya nak “sembunyikan diri” daripada dipandang bukan mahram. Kalau lelaki
pandang kau pun, lelaki rasa MALU untuk kacau, komen, atau private message pada
kau.
Tetapi
sayangnya, kau hanya akan buat sebahagian lelaki yang so called acah-acah "alim" dan "warak"
terpesona lalu mereka pun komen atau inbox,
"Subhanallah. Cantiknya ciptaan Tuhan. Moga
istiqomah ya. Salam ukhuwwah fillah abadan abada birohmatikaya arhamar rohimin
yahanana takbir! Allahu Akhbar!"
Kau
jangan tipu diri sendiri. Kau mungkin boleh tipu saya dan orang lain bahawa kau
tak nak menunjuk, kau ikhlas nak berdakwah, dan sebagainya. Tetapi NIAT tidak pernah menghalalkan CARA.
Kalau niat nak ubah orang, tetapi dalam masa sama kau langgar syarak, ia tetap
salah walaupun niat itu kononnya nak ubah orang.
Tindakan
kau mungkin hanya akan buat sebahagian lelaki dan perempuan lain meluat dengan
perempuan berniqab dan muslimah tudung labuh lalu mereka mengumpat dan menjauhi
kau. Tetapi kau pun mengumpat balik mereka dengan ayat,
"Dakwah kita berjaya. Orang hati gelap
memang tak suka kebenaran. Kita bersabar ya ukhti menghadapi mehnah dan
tribulasi ini."
Aduh..
Two wrongs do not make a right!
Jadi
sebenarnya apa perlu kau buat untuk sampaikan dakwah tentang menutup aurat itu
indah? Atau nak sampaikan yang pakai niqabis ini bukan syiah atau ektremis?
Mudah sahaja. Kau tidak perlu pun selfie wefie atau posing acah-acah comel,
malu bagai. Tetapi apa yang perlu kau buat adalah ;
1)
Kalau kau adalah PELAJAR, jadilah pelajar paling CEMERLANG di
sekolah, kolej atau universiti kau. Kalau pelajar aliran agama, dapatkan MUMTAZ
atau at least JAYYID JIDDAN dalam keputusan peperiksaan.
Buktikan
kepada semua orang yang walaupun tutup aurat sempurna dan berniqab, kau mampu menjadi
pelajar yang paling cemerlang, dan pertolongan Allah ada bersama kau kerana
usaha kau nak tutup aurat dengan sempurna dan menjadi qudwah[1] kepada orang lain.
Barulah
insyaAllah ramai orang akan terinspirasi nak follow kau. Kalau ada rezeki,
bahagian pentadbiran kolej atau kampus boleh bagi sokongan dan kebenaran lagi
kepada golongan yang berpurdah. Haa, pahala melimpah ruah malah moga kau turut
dapat pahala kesan dari orang lain yang dapat inspirasi untuk memilih menututup
aurat dengan sempurna.
Haa
cenggituh. Tiadalah wujud so called
"penindasan admin kepada golongan purdah."
2) Kalau kau adalah PEKERJA, jadilah
pekerja yang paling CEMERLANG sama ada dari segi sikap, cara kerja,
tanggungjawab, amanah dan sebagainya. Jadilah pekerja yang paling ramai orang
hormat, kagum dan segan dengan kau. Mereka kalau tak suka pun, paling jauh
mereka hanya mengumpat belakang saja. Itupun takut-takut nak umpat.
Buktikan
bahawa golongan yang menutup aurat dengan sempurna ataupun yang memakai purdah
ini adalah golongan yang berjaya dan cemerlang. Tutup aurat bukan penghalang
untuk menjadi mukmin ‘abid[2] yang professional.
Barulah
ramai nak ikut macam kau. Tutup aurat sempurna dan jadi pekerja muslim
cemerlang. Haa camtu.
3)
Kalau kau mengaku seorang MUSLIMAH, tinggikanlah "frekuensi" MALU
kau itu. Saya tak kata haram upload gambar secara mutlak, tetapi rasalah malu
nak upload sambil posing gedik, menarik perhatian, acah-acah comel dan
sebagainya. Nak upload pun biarlah formal.
*******
Nak
buat sesuatu itu bukanlah sekadar
berpandukan fatwa, tetapi mesti juga berpandukan TAQWA. Ya taqwa.
Maksudnya, fatwa mungkin kata makruh, tetapi kalau kau lengkapkan dengan taqwa,
kau akan tinggalkan ia.
Perempuan
yang tahu malu, TIDAK SEMESTINYA TAK MENONJOL di sekolah, kolej, universiti
atau di tempat kerja sekalipun. Kalau kau ada bakat, masuklah debat, pidato,
jadi ketua atau pengarah program yang hebat, designer, wakil pelajar perempuan sampai peringkat antarabangsa dan
sebagainya.
Dalam
masa yang sama, kau boleh jadi inspirasi dan sebarkan dakwah secara qudwah
dengan beritahu bahawa dengan menutup aurat pun boleh pergi jauh.
Tetapi
JANGAN masuk nasyid kalau ada audiens lelaki. Kalau tertutup dan hanya audiens
perempuan tiada masalah. Ini bukan semata-mata fatwa, tetapi secara jujur
sebagai seorang lelaki, suara perempuan menyanyi boleh menggetarkan iman dan
“jiwa" lelaki.
Sebab
itu saya secara peribadi mengharamkan diri saya sendiri untuk mendengar
perempuan menyanyi, walau hanya dalam radio. Ini bukan masalah lemah iman, ini
memang nature lelaki.
Malu TIDAK semestinya bersembunyi. Tetapi
biasanya yang selalu bergambar gedik, manja atau posing sana sini macam nak
minta like ribu-ribu kemudian upload
atau post gambar di public biasanyalah memang kurang malu atau tidak tahu malu.
Biasanyalah.
Tak
kisahlah sama ada kau free hair, pakai tudung bawal biasa atau labuh atau
berpurdah sekalipun. Kalau simpanan PERIBADI tiada masalah. Nak terlentang ke,
terbalik ke, masuk gaung ke itu kau punya gambar dan terpulang. Tetapi untuk
simpanan peribadi atau untuk yang mahram kau saja. Buat apa tayang gambar kau
pada seluruh dunia.
Kau
nak tunjuk apa sebenarnya?
******
Wallahi,
ini serius nasihat ikhlas dari saya.
Kau nak mengamuk dan melenting dengan alasan,
"Tuu ramai je kat luar sana tak
tutup aurat. Siap free hair dan warnakan rambut lagi. Apehal tak nak tegur
mereka?", ini jawapan saya pada kau.
Jangan nak tuding jari pada kesalahan dan
dosa orang lain. Dosa mereka itu memang dah suatu dosa pun. Tak perlu untuk
saya tegur, Allah sendiri dah tegur dalam al Quran. Rasulullah pun dah tegur dalam
hadis yang sampai pada kita sejak lebih 1400 tahun lamanya.
Dosa mereka TIDAK MENGHALALKAN kesilapan atau
kesalahan yang kau dah buat. Kesalahan kau adalah kesalahan kau, dan kesalahan
mereka adalah kesalahan mereka. Setiap orang ada kelemahan dan kesalahan
termasuk saya yang menulis ini. Kalau saya salah, tolong tegur saya.
Tolonglahh.
Dan akui kesalahan dan kelemahan diri, serta berubahlah. Tak perlu nak update
status Facebook, Twitter atau instagram bagai. Mengumpat adalah dosa besar,
yang mana hidup kau tidak akan tenang selagi tak minta maaf sampai jadi mayat.
Saya
tegur bukannya nak menghina kau. Kalau nak menghina baik saya mengumpat, buat
status Facebook, Twitter atau instagram yang menghina dan mengutuk atau tulis
bab ini penuh dengan kebencian, caci maki, label kau syiah, ektremis dan
sebagainya. Tetapi saya bagi nasihat sungguh-sungguh, malah bagi cadangan
solusi untuk kau lagi.
Untuk
pengetahuan, kau semua bawa IMEJ AGAMA
tahu. Apa yang kau buat, sebahagian masyarakat akan anggap itulah AGAMA
walaupun kau langgar syarak sekalipun. Ya, walaupun kau langgar syarak sebab
RAMAI masyarakat masih lagi jahil atau kurang faham tentang kefahaman agama
walaupun mereka muslim. Jangan anggap semua orang bijaksana sini.
Ingat,
kau bawa IMEJ AGAMA walaupun kau BUKAN pelajar aliran agama. Pelajar aliran
agama apatah lagi, mestilah kena jaga 2 kali ganda sebab kau belajar asas
Islam.
Dr
Yusuf Qaradhawi ada sebut dalam bukunya tentang taubat, orang yang membawa imej
agama atau menjadi qudwah kepada masyarakat, kalau buat dosa kecil secara
terang-terangan tanpa malu malah BANGGA dengan dosa yang dibuat, boleh dapat dosa yang BERGANDA malah
menjadi dosa besar. Sebab apa?
Sebab
masyarakat akan menganggap bahawa dosa dan kesalahan yang kau buat itu adalah
BETUL dan sebahagian daripada agama atau syarak. Ahh, nak tulis lagi
panjang-panjang nanti kau makin down
pula.
Sebenarnya
kau pun tahu perkara ini, cuma kadang-kadang kau terlupa saja. Kalau dah tahu
salah, akui kesalahan dan bertaubatlah
pada Allah. Sebab Allah maha penerima taubat. Allah sayang kita semua, dan
Allah nak kita kembali padaNya. Dan Dia juga tak nak kita menjadi fitnah untuk
agamaNya.
Saya
tegur ini bukan nak ‘win’ atau publisiti, tetapi betul-betul nak kau fikir 20
kali sebelum buat sesuatu.
Moga Allah redha.
p/s: Tukarlah profile picture. Tak payah
letak gambar korang. Keselamatan terjamin, pandangan lelaki pun sejahtera.
Jangan sampai tertipu lagi sudah.
Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang alhamdulillah sudah ada di pasaran. Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.
Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785
Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan.
Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ni, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)
Semoga bermanfaat :)
- Ahmad Shukery -
Niqabis Yang Tertipu?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
17:56
Rating:

35 comments:
sisters yg mencari keredhaan semua, jaga lah kehormatanmu. jaga lah wajahmu dari menjadi tatapan sang lelaki. hadirkan lah sifat MALU dalam diri kamu terhadap ajnabi. - sang lelaki yang lemah menjaga pandangannya terhadap muslimah tudung labuh.
Assalamu'alaikum...
Saya suka akan cara Tarbiah Sentap menegur niqabis dan muslimah yang bertudung labuh... Bagi saya teguran ini adalah untuk kebaikan semua pihak juga.. Saya hargai atas nasihat ini... Semoga Allah memberkati dan merahmati penulis blog tarbiah sentap ini.. Semoga terus sukses dalam berdakwah!
Hahaha. Terbelahak aku. Ada nakal, ada input.
Wei ko boleh try install apps ads block kot jadi.
Porno block ada gak. Cari kat extension google.
Peluh kecil tu apa?
Bro, bagaimana nak jawab kalau ada perempuan kata
"Alah, lantak akulah selfie bagai. Lelaki pun kuat semacam je selfie takpe pulak!"
Saya sokong entri ni! Memang ramai sgt pompuan yg bajet ayu di Instagram biasanya.. Yg selalu selfie, ootd, dan paling tak boleh blah..tak nak tayang muka tapi pi letak gambar bhgian dada. Hahahah!! Pikir mcm lelaki x pandang bab dada! Bajet x nak nampak muka dilihat ajnabi lah ktakan. Lagi satu, yg paling mcm beng*** sikit selfie bnyk2 dpt likes yg bnyk dan komen pujian palsu bnyk2. Mmg naik lemak lah si org ni nk post gmbr bnyk2.. Sekian
tapi dalam hidup prmpn niqab ni penuh dgn penipuan sampai sanggup menipu org ramai dengan kaburkan mata org lain dgn berpakaian alim, pakai niqab and so on.yg tu lg teruk dr selfie.mendatangkan fitnah besar jgk. saya ingatkan dia dah menyesal lps pki niqab tp still bergelumang dlm dosa. berpegang tgn dgn bkn muhrim sbb mengaku kat org lain laki tu suami dia. laki tu pun sama bajet alim pki songkok.diorg mengaku sbgi suami isteri...huh!
btw,selfie or menipu lg teruk??? curious!!!
Salam. Pertama, saya lelaki bukan dua alam. Sama mcm sdr ahmad shukery jgk. Dn saya berkongsi kebimbangan yg sama dgn trend anak muda skrg. Lelaki.Perempuan. Tp saya kira, kita yg menegur ini juga perlu mengawal diri. Lalu kita juga tertipu dgn keghairahan kita utk bercakap ttg semua perkara dgn sentimen yg kurang adil. Contoh : at the first place, mesti akn pandang. Imam muda ke, pencetus ummah ke, daie millenia ke..MESTI akan jem punya. MESTI? Maaf, saya rasa, itu prejudgement tanpa sedar hasil sentimen dn ghairah menulis, tanpa sedikit pun menidakkan hakikat para asatizah kita ini bkn maksum.Perasan tk bila kita berbicara ttg aurat, ttg fitnah media, subjek lebih tertumpu kepada wanita. Tdk islamic, berdosa besar, perlu kempen bsr2 ran, dn gambar2. Which is true enough. Cuma yg lelakinya mcmana? Ada artikel pjg lebar pasal aurat lelaki? Kempen menutup aurat utk lelaki? Ada, tapi saangat kurang. Hanya atas alasan..hukum aurat lelaki ada ikhtilaf mazhab. Dan bersungguh2 membuang suggested friend (yg bkn kita pun yg request letak) muslimah yg bertudung labuh dn berniqab? Just fine. Cuma tidakkah ianya semacam terlalu berlebih2 dalam menjaga agama? Peace no war.
Assalamualaikum. Pendapat aqhi bagi mereka yang menggunakan gambar yang hanya mnampakkan badan. I mean . hanya mnampakkan paras leher hgga kaki tmpa mmperlihatkan wajah.. Adakah sama dengan ap yg aqhi cuba smpaikan dlm entry ini.
Hahaha tarbiah sentap terbaik!!
Syukran di atas peringatan diberi
Saya salah seorang . Ye . Saya tak nafi . Memang certain niqabis suka ambil gambar . Saya pn tapi x selalu . Cuma klw terasa nak bergambar tu sye bgambar sensorg je . Klw nak masuk dlm gmbar org lain , rasa malu pulak . Dan x tipu . Mmg sye ade je upload . Yahh . Sye upload gmbar yg muka nampak biasa takpun yg macam bengis sikit supaya lelaki tak berani nk puji . And action paling drastik adalah bila klw sye upload dan ada org puji sperti di atas tu , memang membara hati saya . Membara sangat ! Satu sebab saya tak layak dipuji . Bagaimana seorang hamba Allah boleh memuji hamba Allah yg lain . Kenapa tak puji Allah !! Dua , ini bermakna si pemuji tu memang tilik gmbar sye . So tindakan drastik sye bila jd mcm tu adalah DELETE . Jujur , sye agak malu bila lelaki puji sebegitu . Malu dgn diri sdiri , mlu dgn Allah . Sdgkan Allah yg patut dipuji , tp sye dh mnyebabkan seorang lelaki memuji hamba Nya bukan Allah itu sendiri .
Jadi sekarang klw sye upload , sebolehboleh sye pertimbagkan .
Tapi ada certain masa , nafsu masih menguasai T-T .
Allahu akbar . ��������
Nak share ye. Syukran.. :-)
Teringin nak baca entry cakap panjang lebar pasal aurat lelaki.
Yang aku mahu dari seorang niqabis ialah kualiti, bukan kuantiti... -si bukan niqabis dunia.
Suka sangat cara tarbiah sentap bagi nasihat dan ajaran ni..straight to the point jer..terus berbekas dlm hati dan kitorang pun terus nak berubah..
Terima kasih kerana berikan peringatan yang amat berguna ini. Ingat nak upload gambar selfie tapi hati tergerak untuk baca artikel ni. Nak share boleh?
Uninstall jer fb...hidup jer kalau takde fb..makan berselera jerw..(sentaaapp)
Perlukah? Media sosial semue ni...harus jika die bermanafaat...kalau dah terang terangan ianye menjemput dosa...why not...buangkan jer...(sentaap tahap gaban)
Tepuk dada tanya iman di hati... niat anda di mana? Perbetulkan xperlu jd isu sapa tipu sapa. kita semua sama bezanya pemikiran dan iman. Wallahualam
So prmpuan lebih baik x yah upload gambar kt media social lagsung? Brdsrkan artikel sy tahu ade hukum harus, haram, makruh n lebih baik tu..so mestilah nk ikut yg lebih baik iaitu x yah upload lgsung di media social..tp kalau kita just upload utk berkongsi aktiviti kita buat n update program brmnfaat yg kita hadir kat kawan2(laki prmpuan) x boleh ke? Kdg2 dari situ jgk kita dpt info or dpt tahu program yg kita bleh join akn dtg which is good ape..Laki pun sama jgk upload gmbr bajet retis n hansome2,prmpuan pun sama jgk ade prasaan2 suka camtu why precise kt prmpuan je? Yg pnting kita pndg sesuatu tu dgn positive, jgn pikir ikut hawa nafsu sgt..disebabkn hawa nafsu manusia yg x bleh control, pihak lain plak yg jd magsa n kena ubah cara hidup..so gmbar2 muslimah beraktiviti n berprogram boleh x nk upload? Ke mcm mana..
Neraka kan ditutupi dengan perkara yang indah2 kat dunia ni. Mahal tu syurga tu.. buatlah pilihan. Jangan ikut nafsu.. lelaki ke perempuan ka.. dunia ni bukan tempat nak bermimpi ysng indah2. Wabs.
Lelaki sekarang jadi macam seperti di atas sebub 24 jam memikirakn tentang perempuan.
Berfikir tentang perempuan sudah menjadi hobi lelaki tersebut.
Cuba fikir tentang lain.
Contohnya saya, saya minat bidang ketenteraan. Jadi saya sentiasa memikirkan tentang ketenteraan.
Perempuan itu bersifat lemah lembut dan manja. Kalau ada perempuan tetiba manja - manja dengan anda. Memang akan terdetik perasaan gembira di hati. Tapi, cuma abaikan. Paling senang cuba buat "bodo". Seperti perkara tersebut tidak pernah berlaku. In Sya Allah berhasil.
Semoga Allah merahmati masa hidup kita semua.
Lumbrah perempuan mahu kelihatan comel dan menarik. Berpakaian cantik, selfie dan memuat naik ke laman sosial dan lain - lain. Tapi ada kalangan mereka melampaui batas. Kita sebagai lelaki nak menegur perempuan yang melampaui batas. Mulakan dengan keluarga dan seterusnya. Mulakan dari perkara kecil. Sedikit demi sedikit.
Bab penggunaan media sosial.
Tak perlu sampai nak extremis padam akaun laman sosial.
Tapi kalau berkehendak? Dipersilakan.
Kepada yang masih menggunakan laman sosial.
Kawal penggunaan anda.
Media sosial seperti "Facebook" sangat berguna untuk mendapatkan berita terkini.
Seperti contoh semasa kehilangan MH370 dan kes MH17 ditembak jatuh. Saya mengetahui perkara itu pada malam itu juga melalui penggunaan laman sosial.
Laman sosial mempunyai pelbagai fungi yang positif. Jadi, kenapa kita tumpu kena perkara negatif? Sebub kita yang nak.
Bukan orang lain. Hanya sebub kita. Kita sendiri.
Semoga Allah merahmati masa hidup kita semua.
Oh...i need to buy this book!
👍👍nasihat yg sgt berguna
Assalamualaikum,
saya ada sorg kawan yg macam ni.. saya tatau nak tegur macam mana? dia sering hiking dgn lelaki2 dn hanya beberapa sahaja perempuan..berselfie dgn lelaki.. lps tu tulis ayat yg acah2 alim tu.. hmm
Saya suka pakai tudung labuh tapi perangai saya tak serupa orang yang pakai tudung labu.. perlu ke saya tukar tudung pendek or free hair je trus?
Ya Allah adik jgn fikir pendek.ubah sikap bkn ubah tudung kamu.gagal xbermakna selamanye gagal.setan xpernah putus asa menyesatkan umat manusia jadi mengapa kita perlu putus ASA memperbaiki sikap kita?
Post a comment