(Baca episod 1 di SINI)
Pagi
itu, Samdul stress. Dia menjerit akibat terlalu tertekan. Mana taknya, dia
bangun subuh pukul 6:30. Subuh gajah! Ada beberapa sebab yang membuatkan Samdul
stress gila bapak. Pertama, dia biasanya solat subuh berjemaah di surau, tapi
kali ni, dia terlajak tidur. Kedua, sebelum dia tidur, dia ada post kat
Facebook dia:
“Kalau
betul jantan, solat subuh jemaah kat surah la derr. Apa guna sembang kencang
tapi subuh ke laut….”
Dan
status tersebut dapat 451 like, dan 77 share. Tapi, malangnya, dia pun bangun
lambat pagi tu! Bermakna, dia belum cukup jantan(berdasarkan status FB dia tu).
“Argh..Ya
Allah, ampunkan aku sebab cakap tak serupa bikin… Ini semua salah alarm clock!
Kenapa la aku lupa nak setting alarm clock. Argh!!”
Mungkin
dia lupa. Punca Allah tak bangunkan kita untuk bertahajjud dan solat subuh
berjemaah adalah kerana DOSA yang kita lakukan. Dosa itulah PUNCA kita tak
terbangun. Mungkin Samdul lupa, sebelum dia tidur, dia telah melakukan dosa
ikhtilat iaitu berchatting dengan Mutannajis, wanita idamannya. Namun, akibat
dia tak sedar bahawa dosa adalah punca dia tak terbangun, alarm clock menjadi
mangsa.
Dalam
keadaan stress, Samdul bangun dari tidur, kemudian, dia bergegas pergi ke bilik
air untuk mengambil wudhuk. Namun, sebelum dia ke bilik air, dia sempat korek
hidung menggunakan ibu jari kakinya, lantas, lapnya di bawah meja study.
Terbaaaaik….
***
Seusai
solat subuh, Samdul istighfar. Dia sedar, solat benda paling ASAS sebagai
seorang islam. Dan, dia juga sedar, sebagai seorang lelaki, WAJIB bagi dia
untuk solat berjemaah di surau jika tiada apa-apa keuzuran. Hatta, nabi sendiri
nak bakar rumah orang yang dengar azan tapi tak pergi surau. Namun, dia sedih
sebab tak terbangun .
Hari ni
hari sabtu. Yes, CUTI. Pukul 10.00 nanti, Samdul dah buat temu janji untuk
berdebat dengan aku tentang isu ikhtilat di Restoran “Abang sweet”. Restoran tu
best, sedap, dan yang paling legend, semua pelayan dia berakhlak baik, tutup
aurat, dan restoran tu tak pasang lagu pelik-pelik. Ada banyak restoran
sekarang, buruk gila lagu diorang pasang. Hilang berkat makanan..
So,
rutin harian Samdul setiap hari sabtu ialah jogging di tepi tasik dari pukul 7
pagi sampai 8 pagi. Maklumlah, nak tough. Baru boleh pergi jihad. Tapi, seperti
biasa, sebelum Samdul bergerak untuk ke tempat jogging, dia sempat update
status di Facebooknya, sambil berselfie dan letak describtion:
“Kata
nak jihad. Tapi kesihatan tak jaga. Jom jogging. Baru legend, baru tough, baru
Allah suka!!”
Namun,
malangnya, statusnya kali ni, tak dapat like banyak sangat, dalam 70 like dalam
masa 5 minit. Maybe orang ramai tidur. Tapi, yang pasti, ada la beberapa
perempuan yang komen-komen kat status tu:
“Wah,
rajinnya awak jogging. Keep strong Samdul!!”
“:)”
“Terbaaaaik….”
Dan
macam-macam lagi komen. Apa hal tah perempuan komen kat laki punya status. Page
personal pulak tu. Argh… Dan, di sebabkan komen-komen tu, Samdul bertambah
semangat! Yeah!!! Laki mana yang tak seronok bila ada perempuan komen macam tu.
Samdul
pun bergerak menuju tempat jogging yang dia biasa pergi. Tasik seksyen 7.
***
Sudah 2
round Samdul jogging. Dia buat keputusan untuk berjalan. Sambil Samdul
berjalan, dia nampak ramai couple lelaki dan perempuan yang jogging sama-sama.
Pegang tangan bagai. Sungguh menggelikan…
Samdul
macam tak boleh terima. Lalu, dia pun menyimpan perasaan benci melihat
perbuatan couple tersebut di dalam hati, lantaran tak mampu nak tegur, lalu,
dia sambung lari, bagi melepaskan geram…
Tiba-tiba,
sedang Samdul syok berjogging, dia terserempak dengan aku, yang turut jogging
di situ. Maklumlah, tough.
“Samdul!
Assalamualaikum! Haha, tak sangka kau pun suka jogging pagi sabtu ni…Sihat?”
Muka
Samdul kelihatan bengkek dan menyampah dengan kehadiran aku.
“Sihat.
Aku tiap hari sabtu jogging sini. Kau tu yang first time….” Samdul balas dengan nada yang
perli.
Aku
senyum. Kita kena rileks. Haha. And then, aku pun teruskan persembangan aku
dengan dia:
“Alang-alang
kita dah jumpa sini, jom jogging sama-sama. Baru best. Hehe…” Aku berusaha nak ambil hati dia.
Yelah, nak dakwah orang ni, kita kena usaha untuk rapat dengan orang yang kita
nak dakwah kan. Baru mudah orang nak terima.
“Hmm…yelah..” Jawab Samdul dengan nada stress.
Kami
berdua pun jogging dengan machonya. Setelah jogging sebanyak 782200182 round,
kami pun berhenti akibat tak larat. Fuh, penat beb. Bukan senang nak lari 782200182
round. Nasib baik kitorang tough.
Sedang
kitorang berdua sedang duduk rehat keletihan, tiba-tiba Samdul tanya aku satu
soalan:
“Eh
Adnin, aku nak tanya kat kau la… Kenapa ramai couple ni, depa still couple ha?
Bukan depa tak tahu couple tu haram, pegang-pegang tangan semua tu haram. Tapi,
kenapa diorang still pegang-pegang tangan? Takkanla diorang tak rasa bersalah?”
Aku
tersenyum bila mendengar soalan Samdul. Ye, aku senyum, tapi aku tak jawab
apa-apa….
***
Jam
menunjukkan pukul 10.00 pagi. Waktu yang telah kami sepakati berdua untuk
berbincang isu ikhtilat ini. Ya, dari tasik tempat kami berjogging tadi, kami
bergerak menaiki kenderaan masing-masing untuk ke Restoran Abang Sweet, untuk
berbincang sambil makan.
Baru
feel.
Setelah
kami sampai ke restoran tu, kami cari tempat duduk paling selesa, and then,
order makanan. Aku, macam biasa, roti canai dengan ais kosong. Tapi, aku terkejut
beruk bila dengar Samdul order!
“Bang,
kasi saya kuey teow pataya, dan nak air halia campur apple asam boy suam, dan
tambah kicap sikit….”
“Wey
Samdul, apahal kau order pelik gila??” Aku tanya dia.
“Aku
kalau stress, aku suka makan dan minum benda pelik-pelik…..” Jawab Samdul dengan rileksnya.
“Bapak
pelik mamat ni….haha”
Aku cakap dalam hati. First time jumpa orang macam ni.
“Okay….” Aku mulakan bicara.
“Macamana
Samdul, kau dah baca belum kitab-kitab yang ulama’ hurai pasal hukum ikhtilat
ni? Boleh kau kongsikan dengan aku? :) “
“Haha..
Mestilah dah. Aku dah baca, bak kata ulama’, hukum ikhtilat adalah HARUS. Tak
haram pun. Just, kalau naik syahwat, baru haram. So, tak salah pun nak
sembang-sembang, chat-chat semua. Harus, selagi tak naik syahwat….” Samdul jawab dengan yakin.
Aku tersenyum,
ketawa kecil juga. And then aku tanya dia soalan cepumas:
“Ulama’
mana kau rujuk tu? Ulama’ mana yang cakap tu? Kau rujuk kitab apa eh? Boleh
kongsikan dengan aku??” Aku tanya dia. Saje tanya. Hehe.
“Hmm..
Aku lupa la apa nama kitab tu, nama ulama’ tu pun aku tak ingat sangat. Sebab
aku baca banyak sangat…” Balas Samdul dengan nada angkuh.
“Hahahaha...
Serius, kau kelakar gila bapak. Hehe….” Aku ketawa terbahak-bahak. Ikhlas.
Sekali
lagi, Samdul stress. Dia memang takde bakat time buat lawak. Tiap kali dia buat
lawak kat kelas, serius takde orang gelak. Ada orang, bila dia buat lawak yang
tak lawak, orang tak gelak dengan lawak dia, tapi, orang gelak sebab lawak dia
tu tak lawak!! Tapi, Samdul, tiap kali dia buat lawak, memang takde orang gelak
langsung!! Entah apasal, tiba-tiba aku gelak bagai nak rak.
“Apahal
kau gelak Adnin?? Aku buat lawak kau tak gelak, aku tak buat lawak, kau gelak!
Apa yang kelakar sangat ha??”
“Haha…takdelah.
Sorry sebab gelak. Anyway, kau memang tak ingat langsung ke nama kitab yang kau
baca, or nama ulama’ yang kata ikhtilat tu hukum ASAL dia harus??”
“Aku
tak ingat. Serius…Sebab aku baca banyak sangat. Lupa pulak nak tengok nama
kitab…” Jawab
Samdul confident.
“Atau……”
“Atau
apa??” Samdul kelihatan cuak.
“Atau,
kau just search kat google, dan baca kat internet je? Hehe…..” Aku mengagak.
Samdul
diam. Dia kelihatan malu, tapi dia control muka dia bajet macho agar tidak
kelihatan malu dan sentiasa nampak confident. Dia terkejut, macamana aku boleh
tahu yang dia just baca kat google je. Kantoi di situ! Akibat stress, Samdul
mengangkat ibu jari kakinya untuk korek hidung (habit dia setiap kali stress),
namun, dia sedar bawah habitnya itu tak sesuai untuk buat di khalayak ramai.
So, dia turunkan balik kakinya dengan tenang…
“Mana
ada aku baca kat…….”
Belum
sempat Samdul nak menafikan yang di baca dari internet, tiba-tiba,
terngiang-ngiang di fikiran Samdul hadis nabi yang mengatakan bahawa MUSTAHIL
orang yang BERIMAN itu MENIPU. Bermakna, orang yang menipu, dia tiada iman..
Lantas…
“Hmm…Ye,
sorry aku tipu. Aku just baca kat internet je sebab semalam aku penat gila
bapak….” Jelas
Samdul jujur.
Aku
tersenyum. Aku tahu, Samdul adalah seorang yang baik, potensinya besar dalam
dakwah dan tarbiah. Cuma, masalahnya ialah ikhtilat. Dan, aku bertekad untuk
bantu Samdul UBAH masalah ikhtilat yang di alaminya, kerana, bagi aku,
pendakwah yang berikhtilat, dia tak akan maju dalam dakwahnya, dan akan sentiasa
berada dalam keadaan terseksa.
“Huhu..Samdul,
bahaya kalau kita just rujuk internet sahaja. Entah sape-sape tah yang tulis
dalam internet tu, sebab tu bahaya. Kalau kita betul nak tahu sesuatu ilmu, nak
tak nak kita kena SERIUS dalam menuntut ilmu, dengan merujuk kepada sumber yang
sepatutnya….” Aku
memberi penjelasan.
Samdul
diam. Mukanya seakan-akan dia tak boleh terima. Dia sedar dia salah, Cuma… Ye,
EGO. Tak nak kalah. Tapi, dia diam, Cuma matanya berkerut. Mungkin sedang memikirkan
sesuatu.
“So,
kau ada ke baca apa-apa kitab pasal ikhtilat ni??” Samdul tanya aku.
“Ada.
Banyak, sangat banyak….” Aku jawab dengan senyuman. Kemudian aku sambung:
“Dalam
kitab المفصل في أحكام المرأة tulisan Syeikh Abdul
Karim Zaidan, yang mana Syeikh Karim Zaidan ni ulama’ usul fiqh yang tersohor
satu dunia, dan baru meninggal tahun ni (moga Allah kurniakan syurga kepada
beliau), syeikh Karim Zaidan menerangkan bahawa, hukum ASAL ikhtilat adalah
HARAM! Ye, haram, dan boleh jadi harus jika berlaku dhorurat dan hajat! Tapi,
ramai orang, termasuk kau, hehe, ramai orang yang menganggap bahawa hukum ASAL
ikhtilat ialah HARUS, dan boleh jadi haram jika berlaku beberapa keadaan…..”
Samdul mengangguk, teruja mungkin.
“Ikhtilat ni hukum asalnya HARAM. Boleh jadi harus
jika berlaku dhorurat dan harus. Contoh dhorurat ialah kau nak selamatkan nyawa
seorang perempuan yang lemas di tengah laut. Kau boleh selamatkan dia. Contoh
hajat pula ialah jual beli, menuntut ilmu(antara guru dan pelajar), menjadi saksi
di mahkamah, perubatan, melayan tetamu di rumah dan lain-lain. Cuma, untuk
hajat ni, ada beberapa syarat yang WAJIB di patuhi antaranya tunduk pandangan,
serius dalam berbicara, tutup aurat sempurna, tidak berleret, tidak buat suara
gedik dan sebagainya. Jika tak patuhi syarat, maka, jadi haram balik…Benda ni
di hurai panjang oleh Ibn Jauzi dalam kitab Talbis Iblis, Ibn Qayyim dalam
kitab جواب الكافي لمن سأل دواء الشافي, dan banyak lagi ulama’, dalam style yang berbeza-beza. Hatta,
Dr Zaharuddin Abd Rahman pun ada kupas isu ni panjang lebar…” Aku
menjelaskan secara serius.
Samdul mula bertanya pada aku:
“So, takkanla nak sembang biasa, tanya khabar semua,
tak boleh? Bukan naik syahwat pun!! Mana dalil? Mana dalil beb??!”
Aku jawab:
“Adakah bersembang bergelak tawa berbalas-balas mesej
tu dhorurat atau hajat???”
“Erk…bukan….” Jawab Samdul ketakutan.
Takut kalah.
“So, kalau bukan hajat dan dhorurat, maka, hukumnya
haram!!” Aku jawab dengan penuh bergaya.
“Mana dalilnya, mana? Sembang kencang takde dalil baik
tak payah!” Samdul memerliku.
“Jangan kamu DEKATI ZINA. Surah Al isra’. Itu
dalilnya. Allah tak cakap jangan zina. Allah cakap, jangan dekati zina. Means,
bukan zina je yang berdosa. Bahkan, mendekati zina pun dosa! Dan, kalau kau nak
tahu, ulama menyebut, ada TUJUH JALAN ZINA, iaitu bermula dengan PANDANG,
kemudian SENYUM, kemudian MEMBERI SALAM, kemudian BERSEMBANG, and then MEMBUAT
TEMU JANJI, pastu BERJUMPA, kemudian BERZINA, dan akhirnya MASUK NERAKA!!!”
Aku berhenti jap sebab tekak kering. Aku minum air
yang aku order tadi iaitu ais kosong. Air paling sedap setakat ni. Kemudian aku
sambung:
“Dan, kalau kau nak tahu, ketujuh-tujuh perkara ni
(pandang, senyum, memberi salam, bersembang, buat temu janji, jumpa, dan zina),
semua ni akan berlaku bila kita BERIKHTILAT!!! Bila kita berikhtilatlah, kita
akan pandang, pastu start chatting, letak smiley senyum bagai, dan seterusnya
dan seterusnya…. Sebab tulah, banyak ulama’ telah mengharamkan IKHTILAT!”
Samdul kaku. Dia berdebar, terdiam, terkejut mendengar
ulasan dan hujah aku. Kemudian, aku sambung:
“Dan, aku nak tanya kau, kau ada ke dalil yang
mengakatakan boleh ikhtilat asalkan tak naik syahwat? Kau ada dalil ke? Sembang
kencang tapi takde dalil, baik tak payah.. Hehe…”
Samdul tertunduk. Antara malu dan insaf.
“A..aku, aku takde dalil…..” Jawab
Samdul jujur. Egonya tertunduk. Hatinya mula lembut dengar hujah aku.
“So, setakat ni kau clear tak dengan hujah-hujah aku?” Aku beri
dia soalan cepumas..
“Aku……”
“Ring ring…..”
Belum sempat Samdul jawab soalan aku, henset Samdul
berbunyi, menandakan mesej masuk.
Samdul pun check hensetnya, untuk tengok siapa yang
hantar mesej kat dia time tengah klimaks ni. Samdul sungguh terkejut, kerana
yang mesej dia adalah Siti Mutannajis!
Samdul baca, baca dengan penuh perasaan, baca dalam
hati:
“Salam. Hye Samdul. Awak sihat? Awak dah habis jogging
ke, hehe? Jangan lupa solat dhuha pagi ni. Anyway, boleh tak nak jumpa awak
petang ni, ada tugasan dalam meeting MPP hari tu saya tak habis buat lagi. Kita
ingat nak mintak tolong awak. Hehe.. Jumpa tengahari ni tau, lepas zohor. Ukhwah
fillah :)”
Samdul tersenyum sorang-sorang. Ketawa sorang-sorang.
Mukanya yang dari tadi stress, terus nampak ceria. Dia tengok jam dia, dah pukul 12:00.
Aku pelik. Aku pun tanya:
“Weh Samdul, apahal tiba-tiba kau senyum ni? Sape
mesej tu??”
“Takde apalah…Anyway, thanks sebab tegur aku. Aku nak
gerak dah ni. Nak rehat, penat kot jogging 782200182 round….” Jawab Samdul.
Aku
perasan, ada something wrong pada Samdul. Siapa yang mesej dia tu??
Samdul
pun pergi ke kaunter restoran untuk bayar, aku pun turut ke kaunter untuk bayar
makanan yang kami makan tadi.
Dan,
sebelum kami berpisah, aku sempat panggil Samdul:
“Samdul!!!”
“Ye,
kenapa Adnin, aku nak cepat ni… Lepas zohor ni aku ada hal.. Aku tak mandi
semua lagi..”
“Tadi
kau ada tanya aku kan?”
“Tanya
apa?” Samdul
kebingungan.
“Time
kita jogging tadi, kan kau ada tanya aku soalan….” Aku ingatkan Samdul.
“Soalan
apa? Serius doh, aku lupa. Otak tengah serabut ni…” Samdul macam rimas, seolah-olah sedang
mengejar sesuatu yang penting lepas zohor ni.
“Tadi
kau tanya aku, ‘kenapa ramai couple ni, depa still couple ha? Bukan depa tak
tahu couple tu haram, pegang-pegang tangan semua tu haram. Tapi, kenapa diorang
still pegang-pegang tangan? Takkanla diorang tak rasa bersalah?’ Ingat tak?” Aku cuba ingatkan Samdul.
“Haaa…ingat.
So, kenapa??”
Samdul soal aku.
“Kau
rasa, kenapa orang yang ikhtilat ni, dia still ikhtilat? Dia dah tahu chatting
smiley bagai dengan berlainan jantina tu tak boleh, tapi kenapa depa masih
chat, masih ikhtilat semua? Takkanla diorang tak rasa bersalah?”
Aku
jawab persoalan Samdul itu dengan soalan.
Samdul
terdiam….
Dia
faham maksud aku. Seperti mana, dia susah nak tinggalkan ikhtilat walaupun dia
tahu benda tu dosa, seperti tulah orang yang couple pegang tangan bagai, susah
nak tinggalkan couple, walaupun mereka tahu benda tu salah. Semuanya adalah
kerana iman..
Ya, IMAN……
Tapi,
Samdul dah tak fikir apa. Dia amat teruja untuk berjumpa Mutannajis lepas zohor
ini. Atas alasan meeting dan belajar(kononnya), mereka berdua membuat temu
janji.
Ketika
itu, syaitan tersenyum gembira. Ya, sungguh gembira….
BERSAMBUNG.
-Adnin Roslan-
CERPEN IKHTILAT: Syadid VS Longgar? (Episod 2)
Reviewed by Unknown
on
23:08
Rating:

21 comments:
ouch.
Seperti mana, dia susah nak tinggalkan ikhtilat walaupun dia tahu benda tu dosa, seperti tulah orang yang couple pegang tangan bagai, susah nak tinggalkan couple, walaupun mereka tahu benda tu salah. Semuanya adalah kerana iman..
currently this. pray for me
Alhamduillah . thanks .. saya rasa saya pon masih ade masalah dalam ikhtilat tp masih cuba sedaya-upaya untuk menjaga .. moga usaha dalam memberi pengajaran kepada insan lain mendapat keberkatan Allah Amin
Alhamdulillah.syukran share akhi. Teruskan menulis. Yg best nya sbb saya dp tau cara nk approach org bila brdakwah, nasihat berhikmah, tknik berhujah. Mabruk.
*dpt.
sbnrnye ramai lg yg tak tahu tentang masalah ikhtilat ni..kalau budak sekolah agama pun boleh ikhtilat apatah lg budak sekolah biasa kn...ramai yg anggp ikhtilat ni perkara biasa dan harus...walaupun dgn hanye bermesej dgn berlainan jantina itu adalah perkara biase dlm masyrakat kite skrang ni...susah nk tukar persepsi dan budaya yng macam dah sebati dah dlm masyrakat...
teruja untuk sambungannya!!! (Y)
Seperti mana kita susah menjadi kita.
seperti itu juga dia susah menjadi dia .
Seru bukan Hukum (:
assalamualaikum...ustaz saya ada soalan mcm mana nak jaga ikhtilat kalau kita sedang berkerja sebagai contoh ckg..kadang2 bila bertemu (ckg yang bukan mahram) akan berbual(yang penting) dan kadang2 dalam berbincang tu pun ada terselit gurauan(gelak2)...mcm mna eik?? saya tak berkerja lagi tapi saya melihat..
minta maaf kalau ada silap dalam soalan saya...
Sambung jangan tak sambung.
Alhamdulillah..semoga dapat manfaat dan rahmat Allah ..dan semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka yg lain..
Bila sabungan seterusnya keluar?
Semoga urusan ustaz untuk menyambung cerpen ini dipermudahkan Allah.
salam ustaz Adnin..saya nak share eh..bebrapa ayat yang anda tulis nih..bolehkann..
Bole someone terangkan kat saya ikhtilat dlm persahabatan? Saya ade sorang kwn lelaki tp sbb saya rase ikhtilat saya x terjaga jd saya putuskan kawan dgn die..saya keras ke??
Hanna Violet, alhamdulillah. sy pun dulu ade masalah ikhtilat dgn sorg laki ni..but pendapat diri sy yg marhaen ni..ape yg awak buat tu betul la..sbb tipu la berkawan rapat dgn lain jantina ni tak rase ape2 kan? if dh tk rse ape2 tu means sifat malu tu dah makin hilang(tolong betulkan if sy salah)..so as the conclusion control yourself n mujahadah..Allah tk akan sia2 kan hambaNya
Baik gila entry ni. Dulu aku pun macam samdul jugak, ana anta la, saling berbalas kata2 ulama, wish birthday, wish goodluck exam, bodohkan aku? Ya la masa tu gunakan agama untuk kepuasan nafsu, nampak alim sikit. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan cerpen 'babi islam vs babi kafir'. Point cerita tu lebih kurang macam entry ustad adnin ni. Aku mula sedar, sikit2 aku jauhkan dari perempuan tu.
Tapi iman tak kuat beb, semuanya pasal iman. Banyak pulak drama sekarang pasal cinta islamik. Fuhh berderau aku tengok cerita tu. Aku pun terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali, tapi kali ni tak se'alim' dulu la tapis2 sikit. Bodohkan aku? Tapi sekali lagi, Allah nak tunjuk kat aku yang benda ni haram. Haram tau tak? Dan sekarang aku dah tak contact lagi dengan perempuan tu.
Sahabat2 ku, jika dikaitkan dengan fizik, iman is inversely proportional to the lust•satan. Jika iman kalian kurang, maka naik lah skala lust•satan. Itulah sebabnya kenapa kita jatuh ke lubang yang sama dua kali. Sumpah kali ni aku betul2 terkesan dan aku harap aku takkan jatuh lagi ke lubang yang sama buat kali ketiga.
Tenkiu ustad adnin. Im proud of u for having this entry.
ouh~ seriously sngt2 SENTAP ><
rse nk hntok kpla kat dinding skrg niyh...
Episod 3 xdq ke?
bolehkah laki perempuan selfie sama2 dalam jumlah yang ramai, contohnya nak ambik gambar kelas sebab suka2 ? apa aurat perempuan bukan islam dengan perempuan islam yang tinggal 1 bumbung dan apa hukum kalau kita tak ikut ?
Post a Comment