Maaf minggu lepas 2 kali saya
tak keluarkan BSS. Sebab utama adalah, saya tak tahu nak tulis apa. Takkan nak
bacakan doa tidur untuk korang pula. Haha.
BSS malam ni pun maaf saya keluarkan agak awal, sebab mata dah mengantuk. Huhu.
BSS malam ni pun maaf saya keluarkan agak awal, sebab mata dah mengantuk. Huhu.
Bedtimes Story Sentap malam ni saya nak kongsi nasihat yang
saya dapat dari seorang ikhwah malam semalam sebelum saya tidur. Actually
perbualan kami bermula sebab laptop dia rosak, tiba-tiba shutdown. Hilang mood
dia nak study. Dan saya pula baru nak tidur.
Kemudian dia mesej saya
melalui Telegram untuk pujuk saya jangan tidur dulu.
Hamboi. Mata aku dah
mengantuk, ada pula dia suruh teman berborak.
Disebabkan ikhwah, layankan je
la. Masa berborak-borak dalam Telegram, kami berbual tentang hala tuju kami.
Tiba-tiba dia tanya,
“Anta kira berapa umur anta, dan
berapa lama anta nak hidup..”
Saya terkedu. Saya tak pernah
terfikir pula berapa lama saya nak hidup. Dia sambung balik,
“Ana nak hidup sampai umur 90
tahun. Sekarang baru 22 tahun. Ada lagi 68 tahun. Sempat sangat ana nak ambil
Syariah lepas Ph.D Fizik ni nanti. Perjalanan kita panjang.. Haha..”
Saya tersenyum sendirian di
depan Tablet saya. Tersenyum memikirkan kata-katanya yang sangat mendalam.
Walaupun umur dia lagi muda dari saya, tapi cara fikir dia lagi super power
dari saya. Adoi.
Saya berbisik dalam hati,
“Betul juga..”
Saya nampak ‘Typing’
pada bawah namanya. Nampaknya ada lagi nasihat dia nak bagi.
“Syeikh.. Kita kena rancang
umur kita. Berapa lama anta nak hidup? Sepanjang umur anta, apa anta nak buat?
Ilmu apa yang anta nak miliki? Syariah saja tak memadai. Ilmu kimia anta di
masa hadapan sangat penting.. :D “
Zup.
Sentap bak ang.
Saya rasa sentap gila gaban
masa tu. Serius. Termenung panjang terus saya.
Apa
Sumbangan Aku?
Perbualan kami tak panjang, lepas habis tu saya terus
minta diri untuk tidur. Tetapi saya masih tak boleh tidur.
Terbayang-bayang nasihat ikhwah tadi.
“Berapa lama anta nak hidup?”
Saya tak pernah merancang saya nak hidup berapa lama.
Mula-mula saya rasa soalan dia tak valid sebab kita bukan tahu kita
boleh hidup sampai bila.
Kemudian saya terfikir semula,
Memang kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila, tapi
apa salahnya merancang daripada hidup takde hala tuju?
Ada betul juga.
Saya nak ke mana lepas ni?
Apa saya nak dalam hidup saya?
Berapa banyak ilmu saya nak ada dalam hidup ni?
Dan paling penting, apa sumbangan saya nak berikan pada
Islam khususnya sepanjang saya hidup? Apa sumbangan saya boleh bagi pada umat
Islam sekarang dan akan datang?
Apa amalan yang saya boleh persembahkan depan Allah
nanti?
Soalan-soalan ni mula berlegar dalam medulla oblongata
saya. Saya dapat rasa saya ni manusia paling noob gila. Seolah takde hala tuju.
Sedangkan Allah dah bagitahu matlamat hidup kita sebagai hamba Allah dan Khalifah. Tapi saya masih tak mampu hadam dan manfaatkan sepenuhnya matlamat hidup yang Allah dah bagitahu pada kita..
Kalau ditakdirkan Allah bagi saya hidup sampai umur 70
tahun, apa saya nak buat dalam sekitar 40 tahun lebih ni?
Adakah cukup sekadar saya makan, tidur, habis belajar,
layan facebook, kerja, buat program, kahwin, dapat anak, jaga anak, pencen,
duduk goyang kaki kat rumah, termenung fikir kubur?
Itu saja hidup saya?
Membazir gila Allah bagi nikmat masa, kesihatan dan kewarasan
akal pada saya kalau saya tak boleh guna sebaiknya.
Saya dah membazir nikmat Allah kalau saya tak guna masa
saya sebaiknya untuk Islam,
Saya tak guna kesihatan saya untuk Islam,
Dan saya tak guna kewarasan akal saya untuk Islam dan
kebangkitan Islam.
Saya termenung panjang sampai setengah jam malam semalam.
“Apa sumbangan aku?” saya monolog pada diri saya sendiri.
Rancang
Hidup
Pagi tadi lepas subuh saya tarik nafas panjang, saya
terus mula merancang berapa lama saya nak hidup, apa saya nak buat, apa saya
nak capai, ilmu apa saya nak kuasai dan paling penting..
Apa saya nak sumbangkan untuk Islam.
Dapat tak dapat tu, itu perkara kedua, yang penting saya
rancang dulu.
At least kalau saya mati sebelum saya berjaya dapat semua
yang saya rancang, ada waris saya yang boleh sambung apa saya nak buat. Dan
sekurangnya ada perkara yang saya boleh ‘persembahkan’ depan Allah nanti apa
yang saya rancang untuk Islam.
So..
Saya tanya balik soalan ikhwah tu pada korang supaya korang pun tak boleh tidur malam ni.. Hehe..
Berapa lama korang nak hidup?
Moga Allah redha.
- Ahmad Shukery -
BSS 46 : Berapa Lama Anta Nak Hidup?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
22:01
Rating:

4 comments:
Kalau saya,
saya nak hidup sementara.
cukuplah impian saya tercapai then.
saya nak pergi.
andai diizinkan olehNya.
jika tidak. saya nak study-2 smpai pandai n ada byk duit. pastu saya nak pergi kat arab then nak kaji tentang islam seperti pengkaji barat sana. mereka masuk islam kerana mereka knl islam n dpt jmpa apa yg mereka jumpa. walaupun sy islam. nak nak jdi mcm mereka. spy sy blh mengkagumi n bertambah iman dll ke pada Allah. sejurus itu. boleh sy buktikan pd kwn-2 bkn islam sy yg islam tu bnr melalui kajian yg sy dh buat.
ok i can't sleep :P
Post a comment