Bedtimes Story Sentap (BSS) saya nak
kongsi satu perkara yang kita sama-sama muhasabah. Muhasabah sedalam-dalamnya.
Sebelum tu maaf lewat BSS malam ni,
sebab kami tadi baru habis talk di Terengganu, jadi agak lewat sikit.
Jadi BSS malam ni pasal apa?
Ha.. Meh baca..
Zaman saya sekolah dulu, tak kira la
sekolah rendah atau sekolah menengah, ustaz atau ustazah yang mengajar kelas
saya ada kata :
“kita semua ni ummat Nabi Muhammad
sallahu alaihi wasallam. Ini bermakna kita ini ummat terbaik. Kita adalah ummat
yang masuk syurga dulu berbanding ummat terdahulu. Pahala ummat Nabi Muhammad
sallahu alaihi wasallam berlipat kali ganda berbanding ummat terdahulu, malah
niat je untuk lakukan kebaikan pun dah dapat pahala..”
Macam ni lah lebih kurang ayat yang
banyak kali berlegar dari mulut ustaz atau ustazah saya yang mengajar dalam
kelas pendidikan Islam masa zaman sekolah dulu. So saya rasa macam best sangat
nie sebab dapat jadi ummat yang terbaik sampai kadang-kadang tak kisah dapat
result exam teruk pun, yang penting jadi ummat terbaik.
Ye la, ummat terbaik masuk syurga dulu
berbanding ummat sebelum ni.
Saya masa sekolah dulu, siap buat
perancangan kalau saya dah masuk syurga, saya nak mintak PS2 (Playstation 2),
PSP, saya nak minta makanan sedap banyak-banyak dan banyak lagi.
Dan yang paling bestnya, masa saya
sekolah rendah dulu, saya pernah berazam kalau dah masuk syurga nanti saya nak
jadi power rangers! Haha.
Tetapi lepas saya balik sekolah, saya
tengok ustaz atau ustazah saya dan juga orang di sekeliling saya menjalani
kehidupan seharian macam biasa je.
Mereka kerja, ada yang pergi sekolah,
lepas tu makan, tidur, berak, tengok TV, berkahwin, pergi main futsal, pergi
buka facebook (eh, masa tu belum ada lagi) dan lain-lain.
Saya tertanya-tanya..
Di mana GAMBARAN yang menyatakan kita
ummat yang terbaik..?
Saya pernah juga dengar kisah ummat
sebelum ni..
Mereka juga makan, minum, tidur,
berkahwin dan macam-macam lagi.
Yang bezanya dari sudut ibadah, mereka
sangat hebat. Mereka beribadah sampai beratus-ratus tahun (sebab umur mereka
panjang), ada yang boleh jalan atas air, ada yang sujud sampai batu melekuk,
ada yang cahaya zikir sampai naik ke langit kerana lamanya berzikir, tetapi
kenapa mereka masuk syurga lambat?
Nak kata ibadah ummat hari ini (yang
saya nampak termasuk saya sendiri), solat pun ada yang lengah-lengah, ada lagi
sengal tak solat langsung.
Nak kata berjalan atas air, sorang pun
saya tak jumpa. Banyak tengok kartun Naruto la kalau siapa yang kata pernah
berjalan atas air. Yang saya banyak jumpa ramai yang “masuk air” ada la.
Jadi apa yang best sangat dengan
amalan ummat hari ni (ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam)?
Jadikan Aku Umat Ahmad
Saya ada baca sebuah hadis riwayat
Qatadah ibn Nu'man,
Pada suatu hari Nabi Musa alaihi salam
berdoa kepada ALLAH,
"ya ALLAH, di dalam kitab ini
(Taurat), ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam
kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."
ALLAH menjawab, "ia milik
AHMAD"
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini
ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan ke bumi, dan mereka pula
yang pertama memasuki Syurga, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik
AHMAD".
Nabi musa berdoa lagi, "ya Tuhanku,
di dalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka
dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum
ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini
ada di ceritakan tentang umat yang beriman dengan apa yang disampaikan kepada
mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk
menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Nabi Musa berdoa lagi,
"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini
diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat,
dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus
kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."
ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."
Lalu Nabi Musa alaihi salam meletakkan
kitabnya di sebelah dan berdoa,
“Ya ALLAH, jadikanlah
aku umat AHMAD.. ”
Hebat kan jadi ummat Nabi Muhammad ni
iaitu umat yang terbaik. Tetapi saya masih mencari-cari di mana jawapan untuk
soalan-soalan saya ni sehinggalah saya masuk ke universiti. Saya pergi kuliah
agama, ada seorang ustaz menceritakan tentang ummat terbaik berdasarkan
potongan ayat Quran surah ali Imran ayat 110.
Nak Jadi Umat Terbaik?
Jadi bagaimana kita boleh jadi ummat
terbaik?
Sebelum saya cerita lebih jauh, saya
bagi contoh. Macam mana seorang doktor tu boleh mendapat gelaran sebagai doktor
yang terbaik?
Dia cemerlang dengan bangganya dalam
ujian kedoktoran ke?
Dapat 4 flat dalam setiap semester
sepanjang 8 atau 9 tahun pengajian ?
Berjaya sambung bidang medical sampai
ke hujung benua atau hujung planet?
Berjaya mengharungi dunia Housemanship
dengan cemerlang, gemilang dan terbilang?
Mestilah jawapannya TAKDE SATU PUN
dalam senarai!
Aik? Jadi macam mana doktor tu digelar doktor
terbaik?
Doktor yang terbaik adalah mereka yang
menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu kedoktoran lalu
dia “terjun” ke
dalam lembah masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat
sehinggalah masyarakat sekeliling mendapat manfaat daripada
ilmu kedoktoran dia tu.
Ha, maka masa tu doktor tu layak
mendapat gelaran doktor terbaik!
Faham??
Contoh lain. Macam mana seorang
mahasiswa/i tu digelar mahasiswa/i terbaik??
Adakah dengan mendapat 4.00 setiap sem
saja hingga dapat anugerah dekan?
Atau join program-program saja?
Atau duduk dalam bilik main DOTA, COC
atau tengok movie dan drama korea jepun Melayu saja??
Itu saja?
Mestilah TAK.
Jadi macam mana mahasiswa/i tu digelar
mahasiswa/i terbaik?
Mahasiswa/i yang terbaik adalah mereka
yang menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu sepanjang dia
belajar tak kisahlah apa pun, lalu dia “terjun”
ke dalam lembah masyarakat ataupun kawan-kawan sekeliling untuk
menyelesaikan masalah ketidakfahaman kawan-kawan dalam sesuatu perkara atau
membantu masyarakat luar sehinggalah orang di sekelilingnya mendapat manfaat daripada
ilmu yang dia ada.
Ha, maka masa tu mahasiswa itu layak
mendapat gelaran mahasiswa/i terbaik!
Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah
suatu Ummat itu, layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?
Jawapan ada dalam Al quran !
Ummat akan menjadi Ummat terbaik
adalah apabila mereka mengamalkan dan membuat “kerja-kerja” agama iaitu dia “terjun” ke dalam
lembah masyarakat sekeliling untuk menyelesaikan masalah atau penyakit
masyarakat sehinggalah masyarakat di sekeliling mendapat manfaat daripada
ilmu agamanya yang di sampaikan.
Ha, maka masa tu ummat itu layak
mendapat gelaran Ummat yang terbaik!
Faham?
Apa kerja agama untuk ummat terbaik?
Firman Allah yang bermaksud :
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "
(Aali Imran 3:110)
Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah
fungsi ummat terbaik!
Korang pernah terfikir tak..
Dulu masa Nabi-nabi yang
dah wafat seperti Nabi Nuh alaihi salam, Nabi Musa alayahi salam, Isa alayhi
salam dan lain-lain, Allah lantik Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau
ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah
seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallahu alaihi
wasallam, dah tidak ada Nabi lagi selepas ini.
Kenapa?
Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi
cita dan risalah para Nabi untuk membawa manusia kepada Allah atau dengan erti
kata lain, kitalah mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!
Bak kata Syed Qutub ; “ kita
bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah
penerus kepada perjuangan ini.."
Jadi korang ada pilihan, nak jadi
ummat terbaik atau ummat “terbalik”..
Last but not least, saya petik
kata-kata Imam Hassan al Banna :
“Anda sekalian bukan satu pertubuhan
kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk
tujuan-tujuan terbatas.
Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan
dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi
melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung
beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.”
Moga malam ni tidur dalam keadaan tidur yang terbaik. Hoho.
Moga Allah redha.
Wallahua’lam
- Ahmad Shukery -
p/s: kredit idea daripada Hamka Kereta Mayat.
p/s: kredit idea daripada Hamka Kereta Mayat.
BSS 45 : Umat Terbaik Atau Terbalik?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
01:26
Rating:

4 comments:
maka bersyukurlah menjadi umat Muhammad .. Alhamdulillah ..
salam, lebih kurang dengan entry Hamka Keretamayat.
Sata tahu sebab ada pembaca yang perasan.
http://keretamayat.blogspot.com/2010/10/betul-ke-kita-ni-ummat-terbaik.html
Salam tuan Hamka Kereta Mayat. Saya sangat berbangga tuan respon dalam komen ini.
Ya artikel ni di ambil inspirasi daripada artikel tuan Hamka. Maaf tak dinyatakan kredit, terlepas pandang.
Alhamdulillah. Syukran
Post a Comment