![]() |
kredit gambar ke Aku Bukan Suparmen |
Untuk BSS kali ini, saya nak kongsikan pada korang salah satu cerita
yang kita sama-sama muhasabah.
Pernah satu ketika dulu, masa berbual tentang isu semasa dengan
seorang ikhwah, tiba-tiba dia cerita pengalamannya semasa daurah baitul
muslim minggu sebelum tu.
Agak kelakar apa yang murabbi kami bentangkan tentang masalah
segelintir pendakwah hatta ikhwah sendiri pada hari ini yang sangkut dengan
mata kail CINTA manusia.
Hanyut Dengan Cinta
Ya, memang tidak di nafikan langsung bahawa cinta itu fitrah bagi
manusia. Rasulullah sallahu alayhi wasallam sendiri pun pernah bercinta dengan Khadijah
radiyallahu anha. Islam memang tidak menolak fitrah, apatah pula menentang
fitrah. Tetapi Islam mengajar macam mana hendak menguruskan fitrah sesuai
dengan kehendak syariat Islam.
Tetapi masalah timbul bila kita tak uruskan fitrah tu dengan
sebaiknya. Hari ini kalau dapat lihat, ramai pemuda hari ni hanyut dengan cinta
sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin atau dengan istilah bajet moden,
“COUPLE”.
Buktinya?
Tak payah pergi jauh-jauh, kita dapat tengok sendiri di Facebook
atau twitter, ada segelintir mungkin
juga sebahagian besar kawan-kawan kita yang post tentang cintan cintun
ni yang kadang-kadang sangat tak releven dengan umur.
“Papa, mama miss you co much.” Kata seorang budak sekolah
tingkatan 2 kepada pakwenya tingkatan 3.
Lol.
Malah lagi teruk, dekat profile siap ada “In Relationship” atau
“Married”. Itu tak cukup dahsyat, lagi dahsyat adalah siap
bergambar bersama sambil berpeluk bagai.
Halamak.
Ini dah satu masalah yang membarah sampai ketumbuhan level 10. Tetapi
ada lagi satu masalah yang lagi besar apabila pemuda atau belia yang FAHAM
Islam atau pendakwah-pendakwah muda ni pun hanyut juga dengan cinta sebelum
kahwin yang belum tentu nak kahwin.
Tetapi hubungan tu tak di gelar dengan gelaran “COUPLE”. Mungkin sebab dah
terlalu common. Jadi nak rare sikit. Apa dia?
“Couple Islamik.”
Haiya….
Golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan
cintun ni, cumanya dalam versi bajet islamik. Post hari-hari sampai naik muntah pelangi.
Nak contoh? Haha, saya tak sempat taip je saya dah tergelak dan geleng kepala. Korang
boleh nampak sendiri kot.
Saya tak kata salah dan berdosa besar post tentang cinta,
tentang calon suami soleh / isteri solehah la,
atau tentang alam perkahwinan la,
pesanan untuk bakal suami / isteri la,
kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la,
atau apa-apa la.
Tetapi kena dengan situasi sendiri la seperti dah nak kahwin, atau paling tidak pun jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat.
Ini tidak, penuh newsfeed dengan benda-benda ni. Hari-hari post
benda yang sama, kahwin, cinta, bla bla bla. Boleh muntah pelangi kawan..
Sedangkan banyak lagi kerja dakwah tarbiah nak kena buat, sebab
ummat hari ni makin melarat. Di tambah pula pendakwahnya buat hal.
Aiseh.
Aiseh.
Ini baru dalam Facebook yang open, belum lagi yang personal inbox (PM) atau
sms. Murabbi kami cerita (berdasarkan cerita ikhwah ni), ada yang sebelum pergi
usrah tu, siap sms lagi.
Contoh (tiada kena mengena dengan sesiapa)
Muslimat : “Enta
nak pergi usrah ye? Hati-hati ye. Nanti kalau sempat, enta sharing la pada ana
apa yang enta dapat. Jaga diri. Ukhuwah fillah abadan abada.”
Muslimin : “Ye,
ana nak pergi usrah. Enti pun jaga diri. Jangan lupa baca buku atau buat benda
berfaedah ye. Nanti kalau sempat, ana cerita apa yang ana dapat. Minggu depan
enti pergi mukhayyam (perkhemahan) kan? Jaga diri. Ukhuwah fillah abdan abada
aidhon”
Itu satu contoh la yang murabbi kami tunjuk.
Ada lagi contoh lain yang saya jumpa daripada seorang sahabat saya di Universiti XYZ (dirahsiakan nama Universiti), ada segelintir muslimat ini
siap buat flyers yang berbunyi lebih kurang macam ni ;
“Kami kaum hawa merindui derapan tapak kaki para mujahid soleh
menuju solat berjemaah..”
Aduh…. Berat nanang.
Tepuk dahi.
Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz
Azhar Idrus mengenai bab cinta ni. Padahal ada saja perkara lain yang UAI cakap
perkara lain yang lebih penting, tetapi tak nak diambil peduli.
Dan macam-macam lagi la contoh yang korang nampak sendiri di
sekeliling korang. Saya tak larat nak letak contoh banyak-banyak.
Geleng kepala.
Muhasabah diri
Mungkin ada yang tak puas hati bila baca bahagian atas ni, tetapi
saya tulis ni adalah sebagai peringatan dan nota untuk diri sendiri, selain
daripada Bedtimes Story Sentap. Nama pun BS Sentap, maka kena sentap sikit.
Hehe.
Pesanan saya kepada sesiapa yang terasa atau tengah terlibat dalam
dunia rekaan sendiri ni, terutama sekali kepada golongan yang “so called
islamik” ataupun yang faham Islam, utamakan perkara yang utama. Atau bahasa
mudahnya,
“priority is priority”.
Sekarang apabila berada di jalan dakwah tarbiah, Syaitan pun akan
melipat gandakan usaha untuk hanyutkan kita. Maka akan di hantar tentera yang
berpangkat tinggi untuk hasut kita. Macam-macam cara mereka cuba, dan antaranya
adalah CINTA dan WANITA.
Kalau cinta untuk bertahajud, atau tenggelam dalam cinta dakwah
ini takpe juga, malah saya respek sangat.
Ini sebaliknya pula.
Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah tarbiah ini, maka mereka kena ingat yang kita
akan hadapi antara 4 tentangan besar,
1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa
Sebab tu ada murabbi pesan (lebih kurang);
“Ana takkan respek antum semua yang berada di jalan dakwah ini
sehinggalah antum semua melepasi dua ujian besar, iaitu ujian kerjaya dan
rumahtangga. Jika antum dah hadapi dua perkara ni, kemudian masih berada di
jalan dakwah, bahkan lebih “aggresif” lagi, ana respek pada antum..”
Kemudian, saya teringat ada seorang ikhwah pernah nasihat pada
saya (lebih kurang) ;
“Macam-macam ciri yang diperlukan untuk melantik seseorang dalam
bahagian pimpinan meskipun hanya dalam peringkat kampus, antaranya adalah
menjaga ikhtilat..”
Ye, ikhtilat atau pergaulan.
Memang kena jaga. Kalau nak mujahadah dengan ikhtilat pun dah tewas, macam mana nak tegakkan Islam yang Syumul (menyeluruh) yang memerlukan mujahadah lagi dahsyat?
Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah
terhenti, dan kerja ini sangat banyak hingga sepatutnya tak sempat nak bercinta bagai (baca pesanan Imam Hassan al Banna
tentang dakwah).
Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah
tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi
sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah
bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu
dia.
Dan saya juga tak kata yang tak boleh bercinta.
Kalau nak bercinta tu, kahwin la dulu.
Kalau tak mampu, tahan.
Kalau tak tahan, puasa.
Kalau puasa tak tak boleh juga?
Korang cari duit dan kahwin la cepat.
Lastly
Kenapa saya sibuk “tembak” golongan pendakwah yang tersasar dari dakwah? Tu yang belia-belia lain hanyut, siap buat maksiat lagi, tak nak pula saya tegur atau “hentam”?
Kenapa saya sibuk “tembak” golongan pendakwah yang tersasar dari dakwah? Tu yang belia-belia lain hanyut, siap buat maksiat lagi, tak nak pula saya tegur atau “hentam”?
Kena faham bahawa golongan pendakwah ini, mereka bawa “LOGO AGAMA”.
Kalau korang nak tahu, secara umumnya, semua orang melayu muslim
sangat menghormati dan tsiqah (percaya) pada golongan asatizah/ustaz atau golongan
yang faham Islam. Cumanya sebahagiannya ego dan tak mahu tunjukkan penghormatan mereka dengan
tindakan.
Jadi, segala perbuatan atau tindak tanduk pendakwah ini akan
sentiasa DIPERHATIKAN oleh orang sebegini yang ada di sekelilingnya. Kerana pendakwah ini ibarat
“role model” dalam senyap untuk mereka. Mereka secara tidak langsung ingin
serba sedikit meniru atau mengikut jejak langkah pendakwah ini secara
senyap-senyap.
Serius!
Tetapi kalau pendakwah ini hanyut, maka hilanglah penghormatan
mereka dan mereka pun dengan dunia mereka.
Saya sendiri akuinya. Dulu saya selalu perhatikan golongan yang
faham Islam ini, saya tsiqah sangat pada mereka meskipun sebahagian mereka
bukan dari aliran agama. Sehinggakan akhirnya sikit demi sikit saya ikut jejak
langkah mereka.
Moga kita semua selamat dari fitnah dunia.
Moga kita semua selamat dari fitnah dunia.
Moga Allah redha.
Dan moga korang dapat tidur dengan ‘tenang’. Hehe.
Wallahua’lam
- Ahmad Shukery -
p/s : 1. Ini artikel dari blog lama sejak beberapa tahun lepas.
Tapi saya edit dan jadikan yang lebih sesuai dengan tema Tarbiah Sentap.
2. kredit kepada sahabat saya yang edit gambar troll face tu. Lama
tak jumpa dia.
BSS 44 : Cinta Di Jalan Dakwah?
Reviewed by Tarbiah Sentap
on
23:37
Rating:

12 comments:
Hm tu sebab kita selalu kena muhasabah diri kan..bila dah berada di jalan dakwah dan tarbiah ni? Kadang-kadang nak menjaga hati tu memang mengaku susah sangat nak jaga :/ tq tarbiah sentap.
Tahniah tarbiah sentap..buleh rse sokmo tersentap tu bile bace entry demo ni
Hahaha
Pehh suka gila baca bss jenis mcm ni. Kena betul dgn jiwa yg rongak ni. Harap Allah bg kesihatan yg baik pd admin dan admin semua dinaungi rahmat Allah azza wa jall.
Aku rasa macam terkena batang hidung skit. bezanya aku x kapel pun.. cuma rapat je
Macam mat luthfi . Serius Talk. Bguih tarbiah sentap . Deep inside.
Alhamdulillah..
Peringatan yg baik.. msalah yg mmg krp berlaku dlm jln dakwah..
(Y) deep.. teruskan..
Bila tgok bebudak skrg rasa mcm syukur zaman kita dulu tak teruk mcm skrg. I love this blog!
wauh... sukelah saye!!!
saya tengk zaman sekarang..semakin teruk remaja2.
saya tengk zaman sekarang..semakin teruk remaja2.
Deep.
Mujahid dan mujahidah tu sebenarnya apa?
Post a comment