"Fakta tentang isu
program "Sentuh Anjing".
Tahukah anda, Ustaz
Iqbal yang hadir memberi ceramah ketika program "sentuh anjing" itu
TERKEJUT bila melihat orang islam memegang anjing, berpeluk-peluk dan
sebagainya?
Bagi saya, ustaz
Iqbal tidak salah, dan dia telah menjelaskan dengan baik hukum hakam pegang
anjing, selari dengan JAKIM. Yang bersalah dalam isu ini ialah PENGANJUR
PROGRAM TERSEBUT!
Di sini tulisan dari
ustaz Iqbal sendiri. Mari baca:
***
PENJELASAN ISU
PROGRAM SENTUH ANJING OLEH USTAZ IQBAL
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan
segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial
media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a
Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi
perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari
pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur
program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini
adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan
non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk
bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan
bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang
saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil
kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam
bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara
ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi
jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang
jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya
sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada
mereka yang hadir.
Saya ingin
JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang
dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas
menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan
kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya
menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan
oleh pihak media .
Saya memohon maaf
secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar
dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya
mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang
lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di
atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah
dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam
liku-liku perjuangan dakwah.
Mohd Iqbal Parjin
****
Melalui penjelasan
ustaz, saya nak ajak ramai-ramai orang untuk:
PERTAMA:
Tidak
menyalahkan ustaz. Kerana:
a) Beliau di
beritahu oleh pihak penganjur bahawa program ini telah di beri kebenaran oleh
MAIS. Sedangkan, MAIS menafikan perkara tersebut. Bermakna, pihak penganjur
TIPU!
b) Beliau di
beritahu bawah sesi ceramah dan perkongsian tentang hukum hakam memegang anjing
itu BERASINGAN dari tempat anjing berkumpul. Rupa-rupanya, tidak. Sekali lagi,
pihak penganjur telah TIPU!
c) Beliau juga
MENYALAHKAN media yang memprogandakan progam ini iaitu MalaysiaKini, KiniTv,
FreeMalaysiatoday (semua portal media ini mendapat dana dari amerika untuk
menyebarkan liberal di malaysia), kerana hanya menyebarkan sebahagian dari
ucapan beliau sehingga menggambarkan bahawa beliau menyokong program tersebut,
sedangkan, beliau telah di pergunakan!
d) Beliau juga
menyatakan TIDAK SETUJU dengan adegan pegang, cium dan peluk anjing yang di
lakukan oleh peserta.
Walaupun objektif
program ni kononnya baik, hakikatnya, beribu lagi cara dan program yang boleh
di buat bagi mencapai objektif yang sama, pada masa yang sama tidak menimbulkan
fitnah. Kita nak buat satu benda, jangan hanya tengok hukum sesuatu tu halal
atau haram. Tapi, kena tengok keadaan dan KESAN bila kita buat benda tu!
Apa pandangan
korang, jika semua LELAKI tak pakai baju, tapi pakai seluar yang tutup pusat
hingga lutut. di tengah jalan, di sekolah dan di jadikan budaya di malaysia.
Apakah hukumnya??
Hukum ASALNYA ialah
di benarkan, kerana ia bukan aurat. Tetapi, apa akan jadi andai lelaki tak
pakai baju ramai-ramai di tengah jalan, or di sekolah, dan di jadikan budaya??
Nescaya, akan
TIMBULLAH FITNAH, gangguan sexual wanita akan menular, tiada lagi sifat malu
antara lelaki dan perempuan, dan boleh jadi, kes zina berleluasa.
Maka, di sebabkan ia
menimbulkan fitnah, maka, jadi dosa.
Sama juga isu pegang
anjing ni. Memanglah khilaf ulama tentang isu pegang anjing semua ni. Tapi,
masalahnya ialah, malaysia dah elok-elok harmoni dengan budaya tak pegang
anjing dan tak bela anjing, tiba-tiba ada pihak-pihak yang dah start pegang
annjing terang-terang, peluk cium anjing, dan sebagainya.
Seperti yang saya
cakap, isu haram tak haram tu isu perbezaan pendapat. YANG MENJADI MASALAH
ialah, perkara-perkara sebegitu ( pegang annjing terang-terang, peluk cium
anjing, dan sebagainya ) AKAN MENIMBULKAN FITNAH.
Di sebabkan perkara
ni, orang berbalah, membodohkan sesama sendiri, membangangkan hatta adayang
mengkafirkan sesama sendiri. Bukan itu sahaja, orang-orang kampung, orang-orang
yang jahil agama akan start keliru ini itu ini itu. Dan,
bayangkan, boleh jadi, budaya malaysia terus berubah dengan membela anjing, dan
sebagainya. Apa akan jadi?
Juga, puak liberal ni sengaja baut program-program ni untuk memburuk-burukkan ulama dan majlis fatwa!
Dan, di sebabkan
berlaku fitnah, maka, dosa.
KEDUA:
Sama-sama jauhkan
diri dari agenda liberal, yang sengaja memprovok islam dan mengkucar-kacirkan
islam di malaysia. Pelbagai isu. Di sini, saya utarakan dari A sampai Z agenda
liberal ini:
a) Tuntutan hak pembebasan murtad
b) Membenarkan budaya lesbian, gay, bisexual,
transexual(LGBT), dan menganjurkannya!
c) Menuntut penggunaan kalimah Allah dalam biblle
bahasa melayu.
d) Pesta arak besar-besaran dan terang-terangan.
e) Menentang hudud
f) Berkeras ingin mendirikan negara sekular di
malaysia, sedangkan malaysia adalah negara islam dan termaktub dalam
perlembagaan.
g) Ingin menghapuskan hak istimewa orang melayu.
h) Menghina acara korban
i) Menghina dan berkempen untuk membubarkan dan
memburukkan institusi raja.
j) menuntut bahawa semua kanak-kanak yang baru
lahir tidak mempunyai agama sehingga umur 18 tahun.
k) Mengatakan bahawa Melayu juga adalah kaum
pendatang sedangkan negara ini (termasuk Indonesia) adalah terkenal sebagai
Kepulauan Tanah Melayu semenjak ratusan tahun yang lalu.
l) Menentang cadangan kerajaan untuk memanjangkan
pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.
m) Menuntut institusi-institusi yang dikhususkan
kepada orang Melayu dibuka kepada bangsa lain seperti UiTM, MRSM dan lain-lain
sedangkan inilah kemudahan untuk menampung anak-anak orang Melayu yang
majoritinya masih miskin dan tinggal dikampong2 dengan kemudahan pembelajaran
yang terbatas.
n) Menuntut kebebasan syiah dan penyebaran agama
kristian.
o) Ingin menghapuskan identity Malaysia yang
berteraskan melayu, islam dan raja, kepada Negara tanpa identity bangsa dan
agama, dan bebas melakukan apa sahaja seperti Negara-negara barat.
p) Menentang bahasa kebangsaan dan menuntut bahasa
lain juga diberi status yang sama.
q) Menyokong 14 tuntutan IFC yang jelas mencabar
kedaulatan Islam
r) Menentang Kontrak Sosial yang telah dipersetujui
semenjak merdeka dengan mengatakan ianya tidak wujud dan mahu kesemua bangsa
diberi hak sama rata.
s) Mempertahankan sekolah venakular yang
mengasingkan kaum tapi dalam masa yang sama kononnya bercakap tentang perpaduan.
t) Membuat kempen sentuh anjing untuk sengaja
mengacau sensitivity umat islam, seterusnya memandang buruk ulama dan majlis
fatwa yang melarang program tersebut.
u) Menghalang langkah membenteras penjualan arak di
kedai 7Eleven.
v) Mengatakan bahawa orang yang pertahankan bangsa
melayu sebagai rasis, tapi pada masa yang sama, mendiamkan diri bila berhadapan
dengan puak chauvinist dan pelampau kafir dan liberal yang berterusan
memperlekehkan islam!
w) Mengasingkan agama dan bangsa. Sedangkan, islam tak pernah
mengasingkan agama dan bangsa, bahkan menjadikan bangsa sebagai alat untuk
mencapai matlamat iaitu menegakkan islam.
x) Pesta bogel terang-terangan, dan juga bogel di
tengah jalan.
y) Mempromosikan budaya bebas berfikiran dan bebas
mengeluarkan pendapat, sehingga menafsirkan alquran dan hadis mengikut akal dan
nafsu, serta lari dari maksud asal.
z) Sengaja memburukkan Malaysia ketika isu MH370
dan MH17, agar satu dunia nampak Malaysia teruk. Sedangkan sebagai rakyat
Malaysia, kita perlu support dan tak memburukkan Negara sendiri.
Banyak lagi
sebenarnya. Maka, saya ajak, mari ramai-ramai kita lawan agenda liberal yang di
bawa oleh puak-puak liberal! Dan, jangan kita menjadi agen mereka tanpa sedar!
Mungkin ada yang tak
nampak, pandang remeh, hatta memarahi orang yang menentang liberal. Hatta, ada
yang menyokong. Saya nak nyatakan dengan jelas, apakah kesan liberal ini, agar
sama-sama kita buka mata!
Jika anda semua mahu
tahu, Negara-negara sekitar kita yang dahulunya negara yang di perintah oleh
orang islam, kini tidak lagi.
Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila
diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad
Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di
dalamnya.
Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya
kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura,
Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun
Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.
Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu
wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi
negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan
jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah
asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.
Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama
Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan
Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun
tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.
Apa pula akan jadi
kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan
Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?
Tak risaukah kita
apa yang akan jadi pada Malaysia yang kita cintai ini?
Hari ini, tanpa kita
sedar, Malaysia yang kita cintai ini, sedang di ancam dengan pelbagai ancaman
yang sangat terancang dan amat licik. Telah wujud beberapa golongan orang kafir
dan puak islam liberal yang sudah berani mencabar kedaulatan islam di Malaysia
ini. Seperti mana mereka telah lakukan di Negara-negara yang saya sebutkan
tadi, seperti itulah mereka ingin lakukan di Malaysia.
Tahukah kalian akan
isu “Kalimah Allah”? Di mana orang kristian ingin
menggunakan nama Allah bagi menggantikan kalimah “tuhan” di dalam bible?
Tahukah dan pernah belajarkah kalian, bagaimanakah cara kristian menjalankan
agenda kristianisasi di negara-negara islam? Pernahkah kalian belajar dan kaji
sejarah? Jika anda kaji sejarah, maka anda akan dapati bahawa apa yang mereka ingin
lakukan ini semata-mata adalah untuk mengKRISTIANkan orang islam di Malaysia.
Tetapi, yang sedih,
terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir
tersebut. TAUBATLAH!!
Tahukah kalian isu
COMANGO? Di mana 54 NGO liberal telah membuat tuntutan-tuntutan yang mana
terdapat dalam tuntutan tersebut amat bercanggah dengan islam dan akan
memusnahkan negara? Seperti tuntutan agar di benarkan LGBT(Lesbian, Gay,
bisexual, transsexual), benarkan murtad, menuntut hak sama rata, dan lain-lain.
Namun. Yang sedih,
terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir
tersebut. Taubatlah!
CARA NAK BERHADAPAN DENGAN PUAK LIBERAL?
Nak dakwah puak-puak ni, perlu dengan HIKMAH. Tapi, hikmah bukan bererti lembut. Hikmah ialah dakwah mengikut fiqh dan sesuai dengan keadaan. Kalau perlu tegas, tegas. Kalau perlu lembut, lembut. Dalam kes ni, puak-puak ni makin lama makin menjadi-jadi, agresif, lantang dan tak malu nak perjuangkan agenda mereka, maka, kita tak boleh paranoid dan akur dan terus berlembut! Kita juga perlu tegas, lantang, dan bersatu menentang dan boikot agenda mereka!
Lihatlah, bagaimana Allah dan rasul, juga ulama'-ulama' telah beri panduan bagaimana nak berhadapan dengan golongan ini.
1)Hayati pesanan dan
amaran Allah tentang isu ini:
-Attaubah 71, Maidah
51, Maidah 55 dan 56, Ali Imran 28, Mujadilah 22, Nisa’ 144, Maidah 81 dan 81,
Nisa’ 141, Ali Imran 118, Mumtahanah ayat 1, Mumtahanah ayat 4, Mumtahanah ayat
8, Annahl 125, Anfal 73, Alfath 29, dan banyak lagi.
Betapa Allah
melarang umat islam memberi wala’, merapati, dan dekati orang kafir yang
memusuhi islam, serta yang menghina-hina islam, juga pelaku maksiat. Nilai
sendiri teguran Allah ini. Nilai sendiri.
2)Abu Al-‘Arabi
menegaskan:
“Allah memutus
dan melarang persaudaraan antara kafir dan mukmin, sebagai gantinya ialah
persaudaraan sesama islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama mereka,
tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri. Tidak
syak lagi, di dalam usaha melaksanakan ajaran ilahi, ukhwah dan bantu-membantu
merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat islam setiap masa, sebaliknya,
kecuaian dalam menjalankan perintah Allah ini(iaitu jika tidak memutuskan
persaudaraan antara kafir dan mukmin), inilah PUNCA kemerosotan umat islam dan
perpecahannya yang boleh dikoyak-rabakkan oleh musuh islam di mana-mana
sahaja….”
3)Fudhail b Iyyadh
berkata:
“Barangsiapa yang
menolong ahli bid’ah, maka sesungguhnya dia menolong untuk meruntuhkan islam.
Barangsiapa mengasihi ahli bid’ah, Allah memadamkan amalnya, dan mengeluarkan
nur islam dari hatinya….”
4)Ahmad Arrasyid
menyebut dalam kitabnya ‘Almuntolaq’:
“Islam ini
mempunyai dua tanda. Pertama, sifat isti’la’(merasakan islam itu tertinggi),
dan merasa rendahnya ideologi dan prinsip selain islam, serta menyatakan
kesesatan ideologi dan prinsip lain dengan TEGAS. Kedua, hasil dari sifat
isti’la’ ini, akan lahir perasaan ingin berlepas diri(tajarrud), serta
MENINGGALKAN mereka-mereka yang mengikut hawa nafsu!
Dua sifat ini
adalah gambaran dari fitrah taghyir(sikap merubah) yang telah di TETAPKAN oleh
Allah untuk MERUBAH. Dari sini pula, ia menjadi sifat dan tabiat gerakan islam.
Juga di sebabkan sifat dan fitrah ini, GAGALLAH segala langkah untuk berdamai,
musolahah, toleransi dan SALING HIDUP SEKALI antara islam dan kufur…”
5)Di dalam
Almuntolaq juga, Ahmad Arrasyid telah menghuraikan fiqh dakwah yang di teladani
dari seorang pendakwah ulung zaman dahulu, iaitu Abu Bakar b Yasdainar
Rahimullah. Ahmad Arrrasyid menyimpulkan:
“Sebagai
pendakwah, kita bukan menentang kemungkaran semata-mata. Tapi, kita juga
menentang orang yang melakukan kemungkaran kerana kemungkaran mereka! Ertinya,
kita tidak menentang kemungkaran dengan sembunyi-sembunyi sahaja. Tetapi, kita
perlu menunjukkan tuduhan dengan telunjuknya kepada taghut. Kita perlu
meninggikan suara mendedahkan pekung kekufuran di hadapannya, menyebut nama, nombor
dan alamatnya. Seterusnya, di buka baki lima jari kita untuk mengubah
kemungkaran dengan tangan, setelah kita tuding mereka dengan tuduhan
kemungkaran yang mereka lakukan…”
6) Ibn Athoillah
menyebut dalam kitabnya 'bahjah Annufus':
"Engkau
seringkali memperlakukan musuh Allah dan pelaku maksiat masa kini dengan
perbuatan yang salah. Entah kenapa, kau bermuka manis, memberi hormat, memberi
senyuman, memuji mereka di forum, memberi mereka aneka gelaran penghormatan,
dan bersahabat dengan mereka kerana takut mereka benci kamu. Padahal, ALLAH
MELARANG kita melakukan perkara itu!
“Engkau tidak
akan mendapati satu kaum yang BERIMAN kepada Allah dan hari akhirat saling
berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya…”
(Almujadilah ayat
22)
Memperlakukan
pelaku maksiat dengan cara tersebut akan membuatkan mereka akan terus-menerus
melakukan kesalahan dan penyimpangan, serta banyak melanggar perintah-perintah
Allah..."
KESIMPULAN
Orang Islam di
Malaysia yang cuba mempromosi cara fikir yang asing (liberalisme, pluralisme,
sekularisme) umpama budak-budak belum mumayyiz yang suka buat kacau dalam
majlis. Jauhilah mereka.
Fahamilah islam
secara syamil(menyeluruh), kamil(lengkap) dan mutakamil(saling melengkapi).
Fahamilah islam mengikut acuan Alquran yang sebenar, agar kita tak terjebak
dengan pemikiran liberal, sekular, sosialis, plural dan lain-lain yang jelas
menyeleweng.
Hakikatnya, banyak
lagi fiqh-fiqh serta kata-kata ulama bagi merungkai isu ini. Sebab itulah,
DAKWAH INI BERDIRI ATAS FIQH, seperti mana solat tak boleh di buat ikut cara
sendiri, begitu juga dakwah. Akhirnya, dakwah yang kita lakukan ini ALLAH
MURKA, lantaran kita ikut cara kita sendiri, menggunakan dalil syarak yang di
salah tafsir dan langsung tak tepat dalam penggunaanya, tiada disiplin dalam
berijtihad, dan lain-lain.
Baca juga tulisan
saya berkenaan "Mana satu musuh, mana satu Mad'u" di SINI,
bagi membezakan dan menjelaskan mana satu musuh dan mad'u dan cara berinteraksi
dengan mereka. Baca juga huraian saya tentang "islam liberal" di SINI
Akhir kata, dari
pegang anjing, ayuh sertai kempen anjuran Tarbiah Sentap:
#SayamahusentuhAlquran
Jom kembali kepada
Alquran!
:)
-Adnin Roslan-
Isu Sentuh Anjing dan agenda Liberal?
Reviewed by Unknown
on
04:43
Rating:

4 comments:
Assalamualaikum ustaz, andai kata kwn kristian saya cakap islam ni tak benarkan org kristian berdakwah ke? Mana hak kebebasan beragama? Saya memang nak share artikel ni tp takut soalan seperti itu yg diutarakan kpd saya.
menarik tp kenapa ramai tak beri komen pada artikel ni? semua perlu baca demi kepentingan umat islam!
pencerahan yg amat jelas&padat..
Alhamdulillah perkongsian yang bermanfaat! syukran ustaz.
Post a comment