Terus-terang
saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah
berkenaan isu CINTA. Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan
belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing,
tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi
fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.
Sepanjang
saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak
remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah
bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni.
Haish….Tension gakla, serius...
Sedih
gak rasanya. Nabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam,
bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat
nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.
Nangis
ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea,
nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup
memalukan. Kalau nabi tengok umat hari ni, memang nabi nangis teresak-esak…..
Semuanya
hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing
menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang
guna ialah:
“Apa
salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”
So, saya
nak kemukakan satu persoalan:
“Adakah
cinta itu fitrah?”
Di
sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP
mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara
jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!
APA ITU
FITRAH?
Firstly,
saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah
salah faham. So, fitrah tu?
“Fitrah
ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”
Contoh
sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih,
dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang
aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang
kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada
sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:
“Aku
berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku
menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu,
aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat,
yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah
dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila
bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah
tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”
So,
setakat ni, faham makna fitrah?
FITRAH
PERLU DI URUS!
Tapi,
saya nak bagitahu satu benda. Actually, FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana,
kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari
fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!
Saya
bagi contoh.
Marah.
Marah adalah
fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari
dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah
yang Allah redha?
Adakah
Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan
bila kita tegur, dia jawab:
“Apa
salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”
Rasanya,
valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus!
Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila
tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina
rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak
untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!
Umar
Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia
memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap
besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah
dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke
arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq
dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang
yang memperlekehkan islam.
Sebab tu
saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.
CINTA TU
FITRAH?
Bila
kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu
ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di
BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!
Ya.
Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh
meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN
cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni
setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu
wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…
Cinta
ada banyak.
Cinta
Allah. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut
kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya,
kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani
nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di
balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani
buat maksiat, kau akan rasa marah bila kau
nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu
berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan
selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum
sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang
bila fikir azab dan kemurkaan Allah.
Itu
kalau kau betul cinta Allah!
Cinta
rasul. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau
akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau
takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian
mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan
menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah
baginda!!
Itu
kalau kau betul cinta rasul!
Banyak
lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan
banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.
Tapi,
kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah
yang Allah murka?!
Cinta
sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush,
belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit
banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup
awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa
masalah sebenarnya?!
Pastu,
gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada
yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal
cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi,
minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik
gila!!
Pastu
guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?
Makan pun
fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi
bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta
sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai
kawan!
"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"
Apa ke gerun alasan macam ni?
Kau
telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut
cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok
drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe.
Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk
unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata
sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan
lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!
“Antara tanda
cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di
cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup
mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban
ala kadar….”
(Ibn Qayyim)
Kau rasa, adakah
cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah.
"Aku tak couple, aku just bercinta!"
Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!
KESIMPULAN
Cinta ni nikmat.
Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk
Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta
Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!
Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..
Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan...
Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari
penjara cinta ini, lantas bertanya:
“Bagaimana saya
ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa
amat susah untuk lupakannya!”
Maka, ingatlah
pesanan ini:
“Seperti mana kita selalu lupakan
Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk
Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak
cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….
Kalau kita mampu lupakan Allah
selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”
Menangislah dan
berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah
kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita
walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?
Kerana itu,
taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!
Wallahua’lam.
-Adnin Roslan-
Adakah cinta itu fitrah?
Reviewed by Unknown
on
04:03
Rating:
.jpg)
20 comments:
Adakah perkahwinan mmmpu selesaika masalah org yg kecewa krn cinta?
Salam ustaz.
Alhamdulillah, entry yang bermanfaat dan sangat2 terkesan dalam hati. T.T
Moga Allah redha usaha ustaz untuk membantu ummah hari ini.
ada sorang kawan saya ni (perempuan), dye sangat sedih sebab crush dye mintak clash.. pakwe dye mintak clash tu pun sbb perempuan tu terlalu mengongkong pakwe dye.. blum pun ada ikatan sah tapi layan pakwe dye mcm suami.. pegi mana, buat ape sume nak kne bgtau.. then ble dye mintak pendapat saya, saya cme bg pendapat yg terbaik menurut pandangan islam tp tetap dye susah nak terima sbb bg dye, dye xkan berpuas hati selagi tiada pandangan yg membenarkan tindakan dia tu (bercouple)..then dye cakap xnak putus asa lagi.. means dye akan keep on pujuk pakwe dye supaya terima dye balik.. saya sampaikan rasa penat nak bagi nasihat macam mana lagi kt dye..apa pandangan ustaz?
what a SEnTAP words!! keep it up!
=D
assalamualaikum, mcm mana kalau kita nak tegur kwn kita yg bercouple? saya mmg nak tegur tapi tak berani.
assalamualaikum, mcm mana kalau kita nak tegur kwn kita yg bercouple? saya mmg nak tegur tapi tak berani.
Kasi sentap ! Huh..
Saya baru2 ini diuji apabila sahabat saya sendiri mengaibkan saya di dlm kelas. Berkata itu ini tntg saya depan semua kwn lain hnya kerana saya mnegur tindakannya yg jalan berduaan dgn ajnabi. Alhamdulillah saya diberi kekuatan utk tidak mngalirkan air mata ketika itu. Cuma saya kcewa dgn sahabat saya tu, terlalu mnagungkan kasihnya pd ajnabi yg knonnya boleh mnjamin kbhgian wlaupun sudah ditegur bnyk kali. Saya x tahu lg nak buat apa lg pd kwn2 yg sedang lalai dengan cinta syaitan ni.
Terima kaseh krn tlah membuka minda dan menyedarkan dari kealpaan ini . Artikel sgt trkesan pd diri yg hina ini . Keep it up. U're doin a great job:)
Terima kaseh krn tlah membuka minda dan menyedarkan dari kealpaan ini . Artikel sgt trkesan pd diri yg hina ini . Keep it up. U're doin a great job:)
jzkk sebb tulis such a great explanation about love. Alhamdulillah, May Allah blessing's with u
Terima kasih atas peringatan.
Salam saudara Adnin , jika sudi menjawab , apakah pendapat/nasihat/pandangan atau whatsoever saudara adnin jika seorang wanita itu ingin dinikahi oleh seorang lelaki warganegara bangladesh yang diyakini agamanya Islam oleh keluarga wanita tersebut ? Tetapi kemaslahatan yang timbul hanyalah kerana dia bukan warganegara malaysia dan dek kerana fikiran singkat keluarga wanita tersebut yang terlalu negatif terhadap semua orang luar negeri , lelaki tersebut disumpah seranah . Apakah dapatan saudara Adnin daripada kemasalahtan tersebut ? Sekadar meminta pandangan/pendapat/nasihat atau mungkin kata-kata yang boleh diberikan kepada keluarga wanita tersebut .
Adakah anda pasti dengan maksud fitrah anda ustaz? Saya rasa jawapan anda tu tak lengkap. Mmg fitrah tu Allah bagi perasaan semulajadi kepada setiap makhluk yg diciptaNya. Tapi fitrah yang sebenarnya adalah menguruskan muka bumi dengan berpandukan Al-quran dan sunnah rasulNya. Saya selalu perhati dakwah ustaz jarang ada nas yang sahih bagi setiap tajuk dakwah ustaz. Maaf jika saya mencelah. Bukan nak merendahkan atau apa, tapi cuba nak membetulkan mana yang saya rasa tak betul. Salam ukhwah dari saya-hamba Allah yang masih kekurangan ilmu.
Assalamualaikum ustaz.. Syukran perkongsiannya amat bermanfaat..
pergh terasa di hati.tarbiyyah tiptop.sakit hati sebab ALLAH mmg the best(y)
Alhamdulillah.. sy tertarik dgn tajuk ni.. semoga jd manfaat utk kite semua.. terime kasih kerana snggp berhujah dgn pnjng lebar..
Alhamdulillah.. sy tertarik dgn tajuk ni.. semoga jd manfaat utk kite semua.. terime kasih kerana snggp berhujah dgn pnjng lebar..
Post a comment