Bismillah.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar, arrasul saw dan sahabat baginda.
Hargailah Allah dan rasul. Hargailah sahabat-sahabat, para tabiin dan seluruh
pendakwah yang telah berkorban untuk umat, yang sanggup bermati-matian,
semata-mata untuk nak pastikan KITA dapat islam. Tapi, dengan selambanya, kita
langsung tak hargai.
Insyallah,
kali ni, saya nak hurai tentang satu isu yang bagi saya sangat penting untuk di
fahami. Iaitu tentang isu “dakwah tapi tak amal”. Kenapa saya nak sentuh perkara
ni? Sebab bagi saya, ramai orang tak nak buat dakwah, tak nak tegur kawan-kawan
dia, tak nak post dan tweet benda-benda islamik, dengan alasan:
“Aku tak
amal lagi…..”
Biasa
tak dengar alasan ni? Atau korang pun termasuk di dalam orang-orang yang guna
alasan ni, lepas tu tinggalkan dakwah? Lepas tu, orang guna hujah surah AS-Saf
ayat 2 dan 3, sebagai dalil bahawasanya Allah murka kepada orang yang cakap
tapi tak amal. And then, korangpun tak buatdakwah sebab takut Allah murka…
Terus-terang
saya cakap, alasan korang 100% salah dan menyeleweng. Kenapa saya cakap macam
tu? Oleh kerana itulah, saya tulis entri kali ni, agar ramai JELAS tentang isu
ini, insyallah. Jom kita pergi satu-satu.
HUKUM
DAKWAH?
Pertama
sekali, saya nak sentuh bab dakwah, apakah hukumnya? Secara simple saya nak sebut, hukum dakwah,
hukum ajak orang buat baik dan tegur orang bila dia buat salah adalah WAJIB.
Bahkan bukan setakat WAJIB, dakwah adalah WAJIB ATAS WAJIB! Kenapa saya kata
dakwah ni hukumnya wajib atas wajib?
Kerana
tanpa dakwah, segala kewajipan akan di tinggalkan. Seperti solat misalnya.
Kalaulah takde orang buat dakwah, takkan ada orang yang akan solat! Kalau takde
orang nak buat dakwah, takkan ada orang yang nak puasa! Kalau takde orang buat
dakwah, maka maksiat akan berleluasa. Bayangkan, kalau nabi dan sahabat tak
buat dakwah, nescaya ISLAM takkan ada kat muka bumi ni!
Kerana
itulah, hukum dakwah adalah WAJIB atas wajib.
Sebagai orang islam, keislaman kita takkan
sempurna melainkan kalau kita buat dakwah. Ibadah tak cukup untuk tingkatkan
iman kita, selagi mana kita tak buat dakwah. Orang yang beriman, adalah orang
yang buat dakwah! Bahkan, siapa yang tak buat dakwah, keislamannya ada
kecacatan!
Jelas?
So, bila
dah tahu bahawa dakwah tu hukumnya wajib, sepatutnya dah takde alasan untuk
kita tak tinggal dakwah. Sepatutnya lah. Tapi, syaitan amat licik. Dia akan
bagi kita macam-macam ketakutan dan kekeliruan, yang mana akhirnya, kita
tinggalkan dakwah ni dengan rileksnya, tanpa rasa bersalah. Kalau kita tak
puasa kita rasa bersalah, maka kalau kita tak buat dakwah pun kita KENA RASA
BERSALAH! Sepatutnya..
DAKWAH
TAPI TAK AMAL?
Yeah.
Inilah alasan yang biasa orang guna. Maka, saya akan SANGKAL hujah ni, dan bagi
penerangan dari beberapa sudut, supaya semua orang JELAS akan perkara ini,
insyallah. Saya harap, selepas penerangan ni, kita semua tak lagi mencipta
alasan untuk tak buat dakwah. Harap-harap! Meh kita tengok satu-satu:
SUDUT PERTAMA: CELAAN BAGI ORANG TAK HIPOKRIT?
1)Ramai orang yang salah tafsir ayat surah As-Saf 2 dan 3:
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tak buat? Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tak buat”.
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tak buat? Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tak buat”.
Juga surah Albaqarah ayat ke 44:
“Mengapa kamu suruh orang lain buat baik, sedangkan
kamu melupakan diri kamu sendiri??”
Juga banyak hadis-hadis nabi saw yang menceritakan
bagaimana seksaan yang Allah akan beri kepada mereka-mereka yang cakap tak
serupa bikin(Isu cakap tak serupa bikin ni pun saya akan hurai selepas ini)
2)Saya nak hurai ayat ini dari beberapa perkara:
a)Kita kena faham, Allah turunkan certain ayat untuk
certain keadaan dan golongan. Kita tak boleh ambil certain ayat, kemudian
tafsir ikut kepentingan nafsu kita, dan akhirnya, kita salah tafsir dan kita
hancur.
b)Saya bagi contoh, ada ayat quran yang menyuruh kita
supaya “Jangan meminta-minta”. Tapi, ayat ini di tujukan kepada orang yang
selalu meminta-minta, agar dia tak meminta-minta. Pun begitu, orang kaya tak
boleh guna ayat ni untuk kepentingan nafsu mereka. Sebagai contoh, apabila ada
orang miskin minta sedeqah, orang kaya tu cakap:
“Hey orang miskin. Kan Allah dah kata, jangan
meminta-minta! Kenapa kau still meminta-minta??!”
Sedangkan, orang kaya tu lupa, bahawa, ada ayat quran
yang mengatakan “Hendaklah kamu memberi samada kepada orang yang meminta dan
tak meminta-minta”. Pun begitu, orang miskin tak boleh gunakan ayat ni untuk
kepentingan nafsu mereka! Sebagai contoh, apabila ada orang kaya tak bagi dia
sedeqah, orang miskin tu cakap:
“Hey orang kaya? Kenapa kau tak bagi aku sedeqah? Kan
Allah cakap, berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta.
Kenapa kau tak bagi aku??!
Sedangkan, orang miskin tu lupa bahawa, ada ayat yang
menegah perbuatan meminta-minta tu.
Tapi, cuba bayangkan, jika orang miskin amalkan ayat
“janganlah kamu meminta-minta” dan orang kaya pula amalkan ayat “berilah kamu
kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta”, nescaya, orang miskin akan
malu untuk mintak sedeqah, orang kaya pula, akan berlumba-luma untuk bersedeqah
walaupun orang miskin tak minta!
c)Dalam isu ini, kita kena FAHAM konteks ayat. Ayat
quran dah hadis berkenaan celaan bagi mereka yang tak amalkan apa yang dia
dakwah ni bukanlah ayat quran untuk melarang kita untuk buat dakwah! Ayat ini
di tujukan untuk orang yang dah buat dakwah, tapi dia hipokrit!(Sila baca
tentang makna HIPOKRIT di SINI. Kalau tak, korang akan salah faham).
Tetapi, ada orang, dia tak start lagi buat dakwah,
tapi dia gunakan ayat-ayat quran dan hadis tentang celaan bagi mereka-mereka
yang dakwah tapi tak amal sebagai ALASAN dan HUJAH mereka untuk tinggalkan dakwah. Apakah?!
Padahal, banyak lagi ayat-ayat quran yang menceritakan
tentang betapa WAJIBNYA dakwah, contohnya dalam surah Al-Asr ayat 1 hinnga 3,
surah Al Imran ayat 104, surah Al Imran ayat 110, Al Anfal ayat 71, dan
lain-lain. Serta berpuluh-puluh hadis tentang kewajipan berdakwah, dan amaran
Allah dan rasul bagi mereka-mereka yang tak buat dakwah!
Sama kes macam orang yang tak nak hafal quran. Bila
tanya kenapa, nanti dia jawab bahawa kalau dah hafal quran, dan kita tak
lancarkan dan lupakan quran, kita akan di seksa dan sebagainya. Padahal, ada
berpuluh-puluh hadis yang menyarakankan umat islam supaya hafal quran, dan
terdapat berpuluh-puluh kelebihan yang Allah janjikan bagi mereka yang hafal
quran.
So, jangan main sebat je tafsir ayat quran dan hadis
untuk kepentingan nafsu serakah. Bahaya!
d)Bab HIPOKRIT, Actually, yang Allah cela ialah
pendakwah yang “berpura-pura dengan dakwahnya”. Berdakwah untuk dapat nama,
berdakwah sebab nak pujian, pendakwah supaya orang anggap kita mulia, dan
lain-lain, sedang di dalam HATINYA, dia amat BENCI dakwah, dan dia amat
cintakan kejahatan. Inilah golongan yang Allah CELA.
Adapun, andai kita usaha sedaya upaya untuk amal,
tetapi terkadang tergelincir dan melakukan dosa, maka, Allah maha pengampun.
Taubatlah pada Allah. Bukankah kita ada Allah?
3)Pun begitu, ayat surah As-saf tu, bukanlah ayat
larangan untuk dakwah. Tapi ia adalah ayat larangan untuk DAKWA. Kita dakwa
yang kita buat sekian –sekian, tapi sebenarnya kita tak buatpun benda tu.
4)Ulama langsung tak letak syarat “Kalau nak dakwah
kena amal dulu”. Kalau macam tulah syaratnya, susahlah. Bayangkan, apa akan
jadi bila orang salah tafsir. Bayangkan situasi-situasi di bawah:
a)Seorang ayah yang tak hafiz berkata kepada anaknya:
“Wahai anakku, ayah nak hantar kamu ke sekolah tahfiz.
Hafal betul-betul, rajin, dan jadi hafiz hafal 30 juzuk quran ye anakku….”
Lalu anak tu menjawab:
“Ya Allah. Kenapa ayah nasihat saya? Ayah tu bukannya
hafal quran 30 juz pun. Tapi kenapa ayah nasihat saya suruh hafal 30 juz?!
Bukankah Allah murka keapda orang yang nasihat orang tapi dia tak amal??”
Hakikatnya, anak tersebut salah tafsir ayat surah
As-saf tu!
Sebenarnya, bila kita hisap rokok, kita still WAJIB menegur
orang lain yang hisap rokok walaupun kita ni perokok. Kalau kita couple, kita
wajib tegur orang lain agar tak couple, walaupun kita ni kaki couple! Bak kata
imam syafie:
“Aku tetap akan benci maksiat walaupun aku ini kaki
maksiat. Dan aku akan tetap cintakan kebaikan, walaupun aku ni jauh dari
kebaikan…
SUDUT KEDUA:DAKWAH
DAN AMAL ITU SEIRING
1)Hukum
dakwah ni wajib. Saya dah hurai. Pada masa yang sama, AMAL itu juga adalah
perkara yang wajib. Means, sekarang ni, kita ada DUA kewajipan:
-Dakwah
-Amalkan
apa yang kita dakwah.
Dua-dua
tu kita wajib buat. Dakwah pun kita kena buat, yang mana kalau kita tak buat
dakwah, kita berdosa. Begitu juga amal. Kalau kita tak amal, kita akan dapat
dosa!
2)Tapi,
masalahnya, ada orang dia tak dakwah atas alasan dia tak amal. Konon-kononnya
nak tunggu diri sempurna, nak amalkan segala-galanya, baru nak tegur orang. Dah
jadi baik gila, baru nak buat dakwah. Ini satu kesilapan! Sampai bila pun kita
takkan sempurna.
Last-last,
biasanya, orang yang guna alasan ni, endingnya, dia dakwahpun tak, amal pun
tak. Saya dah jumpa ramai orang macam ni.
Hakikatnya,
DAKWAH dan AMAL perlu seiring! Bukan dakwah dulu baru amal, atau bukan amal
dulu baru dakwah. Tapi, kaedah yang ulama letak ialah:
أصلح نفسك وادعوا
غيرك
“Baiki diri kamu, dan serulah orang lain”.
Ulama tak kata “baiki diri, KEMUDIAN serulah orang
lain”. Tapi ulama kata, “baiki diri, DAN serulah orang lain". Bermakna, dakwah
dan amal perlu seiring!
SUDUT KETIGA : DAKWAH HAKIKATNYA UNTUK UBAH DIRI
SENDIRI
1)Ramai orang, dia dakwah, niat dia ialah untuk UBAH
oang lain. Sebenarnya silap! Kalau kita dakwah untuk ubah orang lain, bila
orang lain tak berubah, kita akan rasa down. Bila orang berubah, kita akan rasa
bangga dan poyo, konon-kononnya orang tu berubah di sebabkan kita.
TAPI, kalau niat kita dakwah ni untuk UBAH DIRI
SENDIRI, maka, bila orang tak berubah, kita takkan down. Dan bila orang
berubah, kita akan rasa syukur!
Hakikatnya, kesan dakwah pada orang lain hanyalah 10%.
Lagi 90% adalah pada diri kita sendiri! Percayalah! Sebab tu, ada ulama buat
perumpamaan:
“Dakwah ni ibarat basuh baju. Sebelum baju bersih,
tangan kita akan bersih dulu. Kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor,
tetap tangan kita akan bersih. Macam tu jugak dakwah, sebelum orang lain
berubah, Allah akan ubah diri kita. Kalau orang lain tak berubah, Allah tetap
akan ubah diri kita juga!”
2)Hakikatnya, dengan DAKWAH, Allah akan bagi kita
kekuatan untuk AMAL. Bila kita buat dakwah, Allah akan masukkan dalam diri kita
semangat untuk berubah, semangat untuk jaga ibadah, semangat untuk ubah akhlak
kita! Ini janji Allah!
Kerana apa?
Kerana, dakwah adalah IBU segala sunnah. Seperti mana,
ibu boleh melahirkan banyak anak, generasi demi generasi, begitu juga DAKWAH
mampu melahirkan sunnah-sunnah yang lain! Bila kita buat dakwah, kita akan rasa
malu nak buat maksiat terang-terangan. Bila kita buat dakwah, penampilan kita
akan berubah, sebab Allah campakkan dalam diri kita RASA MALU untuk buat jahat.
3)Bila kita buat dakwah, Allah akan hantar
seramai-ramainya orang untuk TEGUR kita bila kita tak amal, sekaligus
menyebabkan kita akan berusaha gila-gila untuk amal! Kita akan rasa malu nak
buat maksiat. Kalau kita dah start buat dakwah dan tegur-tegur orang, automatik
Allah akan hantar orang untuk tegur. Contoh:
“Kau dakwah je lebat. Tegur orang sini sana sini sana.
Tapi aku tengok kau asyik main game je!!!”
“Kau tak payahla nak tegur aku. Kau tu, ubah diri kau
tu. Cakap tak serupa bikin. Balikla kawan…”
“Tegur-tegur orang, tapi aurat tak jaga. Malu la
kawan….”
Dan lain-lain. Pernah tak korang kena kutuk macam tu?
Bila korang start tegur kawan-kawan korang je, mesti akan keluar dari mulut
diorang kata-kata yang macam ni. TAPI, sebenarnya, korang jangan anggap itu
sebagai satu kutukan! Tapi korang kena anggap itu adalah satu TEGURAN dari
Allah! Yang mana, akhirnya, korang sendiri akan rasa MALU untuk buat maksiat,
sebab korang tahu, bila korang buat maksiat, orang takkan terima dan
perlekehkan dakwah kau. Dan kau akan usaha sedaya upaya untuk ubah diri kau!
Inilah KESAN bila kau buat dakwah!
Sebab tu, dalam ilmu psikologi ada menyebut:
"Cara terbaik untuk kau berubah ialah kau bagi tahu satu dunia yang kau nak berubah, dan kau ajak orang lain berubah. Supaya, bila kau tak berubah, orang akan tegur kau dengan mengatakan: "Kau kata kau nak berubah?Kenapa kau tak berubah....?"
SUDUT KEEMPAT: IMAN ADALAH HASIL DAKWAH
1)Seterusnya, kita kena tahu bahawa, nak dapatkan IMAN
yang sempurna, jalannya ialah dengan buat dakwah. Dah banyak ayat quran, Allah
sebut tentang benda ni. Saya bagi beberapa contoh:
Ayat ni, Allah dahulukan amar makruf(ajak orang buat
baik), dan nahi munkar(cegah kemungkaran), kemudian barulah BERIMAN. Bak kata
seorang ulama’, kenapa Allah dahulukan dakwah baru beriman, adalah kerana, dengan
dakwahlah, iman akan terhasil!
Contoh ayat lain:
Dalam ayat ni, Ibn Abbas menafsirkan ayat “Perkataan
yang Benar” sebagai dakwah! Yang mana, hasil dari dakwah, seperti dalam ayat di
atas, ALLAH SENDIRI YANG AKAN BAIKI KITA, dan ampunkan dosa-dosa kita.
Bermakna, hakikatnya, orang yang buat dakwah ni, Allah sendiri akan tarbiah dia
menjadi baik! Hakikatnya, jalan pintas untuk berubah ialah dengan buat dakwah!
****
PENUTUP
Akhirnya, kita kena sedar, teruk mana pun kita,
satu-satunya jalan untuk selamatkan kita dari neraka ialah, kita sibukkan diri
dengan dakwah. Seorang ustaz pernah pesan pada saya:
“Kalau kau teruk macamana sekalipun, kalau kau dah
berzina, minum arak dan membunuh sekalipun, jangan sesekali tinggalkan jalan
dakwah dan tarbiah! Kerana inilah satu-satunya jalan yang lurus. Dan syaitan
akan usaha untuk pesongkan kita dari jalan lurus ini dengan maksiat dan dosa
noda. Apapun keadaan, kau dah terpesong jauhpun, kembalilah dan ceburkanlah
diri kau dalam jalan dakwah dan tarbiah ni….”
Di India, ada seorang tua yang tak pandai baca quran,
tak pandai solat dan lain. Dan dia rasa nak berubah. Bila dia jumpa seorang
ulama, dia bertanya:
“Aku nak berubah. Aku tak pandai solat, tak pandai
baca quran dan lain-lain. Apakah yang aku perlu buat untuk berubah?”
Lalu ulama tu menjawab:
“Kau kena buat dakwah!”
Pastu, orang tua tu jawab:
“Apa, aku kena buat dakwah?! Aku ni dahla teruk gila.
Solatpun teruk, quran tak reti baca, nak dakwah apa bendanya?!”
And then, ulama tu jawab:
“Kau dakwahlah orang lain supaya tak jadi macam kau,
dah tua tapi still tak berubah..”
Lalu, orang tua tu pun dakwah kepada ramai orang,
dengan mengatakan:
“Janganlah korang jadi macam aku. Dah tua pun tak reti
solat, tak reti baca quran. Korang jagalah solat dan quran korang bla bla
bla….”
Akhirnya, berkat dakwah orang tua tu, ia menjadi
pemangkin untuk dirinya sendiri belajar solat dan quran, yang mana akhirnya,
orang tua tu pandai slat dan quran, serta mati dalam dakwah dan tarbiah.
Moga-moga, dengan tulisan ini, kita semua jelas, dan
tak bagi alasan lagi untuk tinggalkan dakwah. Dakwah tu wajib, dan jangan sesekali bagi alasan untuk kita tak nak buat dakwah.Tentang “Bagaimana nak
berdakwah”, saya akan hurai di masa yang lain insyallah. Moga bermanfaat.
Sebarkan pada kawan-kawan lain insyallah!
Wallahua’lam.
Dakwah tapi tak amal?
Reviewed by Unknown
on
20:05
Rating:

4 comments:
ustaz yg bagaimana nak berdakwah? dah kluar jke entry nya ?
assalamualaikum..kalau kite aktif komen2 dan berhubung dgn org yg bukan mahram kite secara terbuka dan private di laman sosial,,adakah kite tidak boleh menasihati rakan2 lain ttg ikhtilat??
krne sye terbaca di page ttg hipokrit pulak..
awak cakap antara ciri2 hipokrit ialah "terang terangan membuat maksiat di alam maya,realiti bajet baik"
mohon penjelasan :)
Maksud Ustaz Adnin tu adalah bila mana dia buat maksiat dlm alam maya cth: tgk video lucah dan gambar yg menghairahkan. tetapi pd masa yg sama selalu bajet alim depan orang lain di alam realiti dan menegur tentang tu.
Salam...ada ke youtube pasal entri dakwah tp x amal..video ver punya
Post a Comment