Assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Arrasul saw. Syukur
sangat-sangat. Sedar-tak sedar, hampir setahun saya mulakan penulisan di dalam
blog ini. Bermula pada bulan JUN 2013, dan kini, pejam celik pejam celik, sudah
bulan JUN 2014. Saya amat berharap agar tulisan dan pesanan saya di dalam blog
ini, memberi manfaat yang sebanyak-banyaknya kepada semua pembaca yang saya
cintai sekalian.
Moga Allah
bagi kita hidayah!
Jadi,
insyallah, pada kali ini, saya nak hurai satu topik yang penting gila bapak. Topik
ni sangat-sangat rapat dengan diri kita, dan seringkali di perkatakan oleh
ramai orang. Topik kali ini yang saya nak huraikan ialah berkenaan dengan isu
HIPOKRIT!
Sebab apa?
Sebab biasanya, orang yang nak berubah, dia akan down dan lemah semangat untuk
berubah sebab orang kata dia hipokrit, lepas tu entah apahal dia pun terpedaya
dengan kutukan-kutukan orang, dan akhirnya dia pun rasa yang dia ni hipokrit,
lepas tu dia tak jadi nak berubah. Gerun gila.
Padahal,
sebenarnya, dia pun tak tahu hipokrit tu apa, dan orang yang kutuk dia hipokrit
tu pun bukan tahu pun hipokrit tu apa. Pastu bajet gempak, kutuk-kutuk orang
lain hipokrit. Tah apa-apa. Jeles sangat nak tengok orang berubah. Yang nak
berubah pun satu hal, baru kena kutuk sikit dan down. Sahabat nabi kena seksa
teruk gila, sikit pun mereka tak down. Teka sebab apa? Sebab sahabat nabi
IKHLAS nak berubah. Tapi kita, berubah TAK IKHLAS. Kita berubah supaya orang
puji dan suka kita. Sebab tu bila kena kutuk sikit, dah rasa tension, tertekan,
stress, pastu give up dan jadi jahat balik. Apakah?
Tapi,
pokoknya ialah, sebenarnya, hipokrit tu apa benda?! Adakah hipokrit tu
bermaksud talam dua muka? Atau depan orang baik, belakang orang jahat? Atau ada
maksud lain? Maka dengan ini, saya akan cuba terangkan secara detail, APAKAH
ITU HIPOKRIT yang sebenar.
Jom baca!
Yeah!!
APA ITU
HIPOKRIT?
Hipokrit ni
adalah satu sifat yang sangat tercela, dan Allah amat marah pada orang yang
hipokrit ni. Bukan setakat Allah marah, takde orang yang suka kawan dengan
orang hipokrit! Semua orang benci gila dengan orang yang hipokrit ni. Sebab
apa?
Kerana benda
ni akan membuatkan tarbiah kita terbantut kalau kita tak buang awal-awal. Benda
ni bukan benda kecik, bukan benda yang kita boleh pandang remeh. Tapi ini isu
jatuh bangun diri kita, dan kalau boleh sayakata, ia isu jatuh bangun islam.
Hipokrit ni
sangat bahaya! Sifat ni akan menghancurkan diri kita, dan akan menyusahkan
ramai pihak lantaran hipokritnya kita. Jujur saya kata, andai kita ada sifat
ni, hati kita time tu sangat kotor, busuk dan kotor dan busuk dan kotor, dan
masam.
Tetapi,
hipokrit tu apa?(Berapa kali daa soalan ni). Macamana nak mula ni. Haish, jap,
fikir ayat yang orang mudah faham sikit.
Actually,
hipokrit yang orang semua faham ialah bila kita depan orang baik, tapi bila
belakang orang, kita jahat. Sebenarnya, tu bukan hipokrit! Hakikatnya, hipokrit
ialah:
“Bila depan
orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan
tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan apabila di belakang orang, dia
jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!!”
Itulah
hipokrit!
Saya akan
bagi contoh situasi:
Contohnya di
sekolah. Sekolah tu sekolah islam misalnya. Ada peraturan-peraturan sekolah dan
suasana islam di sekolah tu. Sekolah tu amat menitik beratkan supaya setiap
pelajar menjaga IKHTILAT(Baca isu ikhtilat di SINI). Tapi, apa yang terjadi, kau amat benci dengan
peraturan tu. Kau rasa tertekan dan tak selesa serta mencaci maki dalam hati
kau tentang peraturan tu. Kalau boleh, kau nak ikhtilat, kau nak cakap dengan crush
kau, kau nak berbalas cinta dengan crush kau(Baca isu cinta di SINI).
Tapi, kau
tahu kalau kantoi, kau akan kena denda. Maka, kau pun TERPAKSA jaga ikhtilat
kat sekolah. Bila start je cuti sekolah, maka kau pun rasa BEBAS, kau amik
henset, kau bukak FB/twitter/instagram, kau mula chatting dengan berlainan
jantina, kau twit benda-benda teruk, bahkan kau rasa best dan PUAS bila kau
dapat buat benda-benda macam tu!
Itulah
hipokrit!
Banyak lagi
contoh dan situasi lain. Saya kira, definasi yang saya bagi dah cukup jelas.
Saya ulang balik:
“Hipokrit
ialah bila depan orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia
amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan apabila di
belakang orang, dia jahat, dan dia amat SUKAKAN kejahatan yang dia lakukan!!”
Kata kunci
hipokrit ialah:
1)Berpura-pura
buat baik
2)Melakukan
kebaikan kerana terpaksa dan dia BENCI akannya.
3)Cintakan
kejahatan.
Orang
hipokrit ni, dosa dia sangat besar. Dia akan di seksa di dalam api neraka yang
paling bawah sekali. Kerana apa? Kerana orang hipokrit ni, bukan setakat
menyusah dan merosakkan diri dia sendiri. Tapi dia akan rosakkan banyak pihak!
Contohnya, di
sekolah atau universiti misalnya. Kita pura-pura baik, lepas tu guru-guru dan
pensyarah semua macam respect kita, dan letakkan HARAPAN yang besar pada kita,
dan memberi kita jawatan-jawatan penting dalam sekolah atau universiti.
Kesannya ialah, sekolah dan universiti tu akan HANCUR! Hancur!
Saya dah banyak
kali berurusan dengan orang yang talam dua muka ni. Depan kita punyalah
semangat kata nak berubah, mengaku dah tinggalkan maksiat semua, lepas tu
cerita keburukan orang lain pada kita dengan harapan kita respect dia dan
kurang respect pada orang lain. Lantaran kita nampak kebaikan dia, kitapun meletakkan harapan kat dia. Kita cerita kat dia masalah-masalah yang berlaku dengan harapan dia boleh bantu menyelesaikan masalah tu, dan lain-lain. Tapi di belakang kita, dialah yang paling
kurang ajar, mengutuk dan mengumpat kita, memecahkan segala rahsia-rahsia kita,
dan yang sama waktu dengannya.
Kalau orang
yang memang kita tahu dia problem, bila orang tu buat hal, kita takdelah rasa
apa sangat sebab kita dah espect. Tapi, bila orang yang kita letakkan kepercayaan
rupa-rupanya lebih teruk, mana tak pedih hati?!
Sebab tu Umar Alkhattab kata:
“Orang yang
paling aku takuti ialah orang yang fasih lidahnya, tetapi hatinya busuk…”
SALAH FAHAM TENTANG HIPOKRIT
Tetapi, ada
satu keadaan, yang mana, ramai orang anggap, perkara ini adalah hipokrit. Tapi
sebenarnya, keadaan tu bukan hipokrit. Apakah keadaan tu? Keadaan itu ialah:
“Bila depan
orang, dia baik. Dan pada masa yang sama, dia amat CINTAKAN kebaikan tersebut,
dan ingin kekal dalam kebaikan itu. Namun, apabila di belakang orang, dia
terjatuh dan tewas dengan dosa, dan dia amat BENCIKAN dosa yang dia lakukan…”
Ini
sebenarnya bukan hipokrit! Ini adalah lumrah hidup! Saya hurai panjang sikit:
“Bila di
depan orang, dia baik, dan dia amat CINTAKAN kebaikan itu, dan dia amat
berharap agar di sentiasa berada dalam kebaikan itu. Tetapi, apabila di
belakang orang, apabila dia duduk sorang-sorang, dia melakukan kejahatan.
Tetapi, hakikatnya, DIA AMAT BENCIKAN kejahatan yang dia lakukan. Dia hanya
TERJATUH dan tergelincir serta tewas dengan nafsu, dan di sudut hati kecilnya, dia
amat bencikan dosa dan maksiat tersebut! Serta dia amat berharap agar dia dapat
BEBAS dari dosa tersebut….”
Saya ulang,
ini bukan hipokrit!
Kata kuncinya ialah:
1)Rasa semangat untuk melakukan kebaikan bila ada suasana.
2)Cintakan kebaikan dan berharap agar dia KEKAL di dalam kebaikan.
3)Benci maksiat.
4)Jika terjatuh dalam maksiat, dia menyesal dan bertaubat.
Hakikatnya, MUSTAHIL untuk kita sentiasa baik 24 jam. Memang fitrahnya, apabila kita duduk
ramai-ramai dengan kawan-kawan kita, maka kita akan rasa semangat untuk buat
baik. Tapi bila duduk sorang-sorang, kita akan rasa susah nak buat baik. Dan,
lantaran tak mampu kawal dan lawan nafsu, akhirnya kita terjatuh dalam
perangkap setan. Lepas tu, kita di selebungi rasa bersalah, resah gelisah, dan
bertaubat pada Allah! Ini bukan hipokrit!
Hayati kisah
ni.
*****
Sorang
sahabat nabi, nama dia Hanzalah, ada sekali tu dia baru balik dari masjid. Bila
dia sampai rumah, dia duduk dengan anak isteri dia, dia bergelak tawa dan
sebagainya. Tiba-tba dia terdetik dalam hati dia:
“Eh, tadi
time kat masjid, time aku duduk bersama-sama dengan nabi dan sahabat, aku rasa
iman aku naik, aku rasa iman aku bertambah, aku boleh bayangkan syurga neraka
di depan aku. Tapi kenapa bila aku balik rumah, aku boleh bergelak tawa lagi??
Adakah aku munafiq??!”
Lalu dia
menangis, dan dia keluar dari rumah dan jerit kuat-kuat:
“Hanzalah
munafiq! Hanzalah munafiq!!”
Pastu,
tiba-tiba, Abu Bakar datang kat dia dan bertanya:
“Eh
Hanzalah, apahal kau kata kau munafiq? Apa yang kau buat sampai kau kata kau
munafiq?”
And then
Hanzalah pun bagitau Abu Bakar:
“Aku rasa
aku munafiq. Sebab bila aku duduk bersama nabi, aku boleh menangis, iman aku
bertambah, aku boleh bayangkan seolah-olah syurga dan neraka tu ada depan mata
aku. Tapi, bila aku balik rumah, aku boleh gelak tawa dan bermain-main dengan
anak isteri aku. Aku munafiq!!”
Bila Abu
Bakar dengar jawapan Hanzalah, Abu Bakar jawab:
“Ya Allah..
Kalau kau nak tahu, aku pun sama macam kau. Tah-tah, akupun munafiq!! Macamana
ni??!!”
Maka mereka
berdua pun buat keputusan untuk jumpa nabi dan ceritakan pada nabi. Bila
diorang jumpa nabi, diorang pun cerita:
“Ya
rasulullah, kitorang rasa kitorang munafiq. Sebab bila bersama kau, kitorang
punya iman meningkat, tapi bila balik rumah, jadi lain…”
Maka Nabi
jawab:
“Demi Allah,
kalau setiap saat kau rasa iman kau sentiasa meningkat seperti ketika kau
bersama-sama dengan aku, nescaya para malaikat akan turun mengucapkan salam
kepadamu. Tetapi wahai Hanzalah, keadaan seperti itu jarang terjadi….”
*****
Apa yang nak
di ceritakan dalam kisah ini ialah, memang fitrah kita, bila duduk bersama-sama
dengan kawan-kawan, duduk di dalam suasana dan biah yang solehah dan baik, maka
kita akan rasa SEMANGAT untuk berubah dan buat amal. Tapi bila balik rumah,
bila tiada suasana, kita rasa macam lemah semangat sikit.
Namun,
takkanlah kita nak berulang-ulang kali buat maksiat dan jatuh dalam lubang yang
sama?!Apa usaha kita untuk bebas dari maksiat?(Baca tentang cara tinggalkan maksiat di SINI).
KESAN SALAH
FAHAM TERHADAP HIPOKRIT DAN SOLUSINYA
Bila kita
salah faham tentang isu hipokrit ni, maka, ia akan memberi kesan yang sangat
buruk pada diri kita. Kesan besarnya ialah:
“Kita akan
rasa down untuk berubah…”
Sebab kita seolah-olah rasa diri kita hipokrit
sebab bila depan orang kita baik, belakang orang, kita still tak boleh tinggal
maksiat.
Maka, kalau
kau dah tahu, kenapa kau memilih untuk down dari melakukan perubahan?Kenapa kau
tak pilih untuk down melakukan maksiat? Tinggalkanlah maksiat dan move on lah
untuk berubah. Kenapa kau pilih untuk tinggalkan kebaikan dan kembali pada
maksiat? Kenapa kau tak pilih untuk tinggalkan maksiat dan jadi baik? Jangan
guna alasan:
“Aku takut
aku hipokrit…”
Lepas tu,
kita terus down dari buat baik. Pelik sangat tu. Kalau kau memang cintakan
perubahan, itu bukan hipokrit! Jatuh tu fitrah. Semua orang buat dosa. Tapi,
persoalannya, adakah kita ni bertaubat dan menyesal bial buat dosa?!
Saya tegaskan:
"Kalau kita rasa kita hipokrit sebab kita ni sekejap baik sekejap jahat, kenapa kita pilih untuk tinggalkan kebaikan dan berpegang dengan kejahatan?! Kenapa kita tak tinggalkan kejahatan dan pilih kebaikan? Sesungguhnya, diri kau yang sebenar adalah BAIK. Maka, kembalilah kepada kebaikan!"
Kalau kau
nak kau ni hipokrit atau tak, ini adalah ciri-ciri orang hipokrit:
1)Kau buat
baik sebab terpaksa.
2)Kau benci
dan tak selesa dengan kebaikan yang kau buat.
3)Buat satu
benda sebab nak orang puji semata-mata, sebab takut orang pandang kau buruk.
4)Kau
RINDUKAN maksiat dan tak rasa bersalah bila buat maksiat.
5)Terang-terangan
buat makisat di alam maya. Alam realiti bajet baik.
6)Tak boleh
terima teguran.
7)Kau ajak
orang lain buat jahat, supaya dapat geng. Bila dah ada geng, kau dah tak perlu
malu untuk buat dosa, sebab dah ada orang backup.
Dan
lain-lain.
Tapi kalau
kau:
1)Nak
berubah, dan cintakan perubahan.
2)Rasa
tenang bila buat baik.
3)Berharap
agar diri ini bebas dari dosa dan maksiat.
4)Namun
akibat iman lemah, kau jatuh dalam dosa noda. Tetapi, kita rasa AMAT BENCI
dengan dosa tesebut, menyesal dan bertaubat.
5)Menyembunyikan
dosanya dengan tidak melakukan dosa terang-terangan kerana MALU.
Maka, kau
bukan hipokrit.
PENUTUP
Akhirnya,
kita kena check baliklah diri kita. Sejauh mana kita ni nak berubah. Adakah
kita ni hanyalah seorang yang PURA-PURA, atau kita betul-betul ikhlas? Check
semula diri. Hanya kita sahaja yang tahu, apa yang ada pada diri kita.
Kalau kita
betul-betul ikhlas, maka yakinlah dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan
hirau langsung tohmahan orang. Jangan bagi alasan-alasan yang tak munasabah
contohnya:
“Susahla nak
berubah…”
“Saya tak
tahu macamana nak berubah….”
Dan
lain-lain. Alasan ni semua timbul sebab kita tak ikhlas. Kalau betul kita
ikhlas, kita akan sanggup BERKORBAN dan BERSUSAH-PAYAH untuk mencapai redha
Allah. Sebab, penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup untuk berkorban! Saya ulang:
"Penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup untuk berkorban!"
Moga Allah pelihara kita!
Wallahua’lam.
-Adnin Roslan-
Adakah kau hipokrit?
Reviewed by Unknown
on
17:49
Rating:

14 comments:
satu penerangan yang menarik tentang hipokrit. Semuanya berbalik pada kita sama ada kita benar ikhlas dalam sesuatu perkara atau sekadar terpaksa.
Assalamualaikum, kalau perkara yg bertentangan jd dgn isu org hipokrit? Contoh, dia nak berubah. Dan dia sedang berusaha utk berubah. Bila sorang2, dia akn igt Tuhan, buat segala apa amal yg Tuhan suka. Tapi bila ramai2, dgn kawan2 dia tak sedar dia terbuat balik kejahatan mcm mengumpat ke buat benda lagha ke. Kalau mcm tu, dikira mcm mana ye? Terima kasih
Isunya adalah:
1)Kalau kamu benci kejahatan tu.
2)Kamu cinta kebaikan yg kamu buat.
maka kamu bukan hipokrit.
Alhamdulillah.. terjawab juga persoalan saya tentang isu hipokrit nii.....
trima kasih ustaz
Selama ni saya asik trfikir tntg hipokrit.'Adakah aku ni hipokrit'. akhirnya trjawab juga. Syukran ya ustaz.
Assalamualaikum
Saya tak pasti saya hipokrit ke tak.. Macam ni. Saya selalu dibuli secara mentalility di sekolah. Saya tak letak kepercayaan saya dekat kawan2 yg buli saya tu. Maksud buli mentality ni mcm tikam belakang, belakang kutuk orang, suka pulaukan orang. Saya tahu yang mereka buat mcm tu dekat saya tapi saya buat2 mcm tak tahu ape2. Takkan saya nak cakap saya benci diorg. Padahal mereka belajar kemahiran al quran dan SBP ( sekolah berasrama penuh)
Adakah saya hipokrit? Dan bagaimana nak ubah mereka?
Harap2 dapat dipertimbangkan perkara ni.
Terima kasih
blog ni bagus....
Alhamdulilah,terima kasih admin bagi penerangan berkaitan isu hipokrit ni,terkadang saya terfikir adakah saya ini seorang yang hipokrit.Ternyata saya masih berada dalam keadaan hipokrit. Walaubagaimanapun saya sentiasa cuba untuk mengubah diri menjadi seseorang yang baik dan ikhlas. Terima kasih ;)
mohon share
semua terjawab persoalan saya selama ini
Assalamualaikum wrh wbt..Ramai yg tak faham maksud hipokrit nie dan dengan mudah menghukum org lain hipokrit..bagus penjelasan yg diberikan. Semoga ramai lagi yg terbuka minda mereka dan tidak tersilap dalam kata-kata.
Terima kasih...
Assalammualaikum,adakah saya ni hipokrit,saya cuba berbaik dgn orng.tetapi tetap ada yg mengata saya 2muka.Hanya Tuhan yg tahu betapa patah hati saya.semua saya buat salah seolah olah saya ni bencana bagi mereka...-unknown
Sebak baca isu hipokrit ni. Kita tak baik sgt. Semua Tak lepas dari buat salah. Tapi harap dapat baiki kekurangan diri. Semoga kita semua maju jaya di dunia dan akhirat. #berusaha #striving #struggle
Post a comment