Ramai di kalangan para pendakwah hari ini lupa akan
sesuatu. Mereka tahu, bahawa di dalam ibadah, terdapat fiqh ibadah. Di dalam
muamalat, wujudnya fiqh muamalat. Di dalam bernikah, wujudnya fiqh munakahat,
dalam politik, ada fiqh siyasah!
Kerana, dalam tiap sesuatu ilmu itu, ada fiqh-fiqhnya,
yang mana andai kita menyimpang dan tidak mengikuti serta memahami fiqh
tersebut, kita akan mudah terseleweng. Seperti solat misalnya, tanpa mengikut
rukun-rukun solat dan sebagainya, maka solat tidak sah. Kerana, kita tak boleh
solat ikut kepala otak kita sendiri. Tetapi, perlulah mengikut fiqh-fiqh yang
telah di tetapkan.
TAPI, ramai pendakwah lupa, bahawa, di dalam berdakwah
juga, adanya FIQH DAKWAH! Kerana lupanya mereka, maka ramai pendakwah hari ini
yang ingin berdakwah, tetapi mereka LARI dari fiqh dakwah, mereka dakwah ikut
kepala otak mereka sendiri, tanpa merujuk sirah. Andai mereka rujuk sirah,
mereka lupa bahawa sirah juga terdapat fiqh-fiqhnya dalam memahami, agar kita
tidak “salah tafsir” sirah mengikut kepala otak kita sendiri!
Kerana, akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat
fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara
tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan
“kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam
semakin di hina-hina.
Atas faktor inilah, sangat ramai ulama-ulama’ dakwah
bertungkus lumus menyusun kitab-kitab FIQH DAKWAH agar mereka-mereka yang ingin
membantu islam, mereka-mereka yang ingin bersama-sama di dalam bahtera dakwah
yang suci murni ini tidak terseleweng. Kerana, berapa ramai orang yang
terseleweng, tetapi mereka merasakan mereka adalah di pihak yang benar.
Saya ulang:
"Akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan “kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam semakin di hina-hina..."
Atas kerisauan ini, Mustafa mahsyur mengarang sebuah
kitabnya yang berjudul FIQH DAKWAH, yang mana di dalamnya sarat dengan
panduan-panduan bagi sang daie. Juga syeikh Jum'ah Amin menulis kitab FIQH DAKWAH. Bukan itu sahaja, seorang ulama terkemuka, Ahmad Arrasyid, beliau juga mengarang beberapa siri kitab yang beliau gelar
sebagai “Ihya Fiqhud Dakwah”(Menghidupkan fiqh dakwah), yang mana di dalamnya,
terdapat siri-siri bukunya seperti “Almuntolaq”,”Al Awaiq”, “Ar Raqaiq”, "Al massar”,
“Sunnaatul Hayah”,”Usul Ifta’” dan lain-lain. Bahkan, tulisan-tulisan Assyahid
Syed Qutb seperti “Fi zilal Alquran” juga adalah pada hakikatnya, sebuah buku
yang sarat dengan usul-usul dakwah.
Tetapi malangnya, ramai pendakwah seakan-akan mengABAIkan
hasil tulisan ulama-ulama ini. Mereka sangka mereka pandai dan hebat, ingin
melakukan dakwah tanpa panduan. Yang mana pada akhirnya, dakwah yang sepatutnya
Berjaya menghancurkan kebatilan, seolah-olah akhirnya menyokong kebatilan
secara tidak sengaja.
ANTARA MUSUH DAN MAD’U
Lantaran lemahnya penguasaan sesetengah pendakwah akan
fiqh dakwah, maka, ada di kalangan mereka yang KABUR, yang mana satukah yang
sepatutnya di jadikan mad’u, dan yang mana satukah perlu di jadikan musuh
islam. Bahkan, ada di kalangan mereka yang merasakan bahawa islam ini tiada
musuh, semuanya adalah sasaran dakwah kita, dan kita perlu berlembut dengan
mereka.
Akibat kekaburan ini, ada pendakwah yang amat berlembut
dengan musuh islam, lantas berkeras kepada mad’u, tanpa mereka sedari. Mereka
sangka, dengan berlembutnya mereka dengan musuh islam yang mereka anggap
sebagai mad’u itu membuahkan HASIL yang LUMAYAN pada islam. Tetapi mereka
silap. Dan mereka tak perasan sesuatu perkara.
“Akibat kita berlembut degan musuh islam yang kita sangkakan
mad’u itu, ia membuatkan musuh islam semakin berani untuk terus memusuhi islam
tanpa mereka rasa bersalah, lantaran kelembutan kita yang tak bertempat itu….”
Wahai para pendakwah, adakah engkau tahu, bahawa islam
itu ada musuh, sejak awal nabi adam di ciptakan? Dan tahukah engkau, musuh itu
ialah iblis dan syaitan? Dan adakah engkau tahu, bahawa di kalangan manusia,
juga terdapat syaitan-syaitan amat memusuhi islam, yang mana Allah sendiri
telah isytiharkan permusuhan kepada mereka?
“Mereka itulah golongan syaitan, dan golongan syaitan itu
berada dalam kerugian. Sesungguhnya, ORANG YANG MENENTANG ALLAH DAN RASULNYA,
mereka termasuk orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: “Aku dan
rasul-rasulKu pasti MENANG!!”
(Almujadalah ayat 19 hingga 21)
ANTARA ORANG KAFIR DAN ORANG ISLAM
Seorang pendakwah, perlu tahu sesuatu perkara. Anda ingin
tahu? Jika kita betul-betul selami sirah arrasul saw, serta membaca buku-buku
fiqh dakwah, kita akan sedar bahawasanya, dakwah ini perlukan sasaran FOKUS
yang perlu DI UTAMAKAN, agar dakwah ini lebih mampu bergerak jauh, dan
seterusnya, islam di pandang mulia.
Mahu tahu, sangat banyak ulama-ulama dakwah telah
menyatakan satu formula ataupun satu FIQH dan kaedah, bahawasanya, FOKUS dan
KEUTAMAAN dakwah perlu di beri kepada orang ISLAM. Kerana apa? Kerana dunia
hari ini, menunjukkan bahawa, orang islam hari ini sangat teruk, mereka tidak
lagi merasa IZZAH(Bangga) dengan islam, bahkan ada di antara mereka sendiri
yang benci bahkan menentang hokum islam, serta menghina islam. Bukan itu
sahaja, umat islam hari ini LEMAH, longlai tak bermaya, bagai tidak bermaya, di
perkotak-katikkan, di caci di hina. Juga, umat islam bagai mundur
semundur-mundurnya.
Seorang ulama’ memberi satu tamsilan yang cukup indah
bagi saya:
“Andai kita ingin mengajak orang memasuki rumah kita, apa
yang kita akan buat ialah, kita akan mengemas rumah kita agar kelihatan cantik
berseri, kemas dan teratur, lantas kita hiasi dengan pelbagai hiasan agar rumah
kita bertambah cantik dan selesa untuk di duduki. Barulah kita akan ajak orang
lain untuk memasuki rumah kita. Jika tidak, kita sendiri akan malu, bahkan
orang itu akan mengutuk rumah kita yang caca-merba itu.
Begitu juga dengan agama islam. Andai kita mahu mengajak
orang bukan islam untuk memasuki islam, kita perlu mencantikkan orang islam itu
sendiri…”
Kaedah ini telah di sebut oleh ramai ulama’ dari pelbagai
fikrah dan harakah. Seperti imam Hasan Albanna dalam tulisannya “majmuat rasail”,
Ahmad Arrasyid di dalam “Al Muntolaq”, Abu A’la Almaududi di dalam “Syahadatul
Haq”, Maulana ilyas dan Maulana yusuf Alkandahlawi di dalam “Malfuzat”nya, Mustafa
mahsyur di dalam kitabnya “fiqh dakwah” dan ramai lagi. Cubalah anda baca dan
fahami tulisan-tulisan mereka, nescaya anda akan jumpa kaedah ini.
Perlu di beritahu, bila saya menyebut FOKUS dan
KEUTAMAAN, bererti, kita tidak mengabaikan yang lain. Tak ada masalah andai
kita mahu berdakwah pada orang kafir, bahkan ia juga di tuntut dalam agama
islam! Cuma, saya hanya ingin menyentuh dalam point ini ialah point KEUTAMAAN.
Adakah kita tahu, antara cara-cara syaitan ingin
menghancurkan kita, adalah dengan membuatkan “keutamaan-keutamaan kita tunggang
terbalik dan terabur”.
Namun malangnya, ada segelintir dari pendakwah yang
seakan-akan tidak Nampak keutamaan ini. Kerana itu Umar Telmisani, di dalam
muqoddimah buku “Jalan Dakwah” tulisan Mustafa Mahsyur, menyebut:
“Dakwah itu ada fiqhnya!”
MANA SATU MUSUH, MANA SATU MAD’U?
Saya ingin kemukakan pada semua pembaca bahawa, pada
ASALnya, semua manusia yang tidak di beri hidayah oleh Allah adalah mad’u dan
sasaran dakwah kita. Tetapi, akan sampai pada satu tahap, beberapa golongan
yang saya akan sebutkan ini tidak lagi kita melayan mereka seperti mad’u,
tetapi perlu di layan sebagai MUSUH!
Di sini, saya nak senaraikan beberapa bentuk golongan dan
sepatutnya, seperti apakah kita perlu melayan mereka. Seperti musuh, atau mad’u?
****
1)Golongan KAFIR yang membentuk satu
PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan
dengan islam, dan secara KONSISTEN
menyerang islam, memperlekehkan HUKUM
ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!
Golongan ini adalah musuh Allah, musuh nabi, dan musuh
islam! Kerana apa? Kerana mereka telah BEKERJASAMA dalam satu PAKATAN untuk
menentang hukum-hukum islam, samada sedikit atau banyak! Mereka-mereka ini
tidak mampu duduk senang dan bagaikan cacing kepanasan apabila hukum-hukum
Allah mekar subur. Mereka usaha untuk lawan, walaupun telah di nasihatkan
berkali-kali! Ini PRINSIP MEREKA!
2) Golongan ISLAM yang membentuk satu
PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan
dengan islam, dan secara KONSISTEN
menyerang islam, memperlekehkan HUKUM
ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!
Dan mereka-mereka ini bukanlah JAHIL, tetapi ini adalah
PRINSIP mereka, dan mereka akan terus perjuangkan prinsip mereka yang
menyeleweng ini sampai mereka mati. Sebagai contoh, Kamal Attaturk dan
kuncu-kuncunya, dan segelintir pimpinan negara arab yang kita dapat lihat pada
hari ini. Di tegur bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian mereka, dan
mereka bermati-matian perjuangkan prinsip mereka ini!
Itulah golongan-golongan islam liberal, yang hanya
bertopengkan islam, untuk membenarkan dosa yang mereka buat. Dan
golongan-golongan ini adalah musuh Allah, musuh islam, musuh arrasul!
3)Golongan orang kafir yang mereka tidakpun membentuk
apa-apa pakatan. Mereka tiada prinsip yang kukuh. Mereka sendiri hakikatnya
terkapai-kapai. Terkadang mereka menyokong islam, terkadang mereka tidak.
Mereka tidak menghina islam, mereka tidak menolak hukum Allah, mereka baik-baik
sahaja.
Golongan ini adalah mad’u, dan kita perlu datangi mereka
dan melayani mereka sebagai mad’u.
4)Golongan orang islam yang membentuk pakatan, tetapi
dasar pakatan mereka adalah inginkan kebaikan untuk islam. Cuma, kerana
kejahilan dan ceteknya kefahaman agama yang ada pada mereka, mereka terkadang
menolak hukum Allah dan melakukan maksiat dan dosa. Tetapi mereka lakukan
perkara tersebut bukan atas dasar PRINSIP, tetapi kerana KEJAHILAN yang melampau.
Golongan ini perlu di layani seperti mad’u. Mereka
hakikatnya mendengar nasihat-nasihat yang di berikan, bahkan mendambakan
petunjuk dan teguran.
5)Golongan orang islam yang tidak membentuk apa-apa
pakatan. Lantaran kejahilan mereka, mereka melakukan maksiat pada Allah.
Golongan ini perlu di layan seperti mad’u!
****
Sekarang kau sudah faham? Jangan tersilap langkah lagi! Kau
tahu, apakah implikasi andai kita melayani musuh sebagai mad’u dan melayan mad’u
sebagai musuh?
Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan”
para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani
melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam
melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang
sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan
berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran
para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.
Kita berdosa jika jadi begini!!!
MERENUNGI SEJARAH ARRASUL
Andai kita baca sirah, kita akan dapati, ketika arrasul
di mekah, baginda setiap hari tanpa lelah dan jemu, berdakwah dengan lembut
kepada kaum musyrikin mekah, dan melayan mereka seperti mad’u. Penuh
kasih-sayang, kesabaran, kelembutan, bahkan sanggup di caci maki. Bahkan, yang
saya amat tersentuh, bagaimana kesungguhan baginda berdakwah kepada Abu Jahal.
****
Pada satu ketika, mekah di landa hujan petir yang sangat
kuat, di tengah-tengah malam yang gelap. Lantas abu jahal bermonolog di dalam
hatinya:
“Dalam keadaan hujan lebat, petir, serta gelap gelita ini,
mustahil akan ada orang yang datang ke rumahku. Jika ada, sebagai balasan, aku
sanggup memberikan apa sahaja yang dia minta kepadaku lantaran kesungguhannya datang
ke rumahku dalam keadaan hujan lebat sebegini…”
Sejurus selepas itu, pintu rumah abu jahal di ketuk dan
beliau amat terkejut. Dan apabila di buka, sungguh tidak di sangka, nabi saw datang
dalam keadaan menggigil dan basah kuyup ke rumah abu jahal! Lantas abu jahal
bertanya:
“Apa yang kau mahu wahai Muhammad??!”
Nabi saw menjawab:
“Aku mahu agar kau masuk islam…”
Lantas, abu jahal terus maki hamun, menghalau baginda dengan kasar dan menutup pintunya
dengan rapat!
****
Apa yang saya nak sampaikan dari kisah ini adalah,
bagaimana nabi ketika itu melayan mereka sebagai mad’u.
Tetapi, berbeza pula ketika nabi saw sudah berhijrah ke
mekah. Bila mana orang kafir musyrikin mekah membentuk satu PAKATAN untuk
memerangi islam, maka nabi saw tidak lagi melayan mereka dengan lembut seperti
seorang mad’u! Bahkan, nabi juga mengisytiharkan PERANG kepada mereka, bahkan
nabi saw dalam banyak riwayat , telah mendoakan kehancuran kepada musuh-musuh
islam ini!
Tetapi, apabila mereka dating kepada nabi dalam bentuk
individu dan bukan PAKATAN, nabi akan lembut semula (setelah memastikan mereka
betul-betul ikhlas), seperti mana Khalid alwalid dan amru al As yang dahulunya
orang besar puak kafir, abu suffian dan lain-lain.
Nampak tidak? Bagaimana nabi saw membezakan mana satu
musuh dan mana satu mad’u?! Kata kuncinya ialah PAKATAN!
LIHAT SEJARAH DAN PENGALAMAN PEJUANG ISLAM
Kalau kita amati, bagaimana HAMAS melayan Israel dan
zionis di palestin. Bagaimana HAMAS mengiystiharkan Israel dan pertubuhan zionis sebagai musuh islam, dan
tiada langsung kompromi yang HAMAS berikan kepada mereka. Kenapa HAMAS tidak
melayan pertubuhan zionis dan Israel dengan lembut seperti seorang pendakwah
yang melayan mad’unya??
Kerana HAMAS jelas, bahawa itu adalah musuh, dan layak untuk
di layan sebagai MUSUH! Pun begitu, terdapat banyak individu yahudi yang masuk
islam, dan juga ada yang tidak masuk islam tetapi menentang zionis dan apa yang
telah Israel sendiri lakukan kepada penduduk palestin.
Bayangkan, jikalau HAMAS mengambil pendirian berlembut dan melayan mereka seperti mad'u, rasa-rasanya apa akan jadi?
Begitu juga ikhwan muslimin di mesir. Kalau baca buku-buku mereka, boleh di lihat secara konsisten, bagaimana ulama' mereka dengan TEGAS melawan musuh-musuh, serta menggelarkan mereka sebagai musuh. Lihatlah apa pandangan syed qutb kepada golongan-golongan yang membawa ideologi barat sebagai prinsip mereka seperti liberal dan lain-lain, lihatlah bagaimana Ahmad Arrasyid dengan jelas menyatakan golongan seperti itu MENYELEWENG dan wajib di tentang.
Mungkin kerana itulah, musuh islam melabel ikhwan muslimin sebagai ekstrimis agama, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah bertepatan dengan fiqh dakwah dan mengikut jejak perjuangan arrasul dan sahabat baginda.
Begitu juga ikhwan muslimin di mesir. Kalau baca buku-buku mereka, boleh di lihat secara konsisten, bagaimana ulama' mereka dengan TEGAS melawan musuh-musuh, serta menggelarkan mereka sebagai musuh. Lihatlah apa pandangan syed qutb kepada golongan-golongan yang membawa ideologi barat sebagai prinsip mereka seperti liberal dan lain-lain, lihatlah bagaimana Ahmad Arrasyid dengan jelas menyatakan golongan seperti itu MENYELEWENG dan wajib di tentang.
Mungkin kerana itulah, musuh islam melabel ikhwan muslimin sebagai ekstrimis agama, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah bertepatan dengan fiqh dakwah dan mengikut jejak perjuangan arrasul dan sahabat baginda.
AKHIRNYA
Sebagai penutup, saya mahu menyatakan kekecewaan dan
kesedihan saya, apabila ramai pendakwah yang tidak Nampak perkara ini. Mereka
terlalu berlembut dengan musuh. Di Negara kita ini, kita sendiri tahu,
golongan/parti kafir manakah yang terus-menerus menentang hukum Allah, tetapi
para pendakwah melayan mereka seperti mad’u dan berlembut dengan mereka.
Cukuplah. Cukuplah dan bukalah mata. Suka untuk saya
ulangi kata-kata saya sebagai penutup buat kali ini, untuk di renungi dan di
muhasabahi bersama:
Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan”
para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani
melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam
melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang
sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan
berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran
para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.
Juga, pesanan saya, jangan mendabik dada merasakan diri kita sudah tahu. Kalau betul mahu jadi pendakwah, rendahkan EGO, dan bacalah buku sirah, bacalah buku fiqh sirah, bacalah buku-buku fikrah dan dakwah, bacalah buku-buku fiqh dakwah. Talaqqi dan bertanyalah kepada orang yang layak, dan amalkanlah ia, serta jangan cepat merasa CUKUP. Sebelum kita nak membaca buku-buku yang di tulis oelh barat tentang ideologi mereka, kuasai islam dahulu.
Wallahua'lam.
-Adnin Roslan-
2 comments:
Allah.. selama dulu dan kini sy tidak tahu tntg fiqh dakwah. hinanya diri nk mengaku seorg daie..
Tq nin
Post a Comment