Bismillah,
segala puji bagi Allah, atas segala nikmat yang tak terkira. Allah bagi kita
macam-macam, Allah bagi kita segala nikmat yang sometimes, kita sendiri tak
pernah mintak. Allah jadikan kita manusia, dan Allah jadikan kita ISLAM,
bahkan, di kala ramai orang islam sedang lalai di buai nafsu dan dosa noda,
Allah bagi kita KESEDARAN untuk mengenal Allah, kesedaran untuk berubah dan
mendalami agama.
Oh,
nikmat yang sangat agung! Kenapa kita masih lagi tak sedar akan nikmat ni?
Bahkan, ada yang tak hargai langsung. Ada orang yang dah duduk di dalam suasana
islamik, sekolah islam misalnya, atau mak ayah yang berpegang-teguh pada agama
misalnya, dan kawan-kawan yang sentiasa support. Tapi, kita bagai langsung tak
HARGAI nikmat hidayah yang Allah nak bagi pada kita. Bahkan, kita BENCI dengan
nikmat tersebut!
“Ada orang yang duduk dalam lingkungan
maksiat, tapi hatinya benci pada maksiat.
Ada orang yang duduk
dalam lingkungan agama, tapi hatinya rindu pada maksiat....”
Saya
pernah beri ceramah di sebuah sekolah biasa, yang tiada unsur-unsur penekanan
terhadap islam. Tetapi, selepas saya bagi ceramah di situ, ada ramai pelajar
yang jumpa saya, lantas ada yang ambil henset saya, log in akaun twitter dia,
dan dia beri pada saya lantas berkata:
"Ustat
Adnin, tolong BERSIHKAN twitter saya. Saya rasa saya teruk sangat. Saya nak
berubah...."
Saya
tahan air mata saya.
Benar,
ada orang yang amat RINDU untuk kembali pada Allah, namun dia masih tak jumpa
jalan. Dan orang yang sebegini, apabila dia dapat JALAN, dia akan HARGAI dan
berlari-lari, kembali pada Allah. Tetapi, ada yang sudah terpampang depan mata
TARBIAH dan JALAN hidayah, tetapi, dia benci, dia tak suka, dia tak layan, dia
tak hargai Allah.
Di
mana Allah di dalam hati kita? Adakah kita benci sangat Allah? Oh Allah,
ampunkan kami, ampunkan, maafkan segala kebodohan kami.
Walau
bagaimanapun, saya terpanggil untuk menjawab beberapa SOALAN yang orang ajukan
kepada saya yang berkenaan dengan isu HATI, iaitu isu CINTA dan BERUBAH. Saya
harap, jawapan saya ini, mudah di fahami, dan sama-sama kita fahami, tangisi
kesalahan kita, dan, kembalilah mencari Allah, yang sudah lama kita tinggalkan.
*****
Soalan 1:
“Dosa ke kalau lelaki like gambar wanita or wanita
like gambar lelaki di social media?”
Secara simplenya, Allah dah suruh lelaki menundukkan
pandangannya bila tegok perempuan. Begitu juga wanita di perintahkan untuk
tundukkan pandangan daripada melihat lelaki. Bahkan, kalau nabi jalan-jalan
dengan sahabat, bila sahabat TERpandang perempuan, nabi akan tolak muka
sahabat ke tepi untuk pastikan sahabat tu tak pandang.
Hukum asal bagi lelaki, HARAM bila laki tengok perempuan, samada
dengan syahwat ataupun tak. Tapi bila ada urusan kerja, mengajar, jual beli dan
sebagainya, di maafkan, dengan syarat tanpa syahwat. Itu pun tak boleh pandang
lama-lama dan ada adab-adabnya.
So, berbalik pada soalan korang, dosa ke bila lelaki
like/favorite gambar perempuan ataupun perempuan like/favorite gambar lelaki?
Jawapannya ialah DOSA.
Melainkan, kita like tu SEMATA-MATA atas pesanan or nasihat yang dia
berikan, ataupun gambar-gambar yang langsung tidak menimbulkan fitnah.
Contohnya, ada gambar perempuan and ada description kata-kata hikmah, maka kita
like di sebabkan kata-kata hikmah tersebut, tanpa ada NIAT LAIN, maka takde
masalah. Tapi, bila gambar tersebut menimbulkan fitnah seperti selfie, bajet
cute, kembung pipi, senyum dalam keadaan gambar tu agak dekat, dan tetiba ada
laki like, so, dosa. Sedangkan PANDANG pun dah dosa, apatah lagi like? Begitu
juga perempuan yang like gambar lelaki, misalnya artis-artis korea jepun, artis
barat, bahkan apa-apa artis sekalipun.
Ingat, menundukkan
pandangan bukan di perintahkan untuk laki sahaja, tetapi untuk wanita jugak.
Sama keadaan, like gambar artis korea jepun, or barat, or melayu, share
gambar-gambar mereka, semuanya dosa. Siapa boleh nafi, bahawa ianya tak merosakkan
hati?
Saya ulangi:
"Siapa boleh nafi,
bahawa ianya tak merosakkan hati?"
****
Soalan 2:
“Salah ke kalau kita suka seorang lelaki tapi tak
berlebih-lebihan??”
Actually, perasaan SUKA pada seseorang tu adalah FITRAH. Ternampak seorang
perempuan yang cantik sikit, or ternampak seorang lelaki yang hensem sikit, or
kadang-kadang tak cantik dan tak hensem pun, TIBA-TIBA, datang perasaan
suka dan tertarik dengan orang tu. Perasaan tu datang TIBA-TIBA, tanpa di
undang!
So, benda ni adalah fitrah dan tak berdosa.
TETAPI, apabila kita MELAYAN PERASAAN CINTA tersebut, maka di situ, kita akan mendapat dosa!
Melayan perasaan cinta? Macamana tu? Argh, semakin blur!
Jangan risau beb, saya akan explain.
Bila kita terdetik untuk suka seseorang, maka JANGAN
melayan perasaan itu. Maksud
melayan ialah:
“Kita suka perasaan cinta itu datang, dan kita
melakukan perkara-perkara yang membuatkan perasaan itu bertambah-tambah cinta…”
Maka di situ hukumnya HARAM. Saya bagi contoh, Siti
Maimunah Sunsuden Bakri Mustautin Binti Mughallazoh suka dan jatuh cinta pada
Syamsul. Lepas tu, dia PANDANG-PANDANG Syamsul, dia balik, bukak FB, dia tengok
gambar Syamsul, dia bagitahu kawan-kawan dia yang lain yang dia suka Syamsul,
dia ambik nombor Syamsul, dia chat dengan Syamsul, dia tanya khabar dan
sembang-sembang dengan Syamsul, dia follow Syamsul kat instagram, twitter dan
friend di FB, dan lain-lain. Bukan tu je, tiap malam dia terbayang-bayang muka
syamsul, berdoa pun pasal Syamsul.
Itu semua di kira MELAYAN perasaan cinta tersebut.
Maka, hukumnya adalah HARAM. Hati-hati, dan check
balik hati, Tanya diri dan jangan tipu diri sendiri. Adakah kita just
CINTA, or, kita MELAYAN perasaan cinta tu.
Sama-sama kita muhasabah. Jangan tipu diri sendiri.
****
Soalan 3:
“Kalau ada sorang perempuan, suka sorang lelaki, tapi
dia dah TAK NAK suka lelaki tu. Apa yang harus dia lakukan? Ataupun sebaliknya.
Apa yang harus dia lakukan?"
Tahniah sebab kamu dah TAK NAK suka orang tu. Anyway, saya nak tanya
semua orang beberapa benda.
Pertama,
saya nak tanya. Korang tenang ke
bila hati korang ada rasa cinta kat seseorang? Try check balik diri, check balik hati. Actually,
korang sebenarnya rasa nikmat atau sebenarnya rasa sengsara? Yelah, sikit-sikit
teringat dia, lepas tu feeling-feeling, lepas tu nangis time sebelum tidur.
Lepas tu nak belajar macam tak focus, kalaupun korang focus, korang belajar tu
pun untuk dapat perhatian orang yang korang suka. Nak cakap kat depan rasa malu
sebab takut orang yang korang suka kutuk korang. Dan macam-macam lagi.
Adakah korang rasa nikmat?
Seorang yang beriman,
bila dia start rasa cinta pada manusia yang bukan mahramnya, dia akan
cepat-cepat istighfar dan USAHA untuk buang perasaan cinta itu. Ye
lah, apa yang kita nak? Saya nak tanya satu soalan:
“Adakah kita sedang bercinta dengan Allah???!!!!!!”
Hari ni, ramai gila orang lupa, tentang betapa manisnya cinta Allah. Kita
terlalu asyik, terlalu leka, terlalu mengejar cinta manusia. Kita mampu nangis
bila teringat si dia, kita mampu korbankan duit topup semata-mata nak chat
dengan dia, kita mampu habiskan masa berjam-jam untuk chat dengan si dia.
Dan, sikitpun kita tak perasan.
Kita makin jauh dari Allah.
Kita seolah-olah benci Allah.
Kita tak hargai cinta Allah pada kita.
Kita tak nak Allah dan tak tertarik langsung dengan
Allah.
Orang beriman, hati
dia ada Allah. Dia mencari-cari nikmat Allah. Dia berusaha sedaya upaya
untuk mengejar cinta Allah. Dia sanggup korbankan diri, masa dan harta dia
untuk sukakan Allah, dia menangis bila ingat Allah, dia rindu Allah, dia rasa
nikmat dan bahagia bila buat allah gembira.
Orang beriman, hati dia ada Allah. Dia malu dan rasa
bersalah bila lupa Allah, dia malu dan rasa berdosa bila buat salah pada Allah
walaupun kesalahan itu sikit. Dia tak mahu dirinya di benci Allah, setiap apa
yang dia buat dia akan ingat Allah, dia balas jasa Allah, dia puji dan
bersembang dengan Allah, dia tersenyum sorang-sorang teringat Allah.
Orang beriman.
Tetapi, hari ini, sikitpun kita tak perasan.
Kita makin jauh dari Allah.
Kita seolah-olah benci Allah.
Kita tak hargai cinta Allah pada kita.
Kita tak nak Allah dan tak tertarik langsung dengan
Allah.
Kenapa kita selalu fikirkan cinta manusia, sedangkan
Allah kita buang, Allah kita benci, Allah kita tak layan, Allah kita jauhkan,
Allah kita tak pandang? Kenapa wahai kawanku?
Allah.
Bodohnya kami kerana asyik mengejar dan melayan
perasaan cinta manusia, sedang Engkau yang sangat dekat pada aku, langsung aku
tak endah. Bodohnya aku ya Allah. Bodohnya!
Sebab tu, cara terbaik nak lupakan orang yang kita
suka ialah, KEMBALILAH pada
Allah, kejar cinta Allah. Pasti korang akan rasa nikmat yang tak terkata!
Ada yang cakap kat saya:
“Maksudnya, kitorang ni tak boleh suka sesiapa until we
are old enough to kahwin?”
“kalau kita ada lagi perasaan kat seseorang tu, salah ke?
Tapi kita pendam perasaan tu?”
Seperti jawapan saya kat atas,
tanyalah diri, sejauh mana cinta Allah kita kejar. Banyak lagi yang perlu
masukkan dalam kepala kita, isu pelajaran, isu mak ayah, isu TARBIAH dan DAKWAH,
isu kawan-kawan, isu umat yang kita pun sedia maklum bagaimana keadaan
mereka-mereka di palestin, Syria, rohingya, afrika dan lain. Sepatutnya, kita LANGSUNG tak sempat nak fikir pasal
cinta manusia ni. Melainkan,
masa dah tiba, dah rasa bersedia untuk kahwin, maka mulakanlah langkah, sesuai
dengan yang islam ajar.
Oh, cinta Allah! Saya nak!
>.<
*****
Soalan 4:
“Contoh, kalau kita seorang yang social sebelum ni. Dan kita masih bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan laki yang
rapat dengan kita. Dan kita tak rasa bersalah! Tapi, tiap kali kita solat, doa
dan zikir, kita rasa terlalu bersalah. Tapi, kita still berhubung dengan kawan
laki kita! Macamana nak buang sikap social kita?”
Bagi saya, bila sentuh bab BERUBAH, kita kena tanya
diri kita secara jujur:
“Betul ke aku nak berubah? Betul ke? Betul ke??!”
Sebab, Allah hanya akan bantu orang yang NAK berubah. Orang yang NAK TAK NAK, Allah takkan
bantu. Sekarang, ramai orang ingatkan dia nak berubah, tapi rupa-rupanya,
dia nak tak nak, bahkan hakikatnya dia tak nak langsung.
Berbalik pada soalan kamu, macamana nak buang sikap
social kita? Bagi saya, saya sarankan beberapa benda:
1)Kawan dengan orang yang baik, tinggalkan kawan yang
social tak jaga batas.
2)Buang segala benda yang membuatkan kita MUDAH untuk
bersosial dengan yang berlainan jantina. Contohnya, unfriend FB dia, unfollow
twitter dia, unfollow instagram dia, BUANG nombor dia kat henset supaya kita tak
boleh memulakan persembangan di whatsapp, wechat dan lain-lain.
3)Berukhwahlah dengan sesama jantina. Ia lebih nikmat,
lebih membahagiakan, lebih manis. Percayalah!
Saya doakan yang terbaik.
Hendak 1000 daya.
*****
Soalan 5:
“Kita NAK berubah,, tapi SUSAH untuk kita nak berubah.
Kenapa? Dan macamana nak buat?”
Wahai kawan-kawan yang saya respect dan kagumi, saya
nak nyatakan satu benda kat sini, bahawasanya, SYURGA ALLAH TU MAHAL. Hanya
orang yang bersusah-payah sahaja yang Allah akan bagi syurga. Ya, syurga sangat
mahal!
Kalau nak score exampun, kena gila-gila, kalau nak
kaya pun kena kerja gila-gila, apatah lagi nak BERUBAH untuk jadi baik? Nak miskin, senang
je. Duduk rumah tak payah kerja, dan takyah usaha apa-apa. komfem miskin. Nak
fail exam, simple je. Takyah belajar langsung, takyah susah-susah, rilex je.
Insyallah fail. Nak jadi jahat, simple je, takyah susah-susah. Buat je maksiat,
terus buat benda yang Allah benci. Terus jauh dari Allah, teruskan. Insyallah
kita jadi jahat.
Tapi kalau kita nak jadi seseorang yang BERGUNA, mahu
tak mahu, kita kena BERSUSAH-SUSAH! Tiada jalan senang untuk BERUBAH!
BERUBAH ni awal-awalnya,
kita akan melalui pelbagai kepahitan, kesakitan, kesengsaraan, orang akan
pandang rendah kita, orang akan pandang serong kat kita, orang akan ungkit dan
judge kita berdasarkan diri kita yang dulu, orang akan jauh dan tinggalkan
kita, orang akan marah-marah kita, dan lain-lain.
Itu semua adalah BAYARAN kita pada Allah atas dosa yang kita
buat selama ni. Allah nak UJI kita, adakah kita ni berubah kerana ALLAH
SEMATA-MATA, atau masih terselit di sudut hati kita, inginkan pujian manusia.
Kerana tu, Allah UJI kita dengan kutukan manusia. Hanya orang yang betul-betul
IKHLAS SAHAJA yang akan move on, dan berubah!
Ada
sekali tu orang tanya saya:
“Macam
mana saya nak ignore orang yang pandang rendah dekat saya? Ada sekali tu, kat
sekolah, saya terdengar cikgu saya ni dengan sorang student ni cakap pasal
saya. Everytime saya lalu depan cikgu tu, mesti dia pandang je saya. Saya pun
tunduk je and try not to cry....”
Ada jugak yang tanya saya:
“Kalau
contohnya kita dah NIAT YANG KITA NAK BERUBAH, tapi tiba-tiba ada orang datang
pada kita dan cakap macam-macam pasal kita dan di sebabkan ayat-ayat dia , niat kita untuk berubah
terus DOWN! So, macamana kita nak naikkan balik niat tu tapi kita masih
terfikir-fikir ayat yang dia cakap tu lagi…??”
Bagi saya, yakinlah dengan Allah. Allah tengah uji kamu! Kalau
kamu dapat atasi ujian ni dan betul-betul IKHLAS 100% pada Allah dalam perubahan kamu, saya yakin, kamu akan bahagia sebahgia-bahgianya!
*****
PENUTUP
Sebagai
kesimpulan, saya nak kita semua muhasabah dan tanya diri masing-masing:
"Apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup?"
Sometimes, kita KABUR dengan tujuan hidup kita, kita
tak sedar yang hidup kita tidak ada matlamat dan AGENDA. Kita di sibukkan
dengan benda-benda yang hakikatnya tiada sebarang FAEDAH, bahkan menghancurkan
diri kita secara kita tak sedar.
Renung semula, adakah hidup kita ini ada AGENDA? Kalau
nabi dan sahabat dahulu, menangis memikirkan bagaimana nak selamatkan umat dari
neraka, hari ini, kita menangis kerana apa?
Wallahua’lam.
Entri untuk tahu apa batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Entri berkenaan bagaimana mahu berubah, nak taubat dan tinggalkan maksiat, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/12/cara-nak-tinggalkan-dosa.html
Moga bermanfaat!
Entri untuk tahu apa batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Entri berkenaan bagaimana mahu berubah, nak taubat dan tinggalkan maksiat, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/12/cara-nak-tinggalkan-dosa.html
Moga bermanfaat!
-Adnin Roslan-
Soal Jawab bersama pembaca?
Reviewed by Unknown
on
18:26
Rating:

3 comments:
Allah TT
sangat bagus kisahnya
info yang menarik
Post a Comment