Pernah
tak, satu ketika, kita rasa semangat dan ghairah untuk beramal, merasai betapa
manisnya tahajjud dan hati amat lembut untuk menangis? Ketika itu, semangat
dakwah membara, tidak rasa walau sedikit keberatan ketika mahu beramal, bahkan
ketika itu, jiwa kita bagai berada di tahap keimanan yang cukup tinggi.
Ketika
itu, hati bagai tidak terdetik walau seketika untuk melakukan dosa besar
mahupun kecil. Masa yang ada sentiasa di manfaatkan untuk beramal, “Nikmat”
maksiat di rasakan “azab” untuk kita pada ketika itu. Bahkan, kita mula
mengeluarkan satu statement di dalam hati:
“Aku
pelik, macammana orang boleh rasa nikmat nak buat maksiat? Pelik!”
Pernah
atau tidak?
Namun,
ada satu lagi perkara yang sentiasa menghantui dan menyelubungi mereka-mereka
yang telah terjebak dalam dunia dakwah dan tarbiah. Pernah tak, suatu ketika,
kita merasai lemah longlai untuk beramal, MALAS menyelubungi diri,
amal-amal fardi yang dahulunya kita rasa amat ringan dan mudah untuk di
lakukan, namun pada ketika ini, ia menjadi amat berat. Berat yang teramat!
Hatta,
solat witir satu rakaat di anggap berat, serta alquran 1 muka juga di anggap
amat payah. Dakwah dan tarbiah, apatah lagi. Kalaupun kita melakukan dakwah dan
tarbiah, hati kita bagaikan kosong dan seakan-akan terpaksa melakukannya ketika
itu agar tidak di pandang serong. Masa yang dahulunya di gunakan untuk beramal,
kali ini ia bagai terbalik. Benda lagho menjadi teman karib, dosa dan maksiat
di anggap biasa ketika ini dan tiada langsung perasaan sensitif pada dosa
ketika ini. Bahkan, ketika ini, kita seolah-olah ingin mengeluarkan satu
statement:
“Kenapa
susah sangat nak tinggalkan dosa? Kenapa susah sangat untuk aku beramal?”
Suka
untuk saya katakan, andai situasi kedua menyelubungi diri anda, anda telahpun
berada dalam satu keadaan yang di namakan, FUTUR. Hati-hati, ia mampu
menghancurkan kita! Atas faktor inilah, saya amat berbesar hati untuk berkongsi
pada semua tentang isu ini. Saya bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa
noktah:
1)Antara
dua tarikan
2)Futur
yang di hiasi itu tarikan syaitan
3)Tarikan
yang berulang-alik
ANTARA DUA TARIKAN
Saya
mulakan noktah ini dengan kata-kata mahsyur oleh seorang ulama’ terkemuka iaitu
Ahmad Arrasyid di dalam siri kitabnya, “إحياء فقه الدعوة” yang
bertajuk Almuntolaq, di dalam muqaddimahnya:
“Para da’i mukmin sentiasa terdedah pada 2
tarikan. Pertama, tarikan KEIMANAN, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap
tanggungjawab. Dengan itu, dia berada dalam amal soleh dan azam kebaikan.
Kedua, tarikan SYAITAN, yang akan menghiasi futurnya, dan menghiasi cintanya
kepada dunia. Dengan itu, dia akan berada dalam kelalaian, malas, panjang
angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak di
ketahuinya….”
Saya akan syarah kata-kata ini dari pelbagai aspek
untuk kita teliti bersama:
1)Ahmad Arrasyid mulakan penulisannya dengan menyebut “Para
daie” dan bukan “orang islam”, kerana hakikatnya, islam dan dakwah itu
tak boleh di pisahkan. Seperti mana islam itu tidak boleh terpisah dengan
solat, seperti itulah jugalah islam tak boleh di pisahkan dengan dakwah.
Bahkan, suka untuk saya nyatakan:
“Siapa yang tak merasakan bahawa dia adalah
daie, keislamannya ada kecacatan..”
Ramai orang hari ni faham dan sedar akan pentingnya
puasa, solat dan lain-lain, tetapi dalam hati mereka tiada langsung kesedaran
akan betapa pentingnya dakwah. Berbeza dengan sahabat nabi saw, mereka MEMAHAMI
kewajipan berdakwah lebih awal dari solat, puasa dan lain-lain.
2)Seterusnya, ahmad arrasyid telah menyatakan satu
hakikat bahawa, semua orang yang beriman, tidak boleh tidak, akan terdedah pada
2 tarikan iaitu tarikan IMAN dan SYAITAN. Saya akan hurai
satu persatu tentang 2 tarikan ini.
Pertama, tarikan IMAN. Apakah tandanya kita berada
dalam tarikan iman? Ketika itu, kita sentiasa berada pada tarikan “niat yang
baik”. Hati kita sentiasa berniat dan berazam untuk melakukan kebaikan.
Hakikatnya, andai kita sentiasa berniat dengan niat yang baik, walaupun kita
masih belum lakukan kebaikan tersebut, kita telahpun mendapat pahala
seolah-olah kita telahpun melakukan kebaikan tersebut.
Bukan sekadar itu, hasil dari tarikan iman ini, akan
timbul dan tumbuh dalam hati kita KESUNGGUHAN dan KESEDARAN terhadap
tanggungjawab. Apakah tanggungjawab yang di maksudkan? Tanggungjawab seorang
islam tidak lain adalah Ubudiyyah, Khalifah dan juga Dakwah.
Bermakna, ketika itu, kita akan sentiasa semangat untuk beramal, ikut tarbiah,
dakwah yang terpandu, dan yang sama waktu dengannya.
Kedua pula, tarikan SYAITAN. Saya akan hurai tarikan
syaitan ini di dalam noktah yang lain, kerana, inilah fokus penulisan saya pada
kali ini.
FUTUR YANG DI HIASI ITU TARIKAN SYAITAN
Ahmad Arrasyid menyebut bahawa, hasil dari tarikan
syaitan ini, “futur kita akan di hiasi.” Persoalannya, apakah perbezaan
antara “futur” dan “futur yang di hiasi”? Sebelum saya teruskan, suka untuk
saya beritahu kepada mereka yang tidak tahu (Kalau ada), “FUTUR” ialah
satu perasaan lemah semangat dalam melakukan 3 tanggungjawab yang saya sebutkan
di atas sebentar tadi.
Futur ini adalah satu kebiasaan bagi
mereka-mereka yang berkecimpung dalam dunia dakwah dan tarbiah. Ia adalah
perkara biasa dan bukanlah satu kesalahan. Bahkan nabi saw sendiri pernah futur
pada satu ketika. Di mana ketika itu, wahyu tidak di turunkan kepada nabi saw
pada satu tempoh yang agak lama, dan ketika itu, orang kafir quraisy telah
mengutuk nabi dengan kata-kata yang agak kesat:
“Mana tuhan kau..?”
“Tuhan kau dah tak sayangkan kau…”
Ketika itu, nabi saw seolah-olah rasa bahawa Allah
tidak lagi menyayanginya, Allah membencinya dan melupakannya, lantaran wahyu
yang tidak turun agak lama. Bahkan ketika itu, lantaran futur dan lemah
semangat yang melanda, serta tohmahan bertubi-tubi yang di lemparkan pada
baginda, membuatkan baginda merasa ingin bunuh diri. Namun, akhirnya, Allah
telah memujuk nabi saw dengan menurunkan surah Ad-dhuha bagi menenangkan hati
nabi saw yang sedang resah:
“Demi waktu dhuha. Dan demi malam apabila telah sunyi.
Tuhanmu tidak meninggalkanmu (wahai Muhammad) dan tuhanmu tidak pula
membencimu.Dan sesungguhnya pengakhiran itu lebih baik darimu dari permulaan.
Dan kelak, tuhanmu pasti memberikan kurniaannya padamu, lalu hatimu menjadi
puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi mu?
Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberimu
kecukupan?”
(Ad-Dhuha 1-8)
Ketika itu, nabi kembali tenang, kembali kuat!
Apa yang saya nak katakan adalah, futur dan lemah
semangat itu fitrah dalam dunia dakwah dan tarbiah. TETAPI, “futur yang di
hiasi” bukanlah perkara biasa, tetapi ia adalah tanda hati mula mati, jiwa mula
hancur lebur, dan tanda bahawa kita berada dalam pelukan syaitan!
Apa itu futur yang di hiasi?
Ia adalah satu keadaan, di mana kita lemah semangat
dan tiada langsung perasaaan ghairah untuk beramal, dan kita rasa INDAH
berada dalam keadaan sebegitu! Dia rasa seronok berada dalam keadaan
futurnya, tiada perasaan serba salah, dia mula lari dari tarbiah dan dakwah,
perasaan MALU untuk bertemu rakan seperjuannya menyelubungi diri, rasa
ingin jauh dari mereka, dan tiada sensitif pada dosa dan maksiat dan tak rasa
apa-apa dengan keadaan futurnya itu!
Hasil dari futur yang di hiasi itu, tumbuh dalam
dirinya penyakit cinta dunia dan takut mati, atau dalam istilah arab, ia di
sebut sebagai “الوهن” yang mana nabi saw beri
amaran penyakit inilah yang menjadi punca umat islam di hancurkan dan di
perkotak-katikkan oleh musuh islam.
Maka, apabila kita di hiasi dengan futur dan cinta
dunia dan takut mati mula meresap, ketika itu, kita akan merasai kemalasan,
malas untuk berdakwah, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mencari
ilmu.
Jika perkara ini ada dalam diri kita, ketahuilah
bahawa kita sedang berada dalam pelukan syaitan. Kita berada pada tarikan
syaitan!
TARIKAN YANG BERULANG-ALIK
Dua tarikan yang saya sebutkan tadi, akan sentiasa
berlaku, dan ia sudah di tentukan oleh Allah, ia takkan berhenti sehingga kita
mati. Kerana itulah, ulama’ ilmu kalam menyatakan bahawa:
“الإيمان يزيد وينقص”
(Iman itu bertambah dan berkurang)
Atas faktor itulah, orang yang benar imannya akan meWAJIBkan
dirinya untuk sentiasa duduk dan hadir di dalam majlis-majlis tafakkur, tanasuh
(nasihat-menasihati) dan muhasabah agar hatinya sentiasa di muhasabahi dan di
perbaiki. PERASAAN untuk duduk di majlis-majlis tafakkur dan tanasuh mekar
subur dalam jiwanya, dengan harapan, IMANNYA sentiasa naik, dan terselamat dari
tarikan syaitan! Andai kita sedar bahawa iman ini turun dan naik, dan ketika
itu kita berada dalam keadaan “iman turun”, lantas kita rasa selesa dan
tak terdetik langsung untuk mencari majlis-majlis yang akan membangkitkan iman
kita, bererti, kita seolah-olah telah REDHA dengan FUTUR kita yang telah di
hiasi! Hati-hati wahai kawan!
Apakah perkara yang perlu di baiki dan di periksa
ketika kita berada di dalam majlis tafakkur itu?
1)Periksa jiwa dari TAKABBUR.
Bila terlalu asyik dengan futur, dosa dan maksiat, dan
jauh dari suasana tanasuh serta tafakkur, maka, takabbur akan menguasai diri.
Apa itu takabbur? Nabi bersabda:
“Takkabbur ialah MENOLAK KEBENARAN dan
MERENDAH-RENDAHKAN orang lain..”
Ketika itu, kita amat susah untuk menerima nasihat,
ego menguasai diri, tidak merasakan kesalahan yang di lakukan itu sebagai satu
kesalahan, dan yang sama waktu dengannya. Kerana itulah, orang yang ada walau
sebesar zarah takabbur di dalam hatinya, di haramkan syurga baginya.
2)Periksa HATI, takut terseleweng.
Periksa semula hati, sejauh mana penyakit-penyakit
hati tertanam dalam diri. Tiada keikhlasan dalam beramal, dengki dan dendam
kesumat, bersangka buruk, tidak berlapang dada, ujub, riya’, sum’ah, ghurur dan
segala penyakit hati yang terseleweng dari HATI yang SUCI.
3)Periksa ILMU dan IMAN dari berlebih-lebih.
Bila tiada panduan, kita akan mula berlebih-lebihan
dalam ilmu, berlaku bid’ah yang pelbagai, kecelaruan fikrah(cara fikir) dan kefahaman
tentang islam, lalu tersemat di fikiran dengan cara fikir liberal, sekular,
pluralism dan lain-lain. Berlebih-lebihan dalam iman pula ialah mereka-mereka
kepercayaan yang songsang, lalu wujudlah golongan muktazilah, jabariah, syiah
dan lain-lain.
DEMI untuk MENJAGA 3 PERKARA inilah, kita
perlu CARI dan dahagakan majlis-majlis tafakkur dan tanasuh, yang tidak lain
tidak bukan segalanya ada di dalam USRAH, serta wasilah-wasilah tarbiah seperti
daurah, katibah, rehlah, dan sebagainya. Orang beriman, dia takkan lari
darinya, bahkan dia akan mencarinya!
******
Akhirnya, kita sendiri yang meletakkan diri kita mahu
berada di dalam tarikan iman atau syaitan. Kita sendiri yang memilih kita ingin
berada dalam keadaan futur dan lemah iman, atau semangat yang membara. Kita
kena sedar, hati kita ini sangat berbolak balik. Suka saya nyatakan kalam
seorang sahabat, Muadz B Jabal yang di utarakan pada sahabat-sahabatnya yang
lain:
إجلس بنا نؤمن
ساعة"”
(Mari kita duduk, kita beriman sejenak)
Juga kalam
Abdullah ibn rawahah kepada sahabatnya iaitu Abu darda’:
"تعال نؤمن ساعة, إن القلب أسرع تقلبا من القدر إذا استجمعت
غليانا"
(Marilah, kita beriman sejenak. Sesungguhnya, hati
lebih cepat berbolak-balik dari isi periuk yang sedang menggelegak)
Bayangkan, Muadz B Jabal dan Abdullah Rawahah adalah sahabat
ansor, yang tidak dapat di nafikan keimanannya. Di campur dengan suasan di
madinah ketika itu yang penuh dengan biah yang membangkitkan iman. Pun begitu,
mereka masih mengajak sahabat-sahabatnya yang lain untuk duduk sebentar, untuk baiki
diri bagi memastikan diri mereka sentiasa berada dalam tarikan iman.
Untuk itu, apakah yang menyebabkan kita mahu memberi
1001 ALASAN bagi menjauhkan diri kita dari mengikuti usrah dengan thabat, serta
komited dalam tarbiah? Adakah iman kita kuat sangat sehingga kita mahu
menjauhkan diri dari tarbiah? Adakah kita rela dengan futur yang sedang
menghiasi kita atau kita rasa sesal, dan ingin bangkit semula?
ولكل عمل شرة, ولكل
شرة فترة, فمن كانت فترته على سنتي فقد اهتدى"”
(Setiap amal, ada masa semangat, dan setiap kali
semangat, ada masa futurnya. Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnahku
ketika dia futur, baginya hidayah..)
Wallahua'lam
-Adnin Roslan-
Futur Yang Di Hiasi?
Reviewed by Unknown
on
22:30
Rating:
.jpg)
13 comments:
Pernah melalui kedua-dua situasi di atas.. ketika saat kemalasan datang, rasa macam busy sangat2 utk beramal, padahal takde ape yg nak dibuat pon...Astaghfirullah...
Alhadulillah (^_^)_/
salam wbt.
saya kadang-kadang tertanya, bagaimana kita mengklasifikasikan futur. kalau diikut pada maksud asal, futur bermaksud seumpama 'from hero to zero', begitu?
tapi dalam kita sesama orang haraki yang dikata bergerak bersama jemaah, definisi futur mula menjadi versi kamus kita sendiri.
bila orang tidak lagi bersama gerabak dakwah kita, kita declare dia sebagai futur. kita kata, dia tinggalkan jemaah, dia tinggalkan islam, dia tinggalkan kebaikan.
sedangkan, kita tak pernah tahu kenapa insan tersebut, yang dulu satu harinya kita katakan 'Hero Dakwah', tiba2 keluar meninggalkan jemaah dan menjadi 'Zero'.
tak bermaksud, dia meninggalkan NGO dakwah (that so called 'jemaah'), dia meninggalkan tarbiyah dan dakwah. itu dua benda yang sangat2 berbeza.
bila dia mengambil keputusan begitu, kita tak pernah selidik apa yang dia lalui sehingga dia menjadi begitu. yang kita tahu, kita label, 'Dia Futur'.
mungkin dia tinggalkan jemaah, sebab ada isu2 jemaah yang dia tak nak terlibat e.g. konflik sesama NGO dakwah, label melabel, kutuk jemaah sana kutuk jemaah sini, etc.
kesimpulan penulisan panjang ini, agak penting untuk kita clear balik bagaimana kes futur sebenarnya. keluar NGO dakwah, dan keluar dari dakwah dan tarbiyah, itu dua benda yang agak berbeza. sangat2 berbeza.
setiap insan, ada manfaat masing2 dalam sisi sumbangan terhadap islam. moga Allah redha cara kerja kita, kerana yang kita cari bersama, adalah syurga Allah SWT yang kekal abadi.
Waalaikumsalam.
Ada benarnya kata2 kamu. Namun, saya cadang, kamu baca buku افات على الطريق tulisan syeikh mohd nuh, tentang rintangan atas jalan dakwah.
Beliau ada hurai, salah satu penghalang terbesar untuk di jalan dakwah adalah futur. dan beliau definasikan futur sama seperti yang saya huraikan di atas, kerana saya merujuk buku tersebut,
Adapun isu keluar jemaah, satu sudut, ya, kita tak boleh memandang rendah orang yang keluar jemaah lantaran isu2 yang berlaku. Tapi, dakwah berjemaah adalah wajib. Seperti yg di tulis oleh syikh abu a'la almaududi dalam bukunya syahadatul haq, beliau berkata:
Kita hanya ada 3 pilihan:
1)Ikut satu jemaah
2)Kalau jemaah tu kita rasa banyak kurang dan menyeleweng dan tak selesa, maka masuk jemaah lain.
3)Jika jemaah lain tu pun kita rasa tak selesa, dan rasa ada salah silap, maka BUAT JEMAAH SENDIRI.
Seperti yg di tulis dalam buku afat alattoriq, antara punca futur adalah bila kita keluar dari jemaah.
Wallahua'lam.
Setiap org ada manfaat masing2. Moga Allah terima amal anda. Dakwah yg terbaika dalah dakwah yg di ajarkan oleh arrasul saw. Moga Allah masukkan kita semua ke dalam syurga.
Doakan saya selalu!
:'(
astaghfirullah . saya pernah melalui kedua situasi ..
Sangat terbaik tulisan ini..saya sgt baru dlm bidang ini, sgt tertarik dgn geng usrah sy tp rasa sgt rendah diri kerana di usia begini masih cetek ilmunya..memang terasa tarikan syaitan itu kadang2..
Sangat terbaik tulisan ini..saya sgt baru dlm bidang ini, sgt tertarik dgn geng usrah sy tp rasa sgt rendah diri kerana di usia begini masih cetek ilmunya..memang terasa tarikan syaitan itu kadang2..
agen bola terpercaya
judi bola online
pasang bola
Artikel yang sangat Bagus dan Bermanfaat.. Update terus dan sukses selalu ya Gan...
agen casino indonesia
agen judi sbobet
agen sbobet indonesia
agen sbo
agen sbobet terpercaya
agen sbobet
agen sbo terpercaya
agen judi terpercaya
sbosports
agent sbobet
agen sbobet indonesia
bandar judi terpercaya
agen judi bola terpercaya
agen judi ibcbet
sbobet indonesia
agen bola online
bandar judi bola
master agen betting online
bandar bola sbobet terpercaya
judi online
BandarQ
Agen Poker
situs poker
poker online
Judi Poker Online
situs poker online terpercaya
Poker Online Terpercaya
poker uang asli
Domino QQ
Domino Poker
Capsa Online
QQ Online
Ceme Online
Blackjack Online
Poker Online Indonesia
Agen poker online
poker online asli
agen poker terbaik
agen poker terpercaya
situs poker uang asli
agen judi
agen bola
situs judi
judi bola
judi online
bandar bola
bandar judi
situs taruhan
taruhan bola
taruhan online
situs judi bola
situs judi online
situs judi terpercaya
agen bola terpercaya
agen judi online
judi online terpercaya
agen judi terpercaya
bandar judi online
bandar bola terpercaya
judi bola online
agen piala dunia 2018
bandar piala dunia 2018
situs taruhan piala dunia 2018
situs judi piala dunia 2018
agen resmi piala dunia 2018
"Ketika itu, nabi saw seolah-olah rasa bahawa Allah tidak lagi menyayanginya, Allah membencinya dan melupakannya, lantaran wahyu yang tidak turun agak lama. Bahkan ketika itu, lantaran futur dan lemah semangat yang melanda, serta tohmahan bertubi-tubi yang di lemparkan pada baginda, membuatkan baginda merasa ingin bunuh diri"
Ya Ustaz, apakah ini? Nabi saw merasa ingin bunuh diri? Mana dalil dia ustaz? Saya sama sekali tidak akan terima cerita ini
"Ketika itu, nabi saw seolah-olah rasa bahawa Allah tidak lagi menyayanginya, Allah membencinya dan melupakannya, lantaran wahyu yang tidak turun agak lama. Bahkan ketika itu, lantaran futur dan lemah semangat yang melanda, serta tohmahan bertubi-tubi yang di lemparkan pada baginda, membuatkan baginda merasa ingin bunuh diri"
Ya Ustaz, apakah ini? Nabi saw merasa ingin bunuh diri? Mana dalil dia ustaz? Saya sama sekali tidak akan terima cerita ini
Post a comment